Laluan nak masuk ke pintu utama Universiti Islam Antarabangsa kampus Gambang ni memang agak sesak la kata adik saya.
Gambar ni pun diambil dalam kereta je. Sebenarnya kakak dia (saya la tu) dah bagitau nak gambar apa. Hehehe.....
Pada mulanya anak saudara saya Nur Batrisyia Sofiah ni dah mendaftar masuk ke Matrikulasi Kejuruteraan Johor tapi pada masa yang sama dapat juga melalui UPU, Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar ni. Masa mendengar taklimat di Matrikulasi Kejuruteraan Johor tu jika minat menjadi arkitek boleh la masuk line Kejuruteraan Sivil tapi anak saudara saya kata lebih kurang sama dengan senibina tetapi ada kelainan juga dan Sofiah sendiri meminati senibina dan rekabentuk. Sofiah pun memang dari background MRSM Teknikal iaitu di MRSM Bentong.
Jadi ada juga la Aunty Ena ni haa bagitau...kalau dah minat line senibina dan rekabentuk ni terus la masuk laluan yang betul iaitu di UIA. UIA ni memang asasi dia dah menjurus dah. Main concern rupanya Bahasa Arab. Sofiah takut nak kena ambik bahasa arab jadi saya tanya2 juga kat kawan Dania dan kawan saya Suzi. Bila dah dapat input bagilah kat Sofiah. Akhirnya ya.....inilah jawapannya. Keluar dari Matrikulasi Kejuruteraan Johor tu dan masuk ke sini.....alhamdulilah.
Gambar yang Sofiah hantar....bangunan makmal.
Cubicle Sofiah. Ada katil, almari baju dan meja belajar.
Dari tingkap Mahallah.
Bilik Sofiah ada 4 cubicle. 1 bilik ni ambil asasi yang sama.
Masa ni tengah menunggu Sofiah untuk mendaftar.
Sofiah ni sebelah Dania. Saling tak tumpah macam muka ummi dia....Erma. Belakang Sofiah ni adik dia Adlina. Kadang panggil Sofiah ni Erma Junior. Hehe. Sebijik sangat. Cara senyum kat bawah ni pun sama dengan ummi dia...
Ini pula Nur Aisyah Latifah cucu saudara saya sebelah hubby. Beliau dulu dari MRSM Tun Ghafar Baba. Aisyah pun mendaftar semalam di UIA Gambang. Jurusan Aisyah ialah Asasi Sains Kesihatan Bersekutu. Ini pun sama ni main concern kena ambil bahasa arab kat UIA. Masing-masing takut. Bahasa Arab yang mereka kena ambil di UIA ni Bahasa Arab basic sahaja. Masa tanya kawan Dania pun katanya mulanya dia pun takut jugak tapi akhirnya ok katanya.
Tak payah Sofiah dan Aisyah....Dania dulu pun takut juga nak masuk UIA ni sebab kena ambik bahasa arab walaupun Dania ada juga basic Sekolah Rendah Agama. Tapinya UIA ni top 3 yang Dania mintak melalui permohonan UPU. Rezeki Dania dapat Asasi Sains Pertanian di UPM.
Tok Tam ambik dari IG Aisyah naaa....
Ada juga berwhatsapp dengan lecturer UIA sendiri....Hehehe.....lecturer UIA Suzz pun mengucapkan Welcome to UIA.
Jadi....Nur Batrisyia Sofiah dan Nur Aisyah Latifah kena buat yang terbaik untuk mencapai cita-cita ya....all the best dan selamat berjuang!!!
Kadang-kadang ada orang memilih institusi yang dia nak masuk macam institusi idaman la, tapi bagi saya kita masuk laluan yang kita nak sebab kita tak tahu nanti in future dapat ke peluang macam ni lagi?. Kalau masuk Matrikulasi nanti nak masuk Ijazah kena melalui UPU lagi dan kursus senibina ni diantara kursus yang ramai nak masuk juga jadi kebarangkalian nak dapat tu rendah sikit la berbanding masuk UIA ni di Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar. Satu kaki dah masuk ke arah Senibina dah. Tunggu kena score betul2 dan insya allah boleh la masuk ke kursus Ijazah idaman.
Bukan nak kata Matrikulasi tak bagus ke apa tapi tanya anak apa yang dia nak belajar?. Kalau tak tahu lagi nak menjurus ke mana boleh je masuk Matrkulasi atau Asasi Sains kat mana-mana Universiti yang menawarkannya. Nak belajarnya anak biarlah anak yang pilih mengikut minatnya tapi kita sebagai ibu ayah ni boleh la guide......kita kan lebih dulu makan garam (banyak pengalaman) kan....
XOXO,
Ezna
Anak buah Cuya pon daftar di UIAM Gambang. Ambil kejuteraan
BalasPadamMoga dipermudahkan urusan mereka semua Aamin
Aamin. Tahniah juga buat anak buah Cuya....moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
PadamSama semalam sepupu saya mendaftar di UIAM Gambang. Lupa tanya jurusan apa.
BalasPadamTahniah buat sepupu Na juga ya....
Padamselamat berjuang adik-adik yg hebat semuaaa! hehehe
BalasPadamThanks Ana...
PadamAlhamdulillah.. Good luck for both of them...
BalasPadamThanks Linda.
Padamwah,..anak-anak yang pintar semua...lepasan MRSM tu...semoga berjaya dalam hidup dan akhirat...aamiin
BalasPadamAamiin. Terima kasih di atas doanya ya.
Padamtahniahnya dapat tempat kat IPTA
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamCongrats both 👍
BalasPadamAda juga anak kawan² PH regi sini semalam. All the best semua 🤲
Thanks PH. Memang semua asasi kat UIA ni register hari yang sama...
PadamBab ambil gmbr setiap keadaan ni biasa nya blogger sebab dia nak menceritakan keadaan tu hahaha.. kdg2 org mmg tanya..nak amik gambar apa..bukan ada pape pun hahahah
BalasPadamHaha betul. Tengok2 selalunya tak mencapai spesifikasi kita tapi jadilah.....boleh gak bercerita ni ha....
PadamSemoga berjaya sehingga ke menara gading wahai anak anak muda.. :D
BalasPadamTerima kasih bagi pihak anak saudara dan cucu saudara.
PadamUIA ni dulu one of my first choice masa nak ambik degree tapi bak kata sis Ezna, takde rezeki, akhirnya dapat kat UTM Johor. Tapi mungkin Allah dah susun perancangan tak letak saya kat UIA sbb my jodoh kat UTM hehe.
BalasPadamOh first choice rupanya ya Carneyz. Itulah rahsia Allah tu....mula mungkin kita frust rupanya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita....
Padamselamat dtg ke taman ilmu dan budi dan selamat menjadi 'budak KAED' 😁psl bahasa arab tu jgn risau laa. yg penting lulus. kalau x lulus jgn bw paper ke final sem. bahayaaaa...
BalasPadamKena bagitahu anak sedara la gini. Thanks Kak Anies. Bagi pihak anak sedara.
PadamKemarin papa saya ke kampus ini, untuk tanya2 ttg beasiswa master degree. Krn plan anak asuh saya yg sekarang ada di al azhar Egypt, sebentar lagi lulus. dan plan nya saya dan papa akan kirim dia ke UIA utk ambil master. Tapi kalo bisa scholarship kan lebih bagus. Kalo bhs Arab memang lancar krn di Egypt pakai itu.
BalasPadamAda juga teman saya sekolah dulu, kuliah di UIA ini dan skr dah kerja di Canada. Memang bagus lah orang2 yg tamatan dari sana. 👍
alhamdulillah...tahniah...Erna nampak muda belia, dah ada anak dara besar dh ha...
BalasPadamAh ah Sofiah ni la yang sulungnya SA. :)
Padam