Jumaat, Jun 1

Warna rambut baru di musim perayaan dengan Garnier

Pada 31 Mei 2018, Garnier telah melancarkan produk terbaharu pewarna rambut yang mempunyai warna yang lebih indah, telus air dan dalam masa yang sama merawat rambut. 3 elemen penting disatukan di dalam produk Garnier Color Naturals ini. 

Produk Garnier Color Naturals ini mengandungi bahan semulajadi untuk merawat rambut dan paling menarik, pewarna rambut ini juga telus air. 


Produk yang baharu diperkenalkan ini juga bebas bahan ammonia. Kenapa pewarna rambut tanpa ammonia ini bagus?. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut, penggunaan bahan ammonia ini akan memudaratkan lagi masalah kulit kepala dan rambut. Jadi, jangan sebarangan membeli pewarna rambut yang banyak di pasaran ini ye?. Takut memudaratkan kesihatan rambut dan kulit kepala. Pastikan pewarna rambut bebas ammonia. Rambut kan mahkota wanita....


Pewarna rambut Garnier Color Naturals didatangkan dengan empat warna yang menarik.  


Bahan semulajadi yang digunakan dalam pewarna rambut Garnier Color Naturals ialah minyak almond, minyak kelapa dan minyak zaitun. Jom kita tengok manfaat minyak-minyak ini pada kulit kepala dan rambut.



1. Minyak Almond 

a. Ia mengandungi vitamin E dan boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. 

b. Menghilangkan rambut bercabang.

c. Meningkatkan pertumbuhan rambut.

d. Menghilangkan kelemumur dengan cara melembabkan kulit kepala. 


2. Minyak Kelapa

a. Melindungi rambut dari kerosakan sinar matahari.

b. Menyuburkan rambut.

c. Menghilangkan kelemumur.

d. Menghilangkan kutu.

e. Menyihatkan kulit kepala. 

f. Mencegah uban.


3. Minyak Zaitun. 

a. Menjadikan rambut kuat dan sihat dan mengelakkan rambut mengalami masalah kebotakan.

b. Mempercepatkan pertumbuhan rambut.

c. Mencegah pertumbuhan uban.

d. Mencegah kerosakan rambut. 


Harga produk ini ialah RM19.90 (boleh digunakan berkali-kali) dan dalam bentuk sachets berharga RM8.90 (untuk penggunaan sekali sahaja). 

Cara-cara untuk menggunakan pewarna rambut Garnier Color Naturals. 


Gambar kumpulan untuk produk Garnier Color Naturals bersama pengacara majlis Dahlia Shazwan. 


Sempat la berselfie dengan Dahlia Shazwan ni. Manis orangnya....


Kalau you alls semua nak tahu info lebih lanjut boleh layari : 




21 ulasan:

  1. Wah. Dahlia. Teringat time dia dtg audition dulu dgn PakNil. Siap kena tukar kasut dgn org lain. Tu la kan, nasib dia baik jadik org astro :-)
    Aida suka tgk org kaler rambut dgn kaler natural. Tak nak yg sgt lain drpd yg lain. Terlalu blonde pun mcm x cantik.

    BalasPadam
  2. wah makin ramai la gegirl yang ada rambut baru nanti. anyway ni pun halal kan? diyakini! hehehe

    BalasPadam
  3. Wow.. garnier dah banyak keluarkan produk nampaknya. barulah cantik di hari raya.

    BalasPadam
  4. Baru tau pasal keluaran Garnier yang ni..tq tau info. Takde ammonia sesuai sangatlah untuk jenis rambut yang ada kelemumur kan, kalau tak nanti dia boleh keringkan kulit kepala pulak. Nice sharing :)

    BalasPadam
  5. best ni..lama cari pewarna rambut yg guna bahan2 semulajadi..plus nak kaver rambut beruban..tapi selalunya susah nak jumpa..normally saya inai je tapi tue la leceh plak nk kena proses utk inai...nnti nak cari la garnier color natural ni...

    BalasPadam
  6. best ni..lama cari pewarna rambut yg guna bahan2 semulajadi..plus nak kaver rambut beruban..tapi selalunya susah nak jumpa..normally saya inai je tapi tue la leceh plak nk kena proses utk inai...nnti nak cari la garnier color natural ni...

    BalasPadam
  7. Yang penting pewarna ni halala. Tapi mmg x sangka ramuannya semua kaya khasiat semulajadi.. kira dapat memelihara lagi kesihatan rambut hehe

    BalasPadam
  8. Garnier ade utk rmbut ea? Sebelom ni tau skincare dy je.. Huhu... Warna dy lawa2 la natural color je.. Tp ia halal x tuk mlyu pki??

    BalasPadam
  9. Idea yang sangat bagus oleh Garnier mengeluarkan produk pewarna rambut ini sebab maklumlah semakin umur meningkat keadaan rambut tidak secantik dulu dan warna rambut pon kadang nampak lebih perang dari warna asal. Dengan adanya pewarna rambut ni pasti rambut makin cantik dan sihat. Yang paling penting bahan yang digunakan ialah bahan2 semula jadi yang tak akan memudaratkan pengguna.

    BalasPadam
  10. menarik ni...yg penting telus air..so tak de keraguan lah utk solat/mandi wajib kan

    BalasPadam
  11. Wowww, ingat garnier hanya focus dekat kulit wajah je. Produk berkaitan rambut pun ada jugak ye. Harganya pun affordable. Setapak ke depan lagi Garnier emngorak langkah menambah produk2 yg dihasilkan.

    BalasPadam
  12. Dahlia ni yang iklan Trivago tu kan..SA x pernah guna pewarna rambut Garnier, dengan perkongsian Ezna ni terus rasa nak beli..harga pun mampu milik tu..the best part boleh guna berulang kali ye...bagus Garnier buat promosi macam ni..bersaing secara sihat dengan product yang sedia ada dan yang dah ada nama

    BalasPadam
  13. Garnier dah ada produk baru pewarna rambut plak. Kalau bahan yang digunakan selamat why not pakai untuk suami kan

    BalasPadam
  14. Teringin juga nak kaler-kaler rambut ni, tapi kebanyakan produk tak sesuai, yela paham-paahm jela kita kan solat, takut tak sah. Tapi tengok Garnier keluarkan produk boleh warnakan rambut, bahan pulak semulajadi, terasa pulak nak cuba dan pakai..ehehe..Walaupun pakai tudung, tunjuk untuk suami jela..hahaa..

    BalasPadam
  15. tak tahu pla garnier ni ada produk utk rambut. ingatkan skincare je. dari dulu memang suka sangat dengan garnier. produk murah dan bagi kesan positif. boleh try ush nanti kat hypermarket.

    BalasPadam
  16. Dah lama tak warna rambut. Last masa zaman sekolah. Masa tu pewarna takda sijil halal. Terus mak ruby ngamuk dan mak trim rambut ruby. Cantik warna rambut natural Garnier kan kak. Tp family ruby tak benarkan. So, ruby fokus kepada mekap je la. Hantu mekap.

    BalasPadam
  17. Owhh baru tahu ada warna baru, nanti nak cuba jugaklah. Sis ada juga inai rambut, tapi lepas inai rambut jadi kering dan rosak, tak tau nape. nanti bolehlah cuba yang ni pulak..harap2 bagus untuk rambut sis...dan penting ianya halal dan selamat di gunakan

    BalasPadam
  18. They added so many beneficial oil to help protect and nourish our scalp and hair, next time I will try out Garnier, price also more affordable than saloon.

    BalasPadam
  19. Teringin nak kaler rambut tp takut nanti ada kuali melekat dekat kepala. Hahahaha. Tambah2 profesion sy yg mcm nie, mmg xboleh lh. Semakin dipertingkatkan ye produk rambut garnier nie utk melindungi rambut. Good job !!

    BalasPadam
  20. baguslah kalau ada pewarna rambut dengan fungsi merawat sekali. biasanya pewarna rambut ni boleh merosakkan rambut.

    BalasPadam
  21. halal tak sis? kalau halal nak cuba hihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...