Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 30

Telekung berkualiti oleh Telekung Qasha

Telekung Qasya berasal daripada nama Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad. Pengasasnya berasal dari Perak, bernama Puan Hajah Azilah Akashah. Butik Qasha lahir pada Mac 2008.
Telekung Qasha mengeluarkan 3 jenis telekung sempena nama anak-anak beliau.

1. Telekung Tasha
2. Telekung Dalifa
3. Telekung Zulaika

Ada 2 jenis keluaran iaitu Standard dan Premier. Harga telekung standard lagi murah daripada yang premier jadi pelanggan ada pilihan samada nak beli telekung standard atau premier. Ikut budget masing-masing ya.

Signature telekung Qasha adalah pada renda di bahagian kepala yang berbunga Q. Q bermaksud Qasha. Muka telekung berukuran 34cm manakala bahagian dada dijahit berbentuk tudung dan labuhnya menutup paras dada ketika memakainya. Ye la kekadang ada telekung yang jarang yang menampakkan bayangan tengkuk kan?.

Bersih dan teratur je nampak telekung berwarna putih ni. Tiga jenis pilihan. Tasya? Dalifa? atau Zulaikha pilihan anda?

Nak beli telekung je pun ada, nak sepasang dengan kain pun ada. Kadang-kadang  ada orang suka beli telekung ajer tanpa kain sebab nak bawa untuk ke tanah suci. 


Telekung Dalifa pilihan Dania.


Tak bawa cash banyak2? Boleh juga swipe guna
 credit card. 


Siapa nak pergi umrah boleh berkunjung ke sini....tak semestinya nak pergi umrah, nak cari telekung berkualiti pun kat sinilah tempatnya. 


Ni saya cerita tadi ni kat bahagian kepala tu ada renda huruf 'Q'. 


Dania bersama pengasas Telekung Qasha, Puan Hajah Azilah Akashah.


Harga mampu milik dari RM130 ke atas ya adik2, kakak2, makcik2....

Istimewanya sulaman ni disulam terus kat atas telekung dan bukan renda yang ditampal seperti kebanyakkan telekung.  


Telekung ni kalau nak puas hati kena pegang material dia baru puas hati. Telekung Qasha ni saya suka material yang macam ni. Saya tak berapa suka material yang licin tu.

Nak tau kat mana alamat Telekung Qasha?

6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A
Pusat Bandar Baru Bangi
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

(Kalau anda tahu Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi, haaa blok area belakang tu lah terletaknya Telekung Qasha)

Saturday, November 25

Air Asia dan Kidzania Kuala Lumpur

Air Asia dan Kidzania ada meraikan International Children's Day di Kidzania Kuala Lumpur. Ada program istimewa untuk kanak-kanak iaitu untuk memberi mereka pengalaman sebagai Allstar iaitu nama yang diberikan kepada pekerja AirAsia.

Saya selaku media la pada hari ini. Hehe...



Mayor of Kidzania Kuala Lumpur, En Shahrul Nizar Ahmad berkata kolaborasi ini adalah sangat bermakna.


Head of Commercial for Air Asia, En. Spencer Lee berkata ini adalah peluang pihak Air Asia redirect dari jadual yang sibuk untuk memastikan kanak-kanak ini boleh berinteraksi di dalam suasana yang selamat dan berinovatif seperti di Kidzania.

Ada penampilan istimewa Ejen Ali juga. Kanak-kanak yang tunjuk packaging Ejen Ali Lil Star Combo (boleh didapati di dalam penerbangan AK Air Asia dan Air Asia X) di Kidzania sales counter boleh dapat potongan sehingga 30% daripada entrance fees.

Episod Ejen Ali juga ada di dalam penerbangan Air Asia untuk entertain anak2 kecil.  


Makanan Santan yang disediakan oleh pihak Air Asia. I tangkap foto ni masa orang ramai dah ambik. idak banyak je....


Sementara itu sempat la jenguk Dania jap.




Friday, November 24

Black Friday Cyber Monday

Black Friday Cyber Monday di Shopback....

Apa tu?
So sah lah ini terms untuk shopping!!! Dapat penjimatan yang banyak....jom kita
Black Friday Cyber Monday

Meh tengok kat sini. Huhuhu Lazada 1212 sales pun ada.

Dalam banyak2 section dalam Shopback ni mata saya lebih terarah kepada penjimatan untuk travel...
Nah ni dia....
Ada penjimatan pembelian tiket kapal terbang dan juga hotel. Penjimatan yang kita dapat tu boleh digunakan untuk travel lagi tahun depan.
Ada Malaysia Airlines, Booking.com, Expedia, Malindo Air dan banyak lagi.
Online shopping ni menyenangkan kita :

1. Tak payah bayar parking untuk ke shopping mall.  
2. Kadang-kadang disebabkan parking penuh, kita terpaksa berkali-kali pusing di tempat parking dan ini akan merugikan masa.
3. Online di mana-mana sahaja samada kita kat tempat kerja, sedang bercuti. Mudah bukan?
4. Sangat memudahkan untuk mereka yang sibuk.
5. Tak akan stress oleh salesman / salesgirls yang kadang-kadang suka paksa kita beli barang kalau pergi ke shopping mall.

Jadi jika jawapan 'YA' untuk semua di atas, sesungguhnya online shopping adalah amat memudahkan.



Kalau you alls pun nak penjimatan menarik lekas lekas ke Cyber Monday 

For more info boleh click 1212

Ingat......Black Friday Cyber Monday :-) Di mana?
Di Shopback lah....

Tuesday, November 7

Ada apa dengan Make 11.11 Fly?

Wah apa yang special dengan tarikh keramat 11.11 ni ye?.

Kalau anda nak tahu pada tarikh 11.11, Traveloka akan mengadakan kempen istimewa. Traveloka bakal mengadakan flight campaign - Make 11.11 Fly!
 
Apa syarat-syaratnya?

1. Minima 2 pax (penerbangan pergi balik)
2. Boleh terbang ke mana2.

Nak tahu apa kelebihan menggunakan web Traveloka?. Haaa ni dia...


Kalau banyak kelebihannya, harus la kita mencubanya kan?....Ini memang kelebihan eksklusif khas
untuk member Traveloka.

Tak tahu nak pergi mana?. Meh saya bagi idea ni...


Pulau Lagenda Langkawi pun tempat yang menarik untuk dilawati. Saya pun dah lama tak pergi melihat keindahan Pulau Langkawi ni yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Kalau nak menginap kat hotel yang mempunyai ciri-ciri tradisional, Bon Ton Resort Langkawi adalah tempatnya
 
Terdapat 8 rumah kampong lama yang dinaiktaraf tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri kedesaan. Kalau nak rasa 'kampung feel' sinilah tempatnya. Ada rumah lama ni yang berusia lebih daripada 100 tahun. Saya cukup kagum dengan struktur binaan rumah lama yang tetap utuh sehingga hari ini. Advance juga kejuruteraan orang lama ni.
 
Gambar di bawah merupakan Villa White Frangipani di Bon Ton, Langkawi. Klasik kan?....
 


 Photo taken from Traveloka
 
Alang-alang ke Pulau Langkawi, kita perlu melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi seperti di
 
1. Pekan Kuah
 
Syurga membeli belah. Kalau nak membeli belah coklat, pinggan mangkuk, produk gamat. Juga terdapat deretan tempat makan juga Pasar malam juga terdapat di sini.
 
2. Pulau Dayang Bunting
 
Mereka yang tidak mempunyai anak jikalau mandi dan meminum air di Pulau Dayang Bunting bakal menimang cahaya mata. Ini cumalah mitos Pulau Dayang Bunting. Siapa berani minum air pulau pula ya?....
 
3. Makam Mahsuri
 
Kisah lagenda di mana seorang wanita bernama Mahsuri difitnah dan dihukum mati. Darah yang mengalir dikatakan berwarna putih. 7 keturunan menerima sumpahan Mahsuri.
 
4. Cable Car di Langkawi
 
Diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Untuk melihat Langkawi pada perspektif mata burung. Panorama Langkawi terletak di atas Gunung Mat Chincang.
 
5. Kilang Gamat
 
Kalau nak beli gamat sebagai buah tangan kepada rakan dan keluarga. Boleh juga berkunjung ke sini. Banyak produk gamat ada dijual.
 
6. Underwater World
 
Penggemar alam semulajadi di dasar laut. Pameran ikan dan hidupan laut pelbagai sepsis ada di sini. Kalau bawa anak-anak pasti anak-anak anda akan terpukau.
 

Kalau tak nak ke Pulau Langkawi, apa kata kita ke Pulau Pinang. Banyak bangunan bersejarah kat Pulau Pinang yang boleh kita lawati. Tempat penginapan yang mengekalkan ciri-ciri kolonial zaman inggeris seperti Hotel Edison di Georgetown pun cukup menarik. Ni The Lounge di Hotel Edison.
 
 Photo taken from Traveloka

Tempat-tempat menarik di Pulau Pinang

1. Jambatan Pulau Pinang

Seharusnya mencuba melalui Jambatan kebanggaan rakyat negeri Pulau Pinang.

2. Bukit Bendera

Boleh menikmati pemandangan yang indah di atas Bukit Bendera. Dihubungkan dengan keretapi.

3. Taman Rama-Rama di Teluk Bahang

Terdapat 50 spesis rama-rama di sini.

4. Fort Cornwallis

Kubu yang dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada 1786.

Tips-Tips untuk penempahan tiket penerbangan.

1. Tempah ketika ada tawaran tambang murah.
2. Tempah ketika ada expo pelancongan seperti Matta Fair.
3. Tahukah anda penerbangan pada hari biasa lagi murah daripada hujung minggu?
4. Ketika penerbangan melancarkan laluan baru. Haaa masa tu lah kita boleh melancong tambang murah.
5. Ketika berlaku insiden seperti penyakit yang tular seperti selsema burung atau ketika penumpang sudah hilang kepercayaan terhadap satu jenama syarikat penerbangan disebabkan nahas udara. 
6. Tiket mahal ketika musim perayaan atau peak period seperti cuti sekolah dan sebagainya.
7. Gunakan enjin pencarian penerbangan seperti di Traveloka. Jangan lupa Make 11.11 Fly!
8. Anjakkan tarikh penerbangan jika tarikh yang dipilih pada mulanya mahal. Mungkin tarikh hari selepasnya lebih murah berbanding tarikh yang sebelumnya.
9. Boleh subscribe dengan Traveloka untuk mendapatkan 'alert' promosi menarik.
10. Plan awal.
 
Ni saya nak bagi idea untuk anda semua jikalau nak melancong ke Bali, Indonesia.
 
Ok jom kita tengok tempat-tempat kami singgah sebelum sampai ke Kintamani, Bali.

1. Batu Bulan tempat pembuatan perak dan emas
 


Pekerja sedang memasukkan batu permata.
 
 
Kawasan kilang ni nampak macam tradisional sangat. 

 
2. Sari Amerta tempat pembuatan batik.


3. Mammoth Art Gallery



Banyak la ukiran kayu kat sini. 
 



Topeng Barong yang berjanggut ni memberi maksud kuasa yang baik. Sebelahnya tu kuasa yang jahat. 


Pencinta cat ni dengan ukiran cat. 


4. Galeri Lukisan

 

Macam icing kek. Hakikatnya sebuah lukisan. 


5. Tegalalang - kawasan padi bertingkat.

 
Banyak je cafe atas bukit menghala ke Tegalalang ni. 


Deretan kedai kat sini. Saya beli key chain Dania ajer dan 3 set fridge magnet. 
 

 6. Laksmi Agrotourism


Musang ni tengah berehat dalam rumah ni. 


Lebah pun ada kat Laksmi ni. 
 

Kopi sedang dijemur. 
 

Staff Laksmi tengah bagi penerangan.


100g kopi sedang digoreng. 


Penumbuk kopi profesional sedang beraksi ni...


Kopi akan ditumbuk dan ditapis. 


Deretan kopi dan teh. 

 
Jom kita rasa kopi dan teh. Ni kira tester ni. Kalau nak rasa semua ni pun boleh.

 
Yang mana yang best ni? 


Daun-daun herba juga ditanam di sini. 
 

 7. Kintamani


Keychain dan bracelet ala ala Pandora yang saya beli masa kena serbu kat Kintamani. Keychain ni Rupiah 100,000 dapat 10 set. Gelang tu ada 5 jadinya Rupiah 50,000. Kalau Rupiah 100,000 = RM30++. 

Kalau tak berminat nak beli jangan beli kerana once kita membeli dari seorang penjual, datang lagi geng2 dia jual benda lain.


8. Masjid di Bali
 
Ada beberapa masjid kat Bali ni jadi jangan risau ye. Cuma agama rasmi kat Bali ni agama Hindu. Mungkin 3 % ajer beragama Islam. 


9. Kuta

Kami nak pergi daerah Kuta pula. Ni kawasan peringatan tragedi bom yang berlaku di Bali. Di kawasan inilah ramai orang yang terbunuh. Ada 3 orang rakyat Malaysia yang terbunuh di sini. 


Ni Jamie Oliver punya Italian Restaurant ke ni?. Bila google memang Jamie Oliver punya. Terletak sebelah Hotel Hard Rock je ni.


Banyak lagi tempat menarik kat Bali tapi ni sebahagian ajer.

Kalau nak ke Phuket....jom jom tengok tambangnya....
Kalau tengok tambangnya wow menarik juga ni. Kat web mana?. Tentulah Traveloka.



Pernah juga sekali hubby bagitau kawannya pernah pergi melancong kat Thailand dan lawat rumah
Hobbit dekat Thailand. Jadi tak payah le kita nak pergi jauh-jauh kat New Zealand nun kalau Thailand pun dah ada rumah Hobbit.

Kat dalam Traveloka ada Hobbit Resort ni. Maybe next destination boleh consider Baan Suan Noi Resort ni. Nak tunggu promosi ke Thailand, ayuh serbu Traveloka Make 11.11 Fly!


Jom tengok apa yang menarik di Hobbit Resort ni..
 
Photo taken from google
 
Selebihnya boleh click sini
 
So macamana menarik tak?...Ni pulak kalau nak melancong ke Korea. Mana tau nak feeling macam dalam citer Winter Sonata.
 
 
Promosi bersama Korean Air dan Malaysia Airlines pun ada. Pendek kata semuanya tawaran yang
Kababoom....
 
 
Traveloka.....
 
Satu aplikasi untuk hotel dan penerbangan. Haaa jangan lupa ye

 
Jom serbu Make 11.11 Fly!