Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 29

Doa selamat di surau rumah lama di Taman Puncak Jalil

Doa selamat ni diadakan di surau rumah lama saya dulu. Kalau datang sini mesti jenguk pokok kurma rumah lama saya yang tumbuh bagaikan juara. Tumbuh dari biji ajer tu. 😅. Jiran2 korek masa kami nak pindah. Masa tu pokok rendah lagi. 

Saya dan Dania bergambar dengan tuan rumah. Norhuzey namanya. Guru Matematik Sekolah Menengah. Lawa Huzey ni. 



Kat surau ni jemaah lelaki ramai la dari jemaah wanita. Ada nasi hujan panas disediakan beserta air dan kuih muih. Disebabkan saya dan Dania dah makan maka kami makan kuih-muih je la. Suami saya dengan nasi tu dia makan. Haha. Takpelah lelaki banyak guna tenaga. Pulak tu masa tengah beratur ambik nasi....suami tegur satu budak remaja ni kenapa ambik nasi sikit?. Tau apa jawapannya??? Malam tak buat apa....buat apa makan banyak? 😆


Suami dan Aiman Haziq ex Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Handsome Haziq ni. Makin lama tengok macam muka mamanya pulak. 



Kali ni ayah Haziq masuk sekali......Rashdan. Rashdan dan Huzey sebaya dengan saya. Suami saya atas lagi...Hehehe....


Saya pesan all the best nanti kat UK. Memang budak pandai ni. Campak la kat mana-mana pasti bercambah jadi pohon yang baik. Errr patutnya campak kat darat dari gunung, campak kat laut jadi pulau. Moral of the story kat sini letak la mana-mana pun student yang pandai....pasti akan berjaya. insya-Allah. Biasiswa Bank Negara yang taja tu untuk ambil pengajian Computer Science. Result SPM pulak tu A dan A+ sahaja. Tak ada A- ke bawah. Itulah rezeki student pandai2 ni kan?.....Scholarship akan datang kepada mereka. 


화이팅 Aiman Haziq....





XOXO,
Ezna

Thursday, September 28

Preloved to be love | DY

Hi uncle dan aunty dan semua pembaca blog ummi. Dania nak clear baju-baju dan seluar kat gerobok Dania jadi Dania nak jual murah-murah je. Nanti boleh masuk dalam tabung belajar Dania. Ada baju dan seluar yang Dania pakai sekali dua sahaja dan ada yang Dania tak pakai langsung. Terima kasih kerana support 😊. 



RM20
Saiz : S
Jenama : X

***********************************


RM20
Saiz : 29
Jenama : Voir Jeans

***********************************


RM20
Saiz : UK 8, EUR 34
Jenama : Max  (Jenama dari Dubai)

***********************************


RM20
Saiz : S
Jenama : PDI (Padini Concept Store)

***********************************


RM20
Saiz : 29
Jenama : Applemints 
Warna : Biru gelap

***********************************


RM20
Saiz : L
Jenama : Daisy
Warna : Hitam 

***********************************


RM20
Saiz : S
Jenama : Voir Exchange
Warna : Biru Gelap

***********************************


Ada butang tepi poket. 


RM20
Saiz : UK 10/12, M, EUR 36/38
Jenama : Max (Jenama dari Dubai) 

***********************************


RM20
Saiz : L
Jenama : Seed
Warna : Coklat
Corak : Kotak kecil

***********************************


Ada butang hiasan kiri dan kanan seluar



RM20
Saiz : L
Jenama : Poplook

***********************************


Ada corak kat seluar. 


RM20
Saiz : S
Jenama : X
Wrap skirt style pants

***********************************



RM20
Saiz : M
Jenama : X

***********************************

 Ummi akan upload gambar baju / seluar lagi. Tunggu.....





XOXO,
Dania Yasmine

Kinokuniya dan makan-makan

Lepas kenduri, kami ke KLCC pulak. Dania nak mencari novel baru pulak. Nak menghabiskan masa. Kinokuniya ni Dania kata banyak novel yang menarik. 


Dania dalam proses nak mencari novel yang menarik hati. Bersungguh tu dok scan yang mana nak beli tu. 


Buku ni ummi terjumpa....tak beli pun. 


Ada jugak buku BTS ni tapi tengok-tengok je la. 


Masa ni dah beli novel dah. Ni kat food court. Nak minum dulu haus pulak dah jalan-jalan ni. 


Suami beli ni kat kedai vegetarian. Nak makan puri. 


Masuk pulak kedai Levi's. Ada collaboration pulak dengan group baru 5 gadis ni....


Ada baju-baju juga dijualnya. 


Jeans baggy tu berkenan sebab jeans tu besar dari atas ke bawah. Ala ala fesyen zaman dulu time kumpulan Feminin tu. 


Item-item ni adalah item kolaborasi dengan NewJeans. Haihhh asyik deme je ke dapat kontrak dengan syarikat-syarikat?. Nama tengah naik ni. Dania kata yang paling tua sebaya Dania 19 tahun dan paling muda umur 15 tahun. Tak sure la sekolah ke berhenti sekolah ke. Aunty nasihatkan concentrate belajar sampai habis. ✌.


Jeans baggy yang saya berkenan. Sesuai la kalau Dania yang pakai tapi saya tak berkenan dengan harganya....RM300++. 


Sweatshirt ni pun dan lain2 item kolaborasi ni tak ada yang murah ya. 


Patut la mahal sebab seluar jeans ni 501 agaknya. 


Pandai pulak la Levi's ni mencari dutanya. Seluar dan item kolaborasi ni target marketnya untuk anak-anak remaja perempuan la ni. 


Masa jalan-jalan nak balik tu, kat butik Puma.....ni siapa pulak ni Dania?. Ramai betul anggotanya tu. Kumpulan NCT kata Dania tapi saya tak kenal la. Dulu-dulu pernah ada kolaborasi dengan BTS la, Dua Lipa dan Rihanna.


Lepas KLCC kami pun balik la. Malam ni pulak ada juga jemputan jiran lama untuk majlis doa selamat sempena anak sulungnya nak terbang ke UK. Kiranya anak sulungnya tu senior Dania masa sekolah menengah. Jiran yang ni berjiran pula dengan kenduri yang saya pergi kat Ampang Hilir tu. Masih ingat nak panggil kami sekeluarga. Terima kasih 😊. Kebetulan suami jiran saya ni sama tempat kerja dengan suami saya.





XOXO,
Ezna



 

Wednesday, September 27

Kenduri jiran lama di Dewan Ampang Hilir

Bila dapat jemputan dari jiran di taman lama kami dulu, kami berbesar hati untuk menghadirinya. Boleh katakan beberapa minggu ni ada orang kahwin sahaja. Ini kenduri anak kepada jiran lama kami. Kali kedua kami datang sini. Sebelum ni pun kenduri anaknya pun kat sini.

Majlis diadakan di Dewan Ampang Hilir yang terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Ampang Hilir. 


Diantara menu yang disediakan ialah apam balik. Dania punya favourite ni. 


Selalunya Dania akan singgah sini dulu kalau ada kat kenduri. 



Cermin ni agaknya trend terkini la kot. Mungkin lepas ni boleh terus simpan. Bukan hanya sebagai props dan mak andam ambil balik. 


Dewan yang luas. 


Saje fokus kat gambar pelamin ni. 


Suami ambik kuih muih ni tapi saya cuit kek tu sikit. 


Dania bergambar dengan cermin ni. Cantik la. Kat mana tempah agaknya ya?. 


Kat pintu ada langsir putih berjurai. 


Masa pengantin tiba ni kami dah nak balik dah. Konsep makan buffet macam ni kalau kita dah selesai, kita bagi peluang orang lain pula duduk kan....

Anak tuan rumah bernama Akmal dan menantu tuan rumah bernama Syamimi.
Selamat Pengantin Baru!
Moga berkasih sayang sehingga ke syurga. 

Cantik pakai baju songket warna pastel. 


Rasanya dah berapa minggu ni berderet orang kahwin. Lepas tu dah dapat notification suruh save the dates untuk bulan November ni. Majlis kahwin jugak la. 





XOXO,
Ezna