Jumaat, Julai 12

Makan berdua bila anak bercuti

Bila Dania bercuti dengan kawan-kawan dia....dapatlah saya makan berdua dengan hubby...ni malam yang Dania bercuti tu....saya teringin nak makan kat Dayang Sarawak Corner.

Pilihan hubby ialah mee kolok daging. Mulanya nak order nasi goreng corn beef. Habis la pulak nasi goreng ni. 



Saya pulak order bihun sup ayam. Supnya sama je dengan sup mee kolok tu. 


Esoknya pulak.....Dania tak tiba lagi masa ni jadi tengahari ummi date dulu la dengan ayah ya. Kami makan kat Mohd Chan Abdullah di Presint Diplomatik, Putrajaya. 

Saya order nasi goreng soft shell crab. Porsi nasi tu banyak la bagi saya. Mungkin mangkuk besar kot nak bentukkan nasi tu. Keseluruhan sedap nasi ni sebab didatangkan dengan cili kicap. 


Mee kari pilihan hubby sebab katanya lama tak makan kat Mohd Chan mee kari ni. Saya pulak mengendeng fish ball tu. Banyak biji juga fish ball tu. 😋


Cantik pulak dindingnya ada frame dan dalam tu mungkin kertas dinding kan?. Corak morocco camtu...


Lepas makan ni terus la hubby ke tempat kerja....tq teman Ena makan tengahari. Idak selalu hubby makan dengan kawan-kawan la. 


Kawasan Presint Diplomatik ni memang parking dia cepat je full sebab banyak kedai. Ada yang tak bertanggungjawab letak kereta betul2 dekat kereta nak keluar parking. Mulanya palang parking yang berfungsi yang jauh sikit pada kamera ni. Kalau kereta nak keluar mesti la kena ambik side sebab kereta hitam tu parking situ. Menyusahkan orang jugak la. Palang lagi satu rosak....


Entah siapa yang letak nota kat kereta ni.

"Kau ni ada otak ke takde? Parking kereta depan pintu keluar. Orang nak keluar la. Nak parkng free naik basikal". 

Ye tak ya jugak kan?

Kadang-kadang jangan nak kira senang kita je, kena juga fikir pasal orang lain kan. Habis tu apa gunanya akal kalau tak digunakan? 


Bab parking ni memang saya sejenis yang tak suka parking sebarangan walaupun sekejap je. Pernah saya nak keluar parking dah la lambat nak ambik Dania kat sekolah....ada dua kereta parking melintang depan gate saya. 

Memang saya tak boleh keluar dan gate pun tak boleh nak buka (gate saya guna electric). Terus saya keluar kat gate kecik dan menuju kat rumah cina yang tengah mengadakan majlis perkahwinan. Sambil cekak pinggang 😅. Saya kata siapa parking depan rumah saya?. Sila alehkan kereta. Boleh photographer tu suruh saya tunggu sekejap dia nak selesaikan ambil gambar pengantin dulu. Erkkkkkk.......saya kata Now!!!. Boleh pulak kita yang tak boleh keluar rumah sendiri dia suruh tunggu???. The rest adalah history ya....masa nak keluar kereta tu boleh pulak 2 orang tu senyum-senyum. Eiii memang geram. Ini bukan racist ya...tak kira la bangsa apa pun tak sepatutnya blocked depan rumah orang. Adab mana adab???

Belum lagi saya parking dalam petak parking sebelah bank dan nak keluar....sekali ada kereta double park tepi saya....adusss.....saya panggil la siapa yang dalam bank parking block kereta ni....sekali dia keluar dan masuk kereta dia....saya ingat nak keluar terus....tidak ya....bila lama sangat kena tunggu....kereta dia tak jalan lagi saya keluar kereta dan nampak dia tengah cakap telefon dan suruh saya pulak yang tunggu. 😭....dia yang blocked kereta saya....

Macam-macam peel ya...





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Syukur saya jarang2 jumpa manusia selfish mcm ni. Mungkin sebab kalau kemana-mana yang tempatnya susah nak parking, kiteorg lebih prefer naik motor atau naik LRT kot hihi. Kalau naik LRT pulak jumpa manusia yg letak beg dekat seat sebelah padahal LRT tu penuh dgn manusia, sbb dia taknak org duduk sebelah dia.

    BalasPadam
  2. memang sgt2 annoying lah bab2 parking tu...i pun selalu kena jugak...yalah kita ni beria lah takkan park illegal punya kat mana2 pun..alih2 selalu kena block etc...mentaliti kelas ke3 yg sgt sukar nak ubah di kalangan ramai rakyat msia..may be half lah if not majority pun

    BalasPadam
  3. memang punca2 pergaduhan tu...kadang tu kita faham, kalau parking takde...tapi, kena standby lah...nampak kereta yang kita block nak gerak, cepat2 lah kita alih kereta..siapa2 pun, bangsa apa pun...semua nie attitude je...kalau attitude ko ke laut, memang ke laut lah...

    BalasPadam
  4. aduhaiiiii mmg gerammm je manusia jenis adab kurang mcm tu :(

    BalasPadam
  5. Wah..Dating is one of our therapy =D..Mee kari tu nmpk sedap..Part parking tu actually mmg kena ade common sense kan..

    BalasPadam
  6. jenis yg x de common sense mcm tu laa... nak kata tak matang, dah dewasa. bla ada kenderaan ni jgn fikir duit myk duit tol etc. benda2 mcm ni pun kena fikir jg. bla kita permudahkan org lain insya allah di hari lain org akn permudahkan urusan kita

    BalasPadam
  7. Biasalah tu. Kadang dah block kereta org pastu nak masuk kereta kereta terhegeh2, dah masuk terhegeh2 lagi betulkan ini betulkan itu. Kat station minyak pun gini kengkadang, dh nampak banyak kereta tunggu turn ko boleh pulak masuk kereta, bukak air, minum dulu baru naknstart engine. Lempang karang baru tau

    BalasPadam
  8. sesekali dating berdua kannn... apa salahnya fefeeling mcm baru.lepas tawen🤭😁

    BalasPadam
  9. Jenis manusia yang tak ada common sense kot😬

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kad MYSiswa RHB tidak berfungsi pulak.....

Hari yang sama phone Dania kena hacked, ni lepas Dania balik dari kelas. Dah kenapa hantar elok je, masa balik pakai pelitup muka?.  Rupa-ru...