Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 29

Berbaloi ke iftar di Homst Putrajaya?

Pada 28 Mac 2024 jatuh pada hari jadi hubby. Hubby kata nak berbuka la kat luar. Saya menurut perintah je la sebab tak payah la sediakan lauk berbuka. Hehe

Saya call la mulanya Homst Cyberjaya sebab lokasinya berdekatan dengan Masjid jadi senang nak solat terawih kat situ. Malangnya takde pulak kosong jadi saya call pula Homst kat Ayer 8, Putrajaya. Katanya ada kosong dan melalui whatsapp saya kena order sebelum jam 6 petang sebab mereka nak prepare kan. 

Ok.....melalui menu yang dihantar tu saya pilih2 dengan hubby dan saya whatsapp balik jam 2.45 petang. 

Malamnya dalam jam 7 malam kami tiba kat sini. 


Apa yang kami order :

1. Ribena Special - 2
2. Hot White Coffee - 1
3. Rice - 3
4. Prawn Dumpling Soup - 1 
5. Buttered Chicken - 1
6. Salted Egg Yolk Chicken - 1 (Bungkus)
7. Kam Heong Lala - 1
8. Mango Sago Lolo - 1 
9. Watermelon Sago Lolo - 1 

Masa datang tu cuma ada Salted Egg Yolk Chicken yang saya minta bungkus tu dan Buttered Chicken. Air pun belum sampai dan menu lain pun belum. 

Masa berbuka tu kami berbuka dengan apa yang ada je lah. Prawn Dumpling Soup tiba sejurus sebelum berbuka. Air tiba dulu sebelum nasi tapi setelah dah berbuka. Nasi tiba dalam 7.30 malam. Baru mereka nak distribute nasi kat kami dan beberapa lagi meja. 


Prawn Dumpling Soup ni memang sedap. 


Ribena Special. 


Salted Egg Yolk Chicken ni yang sepatutnya bungkus. Sedap egg yolk yang bertali tu. 


Buttered Chicken ni pun sedap. 


Dalam jam 7.45 malam, Kam Heong Lala,  Dessert Mango Sago Lolo dan Watermelon Sago Lolo masih tak nampak bayang jadi saya suruh je la hubby bayar tolak je la mana2 yang tak sampai tu. Kat kaunter boleh pulak dia kata Lala tu yang nak bungkus kan?. Hubby kata bukan Lala ni yang nak dibungkus tapi Salted Egg Yolk Chicken. Mereka dah mix up mana bungkus mana tak. Pastu tanya hubby nak tunggu tak?. Of course la tak. 

Dalam pada tu Dania bagi treats kat kucing ni. Kucing ni takut-takut tapi lapar. 


Lepas tu saya pun terfikir la apa gunanya order dari jam 2.45 petang tu?. Apa yang mereka buat?. Tak prepare ke? Pukul berapa start prepare semua masakan tu?. Nasi dan air pun tiba selepas berbuka puasa. Kalau tak mampu nak buat berbuka puasa dan tak cukup kakitangan saya sarankan jangan buat berbuka puasa ni. 😐

Makanan sedap tapi bila service macam ni memang kecewa sangat la. Berbaloi ke iftar di Homst Putrajaya? Bagi saya "Tak Berbaloi" dengan service yang kami dapat tu. 

Kami singgah solat Maghrib kat surau Presint Diplomatik sebelum bertolak balik untuk sambung solat Isya' dan Terawih kat surau berdekatan dengan rumah. 



***Kesian pulak yang sambut birthday tak puas hati.....bukan yang sambut birthday je...kami semua pun tak puas hati....hmmmm.....





XOXO,
Ezna

 

Thursday, March 28

Moreh di Q Bistro

Malam ni lepas terawih, ayah Dania ajak Moreh. Kami ke Q Bistro , Putrajaya. Jam 11 malam macam ni pun ramai orang kat sini. Nasib baik la dapat tempat duduk kat dalam ni. Hubby masa ni tengah mencari parking. Penuh katanya....setelah 3 kali pusing baru dapat parking. Phewww.....

Meja ada 3 air. Siap-siap order Kopi O Panas untuk hubby. Datang nanti air dah tersedia. 


Dania minum air kosong ajer. 


Boleh pulak Dania teringin nak makan aiskrim. Penyudahnya layan ajer la....dah anak berpuasa...dah dapat aiskrim ni puas la hati. 😅


Ikutkan malas nak keluar malam ni....sebab bulan puasa ni selalunya letih. Saya suruh Dania je ikut ayah dia. Tak nak....nak ummi juga ikut sekali. Nak tak nak gagahkan jugak la ikut. Kesian pulak Dania nak keluar ni....

Rasanya bulan puasa ni baru moreh tiga kali kat luar....





XOXO,
Ezna

 

Wednesday, March 27

Dania ke Sungkai Perak?

Bila seorang kawan Dania tanya dalam whatsapp bila kita mau sungkai?. Jadi hari ni  22 Mac 2024, saya hantar Dania ke Sungkai, Perak. Hehe tak la...sebenarnya Sungkai tu dalam bahasa Sabah bermaksud buka puasa dan takde kena mengena dengan geografi di negeri Perak tu. 😅. Macamana boleh sama pulak dengan nama tempat di Perak tu tak dapat la dipastikan. Orang Sarawak pula panggil Sungkei

Ikutkan nak hantar Dania ke K10 Kolej Kejuruteraan tu je kemudian sama-sama dengan kawan-kawan naik bas menuju ke Bazar Ramadhan dekat Seri Serdang tapi kawan-kawan Dania kat K10 kata bas nak jalan dah jadi jumpa kat Bazar je lah. Ok....saya pun terus la drop Dania kat Bazar Seri Serdang ni. Parking as usual penuh dan sesak juga dengan pengunjung. Saya drop je Dania.

Hari ni bagi chance berbuka dengan kawan-kawan. 


Ni perjalanan nak balik rumah. Traffic light pun rasa macam lambat je. Kereta punya la banyak. 


Akhirnya saya dan suami je lah yang berbuka berdua kat rumah. Lauk untuk kami berdua. 


Dapat photo dari Dania. Masa ni dalam bas nak ke Kolej. Naik bas UPM. Memang ada bas disediakan untuk ke Bazar Ramadhan Seri Serdang dan Masjid UPM untuk pelajar bersolat terawih. 


Ni masa saya ambik Dania kat kolej. Dengan 2 orang kawan turun bawah mengantar Dania. Kawan Dania lagi seorang nama Ayuni takde sebab tengah testing baju Palapes. Kawan yang tudung hitam nama Wafa ni kata setiap kali aunty datang selalu saya teda....semenjak Dania dah berkawan sebilik masa asasi dengan orang Sabah dan Sarawak ni jadi bahasa tu pun ummi dah faham. Wafa ni dari Sabah. Dania kata bahasa Sarawak Dania faham juga tapi Bahasa Sabah kalau cakap laju-laju susah nak faham. Teda dalam bahasa Sabah bermaksud tiada/takde. 


Ni kawan-kawan gelak sebab apa pun tak sure. Dania maintain gitu je. Kawan yang bernama Elisha Hana ni non muslim ni kena kacau....tak puasa tapi paling banyak pergi Bazar Ramadhan beli macam-macam....😁. Lepas tu Wafa dah bagi tarikh nak sungkai lagi dengan Dania dan semua kawan sebilik dulu.

Dua orang lagi tak join sungkai sebab masing2 ada hal. Harap-harap minggu depan punya sungkai complete la 6 orang. 


Dania lagi rapat dengan kawan-kawan sebilik dulu dari kawan bacelor sekarang. Setakat dalam kelas je la. Takde pulak nak keluar-keluar lepas tu. 





XOXO,
Ezna

Tuesday, March 26

Bila lama tak datang Paparich.....

Lepas hubby selesai solat terawih kami semua ke Paparich, Bandar Baru Bangi. Ada orang teringin nak makan.....tiba pun dalam 11.16 malam. Ternampak owner Paparich suami dan isteri kemudian hubby tanya la tutup pukul berapa....katanya jam 12 tengah malam. Nampak lain sikit kat dalam Paparich ni sebab dah dicat warna putih. Kalau tidak dicat dengan warna hitam. Nampak lama sangat tak datang sini sampai Paparich ni ada perubahan la. 


Ikutkan saya nak suruh hubby tapau je lauk tambahan untuk sahur kat mamak sebab Dania ada kelas jam 8 pagi keesokannya tapi since Dania kata teringin nak makan  roti kukus Paparich....ok lah kita pergi la....

Order air sejuk je ni sebab terasa haus sangat. Selalu minum air panas ajer. 


Roti kukus yang Dania teringin sangat nak makan. Dah dapat ni puas hati la. Ada kaya dan juga mentega. 

 

Selagi boleh kita nak tunaikan permintaan anak.....





XOXO,
Ezna

Monday, March 25

Mencari item anak....

Adakah suratan atau kebetulan pakai hitam dan putih untuk subjek law?. Dania kata dia tak perasan pun pakai hitam dan putih ni untuk kelas law ni. Kebetulan ajer. 


Lepas hantar Dania ke Fakulti, saya ke Bandar Baru Bangi sebab nak carikan barang Dania yang ni....
Facial cotton. 


Ada beberapa pilihan la diantaranya yang ini....nampaknya macam ada juga facial cotton yang dapat discount. 


Atau nak beli yang ni?. 


Akhirnya beli yang warna pink tu je.
Watson kat Bandar Baru Bangi ni kedai dia luar daripada shopping complex tu. Kalau malas nak pergi shopping complex...saya suka pergi sini je. 


Lepas tu terus balik. Malas nak jalan-jalan bulan puasa ni. Nak pergi bila Dania balik kelas takut lagi bertambah jam sebab jam 6 ptg Dania balik.Bulan puasa ni trafik agak teruk sikit berbanding bulan biasa. Banyak-banyak la bersabar. 😓





XOXO,
Ezna

Friday, March 22

Dapat email dan......

Bila buka email dari travel agency ni terpampang pakej ke Beijing. Menariknya pakej ni ada gambar 1 family yang saya familiar sangat. Haha.....mana taknya....adik saya dan familynya. Cuaca kat Beijing ni sejuk tapi masa adik saya pergi ni macam takde salji turun rasanya. Dah la jadi muka kat iklan dalam email Muslimtravelbug....

Credit : Muslimtravelbug

Ni pula muka saya, hubby dan Dania tengah main salji kat Korea. Jadi sponsored post untuk promote percutian musim sejuk Korea oleh Muslimtravelbug. Abaikan baju saya tu.....dah la dalam tu saya pakai baju tebal jugak sebab sejuk....udahnya lebar je nampak....😆. Baju luar tu memang sewa je. Kasut ski ni berat. Dah jatuh....nak bangun balik tu jenuh la....ada kenangan juga saya jatuh lepas tu jerit help....help....kena ada orang tarik saya naik sebab serius berat kasut ni...

Credit : Muslimtravelbug

Ni pun sama, travel agency ni ambik gambar masa tengah belajar ski. Dania yang baju purple ni. Hujung sana ayah Dania dan saya. 

***Saya ski kat tempat ski dalam KDrama Goblin dan Winter Sonata di Yongpyong Ski Resort. 

Credit : Muslimtravelbug

Kalau kita setuju untuk diambil gambar ok je untuk mereka promote untuk company mereka. Gambar-gambar ni semua mereka akan share kat kita dan group yang travel sekali. 

Gambar bawah ni pula....kebetulan saya ada dapat email dari NGO untuk guna gambar Dania ni untuk poster bersiri adat dan akhlak melayu. Saya tak bersetuju beliau nak buat gambar Dania ni untuk dijadikan poster. Dania masa ni pun berumur 8 tahun. 

Dania kata gambar serkup Dania terkeluar macam ni pun nak 😅 (Maksud Dania macam gambar dia ni selekeh la sikit).....entah la Dania...agaknya kena tema duduk bersimpuh Dania dengan adat dan akhlak melayu agaknya.....Lokasi gambar ni kat dalam Istana Lama Seri Menanti kat Negeri Sembilan. 


 Jadi atas kita nak benarkan atau tidak benarkan gambar-gambar kita digunakan untuk media sosial....





XOXO,
Ezna

Dapat juga akhirnya

Selepas kelas pertama subjek Principles of Agribusiness Management, saya drive ke CALC bangunan yang dah pergi semalamnya pada 18 Mac 2024. Line pun panjang juga dengan ramai foreigner ada masalah nak daftarkan Bahasa Inggeris mungkin atau Bahasa yang lain. Depan Dania ni mungkin pelajar dari negara cina.

Akhirnya Dania berjaya daftarkan kelas Academic Interaction & Presentation. Alhamdulilah....jadi petangnya dah boleh pergi la kelas ni. Kuota yang diperuntukkan untuk kelas Dania dibuka. Masih ada lagi kelas Dania yang tak mendaftar subjek ni dalam 28 orang. Dania whatsapp kat group kelas kata kuota dah dibuka jadi kelas Dania pun berjaya mendaftar sampai habis kuota TETAPI masih ada yang gagal mendaftar. 😅. Dania berjaya dapat lecturer bernama Hazel Adria Bin Jasiran Awang. Unik namanya...

Ummi kata solusinya nak tak nak kawan sekelas yang gagal mendaftar tu kena datang la sini jumpa En. Abas. Dalam fikiran ummi En. Abas ni berumur tapi bila tengok muda lagi En. Abas ni. 


Lepas ke CALC, balik rumah dulu dan lepas solat zohor hantar balik ke Fakulti Pertanian. Hari ni kelas habis jam 6 petang. 5-6 petang ni subjek English yang Dania baru daftarkan pagi tadi tu. 


Petang dalam kol 5 lebih dah bertolak nak ambil Dania pula. Saya ikut bulatan Uniten nak ambik Dania. Ternyata jam kat situ dengan orang nak pergi Pasar Ramadhan Uniten tu. Kena ikut laluan Farm Fresh lain kali kalau petang-petang. Fakulti Dania ni dengan Uniten tak jauh pun dalam 5 minit je. 

Bab Pasar Ramadhan ni tak singgah lagi. Kalau hubby beli kuih pun dia beli kat Ikhwan tu je. Kelas Dania paling lewat sem 2 ni habis jam 7 petang. 

Moga hari-hari yang mendatang ni baik-baik ajer buat kita semua. Nak adjust waktu bulan puasa dengan bulan biasa ni lain la sikit sebab paling ketara jalan jam tu.....





XOXO,
Ezna

Thursday, March 21

Review Layang-Layang Perkahwinan | Astro

Saya berkesempatan la tengok drama ni kat Astro Catch up tu. Mulanya suami cerita ada kawan dia terjebak la tengok drama ni sebab isterinya tengok drama ni lepas tu ada seorang nama Hasibullah dalam drama ni. 

Punyalah tertanya-tanya siapakah teraju yang melakonkan watak Hasibullah ni?. 

Credit : Astro 

Tengok je episod pertama dah dapat jawapan. Hasibullah dilakonkan oleh Arash Mohamad. Ni gambar masa Dania darjah 4 jumpa Uncle Arash kat Pasar Malam Bandar Kinrara. Kena la Uncle Arash tunduk sikit sebab budak ni rendah. Haha....

Anak kepada Hasbullah ni tak tahu nanti in future, uncle Arash sebelah dia akan melakonkan watak Hasibullah yang jahat. Eiii geram je....Uncle Arash masa ni umur 30++, Dania 10 tahun.
 

Ceritanya berkisar tentang Hasibullah yang kaya yang mempunyai sebuah syarikat CTG (Cahaya Terang Group). Mempunyai seorang isteri Laeli (Nina Juren) yang mempunyai seorang pegawai media sosial bernama Arjuna (Haidar Hasanuddin). Setiap kali kat rumah snap gambar...update kat media sosial. Laeli ni pula selingkuh dengan Arjuna yang memang ada isteri yang sedang mengandung. Bukan itu sahaja Hasibullah pula selingkuh dengan pegawai pemasaran di CTG iaitu Maryam Amani (Aishah Ilias) yang seksi. 

Anak Hasibullah dan Leili bernama Azim Hasibullah yang berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang bernama Saida Amanda (Ezzanie Jasny). Mereka mempunyai seorang anak lelaki Atheer (Aidan Razeen). Saida Amanda ni seorang ibu yang mencuba jadi ibu yang sempurna. Lakonan Saida dalam drama ni dari awal sampai akhir mukanya stress je. Dalam diam, Azim Hasibullah ni selingkuh pula dengan setiausahanya yang bernama Tsuraya Lin (Alya Iman). 

Hasibullah dan Laeli sampai merahsiakan perkahwinan Azim dan Tsuraya yang diadakan di Langkawi sehinggalah Saida nampak gambar-gambar yang Arjuna tangkap di laptop. Sedih sangat sebab hanya dia je tak tahu perihat perkahwinan Azim. Ibu dan bapa mertuanya ada meraikan majlis perkahwinan Azim di Langkawi. 

Saida ni pun ada syarikat sendiri dengan partner dan kebetulan satu hari tandatangan kontrak bersama dengan sebuah syarikat dan kebetulan CEO syarikat tu ialah Ammar (Keith Foo) ex boyfriend Saida. Dulu mereka bercinta tapi disebabkan Ammar tak bersedia nak berkahwin dan ada anak, jadi mereka berpisah. 

Ada satu part, terbongkar pula kisah Hasibullah masa muda yang suruh Leili gugurkan kandungan bila dapat tahu anak yang dikandungnya perempuan. Ni agak tak faham sebab zaman sekarang pun ada jugak lagi ke kalau tahu mengandungkan anak perempuan kena gugur / bunuh anak perempuan jika lahir....macam zaman dulu sebelum kedatangan agama islam. Hasibullah ni hanya nak anak lelaki untuk mewarisi perniagaannya.  Dapat tahu juga yang Pegawai Pemasaran CTG iaitu Maryam Amani mengandungkan anak luar nikah Hasibullah. Hasibullah ni pun jenis seorang lelaki yang jahat yang sanggup membunuh untuk perniagaan atau pun sesiapa yang mengacaunya. Macam dalam drama ni ditekankan Hasibullah sanggup buat apa sahaja. Kalau orang cakap pun "tau je lah Hasibullah tu macam mana"....macam tak boleh cari pasal la. Even dalam mahkamah pun boleh menang kes. 

Apa kesudahannya? Kena saksikan sendirilah. Ada kisah pengkhianatan, cinta dan rahsia yang tersimpan. 

Bagi saya drama ni macam tak sesuai ditonton oleh bawah umur sebab tak akan faham la bab selingkuh tu. Saya rasa watak yang paling saya suka ialah Atheer. Anak Azim dan Saida. Dah la comel dan keletah je. Natural je lakonannya. Macam ada gaya kawan Dania...Fitrah juga masa kecik. Suara pun nak sama. 😉. 

Drama ni pula macam ada sedikit persamaan dengan Layangan Putus dari Indonesia. Watak Saida pun saya tengok macam seakan watak Kinan (Putri Marino). Muka pun saya rasa macam ada iras. Sepanjang tu muka berkerut dan muka stress. 

Bagi saya, watak Hasibullah tu bagus juga penghayatannya sampai menyampah dengan watak tersebut tapi bila dah tua selingkuh ni rasa geli pulak. Tak suka sangat dengan watak Saida sebab sepanjang drama muka serius, berkerut....jadi bila kita stress tengok muka dia pun stress juga. 😅 Watak Azim yang dipegang oleh Shukri Yahya ni macam sedikit tak percaya sebab selalunya Shukri Yahya membawakan watak yang baik juga kan.....Ex boyfriend Saida, Ammar yang dilakonkan oleh Keith Foo ni wahhh menjiwai watak sebab selalu ada scene menangis. Keseluruhan macam drama TV biasa yang portray kehidupan orang kaya2, rumah besar....

Saya beri 2/5 untuk drama ini. Mungkin ada lagi tayangan di catch up di Astro...





XOXO,
Ezna



Wednesday, March 20

Alhamdulilah Dania dah mula kelas tapi....

Hari ni kelas Dania mula jam 2 petang tapi pagi jam 9 dah ke UPM sebab nak singgah Pusat Pemajuan  Kompetensi Bahasa (CALC) sebab nak tanya pasal ada satu subjek English Dania tak boleh daftar sebab katanya kuota telah diisi. Sebenarnya ini maknanya CALC ni tak buka kuota. Heran la kenapa tak buka kuota sebab memang sah-sah kelas Dania wajib ambik untuk Sem 2 ni. Dania kata tak kompetensi la ni ummi 😁

Bila pergi, ada notis kat pintu katanya 'Pegawai ke Bahagian Akademik Bangunan Canselori'. Uihhh tak koser nak ke situ lagi sebab huhuhu 7 kali naik turun bangunan tu masih terasa lagi....😆. Nampaknya tak settle lagi la ni sebab dijadualkan kelas ni pada jam 5-7 hari ni (sama untuk semua pelajar Fakulti Dania). Nampaknya tak dapat masuk lagi la kelas ni. 


Dari CALC, bergerak ke Pusat Kesihatan Universiti sebab Dania nak check telinga sebab rasa telinga tersumbat. Dah hantar Dania saya parking kat bawah bukit ni. Nanti dah siap saya naik la kat atas tu dengan kereta. 

Bila selesai, saya pick up Dania atas tu. Dr. bagi ubat titik untuk dititik ke dalam telinga. Bayaran? Tak payah bayar sebab dah bayar untuk Pusat Kesihatan Universiti ni setiap sem. Sebenarnya Sem 2 ni memang tak bayar lagi. Bahagian kewangan tak update kat dalam sistem lagi...masuk dulu, bayar kemudian. Jadi ubat tu titik malam nanti. 


Petang, hantar Dania ke Fakulti Pertanian. Lama tak datang hantar ambik Dania kat sini sebab bercuti kan....panasnya la....


Dania salam ummi dulu tapi ummi sibuk nak ambik gambar. 


Ni masa nak ambik Dania balik jam 4 petang. Hmmmm kelas 5-7 tu sampai sudah tak boleh daftar jadi Dania tak pergi la kelas tu cumanya Dania ambik gift nak hadiahkan kat Penasihat Akademik Dania...Dr Juwaidah. Setiap pelajar ada penasihat akademiknya. Kebetulan penasihat akademik Dania ni...Dr Ju...timbalan dekan kat Fakulti Pertanian ni. 


Dah balik rumah, ada satu lagi yang menjadi kegusaran Dania. Dania mulanya daftar kokurikulum Usahawan Siswa 8-11 pagi tapi tak minat sebab lain2 cepat je disambar orang kemudian try apply Asas Kembara 8-11 pagi bila bukak kuota. Battle bagai nak rak lepas tu kuota terlepas ke orang lain sebab penasihat akademik nak lulus kena la office hour. Battle tu jam 1 pagi. 😅. Nak tak nak kena ambik kokurikulum lain...pilih la Inovasi & Rekacipta 12-3 petang pun Dania tak minat sebab asal ada je kan....lepas tu ummi saje2 check kokurikulum sekali nampak Cak Lempong 8-11 pagi. Ni diantara yang Dania tengok-tengok juga tapi takde kosong tapi bila ummi check ada 3 kosong. Apa lagi ummi terus call bahagian kokurikulum dan....guess what?....pegawai tu tolong tengokkan untuk Dania untuk Cak Lempong. Dia suruh standby depan computer. Bila dia kata tick je kita kena tick dan daftar cepat2. 2-3 kali tak boleh. Fuhhh berdebar ok sebab kokurikulum yang kita dah pilih sebelum ni kena gugurkan dulu. Silap2 tak dapat Cak lempong haru sebab kebarangkalian untuk kokurikulum kita sebelum ni diambil orang tu ada. Akhirnya berjaya daftarkan Dania Cak Lempong. Alat muzik macam gamelan tu yang selalu main masa konvokesyen. Selesai daftar...Cak lempong terus penuh dah. Tadi kan ada 3 kosong.... Fuhhh battle yang mendebarkan. Check tempat kosong Dania kat Inovasi tu dah terisi dah. Cepat je....Nak battle ni bukan apa kadang waktu kokurikulum tu jugak. Dania prefer 8-11 pagi hari Sabtu. 

Last sem, kokurikulum Dania 12-3 petang jadi macam leceh sikit. Kalau pagi settle kokurikulum dah boleh buat aktiviti kita waktu petang tu kan.... 

Ok lah ni baru cerita hari pertama Semester 2. Moga yang baik-baik ajer buat Dania...Dania dah mula kelas tapi sebelum tu banyak pulak hal nya...





XOXO,
Ezna

 

Tuesday, March 19

Urutan Thai dan santai ibu dan anak

Plan saya dan Dania, sehari sebelum berpuasa nak ke IOI City Mall sebab saya nak pergi buat urutan Thai dan masa saya buat urutan tu Dania boleh la jalan-jalan dalam IOI City Mall tu. Selalu saya buat appointment kat Thai Odyssey ni tapi kali ni takde yang mengangkat phone pulak. Rupanya bila saya ke sini, kat depan ni cuma seorang je jadi dengan nak entertain customer lagi. Jadi...dia tak angkat phone la. Nasib baik ada slot kosong jam 1 petang. Kadang-kadang mungkin slot penuh juga. 

Since lagi 30 minit tu sempat lagi saya dan Dania jalan-jalan kat dalam Parkson tu. 


Kat sini ada hiasan atas meja dan majalah kalau nak baca. Tak sempat baca pun. 


Ruang menunggu yang selesa dengan lampu pun agak malap. 


Masa ni Dania teman saya sehingga escalator ni kemudian kami berpisah kejap la lepas ni. Dania pergi jalan-jalan me time kejap dan saya turun bawah. Me time saya pulak. 😁


Ok saya tengah menunggu tukang urut saya ni. Sempat lagi whatsapp Dania kata jumpa jam 2.30 petang. Jalan elok-elok. 


Ni bilik mengurut. Lampu pun dimalapkan. Saya ambil urutan aromatherapy selama 90 minit dan minyak aromatherapy rose saya pilih. 


Lepas selesai urutan, Dania dah tunggu kat ruang menunggu dah dan kami sama-sama berjalan nak makan ke.......4 Fingers. Order combo nasi dan boneless chicken. Sedap sangat boneless chicken ni pilih yang spicy tapi.....macam tak pedas pun....😆


Ummi dan Dania kat 4 Fingers. Dania yang pilih tempat ni. Ikut je la sebab boneless chicken kat sini memang sedap. Lama pulak tak makan dah masak je kan....


Lepas makan, kami jalan-jalan lagi kat Parkson sebab nak cari hadiah hari jadi hubby. Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan pula. Malas nak berjalan-jalan bulan ramadhan ni jadi beli awal-awal la. Hehe. Nasib baik jumpa. Kemudian terus la kami bertolak balik sebab malamnya nanti dah ada solat terawih malam yang first....confirm orang pun balik awal kan...jalan pun sesak. 

Tapi....jalan depan IOI City Mall yang selalunya jam tu clear pulak. Smooth sampai tiba rumah. Mungkin juga ramai yang mengambil peluang bercuti sebab nak hantar anak ke sekolah sempena hari pertama pembukaan sekolah.





XOXO,
Ezna

Cupcake Wondermilk

Bila balik je dari Tanah Perkuburan Bukit Kiara yang tak dapat kami nak melawat tu, Dania bagi hint kat ayah dia....kat sini dekat dah dengan cupcake 😅. Ayah dia kata cupcake apa? Wondermilk la. Dari Taman Tun tu akan lalu Damansara Utama dulu kalau nak balik rumah ikut highway LDP. 

Ya lah Wondermilk la kita pergi ni. Ada susun cupcake kat situ. 


Dania ambik 1 box cupcake Wondermilk yang menjadi pujaan hati Dania dari kecik ya....lama dah Dania suka cupcake ni. Lama tak makan pun ya jugak. Cupcake kat sini yang paling saya suka ialah base dia selalunya buttercake dan bukan chocolate cake. Family kecil kami memang peminat buttercake. 


Beli juga 4 cupcake ni makan kat sini. Top up 1 mineral water yang sejuk. 


Wondermilk ni dari luar. 


Cupcake yang Dania pilih. Icing dia krim dari butter dan bukan krim dari cheese. Ada la 30 biji cupcake. 


 Siapa peminat cupcake kat sini?...





XOXO,
Ezna