Selasa, Julai 30

Rezeki dari masjid, keria & coconut shake

Lepas makan kat dusun durian, carilah masjid yang ada tepi jalan ni dan singgah la Masjid Al Muhaimin yang rekabentuk macam ada suntikan negara China. 


Lepas solat, masa tengah tunggu Dania kat luar...ada AJK Masjid suruh saya ambil buah rambutan. Mulanya ambik 1 tangkai je rambutan gading ni tapi AJK Masjid suruh ambik lagi. Banyak ni yang saya ambik. Hehe.


Lepas tu singgah GSK ni. GSK ialah Grass Stream Kitchen. Konon nak makan tengahari....rupanya buka jam 6 petang. 


Ada seekor kucing yang sibuk mengikut jadi Dania bagi je la treats kucing ni. 


Nampaknya makan malam kami kat sinilah....


Dari kejauhan nampak rumah papan tersergam megah. 


Dah namanya nak jalan-jalan cari makan jadi kami singgah la Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil yang terletak di Limbongan. Ada 2 cawangan. Satu lagi kat bangunan kayu. Ni dekat shoplot. 


Masa kami pergi ni cuma ada seorang ajer tengah beli. Barisan belum bermula lagi. 


Singgah minum dalam ni sebab nak makan kuih keria. 


Dalam ni pun tak ramai pun orang. Tenang je la. 


Lepas tu singgah pula Klebang untuk Coconut Shake pulak. Ni pun tapau je. 


Coconut Shake special sebab ada aiskrim. 


Apa yang saya perhatikan kat Melaka ni walaupun hari sabtu tapi jalan kat sini sesak la juga jadi nak sampai ke satu destinasi tu ambil masa jugak walaupun dekat ya. Traffic light punya banyak dan lama pula masanya. 

Lepas ni kami akan ke Grass Stream Kitchen balik semula untuk kami makan malam tapi kiranya early dinner la. 





XOXO,
Ezna

18 ulasan:

  1. waahh signboard GSK mcm awas kwsn kemalangan di hadapan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ala ala Pirate of the Caribbean pun ada juga.....selekoh maut pun ya jugak.

      Padam
  2. i pun dh agak lama tak gi ronda2 melaka...klebang coconut shake tu memang port wajib singgah lah for my lil family

    BalasPadam
  3. Dapnya layan keria & coconut shake...

    BalasPadam
  4. Tu la, Melaka ni banyak tarikan yg menarik tapi bila kenangkan jalan sesak bila masuk Melaka auto jadi tak bersemangat pulak nak pergi jalan2 ke sana. Tapi rasa nak buat la mcm sis Ezna, pergi Melaka day trip utk JJCM 👍🏻.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz day trip pun ok je.....tapi memang ya sesak betul jalannya...

      Padam
  5. melaka org panggil darul traffic light...haha..jammed xkira masa nk plak traffic light byk....kuih keria tu pernh mkn sedap panas2 ..skarang dh ada yg shop lot gini lebih selesa...coconut shake klebang tu fav

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan utama kat bandar sesak betul. Traffic light punyalah banyak. Dah banyak benda boleh gi kat sana....tu yg semua pun nak gi Melaka.

      Padam
  6. Sebab tu SA ngan Dania suka pi Melaka time2 hari biasa..pi weekend jenuh jammed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time weekdays ayahnya pulak tak dapat cuti....memang jam kan....dan satu lagi traffic light dia punya banyak.

      Padam
  7. Macam lanun daaaa signboard dia hihi ...
    Kadang surrender nak gi Melaka sbb sana sini jalan jammed huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly PH.....dengan tengkorak bagai ni. Nasib takde treasure chest pulak kat sini. Hehe.....kena dengan tema parang tu kot.

      Padam
  8. Nak jalan melaka kalau boleh weekdays.. kalau weekend aduhai berkampung dlm kereta hihii... GSK tu tak pernah lagi smpai.. coconut shake dgn keria dah smpai ..ok thanks info.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekdays hubby pulak tak boleh cuti tu yang gi juga weekend.....lepas tu jalan pulak sesak.

      Padam
  9. Linda sampai sekarang tak minat coconut shake.. Lagi suka mango shake dekat sg putat tu.. Tp, tu pun dah tak kaw macam dulu2..

    BalasPadam
  10. Kerja ini sedap utk teman kopi 😍😍. Saya dibagi kak anies waktu ke melaka dulu. Sukaaa rasanya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...