Jumaat, Julai 26

Celebrate habis final exam paper & dapat kerja

Lepas habis je paper last final Intro to Soil Science tu lepas pick up Dania…kami ke IOI City Mall la apa lagi...sebab mall ni paling dekat dari UPM tu. Memang saya plan nak makan kat Secret Recipe. Lama dah tak makan kat sini. Boleh la Dania release tension sikit lepas exam tu.


Secret Recipe IOI City Mall ni dah berubah wajah la. Bila pulak renovate pun tau tau dah cantik macam ni. 


Dah duduk, tak lama kemudian dapat keropok ni. 


Sementara makanan nak tiba, makan la lapik perut yang ni dulu. Lama tak makan kek Chocolate Banana ni. Ada tulisan dengan cream 'Smile'. 


Dania tengah menulis feedback pasal Secret Recipe ni. 


Saya dan Dania order yang sama je 2 air kosong dan Tomyam Kung. 


Ambik gambar dululah ya. 


Dah cantik dah Secret Recipe sini....


Berjalan dan berjalan sehinggalah....Dania memang plan nak kerja cuti 2 bulan lebih ni jadi dengan tak bawa resumenya saje nak tanya-tanya je kat tempat Dania kerja masa lepas SPM. Ada opening nampaknya untuk Part Time. 


Supervisor Kak Aini la pulak. Memang pernah kerja sekali pun dulu. Saya tanya je la Aini ni ada ke kosong untuk part time?. Kak Aini kata memang ada untuk seorang dan kalau boleh nak perempuan. Hehe. Ada chance la kan?. Kak Aini tanya masuk belajar balik bila?. Dalam tengah bulan 10. Kak Aini kata kalau nak rehat boleh la tender resignation seminggu sebelum masuk Uni. Errr Kak Aini cakap dengan saya macam saya pulak nak kerja 😆. 

Yg Kak Aini tanya Dania....bila Dania boleh start kerja?. Akhirnya start 1 Ogos 2024. Masuk noon. Terlupa pula yang kami nak ke satu tempat ni 30 Julai ni. Dania yang ingatkan. Jadi, Kak Aini kata baju yang Dania pakai masa kerja dulu boleh pakai lagi (Dania buat baju pakai kat rumah je). Ada 4 helai Dania beli dulu. Lepas tu top up cuma sehelai ajer la. Harga T-Shirt ni RM5 je sepasang. Ni T Shirt untuk pekerja....nama kat T Shirt ni Crew T Shirt. 

Ok baju kerja dah ada ya...😁. Nak cari kerja kat tempat lain dah tak payah dah. Ingat tadi nak ke Poney (pakaian baby) sebab ada kekosongan tapi nampaknya tak payah la ya. 


Sebelum balik, saya kata nak singgah kat Parkson sebab nak top up seluar kerja la kengkononnya. Kena pakai warna gelap macam hijau gelap, coklat, hitam, kelabu. Tudung pun kena plain dan warna gelap. Ok beli la 2 helai untuk Dania. Satu warna hitam seluar kargo dan seluar cotton warna coklat. 


Dania tanya ummi nak tak aiskrim?. Dania kata takpe Dania belanja....moga murah rezeki Dania ya....dah dapat kerja pulak tu. 


Makan aiskrim dulu kat kolam ni sebelum bertolak balik. 


Tak sangka la pulak dapat kerja hari Dania habis final paper ni. Lenggang kangkung tak bawa apa....tanya je terus dapat. Moga nanti Dania habis degree nanti macam ni juga....terus dapat kerja walaupun belum grad....aamiin. 

Nak kena selesaikan buku akaun Dania dulu. Dokumen lain semua dah siap dah....sebab dah pernah kerja jadi tak payah nak submit resume. Gambar pun tak payah bagi dah.  Lepas tu masa jalan nak balik ada phone call rupanya dari Kak Aini nak pesan suruh Dania bawa fotostat IC. Kak Aini call Dania tak angkat tapi terkejut juga call saya rupanya masih ada rekod contact emergency. Oh Dania letak nama saya dulu masa kerja tahun 2022. 

Alhamdulilah untuk hari ini. 





XOXO,
Ezna

 

20 ulasan:

  1. Alhamdulillah... mesti sbb rekod kerja Dania sblm ni bagus sbb tu terus dpt kerja tak payah interview & bawak CV. Bagus Dania tak buang masa waktu cuti semester tapi buat kerja part-time 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa habis SPM Dania nak kerja, lepas habis asasi kata tak nak kerja pulak, masa cuti sem break ijazah ni nak kerja pulak. Ikutkan empunya diri la Carneyz. Mungkin Dania kerja ok takde menimbulkan masalah. Lagi pun kenal Kak Aini ni...Store Manager ok sikit la.

      Padam
  2. waahh bestnya mudah urusan Dania.. tambah pulak kenal dgn Kak Aini ye hehe.. kalau lah Ana dekat area sana, teringin jugak nak apply kerja dlm mall tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Kebetulan pernah kerja di bawak Kak Aini pulak....

      Padam
  3. Alhamdulillah dan Tahniah dapat kerja part time, moga dipermudah kan semua urusan Dania, cemerlang dunia akhirat.

    BalasPadam
  4. Wahh..Dah lama x mkn blueberry cheese cake dr SR..Alhamdulillah dania senang je dpt keje part time tu ..Happy working ya =D

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Mudah je, seronok bila kerja part time nie.. Boleh tambah duit belanja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Boleh la top up sikit2 dan asah skill negotiation dengan customer.

      Padam
  6. teringat cuti akhir sesi semasa belajar di UM dulu memang abe kie akan cari kerja parttime... adalah kerja kat The Star, RHB Insurance dan jadi enumerator. Dpt la wang saku sikit. X nak bebankan bapa n kakak2 n abg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Ye lah....boleh la tambah sikit kan.....

      Padam
  7. Tahniah Dania. Alhamdulillah dipermudahkan urusannya.
    Lama dah tak masuk SR di LD. Dulu selalu ke situ tapi sejak selalu sangat nak order makanan itu tak ada, ini tak ada akhirnya malas dah nak masuk lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau order lepas tu tak ada yg tu yg ni jadi malas juga nak pergi kan? Pernah kena juga kat kedai lain.

      Padam
  8. Selamat Kembali bekerja Dania walaupun untuk seketika.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...saya juga tumpang gembira ..habis exam dan dapat terus kerja part time...boleh la belajar untuk hidup berdikari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Boleh tambah pengalaman juga bagaimana bekerja dalam satu pasukan dan deal dengan orang lain.

      Padam
  10. Alhamdulillah, mudah sangat dapat kerja Dania. Semoga dipermudah dalam segala hal yg lain yaaa 🤗.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...