Sabtu, Julai 13

Lampu kereta dan Rumah Kueh Kak Zu

Kereta Citroen kami ni memang dah habis warranty dah jadi kami hantar kat workshop yang memang specialized in 2 kereta iaitu Peugeot dan Citroen. Kali ni hantar sebab lampu besar depan dah terbakar. Tinggal lampu kecik ajer. 

Tapi....baru perasan.....ni takde kena mengena dengan you kan Suzz? Hehehe....



Dah ada banyak juga kereta ni mungkin nak service ke apa ke...


Banyaknya kat sini kereta jenama Peugeot. Dah 2 jenis kereta yang MZ Auto ni specialized kan...


Mekanik tengah nak buka bulb lampu. 


Setelah dipasang bulb baru, lampu dah menyala. 


Tukar bulb lampu utama berharga RM30. Nanti nak service kereta juga kat sini tapi mungkin akhir Julai nanti. Kereta yang ni kena service setiap 5000km. 

Dah alang-alang lagi 500 meter ke depan tu Rumah Kueh Kak Zu ni, memang menggamit la nak pergi kan....


Apa yang nak dibeli ya...


Kat dalam peti sejuk ni ada yang saya nak beli ni.


Cream Horn ni sedap. Beli juga buttercake dan victoria sandwich cake yang dalm bekas memanjang tu.


Kat kaunter depan ada seleksi kek juga. 


Kek Bento tu menarik perhatian saya. Boleh share dua orang tu....


Kat luar ada seekor kucing comel. Jangan ikut dah la ya....


Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang Rumah Kueh Kak Zu boleh check it out post saya yang ni siap ada alamat lagi....kek dan kuih muihnya memang sedap sangat....





XOXO,
Ezna


 

14 ulasan:

  1. Nasib baik tidak mahal sangat tukar lampu besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah....takut juga kalau mahal harganya.....nasib baik la harga tu...

      Padam
  2. hehehe MZ tu ;) dania tak de ker dgn u--sbb i tgk kucing tu terus teringat dania kan suka bg treats kat kucing tiap kali jumpa mana2 kucing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada you. Kali ni duduk dalam kereta tak nak turun. Lepas tu I kata apa2 ummi beli ni Dania tak nak la kan?....Dania kata dia tak nak turun je tak cakap tak nak makan....Hehehe....

      Padam
  3. MZ sesenyap bukak workshop kereta pulak ye. Haha

    BalasPadam
  4. sedapnya pastries kat rumah kueh kak zu tu. terliur sy dibuatnya..

    BalasPadam
  5. Banyak pilihan kuih nya. Kucing tu macam garang jer tapi comel. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing tu tengah mengiau sebab kita dok meow kat dia.....lepas tu nak ikut pulak....

      Padam
  6. Wah! meriahnya makanan kat rumah kueh kak zu ni, manis2 semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah Kueh Kak Zu ni buat kurang manis sebenarnya....tu yang ramai je orang beli kat sini....

      Padam
  7. waahh cream horn! sedapnya if tak manis sangat nyummm

    BalasPadam
  8. Bahaya masuk kedai dessert...
    kalau boleh semua nak dibeli 😁

    BalasPadam
  9. Kereta kadang-kadang memang minta belanja juga tu...biasa la kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...