Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, June 27

Havoc ibu anak 4?

Masa cuti sekolah sempena raya minggu lepas, 21 Jun 2018 sempat la bawak anak-anak saudara dengan anak sendiri naik LRT. Saya ambik mereka ni kat Cyberjaya then meneruskan perjalanan ke LRT Kelana Jaya. Sebelum pergi memang saya dah prepare kuih muih ni supaya bebudak ni semua makan dalam kereta on top of sarapan mereka dah makan kat rumah. Simple kuih je macam cream puff, apam dan kek marble. Sepupu Dania ni bernama Sofiah 12 tahun, Adlina 10 tahun dan Musyafee 7 tahun. Ada lagi adik derang umur 4 tahun. Tak berani aunty nak handle yang tu. Masih terlalu aktif. Mak mereka pun dah pesan macam-macam sebelum Aunty Ena bawak mereka naik kereta. 


Naik LRT dekat Kelana Jaya dan kami semua menuju ke KL Sentral. Saya belanja makan kat La Cucur. Sibuk juga mereka nak makan KFC tapi saya prefer makanan selain daripada makanan segera ni. Trip kali ni mereka juga belajar menggunakan coin untuk masuk pagar LRT dan bila balik, kena masukkan coin dalam slot. Ada sekali tu coin tak berfungsi jadinya terpaksa la saya activate kelima-lima coin kat pejabat LRT tu. Betul-betul kat gate nak keluar LRT tu. Kena sentiasa ingatkan mereka ni kalau tak notty aunty belanja aiskrim. 😍😍😍

Nak ambik gambar semua tengok kamera kemain susah. Ni masa dah nak balik dah ni. Hishhhh tak tengok kamera lagi. Ni lepas makan-makan kat La Cucur. 


Masa nak balik naik LRT ramai juga orang tapi ada je tempat nak duduk. Memasing nak berdiri pulak. Adlina ni pulak sibuk dengan sarung lengan dia. Asyik2 betulkan banyak kali. Kalau 10 tahun dah macam ni moga senang la ummi dia / adik saya nak membentuknya. Sofiah juga boleh diharapkan untuk menjaga adik-adiknya juga. 


Baru pandang kamera tapi errr seorang ajer. Kan saya kata tadi payah nak suruh pose ni. 


Tu baru ibu anak seorang. Belum lagi ibu anak 4. Biasalah anak-anak kan. Kena observe juga tak boleh juga nak harapkan yang sulung je tolong tengokkan. Kena sentiasa pantau juga. Kena sentiasa mengingatkan apa yang tak patut mereka buat dan yang patut mereka buat. Pesan kejap, kekadang lepas tu lupa balik. Ye tak?. 

Balik je dari naik LRT, setibanya di Stesyen LRT Kelana Jaya, aunty Ena belanja aiskrim pulak sebab mereka tak notty. Tempat duduk takde jadinya duduk atas tangga je lah sebelum singgah rumah adik yang No. 2 untuk tumpang solat rumah dia. Dah gabung pulak dengan sepupu-sepupu mereka jadi sekarang ni 6 orang. Tu dia.....main nerf pulak dah kat rumah Aunty Eja dia. Dania cuma tengok-tengok gelak-gelak je la. Dah dia paling tua.

Balik hantar Sofiah, Adlina dan Musyafee singgah minum petang pulak rumah ummi mereka (adik saya Ema) sebelum saya bertolak balik. Dalam kol 6.00 lebih petang jugak la saya tiba kat rumah. 

Bila tanya Dania, dia pun seronok keluar dengan sepupu-sepupu dia ni. Nanti Aunty Ena nak kena plan la cuti sekolah bulan 8 pulak. 

Tuesday, June 26

Kisah Aidilfitri 2018 Part 2

Ni sambungan dari Part 1 sebelum ni. Kali ni Part 2 pulak. Dari Ipoh sebelum ni bertolak ke Alor Setar Kedah. Jalan menuju ke sini adakalanya jam sikit tapi tak teruk la. Kami tiba jam 5 petang kat Hotel Royal Signature, Alor Setar. Bila ibu dan ayah mertua dah takde memang tidur hotel ajer. Masa ibu mertua ada memang menginap kat rumah ibu mertua lah. Saya memang tak pernah kenal ayah mertua since ayah mertua dah meninggal tahun 1990-an dulu. 

Berbalik pada hotel ni, Royal Signature ni merupakan salah satu hotel baru kat Alor Setar ni. Saya pilih yang ada 2 katil single. Katil single ni besar sikit daripada katil single yang biasa. Saya tidur dengan Dania. 


TV besar jugak. 


Dalam toilet ada bidai ni. Memang siap2 tutupkan bidai ni. Idak........😜😜😜


Tempat mandi ni agak sempit juga cerminnya. 


Nak buat air dan almari baju. 


Pada 17 Jun 2018, kami makan pagi kat coffee house. Ada sijil halal kat sini ye. Tak payah nak ragu-ragu. Boleh tengok la kat bawah ni gegambar kat coffee house Hotel Royal Signature. Design dekorasi dalam hotel ni cantik bagi saya lah. 








Tempat yang kami akan ziarah ialah rumah kakak ipar. Gambar dengan kakak ipar takde la pulak. Dan bawah ni rumah abang ipar. Hubby saya ni anak bongsu jadinya abang-abang dan kakaknya semua dah berumur 50 tahun ke atas. 

Ni Ariana cucu abang ipar kat Pendang. Berkenan dengan dia ni sebab comel sangat. Ariana ikut muka mama dia. Kemain lagi pose macam ni. 


Gambar ni diambil oleh anak saudara saya. Dia kata nak ambik gambar abah dengan Pak Tam sebab muka sama. Saya rasa hubby saya nanti bila dah berumur 50 tahun ke atas mesti ikut muka abang dia. Gambar bawah ni juga ada kakak kepada Ariana namanya Arissa. Comel juga. Arissa ikut muka papa dia. 

Masa kat rumah abang ipar ni cerita pula susur galur ayah mertua saya. Berasal dari Kg. Cherok Tokkun kat Bukit Mertajam Pulau Pinang. Sekampung dengan keluarga DS Anwar Ibrahim. Ayah mertua saya memang kenal la dengan ayah DS Anwar Ibrahim. Selalu yang dibawa ke kampung abang ipar saya ni lah. Masa tu hubby saya kecik lagi. Beza hubby dengan abang ipar saya ni rasanya ada 20++ tahun macam tu. Masih ada juga saudara mara belah ayah hubby di Kg. Cherok Tokkun tapi sayangnya hubby saya tak kenal saudara mara kat sana sebab lapis atas kebanyakkan dah meninggal dunia. Sayangkan?. 


Kali ni macam tak singgah banyak tempat sebab kebanyakkan sepupu2 hubby dah balik ke tempat masing-masing. Adalah singgah Tanjung Musang rumah ayah saudara hubby. Tu pun takde gambar saya ambik. Yang ada kat rumah ayah saudara dan ibu saudara ajer. Anak-anak atau sepupu habis semua dah balik rumah masing-masing. 

Masa kat Tanjung Musang, tu lah ayah saudara (paksu) cerita tentang asal usul ibu hubby. Nenek dan atuk hubby belah ibu hubby (ibu mertua saya) berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Merantau ke Kedah berjalan kaki. Saya tak boleh nak imagine macamana merantau berjalan kaki ni. Ibu mertua saya lahir kat Kedah. Kalau orang Kelantan datang Kedah mesti cari Tok Komiang (nama gelaran tuk hubby). Macam orang dikenali kot masa tu. 


Pada pagi 18 Jun 2018 tu hubby dan adik beradik sibuk nak berurusan di Pejabat Tanah atas urusan tanah pusaka. Saya dan Dania ikut sekali tapi saya sibuk la ambik gambar Dania kat taman berdekatan pejabat tanah. Sekali kena panggil dengan hubby untuk isi borang. Actually memang isi borang bagai ni tugas saya sebab tulisan saya kemas berbanding hubby. Saya isikan borang untuk 3 orang. 😅😅😅. Tahu je lah borang-borang kena isikan tu banyak. Akhirnya hubby janjikan upah sebab kesian kot isikan borang untuk abang2 ipar hubby + borang hubby. 

Lepas settle urusan kat Pejabat Tanah, rehat sekejap sebelum bertolak balik ke rumah kami. On the way nak balik singgah Kg Cherok Tokkun. Disebabkan tak pernah sampai kena berhenti kat Petronas juga lah tanya mana Kg ni. Rupanya Kg hubby ni dekat dengan Masjid Cherok Tokkun Bawah. Ada juga Masjid Cherok Tokkun Atas. Mana la kami tahu ada atas ada bawah kan?. 

Masuk je Jalan Kilang Ubi sebelah Masjid Cherok Tokkun Bawah, tersergam indah rumah kayu berwarna putih. Lawa rumahnya. Inilah rumah keluarga DS Anwar Ibrahim. Kami masuk sekerat je sebab jalannya tak la besar sangat. Kalau selisih kereta, kena ke tepi sikit. Rupanya kg hubby selepas titi kat jalan ni. Lepas titi tu itulah Kg hubby. Kalau tiba sekalipun sape lah nak ditanya tu?. Kami memang tak kenal sesiapa pun. 


Sebelah Jalan Kilang Ubi ni kedai saudara hubby tapi tutup pula hari kami pergi ni. Ayah pemilik kedai ni pun rasanya dah meninggal. Kalau kedai bukak maybe boleh menanya. 


Dari Cherok Tokkun dah pukul 5 petang macam tu. Perjalanan balik ke rumah kami ya ampun....Huiiiii jam tahap teruk. 


Bertolak dari Cherok Tokkun 5.00 petang 18 Jun 2018
Tiba di Bandar Baru Bangi 3.45 pagi 19 Jun 2018

Rasa macam tak nak balik raya dah. 😭😭😭

Balik kampung kali ni banyak bercerita pasal sejarah keluarga baik di Perak mahu pun di Kedah. 

You alls balik raya hari tu jam tak?. 

Monday, June 25

Kisah Aidilfitri 2018 Part 1

Mulanya hubby kata nak balik raya pada pagi hari raya. Bila Dania kata tak best la ayah sebab takde feel balik raya, berubah la plan jadi balik sehari sebelum raya. Tibanya pada jam 12.00 lebih tengah malam hari esoknya.

Kami menginap kat hotel di Ipoh. Ni MU Hotel namanya. Sebelum tu dikenali dengan nama Ibis Styles. Kalau Ibis kena bayar franchise dekat Ibis tapi disebabkan owner hotel ni dah pandai manage hotel sendiri dia letak nama lain jadinya tak payah la nak bayar franchise dekat Ibis lagi. Gitulah ceritanya dari salah seorang staff hotel ni. 

Hotel ni memang sangat selesa bagi saya. Bukannya 5 star tapi rasanya 3 star ajer. Bilik yang dipilih ni sesuai untuk 4 orang. 


Menariknya sebab banyak tempat nak charge segala macam gadget. 


Bilik yang 1 katil queen ni Dania yang tidur sebabnya Dania takut nak tidur katil single tu nanti katil single sebelah tu kosong. Hehe. 


Lepas breakfast kat hotel, kami menuju ke masjid negeri kat Ipoh. Kalau dari MU Hotel tu straight ajer. Tak berapa jauh dah nak ke Masjid Negeri. Kami tiba jam 8.15 pagi. Masa tiba tu banyak lagi tempat kosong dalam masjid mahupun parking. 

Ada satu cerita kelakar, saya dan Dania tak tahu mana tangga nak naik atas, jadinya tanya seseorang ni. Rupanya dia orang seberang. Tak berapa nak familiar. Kami bertiga bersama-sama menuju ke atas ikut jemaah perempuan yang lain. Masa dah elok dapat spot kat tingkat atas tu, phone wanita Indonesia tu berbunyi. Sekali dia kata "ya, ya saya sudah naik atas. Saya ikut 2 orang aunty". Sekali Dania senyum-senyum la kata ngan saya. Dania ni aunty ke? 😝😝😝 sebabnya orang Indonesia tu lebih tua daripada Dania. Umur dalam lingkungan late 20's rasanya. 


Dulu-dulu kalau solat kat masjid ni, lepas habis solat sunat aidilfitri ada makan-makan kuih tapi nampaknya tahun ni dah takde. 

Kat depan Masjid Negeri ni ada macam dataran. Kami ambik gambar la kat sini sebab ada wording I-P-O-H. 

Tiba hotel pun minta tolong staff  MU Hotel tolong ambikkan gambar. Saya rasa warna background ni senada dengan warna baju kami. 


Balik hotel, rehat dulu since hari ni hari jumaat. Lepas hubby selesai solat jumaat baru nak pergi ziarah. Kami pergi ziarah saudara di Seputeh. Dalam 45 minit jugak la dari bandar ipoh. Keluarga makcik Ani ni kira sepupu arwah papa. Ayah dan mak mertua makcik Ani ni kira ayah saudara dan ibu saudara kepada arwah ayah saya. Makcik Ani cerita juga yang nenek moyang saya orang kaya. Terkenal dengan nama Sawiah kayo dan kononnya suaminya atau atuk moyang saya tahu 18 jenis bahasa. Nak tentukan kesahihan tu tak tahulah saya macamana. At least dengar ajer la sejarah keluarga saya belah arwah papa. 

Kebetulan cerita punya cerita lagi ada seorang owner yang saya pernah buat review kat blog tu ada kena mengena dengan makcik Ani ni. Makcik Ani punya makcik kahwin dengan saudara mara ke adik beradik kepada owner produk yang saya review tu. Restaurant pun terletak kat Bandar Baru Bangi dan kedai Telekung beliau pun kat Bandar Baru Bangi. Kecik kan dunia ni?. 


Ni kisah hari raya kedua iaitu 16 Jun 2018. Saya rangkumkan semua la cerita kat Ipoh ni. Ni rumah ayah saudara saya. Ayah ni abang kepada arwah mama. 

Anak-anak ayah ni pun lama giler tak jumpa. Kak Ati dan Abang Hafiz. Abang Hafiz kata dah lama tak jumpa Ena (nama panggilan di kalangan saudara ataupun teman rapat) kira-kira 25 tahun. Ya allah lamanya tak jumpa. Rupa abang Hafiz pun dah berbeza sangat sebab dulunya sangat kurus. Biasalah kan dah berusia kita pun. Last jumpa masa saya kecik-kecik dulu. Kata abang Hafiz muka saya tak berubah. 


Moga ikatan persaudaraan kita tetap utuh walaupun ada diantara kita yang telah pergi meninggalkan kita. 

Selepas ini, kami meneruskan perjalanan kami ke negeri Kedah Darul Aman. Kg suami pulak. Tak nak lama-lama juga kat Ipoh sebab takutkan jalan jam. Faham-faham la musim perayaan ni. Jalan raya PLUS arah Utara tu macamana. Nak nak bila tiba Pulau Pinang. 


Wednesday, June 20

Iftar di Villa mana ???

Ni kisahnya masa bulan puasa baru ni. Dania ada iftar kedua kat sekolah. Kali ni khas untuk Tingkatan 2 ajer. Jemput dulu kat sekolah sebab nak bagi membersihkan diri dulu sebelum hantar balik ke sekolah. 


Lepas hantar Dania ke sekolah terus menuju ke Lake Cempaka Villa untuk berbuka dengan hubby pulak. Hubby naik kereta lain. Boleh tahan juga jam kat Bandar Baru Bangi ni. Kalau tak jam kejap je tiba kat Lake Cempaka Villa tu dari sekolah Dania. 

Tiba sana pun dalam 7.15 petang kot. Dapat la tempat kat luar kat sudut ni. Hubby tiba tak lama lepas saya tiba. Ok la tiba tak lama lepas saya tiba sebab kena bayar dulu sebelum ke meja. Hehe....Lega banker dah tiba. Harga yang kami dapat harga promosi. Kebetulan tarikh kami pergi 8 Jun 2018 ni tarikh akhir dapat harga promosi iftar kat Lake Cempaka Villa. Tak silap kami dapat harga RM47/pax berbanding harga asal RM58/pax. Kalau masih yang tak tahu...Lake Cempaka Villa ni diuruskan oleh Felda D' Saji. 


Saya mulakan dengan ini dulu. Nampak cair dah ais kacang ni. 


Seleksi kuih-muih yang disediakan. 


Lepas tu saya ambik bubur lambuk pulak. Lake Cempaka Villa ni kalau waktu siang lagi lawa sebab memang mengadap taman tasik cempaka. Hijau saujana mata memandang ajer. Malam-malam tak nampak apa-apa lah. 


Ni kot yang istimewa kat sini. Nasi Thailand Khai Mok Khai. 


Ulam-ulaman yang membuka selera. 


Siapa yang minat pecal memang terjah sini dulu lah. Saya bukan peminat pecal. 


Rojak buah ni ada masa2 memang teringin tapi ada masa2 tengok ajer. Hehe. 


Close up ayam masak kicap. 


Ni close up ikan keli masak cili. 


Telur itik masak lemak. 


Keladi masak asam. 


Ni je saya tak berani nak rasa sebab sayur ni pahit. 


Wow mood raya sudah mari...


Lemang ni makan dengan rendang ayam. 


Kalau dapat tempat kat tengah ni best la. Dah penuh dah area ni. Walk in dapat la kat sudut di terrace luar. Planning nak makan sini pun di saat akhir. 


Tempat kami duduk tu berdekatan dengan kek ni. Rasa juga la kek pandan gula melaka ni. Sedap jugak rasanya. 


Air panas ni penutup sebelum balik. Bulan2 puasa ni kalau dapat minum air panas rasa perut tu lega je. 


Meja kami di sudut ini. Tiba-tiba teet teet phone berbunyi. Dania telefon suruh ambik. Berapa lama je boleh spend time dengan hubby. Ye le dah ada anak, camtu le. 


Gambar hubby wifey kat depan Lake Cempaka Villa sebelum saya dan hubby berpisah kat dua destinasi yang berbeza. Hubby menuju  ke surau untuk terawih dan saya menuju ke sekolah Dania untuk jemput Dania balik. 


Masa yang sikit tu dapat dimanfaatkan juga. Bukan senang nak berdua ajer. Selalunya memang kami bertiga. 

Monday, June 11

Jadikan Quaker Oats Hero Dalam Pembuatan Biskut Raya Tahun Ini

Serat penting dalam diet harian kita. Kenapa ia penting?

1. Serat penting kerana ia dapat mengawal berat badan kerana pemakanan yang mengandungi serat akan menyebabkan kita akan kenyang dalam masa yang panjang. 

2. Penting untuk fungsi usus. Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses penghadaman. Nanti tiadalah masalah sembelit. 

3. Mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan obesiti. 

Disebabkan pentingnya serat dalam diet harian saya terpanggil untuk berkongsi kebaikan Quaker Oats ini. Apa kata hidangan raya pada tahun ini kita menjadikan Quaker Oats, jenama No 1 di dunia ni sebagai hero dalam pembuatan biskut raya pada tahun ini kerana ia kaya serat, protin, mineral dan vitamin. 


Jom saya kongsikan satu resipi :

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Quaker Oats Cookies Ola Oli

Bahan-Bahan : 

1 cawan mentega dilembutkan

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula putih


2 biji telur 

1 sudu teh esen vanilla

1    1/4 cawan tepung gandum serbaguna

1/2 sudu teh soda penaik

3 cawan quaker oat

1 cawan cip coklat


Cara - cara memasak :

1. Campur semua bahan di dalam mangkuk. Telur itu perlu dimasukkan satu persatu ye. 

2. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.

3. Sementara itu, panaskan ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius. 

4. Sudukan satu adunan di dalam sudu ke dalam tray pembakar sehingga semua adunan digunakan. 

5. Bakar selama 12 minit atau sehingga masak. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸


Petikan lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina :


Kuih dan muih beraneka macam,

Makanlah jangan hanya dipandang,

Ketupat rendang sila nikmati kawan,

Penat memasak malam ke pagi....


Wajik dan dodol jangan lupakan,

Peninggalan nenek zaman berzaman,

Asyik bersembang pakcik dan makcik, 

Hai duit raya lupa nak diberi....

Siap dah kuih raya diletakkan di dalam balang. 

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protin yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan : bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protin, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. 

Hari Raya ini you alls boleh la mencuba resepi baharu menggunakan Quaker Oats sebagai 'hero' di dalam masakan you alls seperti Kari Ayam merah dengan Oats, Sup Kambing Quaker Oats, atau biskut raya hasil air tangan Chef Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde Onde Oatmeal. 


 Biskut Beri Biru Multigrain Cereal

Biskut Onde-Onde Oatmeal

Dah teruja nak buat biskut raya? 

Info selanjutnya boleh la melayari :