Jumaat, Julai 12

Tukar bateri….

Tukar bateri apa sampai nak ke Kipmall ni? Sebelum peperiksaan akhir Dania, nak tukar bateri kalkulator Dania yang pakai masa sekolah menengah. Bateri kalkulator tu dah lemah. Beli kalkulator ni masa tahun 2016 get ready sebelum Dania masuk sekolah menengah pada tahun 2017. 

Kipmall ni dah wujud masa adik saya belajar kat Uniten lagi. Adik saya kata selalu juga la ke Kipmall ni. Dulu takdelah macam ni. Kipmall banyak melakukan penambahbaikan dari segi renovasi kedai dan rupa kat luar bangunan. Kipmall ni macam ala ala shopping mall lama macam Pertama Complex tu. 



Haaa kat sini la nak tukar bateri kalkulator ni. Kedai gambar tapi ada juga jual jam dan kalkulator.


Ni anak lukis ke apa ni?. Hehe


Sementara menunggu ni saje lah cuci mata kat kedai ni. 


Sekejap ajer kalkulator dah berfingsi dengan baik setelah ditukar baterinya. 


Masa Dania sekolah menengah pulak kebetulan terpengaruh dengan Sir Jazel yang masa tu mengajar online Dania subjek Matematik dari MC+. Terbeli kalkulator berwarna pink ni. Bawa juga masa Dania SPM kemudian kena tanya dengan pengawas peperiksaan sebab takut Dania bawa kalkulator super canggih pulak kat dewan peperiksaan. Masa tu kalkulator warna pink ni rare. Belinya pula online sampai Kedah nun kat kedai Hasani Bookstore. Sekarang ni rasanya banyak je jual. 

Jadinya kat dewan peperiksaan masa SPM 2021 (ambil SPM tahun 2022) Dania bawa 2 kalkulator untuk standby. Kita bukan tahu bila bateri kalkulator ni akan habis walaupun jangka hayat bateri jenis ni lama. Sekarang, masa degree pun Dania akan bawa masuk 2 kalkulator ni untuk subjek Agribusiness Management dan Agribusiness Accounting.

Warna kalkulator ni lembut je warna pink dia. 


Ikutkan lepas ni nak makan tengahari tapi saje la tengok menu kat sini. 


Ada Mee Tarik Faizal Kong la kat sini. 


Ini yang menarik hati saya. Ada pulak display mee turun naik macam ni...ralit dibuatnya...


Tak makan kat sini pun tapi kat tempat lain....datang sini semata-mata nak tukar bateri kalkulator je.





XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. alala...comel nya kalkulator kaler pink tu

    BalasPadam
  2. suspens baca tajuk entry sbb ingatkan u nak citer psl bateri kereta hahahah

    BalasPadam
  3. Tengok tajuk, ingat tukar bateri kereta tapi bateri calculator rupanya. Warna pink tu cantik, tapi anak2 tak suka pink.. hehehe..

    BalasPadam
  4. Kipmall skrg dah ade kedai NOKO =D...Kedai jam ni la offer jam yg sy nk tu..Tp that time x beli lg sebab masih ragu2..Sudahnya smp laaaaa ni x beli2 jam tu =D

    BalasPadam
  5. cute calculator pink tu. auntie pun suka tau Dania.

    BalasPadam
  6. Tau kipmall ni ada kat jb je hehe x sangka belah2 bangi/putrajaya pun ada juga ye

    BalasPadam
  7. dah nama pompuan... pink juga laaa pujaan hati😀

    BalasPadam
  8. old school pula kak ana tengok kedai jam dan gambar tu kan azna hehe :)

    BalasPadam
  9. Eh, ehh..comel kalkulator warna pink ek 🤩 Baguslah bawak dedua..Semoga terus berjaya ye Daniaaa ❤️

    BalasPadam
  10. Anak2 ammi pakai classwiz juga. Tp masa kyra mula2 masuk form 1 beli yg biasa cuma masa khilfi masuk form 1 cikgu suggest guna yg classwiz jadi tukrlah kyra punya sekaligus.

    BalasPadam
  11. Comel jer kakulator Pink. Tulisan Tukar Bateri Murah tu pun cute jer. Kompem tulisan tgn anak tokey kedai tu. Hahahahaha!

    BalasPadam
  12. Tak pernah lagi makan kat Mee Tarik Faizal Kong ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Something fishy....

Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni.  Kemudian, kebet...