Khamis, Julai 25

Movie Review 'Train of Death' | Netflix

 Ada satu movie di Netflix yang saya tonton bergenre seram iaitu The Train Of Death.

Credit : Netflix

Diterajui oleh :

Hana Malasan sebagai Purnama
Zara Leola sebagai Kembang
Kiki Rarendra sebagai Bara
Putri Ayudha sebagai Ramla
Yama Carlos sebagai Santoso
Fadly Faisal sebagai Tekun
Ruth Marini sebagai Ratu Jin (Ni kot nenek yang saya cakap tu)
Edo Heriyanto sebagai Paiman

Kisahnya bermula apabila ada satu landasan keretapi dibina. Ketika pembinaannya ada seorang pakar perubatan tradisional kata tak boleh bina landasan melewati satu kawasan kerana jin di situ akan marah tetapi tidak diendahkan. Ada satu kematian juga ketika pembinaan landasan keretapi itu.

Fast forward, ada seorang wanita bernama Purnama yang bebas kanser dan setelah penat menjalani ujian demi ujian untuk perubatan kanser yang dihidapinya...beliau mengajak adiknya Kembang untuk menemaninya ke satu lokasi resort percutian yang terpencil dan mereka kena menaiki keretapi yang dinamakan Sangkara. 

Ada peristiwa pelik berlaku di dalam keretapi tersebut di mana, bila keretapi tu melalui satu terowong...satu gerabak keretapi akan hilang di dalam terowong itu. Penyambung keretapi akan tertanggal dan satu demi satu gerabak akan hilang jika melalui terowong.

Sementara itu, ada seorang wanita bernama Ramla di dalam keretapi itu memberitahu mereka yang di dalam keretapi itu seorang ahli keluarga (sambil menunjuk foto ahli keluarganya) tidak pernah pulang setelah bekerja di tapak pembinaan landasan keretapi Sangkara. 

Selamatkah keretapi itu menuju ke terowong yang terakhir?. 

Saya beri rating dia 1/5 untuk movie ni kerana ketika keretapi ini ada masalah pada mulanya....mereka tidak report kepada pelabur tentang masalah tersebut malahan cuba merahsiakannya. Jikalau pada awalnya mereka boleh melaporkan kepada HQ tentang masalah yang dihadapi. Jin jin pula bila dah selalu sangat keluar jadi ceritanya dah tak seram malahan kelakar pula bila boleh cakap haaa nenek tu dah datang dah 😅 (rasanya ni ratu jin)....Elemen seram tu dah kurang la sebab itu je rutinnya. Asal masuk terowong keluarlah jin-jin. Macam2 jenis ni 😅

Saya rasa untuk mereka yang penakut boleh tengok movie ni sebab bagi saya tak seram sangat. Movie ni dikenali dengan Kereta Berdarah di dalam Bahasa Indonesia. Pstttt jangan tertipu dengan muka jin yang seram tu (kat gambar)...






XOXO,
Ezna









11 ulasan:

  1. ooo..nie yang linda nampak trailer lalu lalang tu...gerabak ketapi hilang...nanti nak tengok lah...

    BalasPadam
  2. Cerita-cerita seram camni anak-anak buah sukalah kalau tengok ramai2 kat rumah nenek. Macam-macam gelagat mereka. Nak kena bagitu ni tapi tak sure diorang dah tengok ke belum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok la nanti dah tengok ramai-ramai boleh menjerit lagi haa....

      Padam
  3. Hehe, kelakar pulak baca komen sis Ezna pasal jin2 selalu keluar so dah tak seram sangat. Tapi betul kan, bila hantu jarang keluar tu yg jadi suspen & build up rasa seram tu. Tuan direktor tak belajar dari filem2 seram antarabangsa kot hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk terowong hantu keluar....jadi kita boleh agak apa berlaku....

      Padam
  4. heheh cute jer review u ni ezz ;) sekrg i tak tgk la apa2 movie genre seram (zmn2 bujang gigih jugak tgk kat cinema)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tengok kat cinema lagi seram dengan sistem bunyi yang mantap tu. Suzz....serius I buat main2 je bila hantu2 tu keluar...adehhhh. Bila dah selalu sangat keluar jadi kelakar pulak.

      Padam
  5. cerita seram jd cerita lawak ke ni?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah selalu keluar hantunya Anies. Dari takut jadi tak takut sebab boleh agak dah bila dia akan keluar. Hehe

      Padam
  6. Film ini memang tak baguuuus 🤣🤣🤣. Di Indonesia pun review-nya jelek. Krn itu saya tak nak bunga waktu menontonnya kak 😅🤭. Tak masuk akal kisahnya. JD banyak dikritik.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kad MYSiswa RHB tidak berfungsi pulak.....

Hari yang sama phone Dania kena hacked, ni lepas Dania balik dari kelas. Dah kenapa hantar elok je, masa balik pakai pelitup muka?.  Rupa-ru...