Jumaat, Julai 19

Pengangkutan awam DRT pertama di Malaysia ada di UPM?

Ada empat jenis pengangkutan awam yang terdapat di UPM. 

1. Bas Smart Selangor

Credit : MBSJ

Laluan bas Smart Selangor ni di UPM ialah di : 

Masjid UPM ➖ Fakulti Bahasa dan Komunikasi ➖ Pintu 16 UPM ➖ Mardi (Persiaran Mardi UPM) ➖ Hospital Pengajar UPM ➖ Hospital Serdang (Jalan Hospital Serdang) ➖ Berhadapan Fakulti Perubatan (Jalan Hospital Serdang) ➖ Mardi ➖ Koperasi UPM ➖ Kompleks Akademik A ➖ Masjid UPM 

Ini adalah laluan KTM Serdang - Hospital Serdang.

2. Bas perantara MRT 

Selain daripada itu ada juga bas perantara MRT untuk membawa warga UPM ke stesyen MRT UPM dan laluan yang tertentu. 


Bas perantara MRT UPM ada 2 laluan di UPM.....

Laluan pertama : MRT UPM sehingga ke Fakulti Kejuruteraan Pintu A. 

Credit : UPM

Laluan Kedua : Stesyen MRT UPM ke Fakulti Pertanian. 

Credit : UPM

3. MRT UPM

Seterusnya, berdekatan dengan UPM ada Stesyen MRT. Nama MRT ni MRT UPM. Laluan MRT UPM ni termasuk dalam Laluan Putrajaya iaitu dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral : 

Credit : UPM

Baru-baru ni kat UPM kecoh pasal adanya DRT (Demand Responsive Transit) di dalam kawasan UPM. Dania la excited bercerita. Disebabkan benda baru jadi agak kelam kabut la warga UPM nak kena install apps Trek Rides ni. 

Credit : Google

4. Trek Rides jenis DRT (Demand Responsive Transit). 

Apakah itu DRT? Ia menyediakan perkhidmatan van atau bas mini yang akan membawa pengguna ke perkhidmatan pengangkutan awam terdekat dengan tambangnya cuma RM2 sehala. Wah harga tambangnya berpatutan. Dalam satu van tu akan bercampur dengan penumpang lain yang nak pergi ke tempat yang sama atau berlainan. 

Laluan Trek Rides nama untuk DRT ni ialah :

Credit : Trek Rides

Kalau UPM - Serdang Zone ni Trek Rides akan ke MRT UPM dan IOI City Mall di Symphony 2. Berdekatan dengan K Fry, F.O.S dan Ole Ole Bali. 

Setakat ni Trek Rides ada di Puchong Zone, UM Bangsar South Zone, Ampang Zone dan Hulu Langat Zone. Boleh tengok website Trek Rides untuk info selanjutnya ya. Boleh juga muat turun aplikasi Selangkah Kerajaan Selangor untuk booking trek rides ni, 

Apa yang menarik tentang Trek Rides ni ialah (diambil dari website Trek Rides)  :
  1. Uses artificial intelligence to calculate what are the best routes and pickups or drop offs for single-multiple passenger bookings.
  2. Updates the routes in real-time while reporting the location and ETA changes to drivers and passengers.
  3. Minimises empty vehicle runs by ensuring they are always matched to ride requests.
Oh ya Trek Rides ni servis DRT (Demand Responsive Transit) yang baru lagi diperkenalkan di Malaysia. Ia menggunakan teknologi A.I. (Artificial Intelligence) atau kecerdasan buatan untuk menentukan laluan terbaik dan pick up berdasarkan tempahan dari penumpang. 

Dunia dah makin canggih dan pengangkutan awam pun ikut peredaran masa. 

Kawasan anda ada Trek Rides?. 


***Trek Rides pun Trek Rides jugak...Dania ada paper final Agriculture, Environment and Food System hari ni. Moga yang terbaik untuk anak ummi. 😊





XOXO,
Ezna




12 ulasan:

  1. 1st time tau psl trekrides..tq share info....public transport berdekatan tmpt belajar ni memudahkan student...all the best dania utk final paper

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sangat memudahkan. Jangan pula tak datang kelas ya....public transport pun sedia ada dah ni. Thanks Amy....

      Padam
  2. bagus facilities gini. anyway, all the best utk exam dania

    BalasPadam
  3. wahhhhh mantap UPM! all the best utk Dania harini! hehehe

    BalasPadam
  4. kiranya ni kawasan2 yg orang ramai kerap guna public transport laa ya?

    BalasPadam
  5. Duuuuh kereeen teknologinya. Semoga lah yg begini juga ada di Indonesia nantinya. Masalah publik transport kami memang msh blm terlalu banyak.. Orang2 masih suka pakai mobil pribadi, termasuk saya lah. Krn blm banyak laluan transport.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...