Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, May 26

Bila rumah dimasuki ssss ssss ssss

Masa tu Dania ada seminar PT3 dekat Heriot Watt Putrajaya. Saya masa tu tengah nap sekejap. Tengah syok nap jiran sebelah call kata...Kak Ezna...ada ular belakang rumah Kak Ezna....apa lagi panik la saya dengar sebab lagipun baru bangun dari tidur kan?. Suami pula masa tu takde kat rumah. 

Apa lagi terus call suami. Bila tanya kat mana sibuk pula nak beli ikan kecik sebab nak letak dalam kolam luar rumah. Lepas tu saya call no 999. Heran juga operator siap tahu nama saya. Maybe saya pernah call kot dulu ke mereka ada simpan data pengguna?. 

Lepas operator terus sambung je JPAM. Rupanya JPAM Kajang yang akan entertain area rumah saya walaupun JPAM Putrajaya yang paling dekat. JPAM suruh saya tengok ular tu kat mana. Mana la saya nak nampak. Jiran saya nampak sebab kat tingkat atas dia dah renovate jadi memang nampak terus dari atas rumah dia. Ada 2 ekor katanya. Eiiii seram tak? 

Gambar bawah ni masa JPAM datang rumah. Suami masa ni dah tiba kat rumah. JPAM terus la check kat belakang rumah. Saya dah standby dengan DSLR. Boleh tak? 😅😅😅


JPAM check kat pokok2 pastu siap tanya jiran saya ular tu warna apa?, bersisik ke tak?.....Mana la nak perasannya kalau dah panik tu kan?. Bapa mertua jiran saya update rasanya ular tu tengah 'kahwin-kahwin'. Kat belakang rumah saya ni memang kawasan rumah tanah lot. Mereka pula baru tebang pokok besar dan biar je pokok tu kering. Jadi memang agak semak la. Bila check ternyata ular dah lari.....lega dengarnya....


Takut punya pasal, kami decide nak bina pagar batu keliling rumah. Pagar yang bahagian belakang tu bagi tinggi sikit dan pagar sebelah rumah jiran rendah sikit. Kiranya bawah tengkuk kita la tingginya. Kita boleh jenguk rumah sebelah. Wak yang buat pagar batu ni cakap senang la jiran nak bagi kuih masa bulan puasa nanti. Hehe. Ye tak ye jugak. Gambar bawah ni masa batu dihantar kat rumah. Semak je nampak. 

Gambar ni dilihat dari view dari rumah jiran saya. Rumah saya sebelah sana yang banyak pokok tu. Masuk rumah jiran sebab nak tengok progress Wak plaster dinding batu sebelah rumah jiran. 


Ni area belakang rumah saya. Banyak pokok yang ditanam seperti pokok mempelam, kelapa pandan, delima, pisang tanduk, nangka, daun kari, pandan, cekur manis, serai, pokok durian kahwin. Durian tu macam tak nak membesar. Terbantut agaknya. Ni suami minta orang bangla potong rumput selepas insiden ular masuk rumah. Selalunya suami yang potong sendiri. 


Ni area tepi rumah setelah siap pagar batu. Rasa selamat sikit bila nak siram pokok.

Kalau ular masuk rumah ke kawasan rumah ke...cuba jangan panik dan call 999. Perempuan memang cepat panik tu yang saya tulis kalau bole 'cuba' jangan panik....💪💪💪

Till then..

Saturday, May 4

Semuanya bermula dari rumah....Junandus kini mendapat tempat di hati pelanggan

Kek pencuci mulut yang bermakna

Sesiapa kat sini peminat pencuci mulut terutamanya kek?. Saya dan keluarga pun kalau minum petang kadangkala terasa nak minum petang dengan kek. Tak pun untuk sambutan hari jadi pun mesti nak mencari sebiji kek. 

Kalau zaman dahulu kan.....kek ni dimakan sebagai satu bentuk rezeki. Kalau nak tahu kan? Kat Malaysia ni terdapat banyak kek artisan yang unik tau...kat bawah ni salah satunya. 

Semuanya bermula dari rumah

Bila ada permintaan terhadap kek-kek ini maka ia memberi peluang kepada pembuat kek untuk meraih rezeki walaupun dari rumah. 

Ini termasuklah seorang pembuat kek yang bernama Jun Chong yang mengusahakan penghantaran kek melalui e-dagang. Untuk memasarkan kek, Jun Chong menggunakan aplikasi e-dagang seperti kebanyakkan pengusaha online. Kemudahan penghantaran juga disediakan sehingga ke pintu rumah anda seperti juga jika anda memesan makanan segera. 

Lahirnya laman web e-dagang dan JUNANDUS dilancarkan pada 2014. Nak melahirkan web e-dagang juga bukan perkara mudah kerana Jun sendiri menghadiri kursus dan belajar sehingga 10 jam sehari. Dalam masa yang sama beliau belajar untuk membuat 2-4 biji kek sehari untuk menghasilkan resipi yang terbaik untuk jenama JUNANDUS.


Pahit menjadi manis akhirnya

Bagaimana nama JUNANDUS itu dipilih?. JUNANDUS merupakan perkataan yang disambung daripada perkataan Jun and Us. Us merujuk kepada pelanggan JUNANDUS. Perniagaan JUNANDUS bermula daripada dapur Jun sendiri.

Biasalah sebelum nak berjaya tu kita akan menghadapi kesukaran pada permulaan perniagaan. Masalah utama ialah kekurangan bajet dan strategi pemasaran menjadi penghalang. Jualan pula perlahan kerana pada ketika itu platform e-dagang tidak sepopular sekarang. Perniagaan yang bermula dengan perlahan tidak semestinya akan terus kecundang, akhirnya dari 2-3 biji kek sehari, permintaan kek naik kepada 10-20 biji kek sehari. 

Kini, JUNANDUS beroperasi di dua unit rumah kedai yang terdapat di Kuchai Lama dan mempunyai 22 orang pekerja. Sehari...lebih 100 kek terjual. JUNANDUS juga turut diberikan 'highlight' di media seperti di The Star dan Tallypress.com



Berkongsi pengalaman

Setelah Jun sendiri menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kek dari rumah, 
timbulnya idea untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan kek dari rumah, seperti Jun. 

Ia boleh diakses di laman sesawang : www.junandus.com.my/baking-dream-to-reality

Jun sendiri ingin membantu mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap perniagaan membuat kek dari rumah.



Di sebalik JUNANDUS

JUNANDUS pakar membuat pelbagai bentuk kek. 

Kek jualan JUNANDUS yang paling mendapat tempahan ialah mille crepe dengan salted caramel almond juga triple chocolate. Kek rekabentuk 3D pula dengan perisa buttercream dan New York cheesecake serta kek span. 


JUNANDUS juga turut menawarkan pelanggannya chocolate truffles, cookies dan macaroons.


Harga kek

Harga kek bermula dengan harga RM 69. Kek mille crepe berharga RM 99, sementara kek customized bermula dari RM 199 dan ke atas.

Penghantaran di KL dan Selangor boleh dilakukan pada hari yang sama sekiranya pesanan dibuat sebelum jam 1.00 tengahari. Bagi Johor Bahru dan Pulau Pinang, penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya.



Hubungi :

J U N A N D U S
EatnovationSdnBhd
J-0-6 & J-0-7, Kuchai Business Park, No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama, 58200, Kuala Lumpur.




Facebook/Instagram/Twitter: JunandusMY

Tel: 03-27803866