Rabu, Julai 17

Apa yang dicari tak jumpa

Pergi la saya dan Dania ke Seri Serdang nak pergi kedai haiwan ni....Dania nak beli treats kucing. Kedai ni keciknya sebab kedai dia setengah pintu ajer. Sebelah dia kedai potong rambut. 



Tutup la pulak. Haishhh....yang ada cuma majikannya....staff tak ada 😅. Kemain lagi sihat dan tengah berehat ya....makanan kat sebelah tudiaaa penuh...


Masa nak ke kedai haiwan tu ternampak budak ni pegang sugar glider. Saya minta izin la nak pegang...eh bukan saya tapi Dania la. Relaks je budak ni letak kat bahu dia. Saya penggeli dan penakut...

Sugar glider nampak macam tupai tapi sebenarnya keluarga marsupial iaitu haiwan yang ada kantung kat badan dia. Digunakan untuk membesarkan anaknya di dalam kantung itu seperti kanggaru. 

Lain yang nak dibeli...lain pulak yang jumpa ya....takpelah....


Lepas tu kami ke Kolej Tan Sri Aishah Ghani (Kolej Dania masa asasi) untuk makan tengahari kat Umai @ UPM. Hubby datang kereta asing sebab nak isi minyak kereta lagi satu. Jumpa nanti kat sini la. 


Pokok kayu putih ni tingginya. Pokok kayu putih @ Eucalyptus yang boleh buat minyak kayu putih tu. 


Hubby order mee rebus. 


Cekodok pisang. Sedap sebab kurang tepung lebih pisang. 


Cucur yang ada kuah kacang dan sos cili. 


Jus buah saya ni penuhnya ais....


Nasi goreng cina. Sedap.....


Nasi goreng pataya ni Dania punya. 


Lepas tu balik la rumah. Nak pergi cari treats pun jadi terbantut dah...nantilah...😅





XOXO,
Ezna

 

15 ulasan:

  1. Ooo tak dptlah beli treats nya ya😂😂🥹🥹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni tak dapat Suzz....nak cari kedai lain pulak malas jadinya. Hehe

      Padam
  2. Kucing tu ada iras2 Kiera, kucing saya yg berbulu panjang kat rumah ni. Kalau dijaga elok dan dirawat penyakit kulitnya, mesti cantik bulunya sbb nampak mcm kucing bulu tebal ni.

    BalasPadam
  3. aummm kemainn gebuss majikan bersantai ye hehehe! ehh teringat citer kartun marsupailami dulu-dulu kat tv3 hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gebu....dah namanya majikan. Kerja tidur....bangun tidur makanan depan mata ya. Hehe

      Padam
  4. Lebih suka cucur udang yang berkuah kacang.Tapi susah sungguh nak jumpa yang memenuhi citarasa anak tekak ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cucur udang berkuah kacang ni selalu orang utara pandai makan. Saya pula suka cicah sos cili ajer.

      Padam
  5. Anak saudara ada pelihara sugar glider ni daripada kecil. Seronok tengok tapi saya pun tak pernah pegang...gelipun ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut nak pegang....sugar glider ni jenis terbang juga.....seram....

      Padam
  6. Adehh..Semua mknn nmpk sedap =D..Housemate mase dkt kolej dulu ade bela sugar glider ni...Tp x pernah teringin nk pegang sbb rase geli =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geli juga nak pegang tapi bila tengok mata dia yang bulat tu comel pulak.....tapi eiiii geliiii nak pegang.

      Padam
  7. kita cam tak jauh mana kot. LM area putra permai selepas dari pasar borong selangor tu. berdepan taman equine. nanti boleh la ngopi kalau jumpa

    BalasPadam
  8. Kerap makan di Umai ya... pasti sedap makanan di situ.

    BalasPadam
  9. Teman saya ada yg pelihara sugar glider. Saya suka lihatnya, tp kalo utk pelihara nanti dulu lah. Drpd kucing2 di rumah stress pula lihat ada hewan baru bisa terbang🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...