Isnin, Julai 8

Makan tengahari di R&R PLUS terbaik di Malaysia

Hubby dah lama plan nak makan kat R&R PLUS yang terbaik di Malaysia ni. Ada yang kata terbesar dan ada yang kata tercantik. Semuanya bermula dengan 'Ter'. 

Jadi pada weekend hari Sabtu kami pun ke sini. Di mana? Di R&R PLUS Seremban arah selatan. 

Dari jauh macam kelihatan seperti kilang ajer....betul ke yang ni.....?



Ya betul la ni R&R. Terus menuju ke mana nak makan sebab dah time lunch dah pun. Kami pun dah lapar. Kat sini line beratur dia panjang juga ya. 


Nasi ayam ni sedap....nasi pun wangi.....saya dan Dania memilih ni untuk hidangan makanan tengahari kami. Mulanya saya tengok order Dania je. Sekali bila tengok macam sedap la pulak. Tanya mana kedainya jadi saya pun beratur kat kedai ni jugak. Tak syak lagi bila dah rasa memang sedap. 👌


Hubby pula pilih nasi lemak ayam. Nasinya macam rasa nasi biasa je. Mana lemak tu pergi? 😏


Bergambar di bawah bumbung yang sama....


Bumbung R&R ni tinggi jadi kurang la sikit rasa panasnya. Sekarang ni bahangnya boleh tahan kan?


Ramai juga orang masa ni tapi tempat duduk banyak je yang kosong. Kalau kat R&R PLUS yang lain nak dapat tempat duduk tu payah jugak kan....


Ada Famous Amos cookies jugak. Ingat dulu masa belajar kat Dungun....saya mesti tapau cookies ni. 


Ada mainan kanak-kanak juga dalam ni. Lebih teduh tak kena hujan panas. 


Ada tanaman juga dengan tempat duduk batu. 


Banyak juga la tempat kita boleh order makanan. 


Kipas besar ni digunakan di sini. 


Hot kambing dengan logo tengkorak kambing....dagingnya semua dah kena makan dah...sebelah dia FamilyMart. Nampak sipi-sipi je. 


Ada juga food truck Putu Bambu World. Dulu ada satu kat hentian Serdang ni. Kalau teringin dekat dah. Tapi....dah tak ada food truck Putu Bambu World kat situ. Memang sedap putu bambunya ni. 


Memang pilih yang original. Ada juga perisa yang lain. 


You alls nak yang mana?. 


Ni mungkin muka ownernya. 


Beli satu pack ajer. Makan panas-panas ni sedap.....


Cuaca agak terik ya.....


Dah pernah makan kat R&R PLUS Seremban?....

Ok...kami dah sampai dah kat R&R PLUS Seremban arah selatan ✅





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Menarik R&R di seremban ni.. bersih dan penuh menu huhuu.. Ada sesetengah R&R tu penuh lalat nak makan mmg tak lalu huhuu

    BalasPadam
  2. Baru siap tu kan..? Lalu jugak, tapi tak berhenti... Malas nk cari parking... Kikiki

    BalasPadam
  3. cantik jugak rnr ni..
    putu bambu world tu lama betul xmakan..
    dulu rmai org jual kat tempat sy ni... skrg pyh betul nak jumpa.. huhu

    BalasPadam
  4. kena tunggu hari bkn wiken or bkn cuti umum la baru singgah sini hehee.. dah lama nya x lalu highway plus.. sbb tak tahan dengan jem kat plus..

    BalasPadam
  5. ari sabtu lps i pergi muar tapi tak singgah la rnr seremban ni sbb time tu perut kenyang, baru lps bf kat gombak

    BalasPadam
  6. Belum ada trip belah² sana tapi mmg plan nak singgah sini sbb semua org cakap lawa & selesa. Hopefully Plus dapat upgrade juga R&R lain²... Org Utara nak juga 😁

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, belum sampai lagi sana, nampak meriah dan banyak pilihan, suka yang ori putu bambu sedap.

    BalasPadam
  8. memang nice.. hari tu MA ada singgah but byk kedai yg lum buka lagi.. ada caw Hayyan Huda juga kalau x silap.. x tau dah buka ke lum?

    BalasPadam
  9. yg arah selatan jarang singgah. kalau arah utara, ya. ada 1 kedai kopi sedap kat situ

    BalasPadam
  10. Duuuuh putu bambunya nampak menggoda sangaaat kak 😍😍😍😍😍. Saya sukaa kue ini. Walopun terkadang dapat yg tak best. Kurang lembut , kurang wangi. Tapi sekali dpt yg sedap, memang bisa habis banyak 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...