Selasa, Julai 23

Movie Review 'Maharaja' | Netflix

Kali ni saya sempat menonton Maharaja...sebuah filem Tamil. 

Credit : Netflix

Ia diterajui oleh pelakon seperti :

Vijay Sethupathi sebagai Maharaja
Anurag Kashyap sebagai Selvam
Mamta Mohandas sebagai Aasifa
Natarajan Subramaniam sebagai Inspektor S. Varadharajan
Abhirami sebagai Kokila
Divya Bharathi sebagai isteri Maharaja
Singampuli sebagai Nallasivam

Kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang gunting rambut bernama Maharaja tinggal bersama isteri dan seorang anaknya.  Pada suatu hari mereka pergi ke rumah isteri kepada seorang penjenayah ni untuk memulangkan rantai yang dijumpai di kedai Maharaja. Anak penjenayah ni pun macam baya anak Maharaja. Sementara itu, isteri Maharaja suruh la Maharaja ke kedai seberang jalan untuk membeli barang mainan. Sedang memilih barang mainan, tiba-tiba rumah yang isteri Maharaja pergi tu dirempuh oleh sebuah lori besar. Isteri Maharaja, isteri Penjenayah, dan seorang anak meninggal di tempat kejadian. Seorang anak lagi terselamat kerana ada satu tong sampah besi jatuh ke atas seorang budak tu lalu melindunginya. Tong sampah itu diperbuat daripada besi. Tong sampah besi itu akhirnya dinamakan 'Lakshmi'. 

Beberapa tahun kemudian, anak Maharaja ni pun membesar menjadi seorang remaja yang aktif dalam sukan kemudian bertanding di Coimbatore dan ditemani oleh gurunya Aasifa. Dalam pada itu, rumah Maharaja dimasuki oleh perompak dan Maharaja pun buat la laporan polis. Masa ni memang kelakar la sampai polis pun musykil sebab Maharaja report tong sampah yang hilang bukan harta yang lain. 

Movie ni kena tengok betul-betul ya sebab boleh confuse sikit sebab ada cerita zaman muda sebelum penjenayah dimasukkan ke penjara dan selepas penjenayah tu keluar dari penjara. Tu yang ada nampak muka Maharaja tu muda dan tua. Ni kisah sebelum dan selepas. Kena betul-betul fokus tentang apa yang berlaku sebenarnya masa rumah Maharaja tu dimasuki penjenayah dan kuncu-kuncunya.Penjenayah dan kuncu-kuncunya telah memasuki rumah Maharaja dan memukul dan merogol anak Maharaja berkali-kali. Tidak ditunjuk la tapi jijik betul part ni.  

Bila Maharaja pulang ke rumah, mendapati anaknya berlumuran darah lalu dikejarkan ke hospital. Anak Maharaja pula beritahu nak jumpa dengan mereka yang berbuat tak elok kepadanya sebab nak tanya kenapa buat macam tu kat dia? Part ni memang sedih la. 

Filem India ni pasti ada sisi polis yang tak baik. Dalam movie ni ditampilkan polis yang mengambil kesempatan dan rasuah, polis yang jahat. 

Saya beri 4/5 star untuk movie ni sebab saya rasa ada kelainan. Apa signifikasi sebuah tong sampah kepada keluarga Maharaja ni?. Permulaan filem ni memang ada bab kelakar tetapi pengakhirannya ada bab serius dan plot twist. 

Apa plot twist tu? Anda kena menyaksikannya. 





XOXO,
Ezna

 

17 ulasan:

  1. Byk dah org review pasal movie ni, nak kena cari masa tengok sambil lipat kain baju hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni best la bagi saya tapi ada part membunuh tu yang tak best.

      Padam
  2. lupa sinopsis cerita nie..tng part dekat balai polis tu, dok pk cerita lawak ke cerita apa ye..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni mulanya memang kelakar la part Maharaja nak buat aduan tong sampah dia yang hilang. Polis ingatkan Lakshmi ni nama perempuan. Tapinya 'tong sampah'. Part lain ada yang lebih serius. Ada juga part sedih.....

      Padam
  3. bestkan..dan ada part yg agak confusing. tp bestlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah part confuse tu bila eh kenapa muda pulak Maharaja ni? Rupanya nak cerita sebelum tu.

      Padam
  4. maisarah tengok 2 hari lepas.tak join sangat pun masa tu sibuk entah apa.nanti la espk LM tengok

    BalasPadam
  5. Tadi ke blog Linda pun cerita pasal filem ni .. memang viral ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak tau viral ke tak PH sebab main tengok je dan tak sangka memang best ceritanya.

      Padam
  6. nampak ramai yg share psl movie ni, kira viral jugak laaa

    BalasPadam
  7. belum tengok sebab dah potong Netflix... nak sambung balik ah..hahaha

    BalasPadam
  8. ramai yg ckp cita ni best..kena tgk ni

    BalasPadam
  9. teman saya banyak yg rekomen juga... tapi saya belum masukkan ke list saya... nak tahu dulu ending seperti apa :D.. happy ending kak? sebab kalo sad ending atau masih menggantung tak jelas, saya tak nak nonton hahahaha.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas reviewnya ni. Saya tak tengok lagi tapi husband baru selesai tonton malam tadi. Katanya 3 hari baru habis sebab balik kerja baru layan sekerat2.

    BalasPadam
  11. rasanya macam dah komen utk entry ni🤔

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bazar Ramadan di Seri Serdang lagi

Masa Dania dan ayah dia ke sini, saya tak ikut. Malas nak keluar.  Ni gambar yang Dania ambik. Waktu ni dah 6.30 petang dah ni.  Macam-macam...