Jadual saya bergantung kepada jadual kelas Dania kalau nak gi mana-mana pun. Kalau saya nak jalan-jalan kat shopping mall ke, jumpa kawan-kawan ke...selagi Dania tak cuti memang kena ulang alik la Fakultinya. Dekat je pun dari rumah dalam 5km camtu.
Ini lepas hantar ke Fakulti waktu pagi. Sem 2 ni Isnin - Sabtu kelas pagi je kemudian sambung sebelah petangnya. In between Dania akan balik dan saya akan sediakan makan tengahari.
Ada hari tu saya buat pucuk paku masak lemak. Sedap betul pucuk paku ni. Memang favourite saya.
Dan lauk sambal tumis ikan bilis. Alhamdulilah Dania makan dulu sebelum saya hantar balik kelas petangnya.
Dalam seminggu tu dua kali kelasnya dalam kampus utama UPM. Bersalaman dan lambai kemudian baru ke kelas.
Lecturer yang ni saya tahu dah peelnya. Selalu habis setengah jam awal jadi sebelum habis tu saya dah tiba kat UPM. Walaupun dekat je pun dari rumah tapi saya selalunya akan tiba awal sebab ada perasaan tak best kalau tiba lambat. Perasaan ni dari saya hantar ambik Dania dari sekolah rendah lagi. Kalau kat SMK Jalan Empat tu, kereta saya diantara yang paling depan opposite pintu gate utama. Diantara yang depan tu jugak atuk kepada best friend Dania bernama Zalilah tu. Atuk Zalilah ni pun dah meninggal masa PKP tu.....beliau meninggal pada tarikh hari jadi saya...😞.
Bila dah ambik Dania, lalu pula depan tempat tunggu bas. Dania cerita yang Farisya tu masa tunggu bas dok cakap mengantuk la. Mana bas ni?....Saya offer mulanya Tarshini ni tapi bila ada Farisya sebelah tu offer la Farisya jugak. Tak jauh pun kolejnya dengan kelas Dania yang ni.
Dania dah keluar dulu sebab nak kena jatuhkan seat depan supaya mereka boleh keluar. Pintunya cuma dua ajer jadi yang depan kena keluar la ya. Seronok la Farisya ya boleh la sambung zzzz....hehe. Kelas petang2 ni mengantuk betul ya. Dengan saya sekali mengantuk ni haaa....
Sesekali saya tumpangkan mereka juga tapi selalunya mereka segan dan saya pulak selalunya ambik Dania terus zasss balik rumah.
XOXO,
Ezna
Pucuk paku tu i suka ezz.dh lama tak mkn🤤🤤🤤
BalasPadamBest Dania boleh ulang alik je ke fakulti. Sedap dah menu macam tu je.
BalasPadamBahagianya menjadi seorang Dania... hehehee.
BalasPadamSudah tentu terlebih bahagianya menjadi mama Dania yang dapat sentiasa bersama anak daranya yang manis ini.
Jarang dah sekarang ada orang nak masak masak lemak pucuk paku.. tetiba ngidam lak hahahah :D
BalasPadamAlhamdulillah saling membantu.. seronok la bila dpt tumpangan ... moga dimurahkan rezeki Puan Ezna :D
BalasPadamIsshhh pucuk paku itu sedaaap betul 😍😍😍😍. Sayangnya susaaah nak cari pucuk paku di jakarta. Pas dulu saya di Aceh dan medan, banyaaaak. Mama suka buat juga. Biasa dimulai pedas.
BalasPadam