Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, September 19

Rock and Roll di Hard Rock Hotel Desaru Coast 2

Pagi ni breakfast dekat hotel ajer. Nak makan pun kena ikut SOP ye. Kena pakai facemask. Akan ada staff bawa kita ke meja. Tak boleh terjah je coffee house macam hari biasa. Lepas dah selesai makan, kita cari la port cantik untuk bergambar. Gambar ni ada beberapa pose la. Ambik satu dah la. Dania pun ada pose kat kerusi ni juga. Ummi ambik satu je dia marah. Tak aci dia ambik gambar ummi dan ayah beberapa pose. 😝😝😝. 


Nak tunggu Roxtars ni bukak pun ya. Nak tengok kedai ni sebab comel je bila mengintai dari luar. 


Dah masuk dalam, berkenan dengan bear comel ni. Bear ni limited edition dan ada dijual di seluruh cawangan Hard Rock di seluruh dunia. Ia bukan sekadar bear tapi boleh menyanyi. Kalau menginap dekat Hard Rock Hotel boleh mendapatkan barangan kat kedai ni dengan potongan 10% off.  


Ini berdekatan dengan coffee house tempat kami breakfast tadi. 


Kalau datang Hard Rock Hotel wajib ambik gambar kat port ni. Ni saya minta tolong orang ambikkan gambar. Kalau guna selfie stick tu gambar tak penuh. 


Kat sini ada bas yang kita boleh naik secara percuma untuk ke hotel berdekatan, Adventure Water Park atau pantai berdekatan. Kami pun naik bas ni tapi nak pergi ke setiap stop bas ni dan akan berakhir dekat Hotel Hard Rock la. Ada jadual bas ni yang telah ditetapkan. 


Lepas balik naik bas tu terus ke bilik untuk kemas apa yang patut sebab nak check out dah hari ni. Ni luar bilik dekat balkoni. Ada pintu tu boleh slide kalau nak tutup dan privacy. 


Bilik kami mengadap water park yang baru kat Desaru tu. Kami tak sempat pun nak singgah sini.


Bye Bye Hard Rock Hotel. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. 


Kemudian lunch dulu berdekatan dengan Hard Rock Hotel. Banyak kedai makan area sini. Kami singgah kat Secret Recipe. Secret Recipe ni cantik dan restorannya besar tapi masih ada penjarakan sosial. 


Jambatan ni rasanya boleh dikatakan mercu tanda kat Desaru. Kalau nampak jambatan ni maknanya dah dekat la nak tiba Desaru. Jalan nak ke Desaru masih 1 lane jadi harap2 beberapa tahun akan datang ni tambah la jadi 2 lane sebab ramai juga pelancong ke Desaru. 


Hari ni kami nak ke Johor Premium Outlet. Dah alang-alang kat Johor kan. 


New normal katanya. Kalau nak masuk kena scan suhu dan scan aplikasi My Sejahtera. Dah siap semua barulah boleh masuk. Suami masa ni cari parking lepas drop kan saya dan Dania. 


Dah masuk dalam tak terus jalan dulu tapi cari port nak duduk. Duduk la kami dua beranak atas batu. Tempat duduk pula semua dah occupied. Kalau ada pun tengah panas jadi takpelah duduk atas batu pun batulah. Nak tunggu suami pun ya jugak. 


Panas terik masa kami ke Johor Premium Outlet ni. 


Memang aim nak masuk ke Bath & Bodyworks jadinya kena beratur. 


Masa ni tunggu suami shopping kat mana entah. Dania paw ayah dia aiskrim. 


Tak banyak kedai pun singgah. Singgah kat mana-mana yang aim ajer sebab nak bertolak balik rumah. 


Hasil tangkapan kat Bath & Bodyworks ni seperti sabun tangan, sabun mandi, pewangi bilik dan perfume mist. Ada buy 2 free 1 sabun tangan tu. 


Perjalanan balik kami disambut dengan awan berbentuk hati. 


Dari Johor ni dalam jam 6 petang kami gerak selepas solat Asar kat Masjid Taman Universiti. Ingat nak singgah makan goreng pisang Nurul Faqar tapi tutup la pulak. Hanya ada staff dia kat luar dengan stok pisang-pisang je. Nak get ready untuk esok la kot. 

Kami bertolak balik ke rumah kami 2 Ogos 2020, tiba rumah 3 Ogos 2020 jam 1 pagi. Jalan kat area Johor mulanya smooth ajer sampai la kat tempat mana entah teruk jam sampai kereta bergerak perlahan. Ada few stop jugak untuk ke tandas dan solat juga berehat. Nasib la 3 Ogos 2020 tu sekolah Dania bercuti sebab Puan Pengetua apply kat PPD. Ada sekolah kena sekolah 3 Ogos 2020 tu. Idak kalau sekolah letih la jugak Dania nak ke sekolah kan.....

Sekian....selesai juga percutian kali ni. Apa yang saya boleh kata rasa nak repeat menginap kat Hard Rock Hotel Desaru Coast ni ada sebab staff kat sini sangat friendly. Guard pun sama. Bilik pun selesa. Lepas ni mungkin boleh include Adventure Water Park Desaru Coast sebelah ni haa dalam list. Ada Tidal Wave Pool yang terbesar di dunia. Masa kami datang, pool ni tengah under maintenance. 

Tuesday, August 4

Rock and Roll di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Most needed holiday. Percutian yang sangat ditunggu-tunggu. Dah lama tak bercuti kan?. Bertolak dari rumah dalam jam 8 pagi. Kami tak breakfast dulu tapi dah standby roti krim kot kot lapar. Niat nak berhenti breakfast di R&R Seremban. Perjalanan melalui PLUS Highway menuju selatan smooth all the way. 


New normal katanya kena pakai facemask ye nak makan kat sini. Sebelum masuk ke sini ada kena ambil suhu. Nasib baik la dapat tempat duduk. Saya tak tahan sangat le nak berdiri lama. Boleh tahan juga ramai kat R&R ni. Saya makan nasi goreng, Dania dengan kuay tiaw goreng dan suami makan mee goreng. Rupanya masa suami tengah beratur tu ada yang memerhati. Hehe. 


Tudiaaa......Seri datang approach saya. Ni kawan saya sebab anak sama2 kat sekolah menengah Dania. Ada seorang anak dia form 4 sebaya Dania jugak. Seri kata ternampak suami saya tengah beratur nak beli makan. Wah wah suami saya ni orang kenal juga walaupun siap pakai facemask la. Seri...kita wefie dulu ok?. 😄😄😄.


Masa tengah makan tu nampak seseorang lalu depan saya jadi saya cakap dengan Dania...eh macam familiar ajer kan?. Dania kata ye lah ummi. Sekali orang yang kami familiar tu duduk sebelah meja kami. Ok ok....kita standby betul tak orang yang kami familiar tu. Saya tak nak la terus terjah kot salah orang. Hehe. Sekali bila beliau buka ajer facemask, sah la....itu Datin Pengetua yang baru sekolah Dania. Baru ajer dilantik menjadi pengetua menggantikan pengetua yang telah bersara pada Julai 2020.  Sebenarnya Datin Wan Nor Ashikin ni bukan baru kat SMK Jalan Empat sebab pernah memegang jawatan Penolong Kanan kat SMK Jalan Empat sebelum bertukar ke sekolah lain (tahun tu saya tak pasti). Apa lagi terus memperkenalkan diri sebagai PIBG SMK Jalan Empat dan Dania pelajar SMK Jalan Empat. Hehe. Tak salam tapi buat 'salam kasih' iaitu letak tangan kat dada kemudian tunduk. Pastu bagitahu la saya tak hadir meeting PIBG sebab tak sihat. Hehe....mengaku terus 😅😅😅.


Lunch pula kami singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly. Kat sini nak makan ikan bakar. Ingat tak yang saya plan nak makan ikan bakar kat Sepang sebelum ni?. Ok kali ni makan ikan bakar jauh sikit nun di Johor. Nasib baik ikan bakar ni buka jam 12.00 tengahari. Kami tiba pun dalam 12.30 tengahari di mana orang pun tak la ramai sangat. 

Ni jalan nak ke Restoran Terapung Bujang Firefly. Titi tu risau juga saya pijaknya sebab nampak macam ada yang longgar-longgar je. 


Kalau makan belah luar tu, makan ala atas bot tapi kalau ada sampan ke bot lalu tepi tu, bergoyang-goyang la tempat tu. 


Kami order ni set untuk 3 orang. Ada ketam bercili, ikan masak masam manis, kailan ikan masin dan udang goreng. Ada beberapa set juga disediakan. Saya pilih set ni sebab ada ketam bercili. Ikan tu sepatutnya masak asam pedas tapi suami minta tukar kepada masak masam manis. 


Tudiaaa....ketam ni saya yang punya. Hehe. 


Dua gambar kat bawah ni boleh tengok permandangan di Restoran Terapung Bujang Firefly. 



Tempat letak kereta ni luas la. 


Tiba kat Hard Rock Hotel Desaru Coast sebelum jam 3 petang. Kereta kena beratur nak check in. Ada staff akan check suhu semua yang dalam kereta. Ramai juga yang nak check in kat Hard Rock Hotel hari ni. Sebelum beg dibenarkan dibawa masuk ke dalam hotel, akan disembur dengan penyembur sanitasi termasuklah handbag. Kalau beg yang tak disembur tak boleh bawa masuk. Beg kita pula akan dibawa oleh bell boy, nanti bagitahu je no bilik dan 1 kad bernombor akan diberikan kepada kita. Walaupun jam menunjukkan pukul 3 petang, bilik tak sedia lagi. Mereka nak kena sembur juga bilik dengan alat pembasmi kuman sebelum tetamu yang baharu masuk bilik. Sementara itu tunggu la dulu di lobi manakala suami pergi parking kereta. 


Selesai suami parking kereta, Dania dan suami masuk cuci mata kat kedai Rock Star. Lepas tu dengar ada bising-bising. Rupanya maskot Hard Rock Hotel dah keluar. Apa lagi saya telefon suami supaya Dania keluar dari kedai tu. Hehe. Dania ni dari kecik dah saya train bergambar dengan maskot. Ada bebudak takut dengan maskot kan?. Tengok la maskot Hard Rock Hotel ni pakai facemask lah. 


Dalam jam 3.10 petang dapat call dari Hard Rock Hotel kata bilik dah sedia. So naiklah kami ke bilik. Doa juga supaya bilik takdelah jauh daripada lif sebab kalau jauh kenalah menapak jauh. Aduhaiiii memang jauh la dengan lif. 

Inilah bilik yang ditempah. Deluxe Gold Double ni ada 2 katil queen. Memang selesalah untuk kami 3 dewasa ni. Bilik ni menghadap taman tema air. 


Wardrobe dan ada juga tempat buat air tapi tak masak pun air kat sini. Ada 2 bekas botol tu boleh terus isi air sendiri kat water station. Tak jauh pun dari bilik kami. 


Ada juga meja dengan 2 kerusi disediakan di sini. TV pula LCD bersize nipis. Bawah TV tu ada rak nak simpan barang. 


New normal. Hand sanitizer, facemask dan wipes disediakan oleh pihak hotel. Botol hand sanitiser tu tak boleh diambil bawa keluar ye. Kalau tak kena penalti RM50. Kita boleh ambik wipes dan facemask tu je. 


Welcome!. Ada nama suami kat paparan TV ni. 


Berehat dulu dalam bilik dengan solat, mandi, tidur......sebelum keluar untuk dinner dekat Bandar Penawar. Banyak kedai kat sini. Kami singgah kat kedai yang ada jual pisang goreng tapi tinggal serdak je. Pisang dah habis. Order la untuk makan malam. Saya order bihun soto. Ini pun tak habis sebab tak lalu. Paksa je makan takut lapar pulak nanti. Boleh tahan busy kawasan ni. Banyak kereta. 


Balik ajer, bukan terus masuk bilik. Jalan-jalan kawasan sekitar hotel ni. Penting ambik gambar kat port ni. Mercu tanda ni. 


Ni pun cantik kalau ambik gambar. 


Ni pun colorful. 


Lounge ni tak beroperasi. Tumpang duduk la. Letih la jalan sana sini sinun. 
Ada pula tangan-tangan lilin. 


Penat dah pusing-pusing hotel jadi nak balik bilik. Malam, ada lampu warna warni. Kejap hotel ni warna ungu, kejap warna biru, kejap warna pink. 


Cantik hotel ni bertukar warna. 


Balik bilik, tengok TV kejap terus bersiap-siap nak tidur. Masa ni suami dan Dania tak tidur lagi. Esok
nak pergi Johor Premium Outlet. Ada misi untuk memburu 1 store ni. Hehe. 

Jumpa esok!!



Thursday, July 30

Bercuti Aidiladha

Dah lama dah tak tulis blog ni bukan apa tak berapa sihat. Bila tak berapa sihat ni kita takde mood nak tulis blog. Kadang-kadang baca je blog kawan-kawan. Komen sikit. Blog sendiri sepi. Eh tapinya blogger platform ni dah nampak lain ye?. Lama tak menulis tengok lain pulak kat tempat nak tulis post ni....

Kejap je masa kita nak dekat menyambut Aidiladha. Kawan-kawan yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ye. Saya tahun ni tak balik kampung menyambut Aidiladha. Mula tu memang niat nak duduk rumah ajer. 

Alehnya terfikir lama tu sekolah Dania bercuti. Mula hari Khamis 30 Julai 2020 - 3 Ogos 2020. Sekolah Dania mohon cuti peristiwa kat PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) jadinya diluluskan. Ada sekolah yang cuti cuma Khamis dan Jumaat ajer. Jadi ingat nak pergi bercuti tu tak nak la jauh2 sangat. Nak cuti 1 malam ajer. Call Avani Sepang tapi hampa betul la. 

Credit : Booking.com

Nak tau kenapa hampa?. Ada bilik superior ajer which macam tak selesa untuk 3 adult (Kami 3 adult). Pulak tu kena menginap 2 malam. 1 malam harganya RM800 ++. 2 malam dah RM1700++. Sekian terima kasih je la. Paksa paksa pulak suruh menginap 2 malam. Kalau tengok facebook Avani ni bilik superior berharga RM399. Entah la tak faham la pulak. Ingat malam yang menginap kat Avani ni nak makan ikan bakar kat Restoran HM Bagan dekat situ. Hampa....terus tengok website mana nak pergi ni nak merehatkan minda. Dah lama tak bercuti. 

Akhirnya terjumpa 1 website ni dan call direct hotel. Disambut dengan peramah oleh staff kat reception. Bagus sungguh cara staff tu explain sampai saya tanya nama dan bagitau, nanti akak bagi star banyak kat kad komen hotel. Akhirnya hotel ni jadi pilihan. Nantilah kalau dah pergi baru la cerita ya....

Selamat Hari Raya Aidiladha! Jaga diri jaga kita. Kita jaga kita....

Sunday, May 24

Raya pertama tahun 2020 tidak seperti dahulu

Pagi-pagi dalam jam 10.30 ada video call masuk tapi saya tak dapat le nak pick up call. Sibuk nak masak nasi serai. Ok kita tangguhkan la pukul 11.00 pagi. Adik No 3 saya yang beriya. Disokong pulak kakak dia. Kakak yang ni macam takde mood la pulak raya tahun ni. Akhirnya masa ditunggu-tunggu kian tiba. Bervideo call 3 beradik. Saya yang call tu. 

Sempat la snap gambar masa video call ni. Kami adik beradik sepakat beraya di rumah masing-masing. Takde aktiviti kunjung mengunjung. Insya allah kalau semuanya beransur pulih, boleh la kita kunjung mengunjung atau buat aktiviti makan-makan pulak. Kunjung mengunjung yang kerajaan bagi di pagi Hari Raya ialah tak boleh melebihi 20 orang satu rumah. 

Kami adik beradik dah sibuk bertukar barang-barang 2 hari sebelum Hari Raya. Duit raya pun dah bagi. Tahun ni nampak tak berapa meriah sangat berbanding tahun sebelum ini tapi bunga api dan mercun tetap kedengaran meletup malam raya dan hari raya. Bunyi meriam buluh pun ada sesekali oh...


Ni adalah serba sedikit yang dihidangkan di pagi raya dan malam raya. Rendang daging tu masak malam raya lagi. Ayam percik dan nasi serai. Nasi serai ni suami saya kata rendang pun kena kalau makan dengan nasi serai tapi kalau ayam percik lagi kena. Mana taknya sampai makan bertambah. Hello bulan puasa turun berat badan, nanti raya naik balik pulak. 


Masa siap je masak rendang daging, makan dengan ketupat daun palas frozen. 


Makan juga dengan nasi impit. Saya tak buat kuah kacang. 


Saya masak rendang dengan menggunakan pes rendang Bonda Rozita ni haa...rasanya?....serius sedap. Ni antara barang yang adik saya hadiahkan 2 hari sebelum raya jadi saya pun try la masak. Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan pes rendang (saya masukkan 1 paket. Ada 3 paket dalam ni), letak serai yang diketuk 2 batang, santan, masukkan air sedikit ikut kepekatan kuah rendang yang kita nak, masukkan cili api hiris halus, masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu dan last sekali daun kunyit yang dihiris halus. Tunggu air kering sikit baru tutup api. Memang sedap. Memudahkan sungguh. Dah orang bagi jadi saya cubalah masak ye tak?. 


Lepas zohor tengok movie sama-sama "Shif Malam Raya" lakonan Yoe Parey, Asif dan lain-lain. 

So simple je la sambutannya sebab duduk rumah ajer. Solat aidilfitri pun kena buat dekat rumah. Kalau tak, boleh solat dekat surau dekat dengan rumah atau kalau balik kampung, solat dekat masjid di kampunglah. 

Selamat Hari Raya Adilfitri
buat semua di mana pun anda berada!
Stay safe ya!

Raya you alls bagaimana pula?