Rabu, Julai 31

Aiskrim perisa ubat batuk cap ibu dan anak?

Semalam masa jalan-jalan dengan Dania kat mall TRX dan Lalaport ada la Dania mentioned pasal ni. Tau ke isu Inside Scoop ni?. Dania kata nampaknya dah takde dah flavour ni dijual di Inside Scoop.

Boleh Inside Scoop invent resipi aiskrim yang kononnya kreatif la kan.....aiskrim vanilla campur ubat batuk cap ibu dan anak. Nama aiskrim ni Pei Pa Koa. 

 
Kemudian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun dah beri kenyataan pasal isu aiskrim ubat batuk ni. KKM ada pergi check ke premis Inside Scoop dan mendapati aiskrim ni disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk Pei Pa Goa. 

Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah produk tradisional. 

Di bawah adalah kenyataan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui facebook mereka. 


Kemudian Inside Scoop pun ada buat kenyataan. 


Kadang kalau nak kreatif dan berfikiran luar kotak pun janganlah sampai mengabaikan faktor kesihatan dan undang-undang semata-mata nak meraih keuntungan. 

Sekarang ni mereka dah dapat fame yang dicari. Maybe nak cari fame dengan cara 'viral'. 





XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. pelik pula kreativiti Inside Scoop kali ni, tapi macam tak boleh go juga kan bila pi buh ubat batuk dalam aiskrim .. tak teringin lak nak makan hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak makan la nampaknya Ana. Kot makan nanti mengantuk pulak sebab tak tahu berapa sukatan yang diletak dalam picagari tu. Even nak makan ubat batuk pun kena ada sukatan yang betul. Tak boleh melebihi takut mudarat. Pelik pelik la ya....

      Padam
  2. haah ada jugak tengok isue ni, tu lah kalau ye pon nak kreatif biarlah bertempat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni tak bertempat ni Ana...mengarut je. Siapa yang beli pun mengarut.

      Padam
  3. ada juga tgk smlm psl ni...ingatkan aiskrim tu berperisa ubat batuk rupanya mmg campur ubat batuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ingatkan perisa ubat batuk macam ceri tu ke sekali masuk ubat batuk cap ibu dan anak la pulak.

      Padam
  4. Lepas ni bolehlah tukar kepada ice cream perisa tempoyak pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perisa tempoyak, ramai kot gang peminat tempoyak beli. Hehe...Kreatif namanya tu Wak.

      Padam
  5. Adoi! Macam2 idea la diorang tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak orang nampak kot UG. Buat la viral2 ni nanti orang datang serbu.

      Padam
  6. Pelik betul... tapi lagi pelik ada jugak customer yang nak beli aiskrim ubat batuk ye.

    BalasPadam
  7. Owh..inside scoop ke...
    Sape lah orang yang bg idea melampau sgt... Ubt campur ngan eskrem... Jadi lalok pulak nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lalok nanti nasib. Nak kerja pun tak boleh. Itu lalok. Kalau penyakit lain pulak datang....hmmm padan muka...

      Padam
  8. Tak tercapai dek akal... ini kira fikir di luar kotak kot huhu

    BalasPadam
  9. Sedangkan ubatnya SA X suka..inikan Pula dh dijadikan eskrem..mmg X la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....ada kot yang suka ya....can't imagine la SA.

      Padam
  10. Saya memang suka es krim rasa unik, tp kalo rasa obat batuk terlalu jauh lah, tak sesuai 🤭. Di bali dan jogja ada banyak restoran gelato. Dan rasa2 yg dijual juga unik. Tp kebanyakan jamu dan rempah. Pernah coba rasa kamu tolak angin. Sedap tapi sedikit saja. Terlalu banyak jadi mual.

    Saya pernah coba rasa kunyit, rasa serah herba yg lain. Tak sukaaa hahahahahhaa. At least dah tau. Cuma kalo herba msh diizinkan di sini. Rasa obat yg tak pernah jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tidak apa Fanny sebab tak beri kesan pada kesihatan. Membantu buang angin itu bagus. Ini ubat batuk ni drug control jadi kalau ambil terlebih akan bawa kemudaratan. Kesan kepada kesihatan. Tapi...kalau aiskrim rempah kakak tak suka. Kalau hanya minum air rempah mungkin kakak boleh lagi. Tapinya ya lah unik la rasanya....hehe

      Padam
  11. kat X kemain kecoh lagi pasal ni. biasa laa.. kat situ mmg ramai spesis terpalingggg...
    then baru kecoh sehari 2 KKM dah keluar surat. apa.lg? gegak gempita laa warga2 X tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah apa2 la. Nak kreatif pun tengok la kreatif camne. Takkan kawalan ubat pun tak tahu. Bukak kedai tak gi kursus ke?.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.