Jumaat, Julai 5

Hari terakhir kokurikulum dan pasar tani MAEPS

Sabtu minggu lepas merupakan hari terakhir kokurikulum Cak Lempong untuk Semester 2. Alhamdulilah. Kokurikulum hanya kena ambil untuk 2 semester sahaja. Ini semester yang terakhir. Ada juga kawan Dania kena ambik kokurikulum ni masa Sem 3 dan Sem 4 jadi ikutlah skima yang telah ditetapkan oleh setiap Fakulti. 



Saya dan hubby menuju ke MAEPS sebab hubby nak berbasikal sekitar MAEPS. Saya pula.....


Berjalan sekitar pasar pagi di sini. Jom tengok apa yang ada kat sini. 
Lalu kat tempat jual benih pokok.


Buah-buahan pun ada. 


Cuaca agak panas juga walaupun jam 9 pagi camtu. Rasa terik la jugak. 


Fresh nampak bayam Brazil ni. 


Pucuk paku favourite saya jugak. 


Petai.....


Saya suka makan batang keladi ni masak asam rebus....masa saya mengandungkan Dania....memang batang keladi ni kiranya favourite saya selain sambal tumis ikan bilis petai. Boleh berhari-hari makan benda yang sama ya....Tapinya saya tak pernah la nak memotong batang keladi ni. Tak pernah masak la batang keladi ni sebenarnya. 


Jualan terus dari ladang ni mesti murah sebab tak ada orang tengah. 


Telur masin ni murah ke mahal ke.....


Minyak wangi...


Kat sini menarik sebab ada alas meja etc. Kata yang menjualnya dia dapatkan stok dari China. Baru balik ajer. Geram-geram tengok alas ni la....


Macam-macam bentuk dan warna. Satu-satu saya belek kemudian ulang belek lagi. Hehe...


Memang rambang mata dibuatnya......aduhhhh....mana satu pilihan hati...tunggu...





Ada pulak jual roti ni ha dengan perisa yang berlainan. 


Kuay Tiaw pun ada ni haa.....datang dari Taiping tu. 


Ini cendawan enoki ni. 


Sup kambung dengan roti....


Sate Sate....


Akhirnya tiga di bawah pilihan saya. Nak bagi kat adik-beradik sebenarnya. 

Design bunga pink dengan tepi berwarna putih ni saya berkenan juga tapi nope....bukan saya punya....


Design yang ni macam oriental. Design dia sulam tebuk dengan bunga di tengah. 


Design ni pun ada sulam tebuk tapi kecik ajer la. 


Lepas tu parking bawah pokok ni tunggu Dania habis kokurikulum. Selesailah untuk subjek yang wajib diambik untuk kokurikulum ni. Hari ni merupakan post mortem ajer mengenai program yang mereka buat sebelum ni iaitu 'Melody Hunt'. 


 Bermulalah study week dari 1-7 Julai 2024. Akan ke sini lagi untuk 2 hari untuk final exam nanti. 
Tau tau kelas Semester 2 Bacelor melabuhkan tirainya.....kejap je kan?





XOXO,
Ezna


10 ulasan:

  1. itu la macam baru je Dania dalam semester ni...masa berlalu terlalu pantas..cantik2 la alas meja tu semua..mahal ke murah Ezna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...ayat last tu SA dah tahu......

      Rasanya semester 2 ni macam cepat pulak....tau tau dah nak habis.

      Padam
  2. all the best utk dania for final exam, so 2 subject ajerlah yer utk final exam tu. anyway cantik2 semuanya table runner yg u beli. i biasanya beli kat shopee jer tp bkn design yg gini. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz.....ada 8 subject Sem 2 ni Suzz. Final exam cuma ada 5 je subject :
      1. Business Law
      2. Agribusiness Accounting (4 jam kredit)
      3. Soil Science
      4. Agribusiness Management
      5. Agriculture, Environment and Food System

      3 lagi yg takde final :

      6. Kokurikulum : Cak Lempong
      7. Academic Interaction and Presentation (English)
      8. Ethics & Civilization (subjek wajib Universiti Awam)

      Paling banyak jam kredit Accounting tu....terima kasih atas ucapannya..... :)

      Padam
    2. all the best tau utk dania! moga2 dpt score dan maintain dean's list!!

      Padam
    3. Terima kasih Suzz...mendoakan.....insya allah....

      Padam
  3. mcm basikal Pramlee naik dlm citer Ali Baba Bujang Lapok hehe.. memang rambang mata cantiknyaaa semua alas meja tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu basikal lipat tu. Ya P Ramlee tu punya basikal tu pun kecik kan?. Alas meja memang semua cecantik. Tak tahu nak pilih yang mana....

      Padam
  4. Harga petai boleh tahan juga ye.
    Minggu lepas nampak petai di pasar raya LD. Sekali tengok harganya RM45.00 sekilogram. Allahu... kenapalah mahal sungguh! Nampaknya macam tak dibeli pelanggan sebab warnanya pun dah layu-layu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu rasanya banyak petai dengan harga RM10 tu. Sekarang ni sikit je petainya. Haaa??? RM45 sekilogram? Mahalnya Amie.....saya pun suspect pelanggan bila tengok harga terus ke tempat lain.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...