Isnin, Julai 29

Breakfast di kampung dan makan durian di dusun

Hari ni kami nak jalan jalan cari makan ke negeri Melaka. Sebelum tu kena breakfast la dulu. Breakfast di mana?.

Kami breakfast di Warung Kendi di Sepang. Tiba dalam 9 lebih sebelum jam 10 pagi dan dapat makan semua setelah 45 minit dan habiskan masa kat sini dalam 1 jam la. 


Lama nak menunggu makanan tiba sebab ada bahan masakan yang habis 😅. Kalau nak rushing kena cari makan kat kedai lain la nampaknya. 


Kami baru memasuki sempadan Negeri Sembilan. 


Smart lane activated la ni. Jumaat - Ahad sahaja ya. 


Kami dah tiba kat destinasi pertama ni iaitu Dusun Tok Wa yang terletak di Bemban, Melaka. 


Mula-mula pilih durian jenis apa yang kita nak. 


Akhirnya beli 2 biji durian je sebab Dania tak makan durian. 


Isi durian udang merah. 


Isi durian D88. 


Kami duduk kat meja di bawah pokok durian. Pokok ni tak ada durian. Kalau ada buahnya tak duduk la sini. 


Hubby beli rambutan sebagai ganti untuk Dania yang tak makan durian. 


Manggis pun beli sebab nak sejukkan badan. 


Redup juga la duduk bawah pokok ni. 


Isi buah manggis yang masam-masam ni. 


Memang rasa seronok dapat makan durian dan buah-buahan lain kat dusun ni. Feel dia lain tau. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa lagi tu. Suasana yang penuh dengan kehijauan ni. Seronok pulak kalau ada dusun sendiri ya. 


Ada lagi tempat duduk disediakan kalau melangkah parit ni. 


Kalau nak kan suasana makan dalam dusun buah-buahan boleh la ke :

Dusun Tok Wa
77200 Bemban,
Melaka

Boleh waze je sampai la ke sini. 





XOXO,
Ezna



 





27 ulasan:

  1. Wahhh bestnya tu dapat feel makan buah kat dusun sendiri kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok kalau ada dusun sendiri....takpelah kita tumpang dusun sini yang cantik....

      Padam
  2. Kalau tersesat di sini, akan singgah. He he he

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Seronok......makan dalam dusun ni feel dia lain....

      Padam
  4. Ala, tak ajak ahahaha...
    Puashati tu jauh² ke Melaka dapat makan durian, rambutan , manggis semua sekali 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe....datang Melaka nanti singgah la makan kat Dusun Tok Wa ni....

      Padam
  5. Wah, bestnya. Nanti nak ajak asben ke sini la, makan durian dekat dusun org 😄

    BalasPadam
  6. bestnya mkn buah2an dlm dusun!! i balik kg sempat lah mkn durian manggis dan rambutan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best la you kawasan luas tu boleh tanam macam-macam pokok.

      Padam
  7. wah layannn makan durian kat dusun...mmg feeling kat kampung...

    BalasPadam
  8. waahhh bestnyaaaa! Ana pon dah lama teringin nak rasa feel mkn durian kat dusun mcm ni! bookmark dulu! hehehe

    Dania sama mcm Bong, tak makan durian jugak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Bong pun tak makan ya...Dania ni suruh rasa sikit pun tak nak....

      Padam
  9. Cantik isi durian udang merah dan D88. Di mana ada durian, di situlah ada manggis. Mereka punya musim kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la kalau ada durian mesti ada manggis kan.....

      Padam
  10. Seronoknya makan kat dusun.
    Durian tu pun menggoda aihh.. kalau tengok video Malacca Durian Heng mesti dia cakap durian kedut pokok tua isi sedap 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke?....durian udang merah ni isi dia berkedut sikit.

      Padam
  11. Macam menarik nak makan durian di sini.. suasana di dalam kebun gitu :D

    BalasPadam
  12. Tak pernH lagi sampai dekat dusun nie.. Kena cuba lah..

    Smart lane tu, suami linda tak suka guna.. Sebab lorong dia kecik sikit, lepas tu kena berjaga2 dengan kehadiran moto pulak

    BalasPadam
  13. Aissssh nak juga makan durian di sanaaaa😍😍😍😍. Saya kalo durian dan manggis memang sukaa. tp rambutan tak akan sentuh 🤣🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...