Sabtu, Julai 20

Membaiki emas di Khalifah Jewels

Setelah menghantar Dania ke Fakulti, hari ni (Jumaat, 19 Julai 2024) ada final paper Agriculture, Environment and Food System. Jauh juga gap yang pertama tu. Isnin kemudian Jumaat. Sambung balik Selasa dan Rabu minggu depan. All the best buat anak ummi ya. 


Lepas hantar Dania, saya ke Khalifah Jewels yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. 


Saya nak betulkan gelang saya yang dah tercabut ni. Nasib baik tercabut kat rumah je. Memang gelang separa jagung ni saya beli kat sini. Bila tiba je kat Khalifah Jewels ni nak kena menunggu la pulak. Tukang emas pergi beli susu nak hantar ke anaknya yang baru lahir. Dalam fikiran....baru lahir ni tak minum susu badan ke?. Ezna....tak payah nak menyibuk ya 😅. 


Sambil-sambil mengerling kat bayaran parking online saya di telefon. Lagi 16 minit tinggal untuk parking saya tamat tempoh. Maknanya saya dah duduk sini 44 minit masa menunggu sebab saya bayar parking untuk 1 jam. 

Takkan nak tunggu je kan? Siap mencuba beberapa bentuk cincin lagi. Hehe. 


Nombor-nombor kat sini menunjukkan saiz cincin ya. Macam-macam bentuk. 


Ini pula cincin belah rotan. 


Setelah tukang emas datang, kejap je dia buat dan harganya?. Tak payah bayar apa-apa. Berbaloi la saya tunggu sampai 44 minit tu. Design jagung gelang saya yang tengah ni sebelah tu tertanggal dari tempat pemegang dia jadi tukang emas masukkan balik dan ketatkan. Ok selesai....tak payah la saya tukar kepada gelang yang baru. Pakai je apa yang ada ni selagi boleh dibaiki. 😊


Ok....selesai satu perkara....





XOXO,
Ezna

 

18 ulasan:

  1. Anak sudah habis exam dan menunggu balik kampung saja...semoga Dania berjaya dalam exam nya...aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh seronoklah ya. Dania ada lagi 2 paper. Terima kasih ya.

      Padam
  2. Mudah2an Dania berjaya dapat anugerah dekan

    BalasPadam
  3. Ehem.... Masuk kedai emas kan... Wanita dan emas mana blh dipisahkan... Dari nk repair lepas tu mencuba nanti terbeli hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mencuba dan mencuba....lepas siap berlalu pergi. Hooray tak membeli pun. Hehehe

      Padam
  4. Syukur tka kena bayar... Recommended pulak kedai mcm ni .. repair 44 mnt tapi free jer . Terbaikk

    BalasPadam
  5. All the best utk dania! Cute la gelang u tu ezz🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gelang I ni nipis je Suzz. Nak baiki je.....janji boleh pakai lagi.

      Padam
  6. wahhh foc! boleh laa sy bawa gelang sy yg dah tercabut loceng tu😁 ke sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh... tapi gelang Anies beli kat KJ ni ke? Kalau ya ada kebarangkalian boleh dapat free je.

      Padam
  7. Iseh bagusnya kalo tak payah bayar. Di sini selalunya bayar. Makanya waktu itu saya dah malas perbaiki krn lumayan juga ongkos repair 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Larrr kalau lumayan onkos repair baiklah Fanny trade in aja...ambil emas yang baru.

      Padam
  8. Tempat bahaya ni..dari x nak beli nanti jadi terrrrr beli...kan...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...tu la pasal tapi kuatkan hati je ni. Errr apa pun masih juga try kat jari cincin tu.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...