Jumaat, Disember 12

Bila Dania dapat hadiah belated birthday

Lupa pula pasal citer kawan Dania yang ni. Ada satu hari tu Khairiah kata nak bagi Dania something jadi saya bawa la Dania kat Fakulti Bahasa dan Komunikasi tu. Masa ni saya kat dalam kereta la. Dania je cari kawan dia.

Pesan jangan lupa ambik gambar. Hehe. 


Comey je Khai ni. Lagi kata bare face sebab tak berbedak dan lipstick sebab cuma nak hantar hadiah Dania je. Drive all the way dari rumah. Kelas online pulak masa ni. Elok la bare face je bagi kulit muka tu bernafas. Dania pun sama tak pakai make up pun. 

Khai ni ambik Bachelor of Arts German Studies with Honours. Bahasa Jerman ni orang kata bahasa yang paling susah juga. Sekelas pula dengan kawan sekolah menengah Dania. Dania yang kenalkan mereka. Apatah lagi sama2 dari Asasi TESL di Dengkil. TESL pun susah juga nak dapat ya. Banyak juga organisasi Jerman yang bertapak di Malaysia seperti BASF, Evonik, Bosch, Infineon, Allianz, Deutche Bank dan banyak lagi. 


Hadiah belated birthday Dania....
Ada T-Shirt Hitam Ferrari, gelang huruf CL16. CL tu Charles Leclerc dan 16 tu nombor Charles (pemandu F1 team Ferrari), photo card muka Charles dan sticker. Ada diselitkan 1 kerepek bawang dan 1 kerepek ubi. Dua kerepek sedap giler. 

Happy sangat Dania dapat barang-barang ni sampai cakap wow wow.....rezeki Alhamdulilah. 


Terima kasih Khai....terima kasih Asma (mama Khai...merangkap kawan sekolah menengah saya). Terharu sebab Khai datang UPM semata-mata nak pass hadiah Dania je. Lepas tu Khai balik. 





XOXO,
Ezna


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila Dania dapat hadiah belated birthday

Lupa pula pasal citer kawan Dania yang ni. Ada satu hari tu Khairiah kata nak bagi Dania something jadi saya bawa la Dania kat Fakulti Bahas...