Khamis, Julai 11

Breakfast dan bahasa rahsia....

Sebelum menghantar Dania kat kolej kawannya, lapik perut dulu kat Ikhwan Presint Diplomatik. Masa kami duduk tu ada seorang pakcik sebelah Dania tu....asyik la pandang kat Dania. Dania bangun, Dania duduk. 

Masa saya bangun nak pilih makanan, Dania cerita atuk sebelahnya tanya Dania belajar kat mana?. Dania kata kat UPM. Kemudian atuk tu tanya ambik engineering ke?. Termalu-malu Dania kata tak....Dania boleh bergossip dengan ummi dengan bahasa 'rahsia'. Dulu masa kat UITM Dungun...saya ada belajar bahasa rahsia yang sekerat. Ada juga bahasa rahsia huruf 'f' tu. Saya belajar yang bahasa rahsia sekerat jadi memang saya dah train Dania. Haha....

Dania pun bagitau dalam bahasa rahsia kami.....jadinya boleh la bergossip tanpa orang sebelah menyebelah faham. πŸ˜…. Dania bagitau yang atuk sebelah tanya dia belajar mana etc (dalam bahasa rahsia). Ayah kat sebelah senyap je la. Dah train ayah Dania jugak tapi kadang apa yang disampaikan lambat sikit fahamnya.....tapi....bila sibuk2 bergossip tu ayah Dania cakap....ingat kat cucu agaknya tu. πŸ˜…. Ok faham jugak akhirnya....

Adik-beradik saya yang saya train dan cepat tangkap adik saya Erma tu. Haha....yang Elza tu slowly boleh la tangkap tapi kebanyakkannya lambat faham. πŸ˜….

Contohnya : 

Dania : Ummi atuk sebelah tanya Dania belajar kat mana.... (Um at sebel tany Dan belaj kat man). 
Ummi : Dania cakap apa? (Dan cak ap?)



Bekal ni ayah beli untuk Dania share dengan kawan-kawan. Popia pedas manis dan cekodok pisang. 


Lepas breakfast saya dan hubby hantar Dania ke Kolej 10 tu. Lepas tu kami balik rumah dan hubby bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Dania kata bekal kuih ni makan dalam kereta dan kawan-kawan Dania kata sedap cekodok pisang dan popia ni. Alhamdulilah. Patut beli banyak lagi rasanya....

You alls ada bahasa rahsia tak?. 





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Ana ada jugak belajar bahasa rahsia F tu hehehe

    BalasPadam
  2. Saya tau bahasa F ni, yg bahasa sekerat ni nak kena belajar gakss 😁

    BalasPadam
  3. Kuih Bom favorite kat Ikhwan tu.

    BalasPadam
  4. I takde bahasa rahsia🀣🀣🀣

    BalasPadam
  5. Selalu yang saya dengar bahasa F, ini sekerat2 pula ya, nice!

    BalasPadam
  6. bahasa rahsia kita...bahasa JAwa...kikiki...
    tapi takdelah mahir sangat, stil boleh lah sembang untuk tak bagi ornag faham sangat

    BalasPadam
  7. wah ada bahasa rahsia naa, sedap lak nampak cok kodok Dania tu hehe :)

    BalasPadam
  8. cekodok kat area umah sy ni dia cucuk dgn lidi mcm fishball kat pasar mlm tu

    bahasa rahsia sy guna tulisan korea... kellas x uuu😁😁😁

    BalasPadam
  9. Bahasa F tu dari dulu sampai sekarang saya masih tak faham🀣🀣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...