Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 28

Sehari di jambatan KLCC

Hubby dah siap beli tiket nak pergi ke jambatan KLCC. Dah pergi dah you alls?. Lepas tu pagi2 lagi dah keluar rumah menuju ke KLCC. Breakfast dulu kat La Cucur. Tiket nak ke jambatan KLCC jam 11.15am. Pusing2 kejap kat KLCC then terus beratur ke daftar masuk. Rasanya masa beratur tu kami je orang Malaysia. Selebihnya dari India, Arab dan negara lain. 

Masa naik lif tu tak rasa pun. Kejap je dah tiba. Mula2 ke tingkat di mana leh tengok panorama. Kat tempat bulat. Lepas tu dibawa ke jambatan KLCC. Masa kat jambatan tu, terasa macam bergoyang sikit. Eiii gayat sungguh.Tapi at least kami dah tiba sini dah. Terasa macam pelancong asing pulak. Hehehe...

La Cucur KLCC

Dania ni makan kuih ke tidur ni?

Kuih2 pilihan i

Kaunter check in

Informasi dari pengurusan KLCC

Buat2 berani je ni tapi gayat

Pose kat sini dulu sebelum dipanggil ke lif nak ke jambatan

Boleh ambik gambar sendiri kat sini

Nak ambik gambar Dania berlari pulak kat jambatan KLCC ni

Ambik gambar KLCC Tower 2 pulak

Lepas tu makan tengahari kat Food Court KLCC.

Bihun tomyam

Nasi lemak untuk Dania tapi tak habis pun

Sebelum balik pose dulu kat Candylicious ni.


Dania pakai kasut ni sebijik cam gegirl anak Red Mummy pakai. Actually dah lama i cari tapi tak jumpa. Akhirnya jumpa kat JJ Taman Equine. Tengok le entry kasut gegirl kat sini.

Kasut ala ala Ballerina

Lepas tu pergi ke Berjaya Times Square. Entry nanti nanti eh...Kali ni hubby ke Low Yat. Me and Dania ke Berjaya Times Square. Tempatnya pun dekat2 ajer.

Boh Plantations : : Perjalanan yang mendebarkan : :

Lepas check out hotel, destinasi pertama ialah di sini. Boh Plantations. Perjalanan yang mendebarkan kerana pendakian di jalan yang sempit dengan selekoh yang tak nampak kereta arah depan. Kena bunyikan hon kereta. I thought tempatnya tak la secantik Cameron Valley Barrat tu. Tekaan i meleset bila terpandangkan panorama Ladang teh yang menghijau. Sangat cantik permandangan kat Ladang Teh Boh berbanding ladang teh cameron valley barrat. Stop pertama haruslah isi perut dulu sebelum nak naik bukit setinggi 174 meter. 

Order teh tarik, teh o beserta tuna sandwich dan butter cake. Lepas tu sempat la singgah kilang memproses daun teh. Kemudian terus mendaki bukit setinggi 174 meter. Nak tengok permandangan dari atas bukit. Dah la kami memang kat bukit. Naik lagi bukit, so dapat la tengok keseluruhan ladang teh boh. 

Comelnya maskot teh boh ni

Our food

Pose jap kat sini dengan bunga cantik warna jingga.

Ni sabun untuk mengelakkan jerawat. Dibuat daripada green tea. Haruslah jenama Boh

Dania kemain seronok sebab dapat paw ayah 1 coloring book....

Tea shop ni ada barang2 seperti T-Shirt dan lain2 termasuklah teh eksklusif yang hanya terdapat di sini dan tak dijual di mana2 pasaraya. I tak beli pon.

Masa masuk dalam kilang memproses daun teh i actually ambik gambar mesin2 teh tapi i cuma nak masukkan gambar ni ajer.....gambar teh yang siap diproses dan digredkan....teh serbuk Boh yang tengah tu yang digunakan di kedai mamak.

Seleksi serbuk teh berbagai jenis.

Close up sikit teh serbuk yang digunakan di kedai mamak. Amboiiii mamak guna teh boh....

Dania and me pose kat atas bukit view point. Cantik permandangan kat sini. Hijau mata hitamku...hehehe

Merenung jauh nampak hubby ku ini..hehehe

Ada batu besar kat atas bukit ni. Dania tak gayat pun naik atas batu ni. Ummi sangat gayat hokkay....

Dari kejauhan, dapat dilihat kereta yang nak mendaki. Jalan yang sangat mendebarkan kerana jalan sempit dan selekoh ngam ngam jer.

Haaaa....ambikk 174m

Pose kejap nak tayang Poncho pink i...hehe

Dania paling dulu tiba kat puncak.....ummi ayah pancit doh....

Memang you alls semua wajib datang sini. View yang sangat mengagumkan. Saujana mata memandang.....Sangat cantik untuk posing posing sampai lebam...hehehe.

Kidzania lagi

Satu hari selepas Isra' Mikraj, sekolah Dania cuti. Jadinya i pun bawak le Dania pergi Kidzania. Ingat kot tak ramai orang. Rupanya tekaan i meleset sebab orang dari Negeri 9 pun turun KL sebab bercuti. Tambahan pula sekolah AISM pun ada. Australian International School of Malaysia. First stop, jeng jeng ke studio TV3. Dania nak jadi jurukamera tapi masa pilih2 tu Dania jadi pembaca berita cuaca.

Tunggu giliran kat bench ni

Pembaca berita cuaca Buletin Utama....Dania Yasmine....

Lepas tu i cakap dengan Dania suruh ke Karatz nak buat bracelet. Kalau tempat yang dapat something lepas tu yang boleh dibawa balik, kita kena bayar untuk bermain. Bayar dengan duit Kidzos yer....

Dania tengah sibuk nak buat bracelet

Karatz Jewellery

Masa untuk menghantar surat pulak. Dania yang beriya nak hantar surat Poslaju ni. Hantar borang contest ummi boleh?....hehehe

Bungkusan untuk dihantar ke alamat tertera


Masa beratur time Dania nak jadi pump attendant di BHP Petrol, nampak la budak kecik comel sangat ni jadi ahli bomba dan tengah memadamkan api....


Near, BHP Petrol, ada Ayam Brands Cooking School. Harus la beratur di sini sebab Dania nak belajar sediakan sandwich sardin. Sandwich sardin yang disediakan oleh Dania boleh la i ngap sikit since perut pun dah lapar. Hehehehe.....dapat sandwich bersama tempat tekap sandwich berbentuk 2 heart.


Dekat situ juga ada Hitz FM. Dania jadi deejay Hitz FM pulak. Bila balik dapat CD rakaman suara jadi deejay.

Dania beratur nak jadi deejay

Chewah chewah Deejay Dania in the house yo...


Dah jadi deejay, Dania nak jadi CSI pulak. Terus la beratur untuk jadi CSI. Mereka semua siasat kes kecurian rasaya.....

Yang lain2 kemain masam yer...sorry acik nak ambik gambar anak acik ni haa...hehehe

Selepas itu tengah jalan2 terfikir nak jadi apa pulak, ada sorang mamat ni kata nak recruit orang di Acting Academy. So mula2 Dania akan join parade. Siap ada bergendang bagai. Gamat Kidzania dibuatnya.

Acting Academy


Dah participate in a parade, Dania masuk play pulak under acting academy ni. So 2 in 1 gitu. Masa nak tentukan kita dapat memegang watak apa, kena ambik bola dalam bekas lagi. Kebetulan Dania dapat bola warna biru so Dania akan melakonkan watak Alice. Kena pakai costume kemudian akan berlakon di teater berdekatan.

Dania @ Alice

Budak kanan tu orang suruh berlakon....dia dok sengih2 kat parents dia kot...hehehe

Konon tengah tidur la ni

Ada Alice, ada rabbit, ada queen, Mr Hatter.....skripnak cakap apa, staff mereka yang akan bisik kat budak2 ni so budak2 ni ikut jer la...

1 hari yang sangat penat tetapi berbaloi sebab i pon berkejaran sekali dengan Dania. Jadi PhotoG namanya pun. Hehe. Puas dapat mencuba jadi 9 pekerjaan. Kalau nak pergi Kidzania, kalau boleh pergi hari biasa sebab Kidzania takde 2 masa. Hari biasa dari jam 9.00am - 5.00pm. Main la puas2 yer. Ada ruang menunggu dan solat jadi kita tak le terkejar-kejar. Kalau pergi cuti sekolah atau weekend, Kidzania ada 2 masa. 10.00am - 3.00pm dan 4.00pm - 9.00pm. Untung lagi pergi hari biasa. Bayaran pun sama jer.

Kisah Kidzania yang lain, boleh rujuk posting i di bawah ni yer. 



Wednesday, June 27

Cameron Highland Day 2 - 24.6.2012

Lepas breakfast di hotel, Dania kena bayar RM17. Terus la ke stop kami yang pertama. Nak pergi kutip buah strawberry. Taman Agrotourism Big Red Strawberry Farm. Tempat sangat luas dan kawasan berbukit. Chef Wan pernah datang kat sini jugak.

Breakfast i selalunya not that heavy

Bintang ni akan bersinar waktu malam......cantik sungguh lampu ni

Ruang makan dalam yang agak luas

Lepas breakfast nak memulakan perjalanan untuk petik buah strawberry pulak.....

Nak get ready jalan dah tapi bila jalan, dania kena pakai seat belt. Tak boleh buat macam ni lagi...

Jenuh la nak mendaki bukit kat sini. Kami parking betul2 kat main entrance

Jap lagi nak singgah makan kat sini lepas petik strawberry yer...

1/2 kg untuk RM25

Dania yang petik lelebey...i petik 1-2 jer...

Dania in action nak petik strawberry. Err bukan petik tapi gunting strawberry

Ayah dan anak pulak

Inilah hasilnya.....ada line kat tengah tu nak menunjukkan 1/2 kg. Kami punya RM28

Sayur-sayuran pun ada ditanam di sini

Chef Wan dan owner big strawberry farm

Hot strawberry chocolate

Fried strawberry ice cream

Strawberry Shake

Nama je strawberry farm, tapi bunga ros pun banyak ni haa....

Lepas ni kami pergi mana?....tunggu entry lepas ni yer sebab banyak sungguh gambar.....