Selasa, Julai 9

Lebih indah jika dapat bersama keluarga

Minggu 28-30 Jun 2024, 1 Julai 2024 dan 4 Julai 2024. Agak packed jugak jadual saya. 
Ini pula siri makan-makan dengan adik-beradik saya di Concorde Hotel, Shah Alam. Ada seorang adik saya nak belanja 15 orang ni ya. Kami tiba di Concorde pun dalam jam 9 malam camtu. Masa ni semua adik beradik saya dah tiba dengan keluarga atau 'peysiang' ya. Selesai bersalaman dan saya terus bagi gift....terus la singgah station ni nak makan mee. Boleh pilih nak mee apa dan kuahnya. 



Adik saya tengah merebus laksa. 


Adik saya ni ambil pakej buffet dinner....jadi dia dah pesan masa tengahari jangan makan banyak-banyak. Simpan untuk dinner. Hehe


Macam tak ramai yang datang satu group macam kami. Kiranya tak ramai juga pelanggan masa ni. 


Eerfan yang comot ya....makan coklat tapi comot. Udah lepas tu ummi dia ajak basuh mulut. Anak siapa la ni? Tapi Aunty Ena rasa comel je. 


Teh ais ke nak fruit punch?. 


Saya ambil ni pulak. Tak silap tema malam ni ialah tema seafood. 


Sotong kangkung pulak. Ambil portion sikit-sikit supaya dapat la merasa yang lain juga. 


Ini acara wajib ni. Yang baru nak ambil makanan sila duduk dulu ok?. Haha....macam-macam gaya ya...
Cukup 15 orang complete dah....😅


Banyak telefon ni kejap saya, kejap adik ipar, kejap adik....kejap saya guna kamera pulak. 





Makan-makan ni diadakan pada 29 Jun 2024, anak saudara saya sebelah ni nak mendaftar di Matrikulasi Kejuruteraan yang terletak di Johor pada keesokan harinya. Katanya lepas subuh nak bertolak dah. Mulanya Sofiah dapat Matrikulasi Pulau Pinang untuk Sains Satu Tahun kemudian apply tukar kursus dan dapat pula. Sofiah ni dari MRSM Bentong dan memang dari aliran teknikal. Tapi....nak masuk pulak Asasi....Asasi Universiti mana?. Saya buat entry lain nanti. Agaknya saya juga ada influence sikit la sebab siap tanya kawan saya, Dania siap tanya kawan dia....sebabnya laluan yang Sofiah ambik tu nanti memang ke arah minatnya. Kejuruteraan tu pula lebih kurang minatnya yang ini walau lebih kurang sama tapi tak serupa. Ummi dia pulak cakap jika dah masuk menjurus line dia terus la masuk Asasi ni kan....kalau di Matrikulasi tu pulak lepas tu kena mintak UPU lagi untuk ke Ijazah dan tak confirm dapat apa yang Sofiah nak....kalau di Asasi ni ibarat sebelah kaki dah masuk ke arah kursus yang diminati.

Takpe anak-anak kita akan belajar dari sini kan.....kekadang anak-anak lepasan SPM ni kadang tidak nampak lagi jalannya. Kita yang dah dewasa ni boleh la tolong dari segi info kan....


Ummi kena la bergambar dengan Dania pulak. 


Ambil rojak buah pulak. 


Itu pun hanya banyak ni je saya ambik. 


Lepas adik saya dah selesai bayar....kita keluar dulu tapi....ada tapi lagi....


Dania punya turn pulak. Dania selesa pakai cargo pants warna beige dipadankan dengan blouse kaftan. 


Gambar seorang Dania di tepi tangga. Lawa tangga ni sebab ada ribbon dan bunga. 


Dania dengan Adlina dan Sofiah. Sofiah ni kakak, Adlina adik. Biasalah kakak selalunya yang paling rendah. Terasa I...😅



Ini pula gambar En. Zubir....orang kedua tertinggi di Concorde Hotel Shah Alam. Kiranya kenalan papa jugak la sebab masa papa dan mama masih ada...kami kerap makan beramai-ramai kat sini. Kiranya gathering kami banyak kat sini dan dua adik saya majlis resepsinya dewan kat sini. Ini semua gang the boys ni. Kurang 3 orang boys nampaknya ni. En. Zubir ada promo hotel yang baru bakal dibuka di bawah jenama Concorde ni. Dan....ada juga cerita pasal 'mistik'. Saya off record ajer cerita mistik ni ya....membuatkan kalau nak tidur kat hotel mana-mana pun macam seram.....😅. En. Zubir yang pakai coat hitam ni...


Kami dah validate parking. Kalau validate....akan dapat flat rate kalau keluar parking hotel. En. Zubir sign di tiket parking dan......bila keluar FOC ajer. Alhamdulilah. 


Mana boleh the boys ada gambar the girls tak ada....
Frankly speaking, gambar kat tangga ni la paling saya suka...


Ni lagi gambar di tangga....


Background cermin kat belakang ni lawa la pulak...


Dania dengan Zharfan (adik) dan Zharif (abang). 


Ni la adik saya Elza (Eja) yang segan kalau ambik gambar....tapi lawa je saya rasa....


Sesambil the boys mendengar cerita En. Zubir....saya snap la gambar Dania kat piano ni haa....


Ni lagi satu cermin yang cantik kat ruang legar dalam Concorde Hotel, Shah Alam ni. 


Dania dapat biskut ni dari Aunty Leng. 


Selesai berborak dengan En. Zubir...kami bertolak balik....alhamdulilah untuk peluang ini....dapat berkumpul bertanya khabar dan menggamit memori masa dulu ketika Dania masih kecik lagi dapat berkumpul bersama Atuk dan Nenek kat sini. Dania masa tu terkedek-kedek berjalan dengan mengenakan dress dari Flower Girl....maknanya kecik lagi la Dania masa tu. Saya suka dress up kan Dania dengan sepit pun bermacam warna dan rambut Dania saya ikat macam-macam gaya. 

Slowly, masa berlalu begitu pantas....ada yang dah meninggalkan saya adik beradik....memori tu masih terpahat di dalam minda.........selagi berkesempatan....buat yang terbaik....


***Ada adik yang bagi duit kat Dania sempena dah habis Year 1. Pun ada ya....Alhamdulilah....
***All the best Dania untuk first Final paper Agribusiness Management. 





XOXO,
Ezna






 

15 ulasan:

  1. alhamdulillah...moga murah rezeki selalu yang belanja...
    seronok dapat berkumpul ramai2 macam nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga murah rezeki yang belanja tu aamiin. Bila murah rezekinya....dia akan belanja lagi.....alhamdulilah....

      Padam
  2. alhamdulillah. best sgt2 bila dpt berkumpul ramai2 dgn org2 yg kita sayang..i pun suka laaa gmbr2 kat tangga tu..so nice!!! all the best utk dania!! part citer mistik tu memang seram laaa tp memang almost semua hotel pun ada kisah mistik/bilik mistik etc, antara terkena dgn tak jer laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz...best berkumpul macam ni....kat tangga tu pun I suka photonya....

      I pernah 3 kali kena. Masa duduk sorang2 seminar kat PD....terasa ada orang tenung I dalam bilik. I rasa nak keluar lari duduk kat lobby (I telefon hubby I masa tu tunang I. Boleh dia kata tidur je...haaa??)...siap selubung dengan selimut lagi. Lama-lama tertidur. Kedua pulak masa mandi ada orang ketuk pintu I ingat Dania tapi Dania tengah main dan hubby I tengah tidur....malam tu I tak boleh tidur sebab rasa menggeletar terasa ada orang pandang tapi tak nampak orangnya, Ketiga masa I duduk sebilik dengan kawan I...asal maghrib je bilik atas tarik kerusi...macam ubah2 perabot. Bila tanya reception counter...oh kat tingkat atas takde orang duduk. Huwaaaa....rasa nak menangis. Nasib baik duduk dengan kawan I...kalau sorang2 takut oh....

      Padam
  3. alhamdulillah.. precious moments..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah murah betul rezeki yang belanja. Semoga rezeki berlimpah ruah buat semua. Terasa kebahagiaan sampai ke pembaca. Semoga dipermudahkan semua urusannya ^_^.

    BalasPadam
  5. waaahhh bestnyaa adik belanja! betul tu kena ambil sikit-sikit hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil sikit2 boleh la rasa banyak tapi tu pun tak rasa semua....

      Padam
  6. Alhamdulillah, seronok bila adik-beradik rapat dan suka belanja each other. Best jugak variety makanan di Concorde tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga hidangannya Carneyz tapi makan pun pilih2 je sebab tak daya nak makan banyak2 pulak....

      Padam
  7. Makan-makan ni diadakan pada 29 Julai 2024...
    biar betik?😁

    meriah bila dpt berkumpul mcm ni... makan2 borak2 tau2 je dah smpu masa utk beredar

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha Kenapa Anies...tak percaya ke?.....silap la patut 29 Jun 2024....Back to the future la ni. Haha. Ya sampai nak tutup la coffee house baru la kami beredar.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...