Hari ni saje nak survey laluan ke satu tempat ni....pagi lagi kami bertolak dan singgah breakfast di R&R Sg Buloh arah utara. Masih ada parking lagi kat R&R ni takde la macam musim perayaan tu. Nak cari parking pun payah.
Ada mesin gedegang Siti Khadijah la. Siap ada jual telekung lagi. First time saya jumpa mesin telekung.
Dania kat gambar ni macam budak2 pulak....marah dia kalau panggil budak...
Saya nak makan ni. Pernah beli masa kat Taiping. Rupanya memang berasal dari Taiping pun brand ni.
Roti yang dikukus ni lembut. Dalamnya berinti kaya. Boleh pilih la nak inti apa.
Dania dan hubby makan nasi lemak. Takde pulak gambar nasi lemaknya. Lepas breakfast kami meneruskan perjalanan berpandukan Maps. Maps membawa kami ke laluan kelapa sawit ni. Memang lengang la.
Salah satu laluan ada signboard tapir melintas. Tapir dan Tenuk ni sama ke haiwannya?
Ok dah tiba dah rumah kawan saya ni. Saje meninjau kawasan. Kawan saya ni namanya Rohaida tapi dari UITM Dungun lagi saya memanggilnya dengan nama Roy. Dania ingat lelaki....
Lepas rumah Roy, kami singgah ke Petron pula untuk toilet break. Apa pula yang dijual di luar Petron ni? Ada gerai beratap daun nipah ke ni...
Ada dijual terung la.
Ni pula terung kecil gred B.
Ada dalam 10 biji terung dalam plastik ni. Saya ambil satu plastik.
Lepas tu nak singgah Faridah Mentarang tapi tutup la pulak. Kat Faridah ni kari mentarang dia sedap....
Akhirnya singgah kat warung ni...kena order nak makan apa kat depan ni baru dia assign tempat duduk.
Kami singgah kat sini nak makan mentarang.
AZR Kitchen
Lot 8659C, Jalan Parit 8, Kg. Sg Leman,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
Order kami pun tiba setelah lama menunggu.
Mentarang masak lemak cili api. Tak banyak choice pula masakan mentarang ni...masak kari tak ada.
Saya teringin nak makan ni....belangkas masak cili. Order la seekor.
Telur dadar ni la pembuka selera.
Ini pula telur dalam belangkas tu. Keseluruhan makan kat sini ok je la. Masakan dia bagi saya ok sahaja selain nak tunggu order tiba pun agak lama juga. Order yang rasa tak nak repeat dah ialah belangkas ni. isi dia sikit je....saya rasa telur dia je la yang boleh makan....harganya seekor siap masak RM40. 😅
Kemudian kami lalu atas batas. Orang utara kata batas ban. Laluan di atas sawah padi.
Tiba dah kat kapal terbang ni.
Kawasannya berpagar la pulak. Memang tak boleh pergi dekat ke ya?.
Lepas tu lalu kawasan padi yang ditanam di dalam tray macam kelas Dania tanam tu. Dania kata penanaman padi cara ni ialah cara moden.
Siap ada mesin padi ni lagi menyusun padi di dalam tray dan diletak ke sawah. Penanaman padi cara moden ni lebih cepat dapat hasil tapi kosnya selalunya tinggi sebab kena guna la mesin berteknologi tinggi juga. Masih ramai yang masih menanam cara tradisional.
Dalam perjalanan hujan pun turun. Ni kawasan penanaman jagung pula. Errr Dania kenal tak pokok ni?. Dari jauh dah cakap jagung...
Masa ni kami dalam perjalanan nak ke satu tempat ni. Katamya trip survey dan jalan-jalan cari makan.
Dah jumpa rumah kayu ni. Sekali tengok macam rumah Opah saya kat Ipoh ni.
Rumah Kopi Kerja.
Bergambar di atas tangga ala ala perempuan melayu terakhir ya...
Boleh juga kalau nak duduk bawah rumah ni. Kat sini kena duduk bersimpuh la ya. Jaga-jaga takut terhantuk.
"Minumlah kopi untuk menambah lagi kepahitan hidup"....Rumah kopi kerja Sekinchan ni mengadap sawah padi yang tak menjadi.
Kopi diletak di dalam bekas tahan panas ni.
Saya order kopi butter. Dengar macam pelik kan? Tapi rasanya ok jugak dengan tekak saya cuma warnanya ajer macam ala ala air kunyit. 😅. Rasanya macam ala ala kopi ratu (Keluaran ibu kepada Aliff Syukri) campur dengan butter dan rasanya lemak, ada masin sikit mungkin dari butter ni tapi tak kuat la rasa masin tu dan pahit sedikit. Kiranya saya dah tambah kepahitan dalam hidup la kan?
Ok lah juga rasanya....Saya boleh telan sampai habis.
Order juga keropok lekor. Nak mengunyah ajer ni. Ikutkan kenyang je makan tadi...
Kami....angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan masa ni hujan renyai-renyai.
Rumah Kopi Kerja Sekinchan beralamat di :
Ban 1, Jalan Parit 7, Sg Leman,
45400 Sekinchan
Selangor Darul Ehsan.
Lepas tu dalam perjalanan tu singgah beli jagung untuk diri sendiri dan nak bagi Dania dan kawan-kawan juga untuk kawan saya.
Singgah dulu solat kat masjid ni. Tak ingat dah masjid apa....
Selesa jugak la dalam masjid ni.
Perjalanan balik pun bermula selepas solat. Kereta agak banyak juga.
Nak sambung lagi trip ni tapi panjang pulak nanti. Lepas ni la sambungannya...
XOXO,
Ezna
area sana memang seronok jalan2, damai je suasana. Dulu tak banyak kedai, sekarang dah banyak pilihan. Saya pun pernah makan belangkas, end taste dia pelik hhaha
BalasPadamOoo.masa awal thn pi tgk kapar terbang tu mcm xdr lagi pagarnyaa.... kopi kerja ni belah mana eh? Next time bole cuba jugak ni..
BalasPadampatut lah tengok stesen petron tu macam kenal je...memang laluan linda lah kalau balik kampung tu, dari selayang - sabak bernam...tapi, kita tak lalu lah jalan dalam macam kak ezna...hihihi
BalasPadamJauhnya perjalanan, Sy pun tumpang penat ahahaha 😁
BalasPadamSy pernah makan di Mentarang Faridah tu, longgggg time ago. Makan Mentarang bakar..
Belangkas tu isinya macam ketam ke Ezna? Sy belum ada keberanian nak try 😅
1st time tgk ada mesin telekung siti khadijah...roti junus tu sedap..bos pernh bli bw ke opis
BalasPadamwaahhhh jalan-jalan sekinchan! menarik sgguhlah lokasi2 kat sekinchan ni~
BalasPadamBest tu ronda2...err i tak reti la mkn mentarang dan belangkas tuuu..
BalasPadamCantiknya rumah kawan sis Ezna tu 😍 design mcm English cottage pun ada ye.
BalasPadamcomel dania ....
BalasPadamLM tak pernah ke sekinchan jalan jalan lagi.biasa lalu je,nak ke sana la nanti.lawa nya.
ooo mahal juga belangkas rupanya.telur dia mirip raasa telur ikan mayong tak?mentarang pun tak pernah rasa