Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 30

Birthday Party Anak Aaron Aziz....Danish Anaqi dan Dahlia Arissa

 



Aaron mendukung Dahlia dan Diyana mendukung Dwi, Danish yang pakai cermin mata hitam. 



Baby Dahlia menangis lepas semua menyanyi lagu Birthday untuk dia. Mungkin kuat sangat kot semua nyanyi....


Wahhhhh cam loving father je Aaron ni.....cium baby Dahlia yang tengah nangis

Kek yang cantik





Dania dah bersiap nak tengok movie

Yang depan sekali tu cucu Datuk Yusuf Haslam





Dania duduk dengan cucu Yusuf Haslam. Ada 3 orang semuanya

Smile....Diyana....

Dahlia Arissa Aaron dan pengasuh yang pemalu itu...

Ada promo Ombak Rindu kat Cineplex ni

Jasmin Hamid yang cantik ni friendly sungguh

Tengok la suite movie ni




Dalam ni la birthday Danish dan Dahlia Aaron

Aaron Aziz yang dah 5 hari sakit mata. Tu la pasal pakai cermin mata gelap


Pressie for Aaron's kids....
Dapat jemputan ke birthday party anak Aaron Aziz di Cathay Cineplex Platinum e Curve. Kanak2 diberi popcorn dan beg Angry Bird kemudian pergi menonton movie Tin Tin. Masa i dok sibuk dengan Dania, hubby yang sorang2 tu siap masuk panggung kat Cineplex dalam Platinum Suite. Tengok cerita Twilight Breaking Dawn. Dah la seat sangat besar. Aaron dan Jasmin Hamid pun tengok movie Twilight ni. Cis....i tak tau mana hubby pun, dah la siap borak dengan saudara Aaron Aziz. Wife Aaron, Diyana sibuk ke sana ke sini nak uruskan pasal kanak2. Datang my friend yang juga kawan wife Aaron ni, i pun join pulak group ni. I juga sempat bersalaman dengan mak Aaron Aziz. Rupanya papa Aaron Aziz ni meninggal masa Aaron kecik lagi.

Lepas tu, baru le hubby keluar suite tu dan cakap dia tengok movie Breaking Dawn. Jeles wehhh.....we alls balik awal jugak dalam 5.30pm sebab hubby nak kejar pergi ceramah Ustaz Azhar pasal Maal Hijrah Awal Muharam di Masjid Kinrara. I pulak nak kemas barang2 nak pergi bercuti.    

Tuesday, November 29

Bersiaran hari ketiga di bumi Garuda

Selamat pagi......semalam ikutkan nak pergi Danau Malinjau tapi disebabkan cuaca tak baik, hari ni kami pergi ke Danau Maninjau. Dengar ceritanya jalannya sangatlah berliku dan ada 44 liku. Gulp......i sebenarnya kalau gi Cameron Highland yang melalui Tapah tu pun rasa nak termuntah. Inikan jalan macam ni. Harus bawak beg plastik. Semalam me sempat pergi tempat pembuatan kopi Kiniko, Istana Pagaruyung (ada persamaan macam Istana Seri Menanti), Danau Singkarak dan pusat Informasi Minangkabau. Kat Informasi ni me, Dania dan hubby pakai baju kahwin orang Minangkabau. Huhuhu...bersanding kali kedua......

Di Danau Singkarak, ada spesis ikan bilih yang hanya terdapat di Danau Singkarak. Katanya kat dunia ikan bilih hidup di Danau ni je. Harga ikan bilih ni agak pricey. Dan sepanjang jalan ke sini Gunung berapi Merapi tu i boleh lihat kawah di puncaknya. Rupanya takde tumbuh tumbuhan di puncak. Dekat sangat you alls. Kiranya kami ni di kaki Gunung Merapi. Orang Eropah siap jungle trekking lagi kat Gunung Merapi ni. Kita???? Ada berani?....Seriously i kagum dengan ciptaan Allah. Sepanjang jalan jugak menginsafkan. I rasa kita di bumi Malaysia sangat bertuah.

Petangnya bergambar di Jam Gadang. Trademark Bukittinggi. 

Malam ni kami dah nak bertolak ke Padang sebab esok nak balik....... 



****Nothing is free here. Walaupun memang tugas hakiki mereka, mereka siap mintak tips lagi. Dan....siap cakap gaji kerajaan sahaja tidak cukup. Itu pasal they alls terpaksa buat macam tu. Kita kat Malaysia jarang buat macam ni. Kuat tips sungguh kat sini. Macam budaya pulak. Kalau tolong tu nak something in return. 

Monday, November 28

Salam bersiaran dari bumi Garuda

Salam you alls....err ada ke yang visit my blog ni....maaf ya kalau i tak melawat lagi blog you alls. Insyaallah i akan qada' balik. Hehehe.......

I sekarang ni bersiaran dari coffee house hotel. Nasib ada WIFI. Kalau tak memang la boring. Hujan lebat sekarang ni kat Bukittinggi, Indonesia. Kejap lagi i nak pergi Castle Pagar Ruyung dan Danau Malinjau. Danau tu kalau tak silap i Tasik. Katanya permandangan sini sangat cantik. Gunung berapi Merapi kat sini aktif you alls. Tau tak tau tak? I terserempak dengan Bekas Ketua Polis Negara kat sini, Tan Sri Dato' Musa Hassan. Sangat down to earth sebab bila hubby kenalkan nama, Tan Sri kenalkan namanya Musa. Masa Tan Sri check in semalam kat hotel sama i, i dah tengok tengok dah tapi tak dapat dipastikan lagi. Bila i nak ambik telur kat station telur, you tau la kan being a blogger yang friendly i tegur Tan Sri. Tapinya title i kata Datuk Musa Hassan kan.....i tak buat homework daa.......oh my mistake.Abang Dato' Jalaluddin Hassan la kan?.....:-) Rasa selamat ya karena bekas ketua kepolisan negara duduk hotel sama ngan my family. Hehehe...

Semalam i dah masuk Lobang Jepang. Kalau dalam bahasa Malaysia, Lubang Jepun. Spooky wehhh......lubang tempat seksa, buruh kasar, tempat tentera jepun berkampung.

Owhhh......my batt dah nak kong. Till then you alls....

Kali ke 2 tak sampai sebulan Dania ke dentist lagi.....

Ini adalah kali kedua Dania ke dentist area rumah me. Kali ni paling syok sebab i buat appointment thru phone je dan memang klinik gigi ni free hari tu. So terus datang sebab buat appointment pukul 5.00 petang. Ikutkan pembantu klinik kata kalau akak nak datang sekarang pun boleh?.....Perghhhh....Bila datang je, best klinik takde orang. Pembantu klinik dok syok gossip gossip. Tetau nama Dania Yasmine kena panggil.....

Klinik lengang walau cuti sekolah

Dr ni sporting siap kata biar Dr pakai baju Dr dulu. Baru nampak cam Dr. Hehehe.....

Paling kelakar masa ni i bagitau Dr, yang lepas Dr kata bilang sampai 10, tapi Dr cabut gigi masa Dania count enam. (Dania la komplen kat i) Lepas tu kali ni, Dr tu kata, okay...Dr bilang sampai 10 baru Dr cabut gigi ye?...... Moral of the story budak budak ni lurus. Kalau kita cakap 10, kena 10 la. Ye tak???....

Lepas dah cabut gigi, Dr suruh Dania pose kat bunga ni. Dania dengan selambanya walau mulut ada kapas tetap memberikan pose yang menarik...hehehe. Sangat brave.

Anak ummi dah takde dua gigi susu kat bawah. 

Lepas cabut gigi susu Dania, dah nampak dua gigi kekal tumbuh. Kejap je rasanyer....ohhhhh my daughter dah besar.......

Sunday, November 27

Salam ceria di pagi ahad

Salam ceria di pagi Ahad. Masa ni me and family dah on the way to LCCT. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan me and family selamat pergi dan kembali yer?.....



*****Pagi ahad dah kena bangun pukul 5.00 pagi.....:-) 

Friday, November 25

OMG!!!! Dapat jemputan majlis harijadi anak aktor Badai Semalam

Ce teka ce teka siapakah aktor Badai Semalam tu???. Personally i kenal dengan isteri aktor tu. Isteri aktor tu yang jemput party anaknya Danish dan Dahlia. Aktor Badai Semalam ni hi hi bye bye je....hehehe...

Majlisnya akan diadakan somewhere area PJ esok. Aktor yang dimaksudkan ialah Aaron Aziz :-). Sape yang suka AA????.....

Isteri Aaron Aziz inbox me. Actually takde kena mengena pun dengan status kat wall i ni :-)


****Insyaallah akan buat liputan kalau pergi birthday party Danish Anaqi Bin Aaron dan Dahlia Arissa Binti Aaron.

****OMG tak packing lagi baju2 me and hubby. Dania je dah. Sibuk nak pergi Happy Birthday To You orang lak....

Boarding pass checked

Sekarang ni kalau naik Air Asia, kalau nak check in kita akan dikenakan RM10 / seorang semasa check in jadinya bila i dapat email web check in FREE so cepat lah i web check in. I pilih tempat duduk lagi sebab tempat duduk dah ditentukan. Dania terpisah dari i dan hubby. Apa kesnyer? So, hubby cakap kita ber-3 duduk sekali so senang la kan. Nak tukar seat tu, sorang RM6. Jadinya i terus check in untuk penerbangan pergi dan balik. Total semua RM36. Dah ramai jugak yang check in. Kalau nak pilih hot seat, bersedialah nak bayar RM30 satu seat yer.   

Air Asia hantar email Web Check In

Lepas tu terus boleh print Boarding Pass yer....

My Boarding Pass

Thursday, November 24

Ce teka....


Ce teka, apakah benda kat gambar atas tu???

Ikan yang istimewa di Bukittinggi

Credit photo dari SINI

Diantara makanan yang dikirim oleh kawan Indonesia hubby adalah ikan ini. Ini adalah ikan bilih (I rasa sebutan untuk ikan bilis bagi masyarakat Indonesia di Bukittinggi). Ikan bilih ni lebih besar sikit dari ikan bilis kita. Hanya terdapat di Bukittinggi, Indonesia. Enak dimakan bersama sambal hijau (sambal ijo) atau digoreng bersama cili merah dan kentang.

Sebenarnya, arwah atuk i sebelah arwah papa i dilahirkan di Sumatera Barat di Ranah Minang ni. So i sangat excited nak ke sini sebab bahasa yang arwah papa i cakap masa atuk i masih ada adalah bahasa telu (ada persamaan dengan bahasa minang) so i sedikit faham jika di Bukittinggi ini ada Jam Gadang. Alahhh macam Bukit Fraser ada Jam famousnya. Kat sini pun ada Jam famous namanya ialah Jam Gadang (Gadang tu besar). 

Err err i pun ada darah negara Garuda daa......hehehehe...... 

Wednesday, November 23

Nasi Goreng Cina - Deqwan (Remaja TV9) & Dalili Michelle (Melodi)

Taken from youtube

Wahhh bestnyer kalau dulu2 ada buat macam ni....dulu masa i kahwin dulu 8 tahun dulu mana ada macam ni. Video ni video Michelle Melodi dan suaminya Deqwan yang handsome itu. Nama Islam Michelle ni Dalili. Sweet je nama tu....haaa boleh tambah koleksi kalau i preggy anak perempuan. Hehehe.....

Bag dan bag lagi.....

I memang nak mencari tote bag yang agak ringan tapi besar untuk travel nanti. Kesnyer sebab beg i sekarang ni agak berat. Kalau bawak lama2 mau sakit bahu. So, masa i belek2 kat Jusco 1 Utama sementara nak menunggu Suzi sebab nak pass Crabtree Rosewater tu, i terjumpa tote bag ni. Warna sangat meriah dan suit banyak warna baju. Janji i tak pakai baju warna warni cam beg ni. Hehehe...

Colourful tak?. Ada lagi satu variasi warna tanah. Bila tanya Dania dia prefer i ambik warna ni sebab ada warna pink....tapi warna tanah pun cantik jugak i rasa....

Masa i jalan jalan kat Sunway Pyramid pulak, kebetulan singgah sebab nak beli Crabtree & Evelyn, i ternampak pulak toiletries bag ni. Kalau la pakai toiletries bag ni kira organized sikit kan. Selalunya toiletries i masuk dalam beg plastik then masuk dalam bag. I suka toiletries bag ni sebab banyak compartment so i rembat 2. 1 warna pink dan 1 warna hijau. Kengkonon untuk me and hubby la. Tersusun sikit kan...Hehehe....

Banyak compartment ni. I like....

Siap ada pouch lagi untuk toiletries bag ni.

Sambungan entry gambar mengarut di facebook contest

Nama contest ni i gelapkan untuk bagi privasi terhadap contest ini yang sedang berlangsung di facebook

Sambungan dari entry pasal gambar BOGE* kat one of the contest di facebook, ni lah message yang i letak kat wall admin ni. Admin ni sangat pantas membuat tindakan dengan remove gambar yang mengarut itu.

Tuesday, November 22

Panas.....kalau ini berlaku, apa tindakan anda???

I came across satu contest yang kena hantar gambar kat facebook. Tengah i tengok2 gambar kat situ, terkedu jap. Sadly, ada 1 gambar tu gambar BOGE* you alls. Yang hantar tu lelaki. Yang gambar tu gambar perempuan BOGE*. Umur i agak cam remaja. Orang kita pulak tu. Rambut bertutup, bawah...haaaa ambik ko terbukak. I terus hantar message kat wall admin yang buat contest ni sebab i tak mahu, si perempuan itu jadi tontonan. Mungkin jugak perempuan ni tak tahu yang si lelaki ni letak gambar dia kat fb. Perghhhhh ni lagi satu insiden memalukan dalam fb. Lepas tu, admin contest ni terus reply sepantas kilat message yang i bagi tu dan remove immediately gambar tu. Tahniah kepada admin contest ni sebab bertindak dengan kadar segera.

Kepada si perempuan ITU, i memang tak kenal kamu tapi beringat adik yer jika ambik gambar sebegitu rupa. Ingat mak ayah adik........kalau mereka tahu.....alangkah hancurnya hati mereka.....yang si jantan ITU, jangan kamu suka mengaibkan orang, ingat kamu aibkan orang di dunia, Allah akan aib kan kamu di sana nanti.....so sebenarnya i tak tahu sape yang salah sape yang tak tapi bagi pendapat i dua dua ada salah masing2. Yang perempuan tu senang2 BOGE* pastu orang ambikkan gambar, apa ke jadahnyer?. Yang jantan tu masuk contest tu hantar plak gambar perempuan itu. Adohaiiii, apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni???.....semakin advanced!!!

Kalau you alls ternampak gambar pelik2 kat public contest, apa tindakan anda???

The power of 'doa'

Kisah 1 dari facebook

Kisah 2 dari facebook

The power of doa. I sangat percaya!. Doa kan senjata kita. Ni i nak sharekan 2 kisah ibu yang selalu mengucapkan kata-kata yang baik-baik sahaja......

Moga menjadi pengajaran kepada kita....jangan panggil ayat yang negatif kepada anak kita yer....yang baik-baik sahaja....kata-kata itu satu doa...

Harimau muda cemerlang

Picture source : Mr google
Khairul Fahmi - Penjaga gol Harimau Muda......memang ada roper rimau...tapi rimau comel...


Nahhh tak dapat disangkal lagi bahawa Malaysia berjaya menyumbat 5 gol di perlawanan pusingan akhir menentang Indonesia dihadapan penonton tuan rumah Indonesia pada Sukan Sea semalam. Mereka memasuki stadium dengan menaiki kereta perisai Barracuda you alls sebab penonton Indonesia ni agak fanatik.

Walaupun mengalami tekanan dan layanan yang buruk terhadap kontingen Malaysia di temasya sukan sea di Indonesia ni, kita tetap pulang dengan sebutir emas di arena bolasepak. Dengar cerita jurulatih Malaysia tu dibuang padang. Pelik kan? Padahal salah ke dia kat padang tu. Nama pun jurulatih Malaysia.

I siap berdebar-debar jugak dengan perlawanan tu. Memang lama sampai kena membuat sepakan penalti. Bagi i, Khairul Fahmi sangat cemerlang malam tadi. Bab bab jap jap pemain terjatuh tu bagi i saje je nak cari sepakan percuma / penalti tak pun nak bagi tambah masa kecederaan.

Pasukan Harimau Muda lagi katanya terus diterbangkan ke Malaysia oleh Air Asia selepas perlawanan malam tadi kerana pada hari Rabu ini bakal berlawan dengan pasukan Syria bagi perlawanan kelayakan pra olimpik.

Walauapapun pujian patut diberikan kepada pasukan Harimau Muda ini kerana bermain dengan cemerlang walaupun Indonesia dah menyumbat 1 gol pada minit awal permainan. Kita langsung tak mudah goyah..... 

Harimau telah membaham Garuda. Aummmmmmmm!!!!!!



*****Ada kawan hubby orang Indonesia kata malam nanti jangan lupa bawak tisu. Bila hubby tanya kenapa? Dia kata takut menangis pasukan Malaysia kalah....Nahhhhh terbukti sape yang sepatutnya bawak tisu ya pak???? Dahlah we alls nak gi Indonesia ni dia nak kirim macam macam...haishhhhh.....