Paper final pada hari selasa iaitu Agribusiness Accounting. Muka ada sedikit cuak. Kata Dania sampai pening tengok nombor-nombor ni.
Paper Agribusiness Accounting ni waktu petang. Dania sedia dah bawa 2 calculator just in case satu tu habis bateri. Baru je tukar bateri calculator yang warna hitam.
Petang masa nak ambik Dania jam 4.30 petang tu ternampak Trek Rides. Terima kasih la kerajaan negeri selangor kerana memperkenalkan DRT ni yang dapat menyelesaikan isu first mile and last mile connectivity ke sistem pengangkutan awam utama seperti stesyen keretapi serta capaian ke kawasan perumahan yang tidak boleh dicapai oleh bas Smart Selangor. Bas Smart Selangor ni pun ada masuk UPM ni.
Negeri lain kena ikut la pemerintahan negeri masing-masing samada kerajaan negeri nak memperkenalkan DRT ni. DRT ni pengangkutan masa hadapan.
Bila nak keluar, saya cukup rimas kalau sebelah saya ni kereta tinggi sebabnya tak nampak kereta yang datang dari arah kanan ni. Kena la keluar sikit-sikit dan berhati-hati.
Bila sedikit demi sedikit kawan2 kelas Dania keluar…saya adalah senyum kat Izzul dan angkat tangan. Lepas tu belakang dia Syazrin ni. Dia pandang saya tapi saya dah pandang depan....Dania kata kesian....Syazrin senyum kat ummi. Lepas tu ummi apa lagi terus la berhentikan kereta depan tempat tunggu bas dan suruh Dania panggil Syazrin naik kereta. Terpinga-pinga dia. Hehe.
Saya pun masa ibunya meninggal ada la whatsapp tanya dan mendoakan arwah ibunya. Jadi tak pelik la kalau saya tumpangkan. Lagi pun masa kat ladang jagung masa Sem 1. Berborak kat ladang tu haa.....dia mengadu pokok dia kena makan ulat lepas tu membawa kepada cerita STPM, dapat masuk asasi Universiti Malaysia Kelantan tapi tolak, ibu dia jatuh bilik air kemudian pengsan. Saya kan peramah. Hehe....
Masa naik kereta ni pun elok je dia bercerita. Lepas last paper je terus balik Kedah. Katanya nak teman ayahnya dulu sebab ibu kan baru meninggal. Masa Dania suruh naik tu dia tak tolak sebab katanya rushing nak basuh baju. Baik jugak la budaknya, selalu datang kelas. Tapi tak menahan bila tiba kolej kediaman saya suruh senyum sebab nak ambik gambar.....Aunty Ezna kan....😅
Sesekali ajak kawan Dania tumpang sekali.
XOXO,
Ezna
Nice =D
BalasPadamInnalillahi wainna ilaihi rajiun.. tabah si anak yang baru kehilangan ibu tercinta. Semoga ditempatkan bersama ahli syurga amin.
BalasPadamSampai dua calculator dibawa .. tapi betul juga kalau pape jadi ada backup kan.. Apa pun semoga berjaya insyallah amin
BalasPadamooo tgh mgu exam ye.. gud lucktu!
BalasPadamterbaeklah ezz! barakallah fiik :)
BalasPadamTerbaik 👍
BalasPadamSemoga dipermudah urusan examnya
BalasPadamSukaaa dengan anak peramah dan banyak cerita seperti itu. 👍 Saya kdg berharap anak saya tak pemalu sangat, tapi memang tak bisa dipaksakan hal begitu kan. Ada tipe anak yg luwes dan supel, mudah bergaul, sampai dengan orang dewasa pun tak malu. Juga sebaliknya. Anak saya pula yg tipe kedua 🤣. Pdhl berharap karakter papinya yg turun ke mereka 😅
BalasPadam