Kalau tak tarikh hari ni saya dan suami dah bersiap-siap menghantar Dania ke Melaka dah.
Kali ni saya nak menerangkan tentang Sekolah Menengah Teknik. Ok saya ada apply untuk Dania ni Sekolah Menengah Teknik. Kalau nak tahu, sekolah ni tak sama tau dengan sekolah vokasional. Sekolah Vokasional ni lebih kepada kemahiran dan akan mengambil peperiksaan SPMV masa Tingkatan 5. Walaupun kalau nak apply tu borang online tu sama je.
Nak tau apa aliran yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ni?
1. Kejuruteraan Awam
2. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3. Kejuruteraan Mekanikal
4. Perdagangan
5. Sains Pertanian
Ok....dah tahu aliran meh saya bagitahu...
Matapelajaran Elektif
Kejuruteraan Awam -
1. Pengajian Kejuruteraan Awam
2. Lukisan Kejuruteraan
3. Fizik
4. Kimia
5. Matematik Tambahan
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik -
1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
2. Lukisan Kejuruteraan
3. Fizik
4. Kimia
5. Matematik Tambahan
Kejuruteraan Mekanikal -
1. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
2. Lukisan Kejuruteraan
3. Fizik
4. Kimia
5. Matematik Tambahan
Perdagangan -
1. Pengajian Keusahawanan
2. Prinsip Akaun
3. Fizik
4. Kimia
5. Matematik Tambahan
Sains Pertanian -
1. Sains Pertanian
2. Fizik
3. Kimia
4. Biologi
5. Matematik Tambahan
Matapelajaran Teras
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
5. Sejarah
6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kalau tengok daripada elektif ni, semua aliran akan mengambil 11 matapelajaran. Hanya Sains Pertanian je yang mengambil subjek biologi. Kalau ikutkan Dania kat sekolah sekarang memang ambil matapelajaran elektif Sains Tulen + Matematik Tambahan kecuali subjek Sains Pertanian. Kalau tengok juga pelajar yang memilih aliran Perdagangan juga tidak terkecuali mengambil subjek Sains Tulen.
Tak sangka la pulak Dania ditawarkan aliran Sains Pertanian kat Melaka. Actually kan memang ada survey Sekolah Menengah Teknik Melaka ni sebelum apply. Kedudukan dia dekat dengan bandar la. Kena masuk PLUS Highway dan exit ke Alor Gajah. Tak jauh la dengan Bandaraya Melaka tu. Bukan typical sekolah berasrama yang terletak kat hulu dan jauh daripada bandar. Masalah kat sini satu je la kot. Jam. Masa nak tiba sekolah tu dari exit tol Alor Gajah tu pun dah sesak.
Nak tahu isi hati Dania ni saya bawa la pergi makan ice cream kat IOI City Mall tu haa....dalam kereta saya dah bagitahu kalau stay sekolah sekarang macamana.....kalau berpindah ke sekolah baru macamana. Akhirnya....Dania pun bagitahu lah isi hatinya kat tempat kami makan ice cream tu......
Rasanya apa isi hati Dania?...."Dania tak nak pergilah ummi". Biar keluar dari mulut dia sendiri. Ayah dia memang awal2 cakap jangan mintaklah. Sekolah sekarang kan ke bagus?. Saya je mintak sebab takut menyesal kalau tak mintak. š
š
š
. Ikutkan sekolah sekarang ni memang saya aktif tolong PIBG. Ramai cikgu saya dah kenal. Ada juga cikgu yang kata muka saya ni selalu nampak kat sekolah. Malahan Puan Pengetua pun dah cam saya. Sekolah pun memang aktif. Ada je aktiviti dan selalu hantar wakil ke luar. Dania pun pada masa yang sama boleh la saya masukkan dia ke kelas tuition untuk subjek sains tulen tu. Kalau masuk asrama macamana nak tuition kan?. Kecuali yang sekolah anjurkan.
Jom tengok apa yang kena bayar kalau la Dania decide nak masuk....
ITEM : 1
ITEM : 2
ITEM : 3
Ini tak termasuk baldi la apa semua mak nenek barang mandian semua kan dan yang sewaktu dengannya. Perempuan kan banyak barangnya. ššš
Masa kat Taiwan tahun lepas, Dania terlepas mengambil peperiksaan UKKM MRSM untuk kemasukan Tingkatan 4, 2020. Tarikh yang Dania kena pergi buat ujian tu hari kedua kami kat Taiwan. Terlepas la. Ujian tu diadakan di Kolej Mara Beranang.
Takpelah....apa apa pun janji saya tak ralat tak pindahkan Dania kat sekolah baru sebab sekolah sekarang pun dah ok sangat-sangat. Nak nak subjek yang diambil pun Sains Tulen jugak.
Rawlins suka tengok your relationship with your daughter. You let her decide for herself with your guidance - macam nie la anak-anak akan membesar dan matang kan. Congrats to you both ye
BalasPadamSekarang ni mana-mana sekolah pun sama. Dulu LeYa pun aliran Sains sekolah kebangsaan je.. Alhamdulillah...ok jer.. Dan lagi ok sebab dekat dengan parents. Boleh follow ikut Ibu Ayah kalau jalan-jalan.. Hahaha.... Btw, semoga Dania cemerlang.
BalasPadamSis dulu pun anak-anak nak pilih jurusan apa, tak pernah paksa, mereka pilih dan tentukan sendiri. Alhamdulilah berjaya semuanya. Anak sulung Sis aliran sains tulen gak. dari sekolah menengah biasa ke MSU dah skrg..good luck buat Dania..
BalasPadambagusnya ka ezna biar Dania yang decide. Bila kita dah selesa dengan surrounding sekolah, memang rasa berat hati nak tinggalkan. Kalau ikut financial, better stay je kan. Semoga Dania cemerlang dalam bidang yang dia pilih :)
BalasPadamall the best dania!!
BalasPadamSaya x pernah belajar Di sekolah menengah teknik. So x boley nak comment sgt. However thank you for the information.
BalasPadamArtikel yg sangat informative dan parents patut baca ni hehe..nnt sy suggestkan artikel ni pada parents yg nak tahu lanjut
BalasPadamoooo itu rupanya perbezaan sekolah vokasional dengan teknik. baru tahu ni. btw terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamBagus bagi anak yang pilih apa yang diaorg nak. Macam sis..memang nak masukkan aeysha boarding school tapi bila dia tak nak so tak nak lah paksa. Tak nak jd mcm anak pertama..sb htr dia duk sek Alam Shah..sampai skrg umur dh 25 still kata..dulu x nak masuk tp mama yg suruh gak..huhuhu
BalasPadamterima kasih atas artikel yg penuh informasi ni. sebelum ni tak tahu pun macam mana pembelajaran dkt sekolah teknik. :)
BalasPadamMarina dulu bekas pelajar sekolah teknik. Hihi. Yang penting kena minat belajar. Bagus bagi anak pilih apa yang dia nak.
BalasPadamGood luck dania
BalasPadamTak kisahlah kan Dania bersekolah di mana pun. Asalkan dia selesa dan tahu arah tuju di masa akan datang. Sekokah sekarnag phn ambil Sains Tulen kan. Semoga Dania berjaya.
BalasPadamOh lain betul subjek aliran sekolah menengah sekarang ni. Jauh beza daripada kite dulu dulu. Tak tau lah nanti anak saya dah masuk sekolah macam mana pulak caranya
BalasPadamBagusnya perkongsian lengkap sebegini. Rasanya ramai MakMak lain yang. Kurang arif bab sekolah Menengah teknik ni... Good luck Dania
BalasPadamBetul, selalunya kene dengr ckp anak mana dia lebih suka.. Kalau sekolah sekrg bagus juga elokla sekolah sekrg je.. Hehehe.. Nanti dh besar dan tau mana elok sekolah dia akan pilih mana yang terbaik
BalasPadamTakpa dania.. Sekolah mana pun sama.. Aunty dulu ex sbp.. Biasa ja.. Ada pro n cons... Xbest sebab trpaksa stay n ikut apa yg mak nak... Tpi xsalahkan mak pun skrg ni.. Walaupun dlu2 mmg marah gak sebab kena paksa stay kt sbp.. Tpi cons dia... Bila masuk U.. Xdak la culture shocked sebab dah biasa dari f1 buat semua benda sendiri...
BalasPadamBagus juga cmni kan.. Kalau anak2 dah minat jurusan tu, kita ikutkan jela asalkan dia nak belajar.. Tp perbincangan mmg perlu ada juga antara parents & anak2 kan..
BalasPadamwahh sekarang ni mudah jer nak belajar kat sekolah teknik mata pelajaran pun boleh pilih siap-siap hehehehe kita sendiri pun dulu bekas pelajar sekolah Teknik juga hehehehe.... Bangga jadi pelajar sekolah teknik..
BalasPadambaru tahu berlainan rupanya Teknik dengan Vokasional. Dan banyak juga subjek menarik di SM Teknik ni
BalasPadam