Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, May 31

Review Movie The Experts

Movie ni keluar di pawagam pada 23 Mei 2024. Pada 24 Mei 2024.....saya dan Dania berpeluang untuk menonton filem ni. Sementara Dania free ni boleh la. Kalau hari jumaat ni Dania ada kelas pagi je jadi petang tu boleh la menonton. Siap makan tengahari dulu kat rumah barulah ke IOI City Mall. 


Kami duduk 2nd last. Saya suka pilih seat hujung. 


Masa ni sebelah Dania tu kosong. Bila iklan dah start, sebelah Dania duduk tu ada lelaki pulak duduk jadi jacket denim yang saya bawa tu saya suruh Dania tutup sebahagian tangan yang berdekatan dengan lelaki tu. To be safe. 


The Experts ini diterajui oleh :

Aaron Aziz (Along)
Ray Era FM (Angah)
Remy Ishak (Amir)
Shafiq Kyle (Keyrol)
Mimi Lana (Ema)
Hasnul Rahmat (Johar)
Tony Eusoff (Bashir Rahman)
Douglas Lim (Ah Teck)
Wan Hanafi Su (Jaafar)
Maya Karin (Miranda Rahman)

Credit : Google

Kisah ini berkenaan adik beradik yang melakukan rompakan jongkong emas. Ada babak Syafiq Kyle ditangkap dan dipenjarakan. Along lakonan Dato Aaron Aziz yang akan mengetuai plan rompakan ini. Lain daripada yang lainnya ialah rompakan keluarga mereka ini tidak menggunakan senjata tapi ada adegan beradu tenaga (tumbuk menumbuk tu ada la). Syafiq Kyle dan Mimi Lana pula pasangan kembar dalam adik beradik ni. Patut la macam ngam je dalam filem ni selain dari kisah cinta mereka di luar filem la....ehem....Gangster yang lain tu menggunakan senjata api la. 

Kemudian selepas itu, mereka dah tak buat dah rompakan sehinggalah dapat ugutan dari gangster paling merbahaya untuk mencuri sebentuk cincin yang akan digunakan untuk menabalkan seorang gangster sebagai ketua gangster iaitu Bashir Rahman (Tony Eusoff). Ada la nanti plot twist pulak diantara gang2 gangster ni. Nak tau apa....kena la tonton ya. 

Bagi saya dalam filem ni diselitkan elemen kelakar dalam rompakan adik beradik ni. Not bad juga lakonan Ray Era FM ni. Bersahaja juga. Ray dalam filem ni ditugaskan untuk kawal perjalanan rompakan dan bab2 komputer dan programming ni bagi kat dialah. Ada juga adegan Remy Ishak menari tarian tango dengan Maya Karin. 

Apa yang saya boleh simpulkan menarik juga la untuk menonton filem ini cumanya bab rompakan keluarga ni bukanlah untuk dinormalisasikan. Sekadar hiburan dalam filem ajer. Saya beri 3/5 bintang untuk filem ini. 

Anda dah menonton ke? 





XOXO,
Ezna

Picking while cycling

Hari ahad minggu sebelumnya Dania ada aktiviti sukarelawan di kandang kuda. Kali ni hari ahad juga Dania ada aktiviti Picking While Cycling. Salah satu yang sponsor ialah Unicef. Mulanya Dania kena bayar RM2 kalau ada basikal dan RM12 kalau tak ada basikal. Basikal kena sewa kat UPM ni. Akhirnya wang dikembalikan kerana ada penaja. Aktiviti kali ni ialah mengutip sampah sambil mengayuh basikal kat UPM ni. Laluannya dalam 5km lebih kurang. 


Pergi 2 kereta ke sini. Kereta SUV kami yang masukkan basikal lipat Dania ni. Siap dengan topi basikal lagi. Lepas tu hubby balik sebab ada hal dan saya menunggulah Dania di sini kejap. 


Basikal dah tunggu tuannya untuk dibawa keliling UPM ni. Ada plastik kuning disediakan penganjur untuk meletakkan sampah dijumpai sepanjang berkayuh nanti. 


Ada beberapa kali aktiviti dengan kawan sebilik, Durrah ni tak dapat join. Budak ni sungguh la aktifnya. District 21 pun tak join sebab hiking dengan kawan katanya tapi dengan saya banyak kali jugak berjumpa dengannya. Kat Fakulti ada sekali tu Durrah temankan saya dan ajak berborak sebab Dania tak habis kelas lagi. Errr beli kangkung dengan Durrah dan aktiviti membersihkan kandang kuda baru-baru ni pun dengan kelas Durrah.  

Mereka kena aktif bagi memastikan dapat duduk kolej. Macam Dania duduk kat rumah jadi takdelah nak mengejar banyak aktiviti tapi join setakat yang termampu tu adalah. 


Aktiviti pagi dimulai dengan bersenam. Kena bersenam dulu sebelum mengayuh. 




Kali ni ambik gambar anak sendiri. Hehe...



Ada beberapa gerakan senaman sebelum peserta dilepaskan. 


Dania siap nak pakai topi basikal untuk keselamatan. Plastik nanti digantung di basikal. 


Peserta dilepaskan. Nampak macam semua perempuan. 


Masa ni saya siap parking dalam kolej Tan Sri Aishah Ghani. Kolej masa Dania asasi. Masa nak datang sini pun ternampak Dania naik bukit tapi sebab bukit...Dania sorong la basikal tu. Nak ambik gambar....saya tengah bawa kereta. 


Ok...Dania dah tiba....sempat pulak tu Dania cakap dah agak ummi ikut. 😅. Ikut sampai sini je pun sebab ini juga laluan saya ke rumah. 


Bila Dania dah pergi.....saya pun ke kereta nak gerak balik....Ambik la gambar signboard ni. Dulu masa Dania duduk kolej ni takde lagi signboard ni. Ternampak perkataan Blok F 'Uranus'. Asrama Dania dulu kat Tingkat 4. Asramanya 5 Tingkat.


Blok asrama Dania dulu kena masuk ke dalam lagi. Blok F yang tandasnya dah siap renovate cantik. Lain-lain samada belum siap renovate atau tengah renovate. Dania kata luas tandasnya. Bilik pun luas boleh muat 6 orang. Almari dan meja study besar. Hmmmm semua pengalaman yang best2 la. Bila Dania punya kursus kena menginap di Serumpun. Hmmmm takpelah duduk rumah je la Dania sebab ummi tak berkenan bilik kat situ. Sebelum ni yang Dania duduk Kolej Canselor tu untuk kursus lamanya. Kalau Dania duduk KC tu pun nak ke tempat tunggu bas untuk ke Fakulti Pertanian agak jauh juga jadi itulah sebabnya Dania stay dekat rumah ajer la. Ada seorang kawan Dania pun ulang alik ke rumah di Presint 14, Putrajaya. Asrama tu macam bagi ada je la. Tapi bagi saya....kalau tak duduk asrama tak payah la duduk terus sebabnya asrama tu pun nak kena bayar jugak. 

Memang jimat sungguh Dania duduk rumah sebab saya beri Dania duit poket RM150/sebulan. Makan semua memang kat rumah je. Duit tu buat Dania nak beli apa2 selain daripada makanan berat la. Tiap bulan selalunya ada baki lagi. Memang saya akan check penggunaan duit Dania tiap bulan melalui website perbankan tu. Bayangkan kalau nasi bajet tu berharga RM8. Makan 2 kali sehari lebih kurang RM16 sehari x 1 bulan = RM480 (Ini kalau makan nasi bajet....kalau makan yang lain mungkin lebih lagi) Belum kira kalau naik Grab ke, nak beli barangan keperluan ke..., lain2.....Kalau buku pelajaran pula selalunya memang tak ada kat UPM ni. Paperless jadi semua lecture notes kat website Putra Blast je. Saya tak sure Uni yang lain macam mana....kena beli buku ke?...Belum lagi campur yuran Universiti ya. Kalau kat UPM ni memang yurannya ribu....IPTA yang lain pun lebih kurang sama juga. 


Jadi....mak ayah kena bersedia juga duit untuk anak-anak nak sambung belajar ni....saya...Dania seorang ajer....kalau la ada 2-3 orang lagi? Biasiswa pula sekarang ni agak kompetitif dan agak sukar juga nak dapat sebab ramai yang apply. Nak apply pinjaman PTPTN?. Pinjaman pendidikan dari bank?...

Moga kita semua dimurahkan rezeki ya.....

Oh ya masa ambik Dania....Dania cerita terjatuh basikal masa kat Bukit Expo. Sebabnya Dania cerita nak terlanggar tebing jadi Dania nak elak lepas tu terus brek mengejut..... Dania terjatuh dan kaki pun merah....malamnya memang lebam la....nasib baik la tak serius. Lepas tu masa berkumpul balik tu.....nama Dania naik paling last untuk cabutan bertuah. Dapat la beg panda comel ni.....

Dania kata boleh la bawak pergi final exam nanti. 😃






XOXO,
Ezna





Thursday, May 30

Test dan kangkung fresh

Test di UPM ni kadang-kadang dibuat waktu malam. Pernah masa Sem 1 ada test juga waktu malam untuk Food Science dan Kenegaraan / falsafah. Kali ni Test 2 subjek Penghayatan Etika dan Peradaban yang diambil oleh pelajar Malaysia. Kalau pelajar luar negara ambil subjek wajib yang lain. 

Test kali ini diadakan di Dewan Besar jadi Dania seronok la sebab kebarangkalian jumpa kawan-kawan dari fakulti lain tu ada. Sekejap je pun Test 2 ni dalam 45 minit ajer. 


Kalau ada anak-anak di UPM ni boleh la merasa sayur-sayuran segar. Masa ni pelajar dari Bacelor Sains Haiwan kena menanam kangkung dan kena menjual tanaman yang ditanam tu. Bila Dania cerita kelas kawan dia ada jual kangkung, saya pun nak membelilah. 300g berharga RM3.50 / RM4.00. Rasanya harga ni mengikut kumpulan yang menjual. Dania dah deal dengan kawan dia Durrah. 

Macam setiap course akan ada subjek untuk menjual / keusahawanan walaupun takde la related dengan kursus yang diambil. Course Veterinar pun ada satu subjek yang mereka kena kumpul dana untuk kasi kucing. 

Tengok la muka kawan Dania ni.....Hehehe...


Saya pula terdeal dengan kawan Durrah nama Farhana ni. Harga kangkung dia 50 sen mahal sikit dari kangkung yang Durrah jual. Saya cakap dengan Dania since saya dah deal dengan Farhana juga saya belilah 1 kangkung dengan Farhana jugak. 


Lepas pick up Dania dari kelas, kami menuju ke Ladang 10 tempat mereka menanam kangkung tu. Kiranya memang kangkung ni dituai hari yang kami pergi tu. Mereka tuai, basuh dan siap packed. Lepas mereka dah selesai....kat sini juga saya membelinya. Kangkung yang mereka tanam ni fresh sebab dituai waktu pagi dan tanpa racun perosak. 

Akhirnya 2 packed beli dari Durrah dan 1 packed dari Farhana. Tak sampai hati kalau tak beli. 😅. Sebenarnya Dania ingatkan satu kelas yang menjual sekali rupa-rupanya ada kumpulan jugak. Dania nak support la kawan sebilik asasi dia dulu. 

Terus la kami ni first customer mereka. Hehe. 


Kangkung....kangkung.....


 Balik-balik terus jadi lauk kangkung ni....


Makan dengan ayam Gochujang. 


Dapat la merasa kangkung fresh. Alhamdulilah. 






XOXO,
Ezna



Hari Wesak bersama teman di District 21

Masa saya berMe Time di IOI City Mall, Dania sibuk bermain lasak di District 21. Dah siap pakat-pakat bayar kat seorang ni. Dia yang handle bab tiket masuk. Ni gambar dari kamera Dania atau kawan dia la. 


Ada permainan kalau nak main kena pakai topi ni untuk langkah keselamatan. Ni mungkin main Free Fall sebab paling rendah Hana ni tak cukup ketinggian nak main roller glider. Keduanya kena pakai topi. 


Ni agaknya guna phone yang paling depan ni....phone Wafa. 


Seronok pulak nampak persahabatan mereka ni. Walau masing-masing dah ambil kursus yang berlainan masih tetap la keluar bersama.


Lagi gambar....berpeluh nampak muka ni.....



Video Dania naik roller glider. Baru mula dah menjerit dah. Laju nampaknya tu. 


Setiap seorang saya bagi hadiah ni. Compact powder. Dua kawan yang tak datang tu Durrah tu Dania pass kat fakulti dan seorang lagi Ayuni Dania letak atas meja sebab sebilik dengan Hana. Sebelum tu saya balut dulu la. Saje saje nak bagi seronok je kawan-kawan Dania ni. Cantik packaging compact powder ni. Patut la saya perasan nama Zawara ni. Kalau dulu memang ada butik jual pakaian dan coffee tapi dah tutup. Kali ni mereka jual barangan kosmetik pulak. 
 


Masa ambil kemain banyak ceritanya ya....cakap penat la sebab main-main dalam tu. Menjerit la....Hehehe.....lepas tu esoknya mereka nak pergi kelas pulak. Hari ni pun Dania cerita tangan dah sakit-sakit. 😅. 3 jam tu mereka menghabiskan masa kat District 21 tu. Ni citer masa cuti Wesak 23 Mei 2024. 





XOXO,
Ezna

Wednesday, May 29

Hantar anak-anak balik asrama

Dah pesan dekat Dania kalau balik tak payah naik Grab. Ummi hantar semua balik asrama. Mereka pun suka sebab boleh la save duit kan. Harga ke IOI City Mall ni naik Grab katanya mahal jugak. Ya la student ni selalunya akan berkira-kira jugak la kan kewangan ni. Bukan boleh bersukaria selalu. Dalam jam 6 petang dapat la call dari Dania. 

Belakang dari kiri Corina, Wafa dan Hana. Dania pulak muka pasrah je tu. Haha....penat sebenarnya tu. 


Dalam kereta ni mereka siap berborak dengan saya. Dah biasa. Wafa yang tengah tu dah bagitau saya....aunty.....nanti kami plan nak staycation kat Kajang. Haaa tudiaa......belum apa-apa.....maybe nak staycation masa cuti study week tu sebab bila lepas final tu nak tunggu semuanya habis lambat. Jadinya saya kata oklah tengok macam mana. Kalau dekat-dekat saya ok je. Bila check tempat yang mereka nak staycation tu.....siap ada kolam renang dan Barbeque. Boleh je saya provide kan makanan perap tu ayam ke, kambing ke.....mereka bakar makan ramai2. Boleh juga saya masakkan makaroni goreng atau nasi goreng sebagai tambahan. 

Corina tu rumah kat Miri, Sarawak, Wafa kat Kota Kinabalu, Sabah dan Hana tu kat Kuching, Sarawak. Lagi 2 orang Ayuni rumahnya kat Labuan, Sabah dan Durrah kat Kelana Jaya. Haa ni lah kawan sebilik dulu masa Asasi. Dah kenal mereka ni macam mana....jenis scorer je semua....Dania kata terikut-ikut dengan mereka ni duduk ajer kat meja study tu. 


Bila anak dah peringkat Universiti ni kena jadi kawan sebab apa-apa hal nanti dia rujuk kat kita. Dan....kita kena kenal kawan-kawan anak kalau boleh. Kalau kawan yang membawa mereka ke arah kebaikan ok lah tapi takut dapat kawan yang sebaliknya. 

Jadi, moral of the story ibu ayah.....kena kenal kawan-kawan anak......nak mengelakkan dari anak kenal kawan-kawan yang membawa kepada perkara yang tak baik. 





XOXO,
Ezna

Berdua menikmati makan tengahari

Bila Dania takde keluar dengan kawan-kawan...saya berdua je la dengan hubby. Makan pun agak lewat jugak dalam 3 lebih camtu. 

Kami makan ni kat Umai dalam UPM tu. Dekat sikit. Ni hubby order nasi bajet. Dalam ni ada telur goreng, daun salad, timun, sambal dan kari ayam. Nasi pula portion dia banyak. Harganya RM8. 


Isi ayam adalah sebesar ini. Bagi saya ok jugak la dengan bajet ni. Hubby kata kenyang makan nasi bajet ni. 


Selalu Dania akan order nasi goreng pattaya kalau makan kat Umai. Teringat kat Dania agaknya saya order nasi goreng pattaya ni. 😁


Masa ni lengang jugak la kat sini. Tengah makan ternampak junior Dania masa kat SMK Jalan Empat. Afiq tu angkat tangan. Hehe.....kat SMK Jalan Empat pun aunty Ezna rajin menolong kat sekolah....kat UPM ni pun ada....😅. Kat UPM ni Afiq ambik Asasi Sains (Nama dulu Asasi Sains Pertanian. Maybe sebab orang confuse boleh ambik Pertanian je ke?...so nama ditukar). macam Dania dulu. Julai ni selesailah Afiq....insya allah bulan Oktober ni sambung degree pulak. Kejap je masa berlalu. 

Kita ambik gambar dululah abang....


Ada juga cekodok pisang. 


Dan cucur ni. Boleh cicah cili atau kuah kacang. 


Akhirnya cekodok dan cucur ni tapau je sebahagiannya sebab banyak la pula.....balik nanti Dania boleh makan. 





XOXO,
Ezna

Tuesday, May 28

Me Time di IOI City Mall

Pada cuti hari Wesak baru-baru ini, sebelum saya me time di IOI City Mall, kita makan berdua dulu. Ayah Dania tak join sebab pergi Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Maeps, Serdang. Kalau Auto Show tu saya tak berminat la ya. Hehe. Kenapa saya cakap nak me time? Sebabnya kejap lagi nak hantar Dania jumpa kawan2 dia kat Kolej 10, UPM dan lepas tu nak makan2 dulu situ sebelum ke IOI City Mall. Derang nak gi main kat District 21. 

Singgah la kami makan kat Line Clear, Putrajaya ni haa....


Ok ke tak tu nak main lasak kat District 21 tu?. 


Makan roti bakar je dengan air teh o suam. 


Selepas makan, pick up seorang kawan Dania bernama Corina kat Kolej Serumpun, UPM sebelum hantar ke K10 ni. Lepas tu saya terus menuju ke IOI City Mall. Mereka naik Grab nanti ke IOI City Mall. Katanya nak makan berat dulu kat cafe K10 ni. Murah la sikit sebab nak masuk District 21 tu pun bayar mahal jugak dalam RM70/pax. 


Bila tiba IOI City Mall, saya ada singgah kedai jam ni sebab nak tukar bateri jam saya. Dah mati dah jam saya. Mulanya saya mencari jugak kedai jam Fossil. Ingat nak tukar je bateri jam kat situ sebab jenama jam saya ni Fossil. Tak jumpa pula kedainya. Mungkin saya tak perasan atau dah tutup. 


Lepas tu lajak ke MyNews nak top up touch and go. Kang tak keluar IOI City Mall ni sebab baki tak mencukupi. 


Lajak lagi ke depan untuk ke Sports Direct. Sementara nak menunggu jam siap kan. 


Cantik pulak warna kasut ni. Harga pun ok jugak la. 


Jenama yang sama tapi harganya mahal sikit. 


Warna ni pun alahai manisnya. Kat Sports Direct ni setakat cuci mata je. 


Pick up jam saya dulu sebelum nak berjalan lagi. Dah jam 1.30 petang dah. Alhamdulilah dah bergerak dah jam ni. Tukar bateri jam ni kena RM25. 


Lepas tu pergi ke Max Fashion pulak. Terpegang pulak seluar cargo ni. Teringat kat Dania memang suka pakai cargo pants ni. Seluar dia besar bukan macam ikut kaki tu jadi akhirnya saya belikan. 


Ternampak baju mandi muslimah ni. Kalau tengok yang pink tu ada sepasang baju dan seluar. 


Seluarnya attached dengan skirt macam ni. 


Jenama Max Fashion ni dari Emiriah Arab Bersatu. 


Tak jauh dari Max Fashion saya masuk Uniqlo pulak. Saya takde la pulak call Dania tanya dah tiba IOI City Mall ke belum. Biarlah dia nak berseronok dengan kawan-kawan jadi saya tak nak kacau. 
 

Seronok juga menghabiskan masa dengan diri sendiri ni sesekali. Kemudian jalan lagi saje-saje masuk Habib ni. Selalu kalau lalu sabtu atau ahad kat Habib ni memang ramai orang. 


Mula-mula tanya je harga berapa. Takde niat pun nak beli. Ni kat bahagian subang. Cantik cantik semuanya. 


Macam-macam jenis subang ada. Ada yang jenis bulat katup, ada yang kena skru dekat belakang, tergantung pun ada....


Akhirnya dalam pada datang nak tengok-tengok ajer jadi ambik yang ini. Saya tukarkan subang saya yang lama. Kecik ajer subang ni. Dalam gambar nampak besar pulak. Saya pilih bentuk hati dan ada corak sarang lebah. Sedia ada subang katup. Pasangannya yang ini. Setiap telinga kena pakai 2 set sebab saya tindik 2 lubang satu telinga.....hmmm takde kerja cari kerja jadi kena ada 2 pasang subang. Takmo tindik lagi sebab 1 lubang yang saya tindik masa dah dewasa ni agak lama jugak nak sembuhnya. Lubang yang dah lama sebelum ni tindik masa saya sekolah rendah. Moral of the story lagi muda you tindik lagi cepat sembuh telinganya.....


Lepas tu tengok jam dah pukul 3 petang. Eh cepatnya masa berlalu jadi saya pun bertolak balik. Masa kat traffic light terkejut saya bila ada satu motor ni betul-betul sebelah kereta saya. Saya tak perasan lagi sebab saya kata dalam hati eh dah kenapa tak muat nak lalu ke sampai kena park sebelah tingkap kereta....sekali laaaaaa hubby sendiri daaa.....dia gi Malaysia Autoshow 2024 naik motor lama. Motor lama yang orang surau cakap bunyi enjin macam motoboat tu....😅. Kuat bunyi enjinnya tu. Bukan jenis motor kapcai sekarang ni. Tu yang latest. Ingatkan naik motor berkuasa tinggi dengan kawan-kawan. Rupanya kawan-kawan pun bawak motor biasa juga sebab kat dalam Autoshow tu katanya jam sangat. Kalau naik motosikal berkuasa tinggi agak berat nak menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan yang banyak itu. Hmmmm apa-apa je la asalkan bahagia.....kami menuju balik ke rumah pun dalam masa yang kebetulan sama.

Rupanya masing-masing tak makan tengahari lagi jadi.....balik rumah....selesaikan apa yang patut kemudian kami keluar makan....kat mana?.....post lepas ni la.....





XOXO,
Ezna