Rabu, Julai 24

Terjatuh cinta dengan masak lemak cili api....

Mulanya saya kurang nak makan masak lemak ni. Tak kisah la masak lemak apa pun kecuali masak lemak ikan masin. Haaa yang ni saya suka. 

Saya pernah masak....masak lemak cili api pucuk paku. 


Pernah juga masak lemak cili api udang dengan pucuk paku. 


Masa weekend baru-baru ini saya tersearch kat internet pasal masak lemak udang dengan daun ubi ni. Saya pun masaklah masak lemak cili api daun ubi. Daun ubi yang saya tanam kat rumah saya ialah jenis ubi kerinting. Ada perbezaan daun ubi kerinting ni dengan daun ubi yang biasa.  

Ini daun ubi yang biasa. Daunnya lebih meruncing. 

Credit : Google

Ini pula daun ubi kerinting yang saya tanam di rumah saya. Bentuknya berbeza dengan daun ubi yang biasa ni. Dedaunya macam membentuk kelopak bunga. 


Ini kejadiannya. Masak lemak cili api udang dengan daun ubi kerinting. Ubi kerinting ni saya celur dulu sebelum saya potong-potong dan dimasukkan ke dalam masak lemak cili api ni. 


Benih pokok ubi kerinting ni saya dapatkan dari seorang muslimat surau bernama Wara yang ada letak kat dalam group surau sesiapa yang nak kan batang ubi kerinting dan sambal tempoyak pucuk ubi. Saya ada kongsikan kat sini

Bila baca kat google, pucuk ubi kerinting ni terpaling sedap dan lebih lembut dan kurang rasa pahitnya bila masak. Ya bila saya makan tak ada la pulak rasa pahit. 

Untuk pengetahuan semua Wara telah pun meninggalkan kita. Moga apa yang kami makan ni dari benih pokok yang Wara bagi ni akan sampai pahala kepadanya....

Dan....saya pun terjatuh cinta la pulak dengan masak lemak cili api ni. Next masak lemak cili api apa ya?





XOXO,
Ezna

 

22 ulasan:

  1. kita suka menu masak lemak tp kalo letak sayur mcm pucuk ubi or pucuk paku ..sayur tu tk mkn la

    BalasPadam
  2. Wahhh..Sy suka masak lemak pucuk paku nih..Mkn dgn ikan goreng garing...=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikannya ada, pucuk pakunya tak ada....kena cari dulu ni....

      Padam
  3. dap dap... 1st lauk yg MA belajar masak..is masak lemak cili api la.. time tu buat ayam masak lemak cili api...emmm sbb nya..time bf orang N9..he he he..kelakar je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peewittt hehehe...kenangan kan. Kena la MA terer masak lemak ni kan....

      Padam
  4. i suka la masak lemak cili padi..sedapppp tp i tak pernah lagi letak daun ubi kayu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap you, i dah taruh daun ubi dan daun pucuk paku. Keduanya sedap.

      Padam
  5. Saya suka daging salai masak lemak cili api. Tapi sebenarnya masak lemak apa pun saya suka hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh memang penggemar masak lemak la Carneyz ni.

      Padam
  6. saya suka masak lemak krn di sumatera utara sendiri menu ini banyak, hanya saja nama berbeda.. makanya saya sempat bingung pas dengar nama masakan masak lemak... dalam bayangan saya lemak hewan dibuat masakan ;p... ternyata pas di coba, oalaaaah saya tahu menu ini, krn mama pun sering buat di rumah :D.. biasanya masak lemak daun paku, atau pakai ayam , seafood dan daging sapi. :D.. jd paham :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fanny kan ni?. Kalau makanan padang selalunya ada juga masak lemak kan....malahan boleh juga masukkan ketam...sedap juga. Pun ada masukkan telur itik....pun sedap.

      Padam
    2. Eh kenapa nama saya keluar tanpa nama 😱.. saya tak pernah pakai anonim kalo menuliskan komen.

      Padam
  7. wahhh! Ana cant say no with any kind of masak lemak cili api! sedappppp! hehehe

    BalasPadam
  8. first time nampak pucuk paku kerinting nie...ke sebelum nie pernah nampak..tapi, tak tau nama dia apa..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pucuk paku kerinting tu. Pucuk Ubi Kerinting Linda.....kebetulan tanam kat rumah dan bila google....pucuk ubi ni tak pahit.

      Padam
    2. eh...salah taip daaa... kikiki...

      Padam
  9. Masak Lemak mmg favorite ahli rumah ni... Anak² suka sangat...
    Al fatihah utk Wara, Semoga berterusan pahalanya...

    BalasPadam
  10. masak lemak daging plak.. perghhh sedap nya hirup kuah lemak :D

    BalasPadam
  11. Sedap nya lahaiiiii masakan Ezna ni.
    Saya kalau sayur pucuk2 ubi ni masak apa pun memang ambil dulu.. walau dicelur sahaja makan dengan sambal belacan memang terangkatlah.

    BalasPadam
  12. 👍👍👍👍👍sedapnyaaaa

    apa2 masak.lemak mmg fav saya. kalau ada ikan masin lagiiiiiiiiiiii bertambah2 nasi... tp kalau terlalu pedas berdesing... sy amik sket je😁😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Something fishy....

Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni.  Kemudian, kebet...