Rabu, Julai 10

Trip Sg Besar ke Sekinchan bersambung lagi...


Alhamdulilah kami dah tiba ke Putrajaya. Belum lagi tiba rumah ni ya. 



Memang nak singgah Putrajaya untuk makan-makan dulu. Kami singgah di Alamanda. Sebelum tu ambik gambar selfie depan cermin. 


Singgah kat food court Alamanda dan ini pilihan saya. Teringin nak makan mee berkuah tomyam. Ada telur puyuh dan kangkung juga. Boleh pilih nak masukkan apa....lepas tu saya letak biji bijan banyak-banyak. 😅


Dania tengah menikmati hidangannya. Sebijik macam umminya yang suka aneka mee. 


Kat Yong Tau Foo ni saya beli. Tak perasan pakcik baju coklat ni. Ada ternampak seorang yang bertudung hitam tengah baring....ala kesiannya mengantuk agaknya. 


Kami pulak. Muka letih, mengantuk...perjalanan panjang tu dalam 130km lebih kurang. 


Hubby memilih untuk makan roti john. 


Tiba-tiba ternampak seseorang lalu sebelah meja saya. Eh eh kawan saya la. Saya tengok kawan saya berhenti kat meja pakcik tadi. Bila saya fokus.....la memang saya kenal pakcik tu. Rupanya ayah kepada kawan saya ni. Ada Restoran ni Jitra namanya Restoran Bunga Naga. Masalahnya saya tadi tak fokus....

Jadi saya tepuk la belakang kawan saya yang tengah makan. Tepuk pun slowly la ya. Takut tercekik pulak. Hehe....inilah kawan saya Fiza sama batch di UITM Dungun. Kalau jumpa topik hangat mesti juga tanya pasal anak kan. Kebetulan ada seorang anak Fiza ni sebaya Dania. Saya tanya la keberadaannya....anak Fiza ni baru lepas selesai ambil Diploma Perakaunan di Kolej Professional Mara. Saya tanya la minta UPU ke? Tak minta sebabnya....Mara offer nak taja anak kawan saya ni yang bernama Hadief ni ke Ireland untuk buat kursus professional ACCA di sana. Apa lagi happy la saya....kami sama-sama mengeluarkan airmata. Serius saya happy sangat. 

Dulu....kawan saya ni pernah tanya soalan tentang peluang nak sambung perakaunan sebab Hadief dah tak nak sambung sains dah. Kat SMKA Putrajaya ambil aliran sains tulen agama. SMKA Putrajaya ni SMKA Ulul Albab jadinya Hadief ni menghafaz Al Quran. Tak silap saya dah selesai 30 juzuk masa Form 3-Form 4. Saya suggest mungkin boleh intai peluang di Kolej Professional Mara ni. Kalau dapat pointer tinggi nanti Mara akan offer ke luar negara. Saya bab bagi info memang saya suka bagi info selengkap yang mungkin. Lepas tu masa isi borang pun kawan saya ni whatsapp tanya ini nak isi apa....etc....sesambil Hadief pun ada sekali la isi sambil mama dia pantau. 

Itulah saya happy sangat-sangat. Bukan nak kata kita ni baik ke apa ke.....jadilah yang terbaik kita boleh jadi. Boleh je ignore cakap tak tahu walaupun kita tahu tapi saya memilih nak membantu. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah pula akan mudahkan urusan kita kan....

Dan....kalau tak silap saya anak Fiza ni dapat tajaan pelajar cemerlang IPMA (Institut Pendidikan Mara) dan saya tanya juga pointer anaknya masa Diploma di KPM. Pointer Hadief 3.8++. Jadi, ni boleh dijadikan benchmark untuk anak-anak yang belajar di bawah IPMA ni seperti KPTM, UNIKL, Kolej Professional Mara, GMI etc. Boleh la rujuk website Mara untuk lebih informasi ya. 

Paling best katanya Hadief nanti akan sama-sama terbang dengan kawan-kawan dari ex SMKA Putrajaya (SMAPUTRA) ke Ireland. Kurang la risau mamanya sebab ada kawan-kawan anak sekali ke sana. Ramai la gang2 Hadief ni belajar sekali kat Kolej Professional Mara, Beranang tu. 

Ena happy for you Fiza....💜💜💜


Ini pula suasana kat luar Alamanda. Tenang je dengan dihiasi banyak pokok-pokok hiasan. 


Sebelum tiba rumah, kami singgah solat jamak di Surau Al Manar, Presint 14 Putrajaya. Ternampak ayat untuk mengusir jin dari kediaman. 


Ini pula surah yang boleh diamalkan untuk murah rezeki....


 Semoga bermanfaat!





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. Dah lain foodcourt alamanda... Dulu hampir setahun keje dekat foodcourt tu..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum sis, mashaAllah Alhamdulillah, saya pun tersentuh sis membantu hingga ke Ireland inshaAllah. Terima kasih share, terus menjadi inspirasi.

    BalasPadam
  3. bila ada kwn-kwn anak-anak dpt sama, kuranglah sikit kerisauan ibu bapa terutama ibu lah hehehe

    BalasPadam
  4. alhamdulillah i tumpang hepy jugak utk ur fren and her son tu. best dpt study kat ireland. my niece dulu study medic kat sana laaa..tmpt tu sgt lah cantikkkk

    BalasPadam
  5. baiknya ena bantu kawan tu .alhamdulillah tahniah buat kawan ena tu dan anaknya.LM nanti apa apa nak minta bantuan nasihat dari ena juga la.kadang buntu nak tentukan hala tuju anak

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah
    mesti heppi jumpa kawan lama

    BalasPadam
  7. sedap pula sy tgk roti john tu sbb jarang jumpa yg mcm tu. dibalut dgn telur

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...