Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, July 31

Restoran Soto terbaik di Shah Alam

Me ada pergi Restoran Soto ni sebelum puasa lagi. Me tau Restoran ni pun masa me belajar kat UITM Shah Alam sekitar tahun 1997 - 2000. Famous di kalangan budak UITM. Me pilih bihun soto. Dah ambik kat kaunter soto nanti orang tu bagi harga. Kita bayar kat cashier. Sambal kicap me selalu taruh sampai kuah soto ni warna hitam. Lepas tu mulalah pedas semacam...hehehe...


Bukan setakat soto ajer, lauk pauk pun meriah juga. Kuih muih pun boleh tahan banyaknya :-)


Restoran dah agak cantik. Dulu Restoran biasa ajer. 


Ni lah Restoran Soto ni yang terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Dekat ajer dengan Bukit Cherakah. Kepada Ayu....silalah :-) Kalau datang sini haruslah cuba soto-nya ya....


Jom Soto!!!!

*****deret kedai ni ada satu kedai tudung yang kita boleh tawar. Kalau nak letak batu swaroski kat tudung pun kedai tudung tu ada mesin boleh buat. 

Bukan pembersih muka

Kalau kat Malaysia tentu rupanya seakan pembersih muka ye tak. Sebenarnya ni adalah herbs and spices yang dikisar. Mereka letak dalam tube macam ni. :-) 


Me jumpa kat pasaraya Coles ke Woolsworth di Gold Coast, Australia me tak ingat. Senang jugak ye. Nak masak picit je tube ni. Taraaa siapppp.....:-) 

Monday, July 29

Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar (live chat) untuk kaum ibu

Me dapat jemputan untuk ke event Dumex ni yang diadakan di Hotel Aloft KL Sentral 27 Julai 2013 baru baru ni. Danone Dumex memperkenalkan laman web interaktif masa sebenar untuk kaum ibu. Platform digital baru yang memberi kaum ibu akses kepada komuniti ibu dan pakar di mana pengalaman sebenar dan pengetahun dikongsi supaya para ibu mendapat sokongan, panduan, dan keyakinan di sepanjang alam keibuan. 

Sebelum tu kenalah daftar dulu. Me tiba pukul 6.15pm macam tu. Masa tu majlis dah start dah dengan Azizah Ariffin tengah bagi talk. 


Ada aktiviti kumpulan jugak. Dalam kumpulan ni kenalah saling bekerjasama. Tolak sifat bossy itu....hehehe kan Mira kan....ehem.....(Mira faham kot...). 


Aktiviti dalam kumpulan untuk menyiapkan kolaj apabila disambung dengan kumpulan yang lain....akan membentuk hati yang besarrrr.....Ni ahli kumpulan me.


Sempat juga pose bersama teman baik :-) Ayu Rafikah dan Wan Amira....


Ni Chef Andri. Beriya Chef sibuk ambik business card dan suruh me masuk dalam tengok chef nak menghidangkan smoothie. Kenal Chef ni pun sebab pernah nampak Chef ni kat rancangan Chef cilik. 


Indra Balaratnam ni pakar pemakanan. Me pernah jumpa masa sama-sama bekerjasama dalam satu rancangan keibubapaan. Beliau masakkan me and Dania pancake Mickey Mouse kat rumah. :-) 


Dania dengan Azizah Ariffin. Cantik sungguh Azizah ni walau dah 40++ kan? Dania mata tertutup sebab kamera ummi ada flash. Sibuk usung kuih dahlia favourite dier tu....hehe...


Aktiviti yang sangat membina dan bermanfaat. Dapat mengumpul input tentang keibubapaan. So you alls boleh melayari www.dumex.com.my untuk live chat ya.....

Makanan semasa berbuka puasa pun variety juga. Lepas tu kami ke Masjid Negara untuk bersolat terawih. 

Wednesday, July 24

Hari susu sedunia Dutch Lady

Road Show hari susu sedunia diadakan di beberapa tempat antaranya kat 1 Utama Old Wing ni. Kami datang sini kebetulan ajer. Alang-alang nampak kanopi mewah ni terus la masuk dalam. Kena daftar dulu dan dapat 1 buku untuk melengkapkan aktivit. Selesai aktiviti dapat le cop. Me pun dapat jugak. Dah kumpul semua cop, boleh la tebus goodie bag :-)


Seawal jam 10 pagi pun dah ramai orang. 


Ni aktiviti transfer kotak2 susu Dutch Lady tu. 


Dania tak lepaskan peluang perah susu lembu. 


Dania nak cop kat dinding pulak. 


Ni bagi yang berminat nak masuk peraduan Dutch Lady. 30 video yang memberi inspirasi akan dianugerahkan insurans pendidikan untuk anak kita bernilah RM30,000. Lumayan kan?. Me tak buat video kat sini sebab me dah submit melalui web Dutch Lady 2 video Dania :-)


Video 1


Taken from youtube

Video 2


Taken from youtube

****Moga ada rezeki Dania :-) Dapat la menampung pembelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Si kecik ni setakat hari ni cita cita nak jadi doktor gigi. 

Jerebu kembali lagi


2-3 hari lepas, me perasan jerebu datang balik sebab me terhidu bau asap dan suasana seakan berkabus. Worst come to worst kena suruh Dania pakai balik mask. Hidu bau asap jerebu ni pun bukannya baik untuk kesihatan. Anak2 you alls nak ke pakai mask kat sekolah?. Sekolah Dania ni sekolah ada bekalkan mask untuk setiap pelajar. 

Monday, July 22

Ada bug dalam mug :-)



Rhyming sungguh wording mug ni. Masa tengah tunggu PIC nak settle insurance kat VW Glenmarie, me cuci mata tengok souvenir VW. Ada yang mahal dan ada juga harga yang boleh la tahan macam harga mug ni. Me tak beli pun. Setakat cuci mata ajer. :-) 

Nak potongan 15% untuk pembelian tudung? Click link ni . Jangan lupa sertakan code blog me ACN2013 masa check out ye :-)

Friday, July 19

Potongan 15% discount dibawakan khas oleh blog My Small World eksklusif dari Tudung2u.com.my

Kalau you alls semua letih nak gi shopping bulan puasa, ni ada solusi dari www.Tudung2u.com.my. Cuma pilih mana tudung yang you alls suka. Antara tudung yang me berkenan, antaranya. Tudung awning chiffon 3 layer ni. Warna ceria. Boleh pakai dengan 3 warna baju. 


Oh....so sweetnya warna ni. Harga RM30 sehelai. 

Yang ni pun memikat hati. Harga RM22 ajer. 



Ekslusif untuk pembaca blog me, 15% discount akan diberikan. Contohnya me nak beli selendang yang tengah tu. Harga RM18. 


Kat Check Out Counter, Harga RM23 sebab termasuk kos pos RM5. Jangan lupa masukkan kod pembaca blog me ACN2013 kat ruangan voucher. 


Tadaaa.....15% diskaun untuk pembaca blog Ezna. Harga tudung + pos cuma RM20.30. Ni baru 1 tudung. Cuba you alls beli banyak tudung. Memang berbaloi baloi penjimatannya tu. 


Jangan lupa layari www.Tudung2u.com.my Banyak sungguh koleksi tudung mereka. Mau rambang mata memilih tu. :-) Psst psst code voucher ACN2013 jangan lupa isi yer..... :-)

Penjimatan sehingga 31 Julai 2013 sahaja tau. So cepat cepat :-)

Selamat Harijadi Emir!

Lamanya me tak update blog. Hehehe...puasa la katakan. :-) Tetau dapat BE Volkswagen. I like :-) Ok ok back to my blog post. Actually birthday party ni dibuat sebelum puasa lagi. Me yang 'rajin' baru update.

Majlis diadakan kat Jungle Gym Bangsar Shopping Center. Ni kali kedua me pergi sini. Kali pertama masa birthday party anak Aaron Aziz :-) Jom layan pictures untuk birthday party anak Mira iaitu Emir....

Ni masa game bola beracun. Dania duduk sebelah Amani. Anaknya Ayu


Dania menang tempat kedua tu. 


Birthday kek istimewa dari airtangan Mira. Beruntungnya Emir. Me memang tak reti nak buat kek kek ni. 


Lokasi majlis yang dipenuhi belon. 


Sedap2 makanan yang ditempah Mira. Terutamanya bihun tu. 


Ayah dan dedet berborak. Yang baju belang hubby me dan hubby Ayu. 


Emir nampak sangat happy bila potong kek. 


Thanks Mira sebab menjemput keluarga kami ye. :-)

Wednesday, July 10

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog me. Hari ni merupakan hari pertama umat Islam berpuasa di Malaysia. Alhamdulilah malam tadi dah selamat menunaikan solat terawih di surau berdekatan. Moga kita dapat berpuasa dengan sempurna pada tahun ini. Syukur kerana me diberikan peluang untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. 

Teringat kata-kata imam semalam. Bersyukur kita dapat peluang menyambut bulan Ramadhan dengan kesihatan yang baik. Adik imam kritikal di hospital kerana didiagnos leukimia. Bapa saudara imam pula 3 hari sebelum bulan ramadhan meninggal dunia. Beruntunglah kita dapat pahala yang berlipat ganda kalau kita beramal pada bulan yang mulia ini.


*****me dah mula update blog me sedikit demi sedikit. Sebelum ni komputer me dimasuki virus. Langsung hard disk me rosak. Bila dah baik, komputer me lambat pulak. Dah ok, me pulak nak biasakan pulak dengan sofware Windows baru ni. Alhamdulilah, setelah hubby me tengok2 komputer ni now dah ok. 




Tuesday, July 9

Peluncur ais cilik

Dania dah lama dah nak ice skating ni cuma baru-baru ni je me realisasikan. Me enrol Dania dalam kelas ice skating masa cuti sekolah. Kelas intensif 3 hari selama 1 jam setiap hari. Masa first day tu datang ajer, terus pilih kasut yang sesuai dan simpan barang2 dalam locker. kena beli token tu. 


Dania baru nak mencuba skate ni. 


Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senaman untuk memanaskan badan. 


Me tengok Dania kat luar ajer. Banyak kali jugak Dania terjatuh. Lagipun ni memang first time ice skating tu. 


Ice skating academy kat Sunway Pyramid. 


Kalau anak2 you alls berminat, cuba click link ni. Ada kelas intensif waktu cuti sekolah atau nak appoint trainer untuk anak2 you alls. One of my friend anak dier 2 orang pemain luncur ais yang mewakili Malaysia peringkat antarabangsa. kedua anaknya lelaki. 

Monday, July 1

Kemeriahan sukan di Sekolah Kebangsaan : My first experience

Ni first time me merasai kemeriahan sukan di sekolah kebangsaan yer. Sebelum ni di sekolah swasta. Seawal 7.30 pagi dah kena berkumpul kat sekolah. Sebelum tu breakfast dulu kat mamak nearby. 

Ni kawan sepasukan Dania. 1 Malaysia sungguh. 



Masa kawad rupanya anak ummi kat depan sekali. 



Masuk sekolah kebangsaan terjumpa balik kawan satu tadika kat Little Caliphs. Ni Amin namanya :-)


Masa tengah tunggu turn nak masuk acara, Dania request nak makan ice cream. Me malas nak bagi sebab takut comot ke aper kan. Ehmmm.....memang yer dah tercomot kat tudung pulak.....haishhhh....


Sesaje nak letak gambar cikgu rumah biru ni sebab muka sebijik cam Suzz :-) 


Masa untuk berlari.......time ni me pun ngikut Dania lari. Padehal mana boleh menyibuk kat sini. Hehehe....Ayah Dania tah memane masa ni. Tak perasan lak. 


Part susun span ni Dania sopan santun lemah gemalai sungguh. Alehaiiii. 


Akhirnya team rumah kuning dapat No. 4. No. 4 pun dapat medal ok. Hehehe....