Khamis, Julai 11

Percutian tepi sawah padi | Rumah Embah Homestay

Saya survey sampai Sg Besar tu sebab nak tengok tempat Dania dan kawan-kawan nak bercuti sebelum memulakan Final Exam. Kenapa tak tunggu je lepas habis final baru pergi bercuti?. Sebenarnya ada seorang kawan Dania tu habis final exam pada 17 Julai 2024 jadi ibunya memang terus suruh balik Sabah je. Bila Dania dengan kawan-kawan dengan 6 kursus Ijazah yang berbeza jadi jadual final exam pun berbeza. Dania selesai pada 24 Julai 2024 dan ada kawan start exam pun 17 Julai 2024. 

Pagi yang indah...selepas breakfast dengan ummi dan ayah, hantar la Dania ke Kolej 10 ni. Saya cakap dengan Dania tak payah la naik atas sebab berat nak bawa beg dan semua barang la....



Tapau la kuih muih ni sikit untuk Dania dan kawan-kawan. Cekodok dan popia pedas.


Ini pula saya kirim kat kawan saya. Rumah Embah Homestay tempat Dania dan kawan-kawan akan menginap. Terung dan jagung. Ada satu plastik lagi jagung sahaja untuk Dania dan kawan-kawan rebus / BBQ nanti. 


Dania whatsapp ummi. Hehe...tengok la kereta ni ada P lagi. Kawan Dania yang drive ni baru dapat lesen memandu. Hubby pun ada kebimbangan juga la...sama la dengan saya. Paling jauh Dania pergi bercuti dengan kawan-kawan kat Nafas Cube MAEPS tu je. Jiran je dengan UPM tu. 

Saya cuba melepaskan Dania dan saya berjaya jugak la. Trip paling jauh ni dalam 2 jam lebih dan pergi dengan kawan-kawan. Pagi tu saya cakap dengan Dania kena beri sedekah jadi saya uruskan sedekah tu. Moga perjalanan pagi tu berjalan lancar. Tips ni juga ada dalam filem Jilbab Traveller yang Bunga Citra Lestari berlakon tu. 

Dari kiri : Corina, Ayuni, Dania dan Hana. 

Masa pergi ni Durrah yang drive kereta, Wafa duduk sebelah. Wafa ni kiranya paling awal dapat lesen berbanding mereka semua. 
                                                                                                                                                   


Sukanya gambar ni....rasanya dari gambar tuan rumah homestay ni. 


Padi masih menghijau....


Close up padi. 



Dania di depan Rumah Embah Homestay. 


Ada dua bilik ya dan setiap satunya katil queen dan ada aircond. 


Ada juga tilam toto disediakan. Setiap bilik selain aircond pun ada kipas. 



Dapur ada tempat masak dan Dania kata air fryer pun ada. 


Parit kecil di tepi rumah dan belakang rumah. 


Petang ada aktiviti memancing. Gambar-gambar ni kawan saya share. Umpan dia apa tau? Cengkerik....paling tak takut Corina tu...belah kiri. Dia pernah ambil sampel 30 ekor serangga untuk diletak atas board dia. Dia ambil Bacelor Sains Perladangan jadi ambil subjek Entomology (belajar pasal serangga). Kena tahu juga serangga perosak yang boleh merosakkan pokok2. 


Dania tengah memancing tapi kawan saya bagitau Dania pun dapat seekor ikan. 


Ikan Dania dapat. Kecik besar kecik besar je mata saya...Haha....tak clear la gambar ikannya. 


Tangan siapa ni?. Ikan puyu siapa ni?


Dua ekor hasil tangkapan sekali ke ni?


Gambar ni masa sunset dan mereka menikmati brownies pemberian Achik Roy. Thanks Roy....Dania cakap kat ummi kawan-kawan dia cakap eh baiknya Achik tu ya?. Dalam hati ummi kawan ummi kot. Kawan ummi mestilah baik. Hehehe....


Bab ni saya tak tahu pula....Dania cerita kawan ummi belanja ni...memang syok la mereka ni kan..bukan setakat ni je....dapat pula air seorang satu....brownies dapat la seorang 2 keping sebab ada 6 orang kan..bila dapat tahu Roy bagi ni terus saya whatsapp Roy....selalunya kawan saya bagi kat yang duduk homestaynya Punten tapi Punten tak ada pulak hari tu.


Dania masa kecik-kecik suka main buaian. Sanggup Dania tunggu budak lain selesai main. Kadang kesian juga kalau budak tu buat tak reti je. 😅


Ada juga net boleh baling bola pulak. 


Masa pukul 6 lebih ni kawan saya dah siap2 tutup laptop katanya nak suruh anak-anak ni tengok sunset. Slowly saya pun lega jugak la melepaskan Dania ke sini kan....ada je update dari kawan saya...(bukan saya yang tanya....kawan saya suka update). 

Cantiknya gambar 2 sunset ni. 

Nampak basikal ni? Banyak juga basikalnya....tak payah sewa pun memang disediakan oleh tuan rumah. 


Dah makin gelap dah. Selepas memancing...mereka berbasikal pulak tepi sawah. Ada seorang kawan dia terjatuh dalam sawah. Kawan2 pakat kata Dania tak ambik video ke?. 😅. Lepas tu kata pulak sebab Dania baik sikit mesti tak ambik video. Dania kata dia tolong hulur tangan nak tarik kawan dia. Good job Dania....

Jangan pi gelak dah la....macam ummi bonceng motor kawan kemudian bila nampak kawan terhuyung hayang bawak motor...saya siap bangun dari motor. Lepas tu motor terbalik dengan kawan saya sekali....masa tu kat rumput ya....sambil gelak sambil tolong kawan....Adehhhh.....


Ni pula sunset kat homestay ni. Kiri ni homestay juga tapi tak siap lagi. 


Happy mereka ya....Alhamdulilah...saya pun tumpang happy jugak.  Kalau tak happy takde la H tu terbang ya. 😅
Ada juga penanda arah kiblat dalam bilik. 


Mulanya nak BBQ tetapi ditukar saat akhir dengan memasak ajer. Jagung tu yang saya bekalkan. Lain-lain katanya masuk dalam air fryer je. Senang. Tambah pulak Ramyeon......ehhh pinjam achik Roy punya carrom board ke tu? 😅. Makan kat ruang tamu ramai-ramai. 

Bahan masak mereka ada beli sebelum datang Homestay ni. 


Ada sesi tukar-tukar hadiah jugak. Setiap seorang kena beli phone casing. Setelah phone dipakaikan casing ya....temanya Funny Phone Casing. 

Ada muka orang, ultraman perut buncit dan parang.....phone Dania yang hijau tu dan casing yang Dania bagi kawan dia yang rambut kuning dan mulut pakai lipstick tu. Semua kata yang Dania bagi tu tak funny tapi cantik. Pulak dah....

Kiranya hadiah ni sesiapa pun tak tahu ya dapat apa. Kat sini baru reveal. Hehe....Durrah bagi parang kat orang dia dapat parang orang bagi dia 😆. Kiranya berpasangan juga phone casing ni. Ada 2 muka orang, 2 parang dan 2 ultraman. 


Ni Dania punya. 


Ini view pagi keesokkan harinya dari phone Dania. 


Dalam pukul 12.30 tengahari kawan saya kata mereka dah checkout tetapi masih berbincang di luar kereta 😅. Ini pun update terkini ni....

Sementara itu, Roy bagi kerepek kecik sorang satu dan saya punya kerepek pulak saiz besar. Manalah mereka ni tak kata Achik Roy ni baik ye tak?. 


Kerepek pisang yang ni saya rasa paling sedap sebab dia ada rasa pedas dan manis dan ada juga daun kari. 


Terima kasih kepada kedua tuan rumah ya Roy dan suami....terima kasih kerana melayan mereka dengan cara yang sangat istimewa. Sebelum tiba dah dapat list tempat makan dan aktiviti berdekatan homestay. Sentiasa tanya melalui whatsapp ok ke tak...., belanja brownies, air dan kerepek....

Sentiasa whatsapp saya keberadaan Dania dan kawan-kawan walaupun saya tak tanya....padehal memang kental la tak nak tanya....😅 (walaupun dalam hati buat apa la anak ya?). Rasa special gitu. Thanks Roy....

Homestay ni RM180 satu malam (hari biasa), RM200 satu malam (hari minggu atau cuti).
  
Rumah Embah Homestay
No. 843 Parit 7 1/2 Timur, Jalan Baru Sg. Panjang
Sg Besar
Selangor Darul Ehsan

Boleh ke facebook 'Rumah Embah Homestay' untuk maklumat lanjut. 





XOXO,
Ezna




14 ulasan:

  1. Seronoklah anak-anak dapat bersama kawan-kawan beraktiviti macam ni. Maknya betul-betul follow rapat perkembangan anaknya. Apa pun cantik juga homestay ni di tepi sawah pula tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umminya ni cepat jugak panik tapi ni alhamdulilah boleh juga buat relax buat peace. Homestay ni memang cantik....

      Padam
  2. waahhh mmg special layanan achik Roy! siap dpt brownies, kerepek lagi ha hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye....manalah kawan2 Dania tak kata Achik Roy baiklah....hehe....terima kasih Achik Roy!

      Padam
  3. rate homestay sgtlah affordable dan view sawah padi tu sgt2 cantik laaa...hahah tergelak i baca caption u psl gmbr ikan puyu tu (u tulis kecik besar kecik besar mata u nak tgk ikan tu) hahahah lawak la ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. You tau la tu gambar yang Dania whatsapp kat I dan I pun hmmmm.....

      Padam
  4. bukan senang nk melepaskan ank pi staycation dgn kwn2 kan..wlauapun tk jauh 2 jam perjalanan...cantik rumah tepi sawah...tgk padi menghijau...byk juga gmbr dania share tu...bole la ummi update entry kt blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi....bagi kita jauh gak Amy. Nak nak yang drive tu baru je dapat lesen. Tapi.....kita doa yang baik2 je la. Gambar Dania share sikit....selebihnya gambar kita ambik masa datang survey dan gambar yang kawan forward kat whatsapp. Hehe...

      Masa ni padi menghijau. Padi area Sekinchan ada yang dah kena ambik dah.

      Padam
  5. owh..kak ezna p tengok homestay lah...
    lawa homestay nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah survey homestay ni la tujuannya kemudian nak makan2 kat area situ.

      Padam
  6. Menarik jugak ni rumah homestay di tengah sawah padi. Pagi2 bangun boleh terapi mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nak bagi mata terang tengok benda hijau2 ni. Memang permandangan tip top kat sini.

      Padam
  7. dapat menikmati suasana bendang mcm ni mmg best...nkalau time padi tgh menguning... tentu lagi cantikkkkk persekitaran kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Anies....latest update padi dah pun menguning. Tak lama lagi dah boleh tuai la tu.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...