Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 27

Malaysia Islamic Children's Fair

Kebetulan pada 21 Nov 2014 baru-baru ni plan nak jumpa kawan saya sebab kawan saya tu nak bagi saya gift. Uihhh haruslah jumpa ye dak...tak jumpa no no no gift :p

Kawan saya Emi plan jumpa kat SACC Mall. Jadinya kami makan kat Pizza Hut SACC Mall. Niat di hati nak makan kat Teapot Deli tapi tengah renovation lah pulak. Emi bawak sekali anak dia Erdeena yang berumur 8 Tahun. Saya pulak bawak Dania. Lepas dah makan-makan kami semua singgah kat SACC Convention Center. Kena jalan kaki sikit dari SACC Mall tapi tak lah jauh. 

First stop kat Pretty Princess Zara. Awww rupanya Pretty Princess Zara ni satu taman ngan saya. Kalau agak-agak nak beli tu boleh datang rumah dia. 


Dania berphotoG dengan Deena. Nampak tak perbezaan?....Deena yang darjah 2 lagi tinggi dan besar dari Dania yang Darjah 4. :-) Saya belikan Dania tudung yang Dania pakai tu warna pink dan hijau. Kena pulak dengan dress yang kawan saya Emi bagi kat Dania. Opps abaikan kasut sekolah Dania tu. Dania baru balik sekolah. Saya bawak baju nak tukar tapi terlupa nak bawak kasut. End up pakai kasut sekolah ajer :p


Ada susu unta dari Dubai. Saya rasa juga. 


Dania nak bergambar pulak dengan patung unta ni. 


Ni booth NGO wanita. Saya dan Dania ambik gambar kat sini pulak. Dania asyik pakai topi Da'ie Cilik ajer. 


Booth ni menjual produk yang menang anugerah. Kalau tak silap saya anugerah emas. Hasil dari ciptaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Nama prof tu saya dah lupa. 


Inilah produknya Qalamiy yang dicipta untuk menguatkan otot tangan ketika memegang pensil. Dengan penggunaan Qalamiy ini, anak-anak kita akan diajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul. 


Booth pada hari jumaat ni agak lengang dan seronok sangat nak jalan. Orang pun tak ramai. 


Saya berkenan dengan dress untuk kanak-kanak ni. Dah try pakai tak jadi pulak nak beli. 


Kat luar Convention Center ni ada bas yang di dalamnya ada permainan interaktif. 


Keadaan dalam bas ini. 


Dania kena pukul drum mengikut skrin kat depan. Lagu rock you alls.....


Inilah dress yang Emi bagi kat Dania ni. Emi kata nama dress ni dress Frozen. Memang cantik ajer terletak bila Dania pakai. Thanks Emi. Dania suka sangat. Kena pulak dengan tudung dari Pretty Princess Zara. 


Saya pun dapat telekung hitam berkerawang warna merah kain cotton ni. Sangat selesa dan kemas ajer di bahagian muka. :-) Terima kasih Emi moga awak murah rezeki. :-)


Akhirnya gambar Emi dan saya jugak yang takde. 

Friday, November 21

Clarks Warehouse Sale

Hari ni kita cerita shopping ajer. Hehehe. Mula mula 50/50 juga nak pergi Clarks Warehouse Sale ni tapi bila kawan ajak dan of course beliau yang bawak kereta terus ajer cakap nak. Hehehe. Dalam pukul 9.32 pagi dah bertolak dari rumah kawan saya. Tiba kat Citta Mall dalam kol 10 pagi tengok-tengok barisan dah sepanjang ni. Eh....mereka semua tak pergi kerja ke? Weekdays pulak tu. Saya dan kawan beratur selama 1 jam 30 minit tu. Time masuk pun nak kena tunggu dan bersesak-sesak dengan orang yang nak pilih size dan design kasut. Nak dapat kasut dengan size yang kita nak tu ambik masa jugak. Time nak bayar pun barisan kemain panjang. Dalam 12.30 tengahari settle everything dan terus ke Bukit Jalil ambik anak-anak. 


Ambik iklan sale ni kat wall Clarks Malaysia


Saya ambik selfie dengan kawan saya Naterah Ismanu :-) Ish aunty kat depan ni tutup2 muka sebab dia kata dia minta cuti hari ni sebab nak pergi warehouse sale Clarks. Takut boss nampak le bila saya post kat fb saya. Shopping punya shopping saya beli 2 pasang kasut untuk saya dan hubby. Dania punya takde sebab dia baru dapat kasut Clarks dari UK dari Aunty Ema (adik saya) yang saya cerita harga 5 pound ajer tu. Duit Malaysia dalam RM25 lebih kurang. Berbaloi kan? 


Kasut saya dan hubby. Walking shoes saya ni ringan sangat. Warna pink belacan. Kat kasut ditulis warna Vintage Rose. Sandal ni pulak untuk hubby nak bersantai. 


Lepas tu makan dulu kat food court kat Bandar Kinrara. Ni gambar Dania dan kawan Dania nama dia Faris. Malu malu keduanya. Terpisah masa pertengahan darjah 3 sebab Dania pindah sekolah. Sekarang jumpa balik masa darjah 4 cuma lain kelas ajer sebab Faris pindah sekolah swasta ke Sekolah Kebangsaan. Jumpa la Dania kat sini. Masa sekelas kat Sri Pintar Al Amin dulu ada la bercakap tapi masa kat Sekolah Kebangsaan ni tak cakap pepe pun. Dah makin besar malu pulak... :p


Kalau migraine ke apa tak payah pergi lah. Orang terlalu ramai. Jangan bawa anak-anak kecik dan juga warga emas. Cuaca sangat panas. Errr saya rasa first and last la kot.....tak sanggup nak beratur lagi...sebab sepanjang masa beratur tu takde aircond. Cuma ada kipas siling ajer. Tu pun tak terasa anginnya sebab cuaca panas. Kipas besar pula ada kat tempat tertentu ajer. 

Coach Sale


Sempena hujung hujung tahun ni sale sana sini sinun kan?. Coach pun tak ketinggalan. Dapat message sale ni kat email. Sale ni dah start semalam lagi 20 November 2014. Jom serbu bagi peminat Coach...... :-) 

1 untuk saya 1 untuk kamu

Selepas ajer event Dutch Lady di The Gardens Theater, saya menuju ke Isetan The Gardens, Mid Valley. Sekarang ni tengah ada YES (Year End Sale) apa lagi...YES YES!!! :-)

Yang menarik minat saya ialah section ni. Baju tidur brand Mellow. Rasanya brand ni hanya ada kat Isetan sebab saya pernah jumpa brand ni kat Isetan KLCC. Comel-comel sungguh bajunya. Dania dah ada 2 pasang baju tidur Mellow sebelum ni. For boys and girls ya. 


Paling best sebab sepasang baju tidur ni didatangkan dengan set beg comel ni. Mula-mula Dania kata nak beg warna merah ni. Saya tengok comel sangat beg ni terus ambik baju tidur lagi 1 set. 


Jadinya merah untuk Dania, hijau untuk saya. Bolehlah buat isi telekung. :-) 


Tak tau kenapa, semenjak 2 menjak ni saya suka pulak warna hijau terutamanya Olive green dan lime green :-) 

What's your favourite colour? 

Thursday, November 20

Hari Malaysia di Pulau Pinang Part 4

Ok dah nak tamat dah cerita jalan jalan Pulau Pinang ni. Lepas ajer check out Copthorne kami menuju ke pusat bandar Pulau Pinang. Nak cari apa???

Sebelum balik, kami nak ambik gambar kat street art sekitar bandar Pulau Pinang. Kami parking kereta kemudian menyusuri bangunan di sekitar street art ini. Jumpa tempat ni terus ambik gambar. Yang ambikkan gambar ni orang bangladesh yang kerja kat sini. Tempat ni dekat sangat dengan gambar budak nak capai cawan. 


Ni lah gambar budak nak capai cawan tu. 


Jalan jalan lagi nak cari port nak ambik gambar. Terjumpa gambar ni. Besaunyer......


Tempat ni tempat duduk kreatif namanya ni....hehe


Cuba teka apa kat belakang Dania tu?. Kreatif kan, tanam pokok dalam kasut lama. Boleh try ni. 


Sepanjang perjalanan ni lah mata kena tengok kiri kanan kot kot ternampak wall art. 


Kali ni hubby berphotoG dengan Dania pulak. 


Ni salah sebuah Masjid di Pulau Pinang. 


Wall art ni yang paling ramai orang beratur. 


Dania cam memalu di situ manakala umminya hmmmm yah yah menolak basikal dengan bersungguh-sungguh. 


Hubby dengan wall art motor. Nampak real kan? 


Saya ternampak elephant pink ni kat dinding salah sebuah bangunan. Hidungnya dari batang paip. So creative!. 


Jangan cakap kuat-kuat lah. Sakit telinga. Amboihhh terer berlakon anak ummi ni. Hehehe. 


Lagi kartun kat dinding ni. 


Beca.....



Dah penat dah berjalan berwall art bagai, singgah makan dulu bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Hubby ambikkan 3 ekor udang untuk saya. Harganya????? RM30 sepinggan. Saya rasa udang ni RM10 seekor. Huiiiiii.......hati-hati mengambil udang eh...


Ada galeri seni berdekatan dengan tempat kami parking kereta. 



Sebahagian daripada lukisan yang dipamerkan di sini. 


Ada potret Dato Sarimah. 


Selepas itu kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Niat di hati nak masuk Danok, Thailand. Nak masuk Danok tu kena isi borang imigresen. Selamba je kastam Thailand cakap kalau nak suruh orang isi kena bayar duit kopi???....Hmmmm......masa nak cop pasport kat Thailand. Kastam tu tak mintak duit kat saya dan Dania tapi hubby kena bayar RM1. Hmmmm....

Ni lah restoran yang saya makan kat Thailand. Menu ni dalam bahasa malaysia. 


Restoran ni di tingkat 1. 


Makanan yang kami order ialah tomyam, telur dadar. 


Ikan siakap masak 3 rasa. 


Permandangan bandar Danok dari restoran muslim ini. 


Overall makan kat sini sedaplah. Rasa tomyam sangat sedap. Kalau nak dibandingkan dengan tomyam di Malaysia ada kelainannya. Harga sangat berpatutan dan boleh bayar dengan menggunakan duit Malaysia. Lepas tu teruslah bertolak balik ke Malaysia. Kastam Thailand lagi sekali pow kami. Hmmmm.....pop mengepow ni cam dah sebati pulak saya rasa. 

Tamat sudah kisah di Pulau Pinang......

Wednesday, November 19

Previu Bengkel Tahap Kebijaksanaan - Kebaikan Nutrisi untuk perkembangan bijak si manja

Saya berpeluang menghadiri Previu bengkel yang bakal diadakan oleh Dutch Lady di The Garden Theater di Mid Valley pada 18 November 2014.

Saya baru ajer jumpa hubby Sheahnee Iman Lee dalam majlis pelancaran produk baru-baru ini. Kali ini Sheahnee menjadi pengacara dan moderator bagi previu bengkel Dutch Lady. I love her outfit :-). 


Salah seorang penceramah bengkel iaitu Dr Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway Beliau juga merupakan Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS menerangkan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia menyelidik tentang hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka. Kanak-kanak di Malaysia pula mengalami masalah berlebihan nutrisi  merujuk kepada berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes. Kanak-kanak ini mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ. Dr. Alvin ni saya pernah jumpa di event ini pada tahun 2011. :-)


Ketiga-tiga pakar yang merupakan penceramah bengkel ini terdiri daripada Dr. Alvin Ng Lai Oon (Professor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway), Professor Dr. Poh Bee Koon (Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr. Yong Junina Fadzil (Penasihat Pediatrik).  


Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Anja Henze mengulas lanjut mengenai rasional menganjurkan bengkel ini. 


Poster bengkel tahap kebijaksanaan dilancarkan. Alolo comel sungguh Mia Sara :-)


Tak lepaskan peluang ambik gambar dengan pengacara dan moderator previu bengkel ini, Sheahnee Iman Lee :-) Isteri kepada Nazrudin Habibur Rahman (Pengacara Jalan Jalan Cari Makan, TV3). 


Pendaftaran untuk bengkel ini akan dibuka pada 1 Disember 2014. Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian bebas 1800-22-1233 (Isnin - Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kepada mail@bridgespr.com.my