Jumaat, Julai 26

Breakfast dan Last Paper

Pagi ni breakfast satu family kat Ikhwan Putrajaya. Seleksi kuih masih banyak lagi la. 


Kat sini pun ada. 


Belah kiri tu macam mee, bihun, nasi goreng, makaroni...


Pagi ni terasa nak makan ni je. Pinggan punya besar ya. 


Tudung hitam ni saya dok tertoleh-toleh. Ingat kot kawan saya. Sebijik pulak tahi lalat kat mulut tu. Muka pun saling tak tumpah. Nasib baik saya tanya kawan saya tu yang duduk kat Kulai, Johor. Ok bukan dia. Kat dunia ni ada 7 orang muka sama la ya....lepas tu saya snap gambar bagi kat kawan saya. Dia kata sama la tahi lalat tu. Haha. 


Saya dan hubby berpecah sebab nak pergi kerja. Lepas tu sempat lagi saya isi minyak penuh kereta dan barulah hantar Dania ke Fakulti. 

Tiba Fakulti 55 minit awal. Punyalah semangat. Bagi saya baik tiba awal masa Final Exam ni daripada tiba lewat kan...boleh la tengok lagi apa yang patut dan tenangkan diri. Tangan Dania dengan nota pendek tu. 


Tiba2 12.55 dah dapat call kata Dania dah keluar. Saya pun terkejut la sebab plan nak keluar lewat lagi. Hampir terjerit la kenapa keluar awal? Dah check ke? (Gaya mak mak risau). Dania kata dia siap 40 minit sebelum tamat masa dan lepas check, terus keluar sebab rimas pembantu peperiksaan dok round dan tengok jawapan. 😅 Sebab rimas pun boleh keluar awal ya. Macam-macam peel la. Lepas tu Dania cerita yang keluar final Introduction to Soil Science final paper hari ni soalan 'spot'. Soalan spot ni sangat bahaya juga. Kalau katanya spot keluar 2 kita kena smart sikit baca lebih sikit. Just in case kan....

Ada cucu sedara saya kata Soalan Spot SPM 2023 untuk Pendidikan Islam satu pun tak keluar. Soalan yang keluar ialah soalan tahun sebelumnya iaitu SPM 2022. Haaaa.....soalan tahun sebelumnya?. Katanya sebijik keluar. Haaa see....sebab ni la soalan spot ni sangat bahaya ya....


Nak meraikan Dania habis peperiksaan akhir Semester 2 ni marilah kita celebrate makan kat luar. Ummi tak masak la tenghahari ni. Kemain seronok Dania ya. Sebabnya nampaknya macam bersungguh-sungguh la kat meja study tu. Sesekali kan...

Nak tahu kami ke mana.....?....lepas ni la pulak...





XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. Sini pun ada Ikhwan sentiasa full kedai dia.

    BalasPadam
  2. byk pilihan kuih...skit je ezna mkn tu....lega dania dh selesai last paper

    BalasPadam
  3. Banyaknya kuih-muih di situ.
    Allhamdulillah. Dania dah selesai last paper.

    BalasPadam
  4. Legaaa sangat kalo final Exam dah selesai yaaa 👍. Semoga hasilnya nanti bagus untuk Dania.

    Menariiiik semua kue2 yg dijual kak 😍. Saya kalo ketemu banyak macam kue begini, langsung pening nak milih apa 🤣. Nanti ujung2nya, beli banyak hanya karena lapar mata 🤭😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...