Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, November 30

Warehouse sale Hush Puppies

Me pernah gi warehouse sale Hush Puppies kat kilang di Puchong. Kebetulan masa makan nasi lemak kat Seri Petaling, me nampak banner ada warehouse sale kat Hotel Seri Petaling. Terus kata kat hubby nak gi sale :-) Sale start kol 10am. Person in charge datang bukak pintu kol 10.20am. Haishhhh 20 minit lewat. Pintu bukak terus la me, Dania and hubby masuk.

Ni fresh from the oven punya photo ni. Baru tadi je me pergi warehouse sale Hush Puppies ni. Dania punya baju tidur yang berwarna lilac lengan panjang. Me cari yang takde lambang Hush Puppies sebab baju ni nanti nak gi ngaji dan seluar panjang warna electric blue. Harga baju tidur ni RM33 dan seluar ni RM35. Harga asal seluar ni RM119.90. 


Me jugak yang tak beli apa-apa. Semuanya Dania dan hubby punya. 

Thursday, November 28

Arena sale

Ni photo Dania yang pakai baju mandi dari Al Amin Kids. Dulu kemain susah nak cari baju mandi muslimah untuk kids. Now banyak pilihan kat pasaran dah. Photo ni mukadimah ajer :-) cerita kat bawah ni.....


Ni ada sales baju mandi dan alatan exercise kat Bandar Sunway. Dekat ajer dengan sekolah swasta la Dania. My friend yang ajak singgah semalam. Baju mandi muslimah dewasa serendah RM150 dari harga asal RM300++ brand Arena, bermuda shorts bermula RM10 brand Arena. Ni worth it ni. Me beli 1. T-Shirt lengan pendek lelaki serendah RM15. Yang ni pun me ambik jugak. Tu je me rembat. Dengan tight budget ni. Ni je la yang me beli. Kalau nak gi sempat lagi. Until 2 Disember 2013. 

Taken from here

Preloved Doll House For Sale tapi dah sold out :-)

Preloved Doll House ni dengan condition 9/10 dan masih dalam keadaan yang baik. Tinggi lebih kurang 117 cm dan lebar lebih kurang 107 cm. 

Pandangan hadapan :


Dania yang berumur 9 tahun berdiri sebelah doll house ni. Rendah sikit je pada Dania :-)


Pandangan dari sisi :


Ni doll house yang my friend minta tolong me jualkan since me ada blog. Me pun tunjuk le kat my hubby cakap Dania bergambar sebelah doll house my friend ni sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hubby kata hubby nak belikan untuk Dania. Amboiiiiiii kira hadiah happy happy sebab result Dania kat SK dan SRA baru ni. Boleh gitu?....

So esok la nak ambik kat my friend. :-) My friend kata lar...i suruh u jual, u plak nak beli. Hehehe. So special price untuk i. Doll house ni ditempah khas untuk anak perempuan my friend ni. Diperbuat daripada kayu. Ada jugak barang2 kecik dalam rumah tu. Maybe my friend nak bagi sekali pakej dengan doll house ni. :-) 

So, Dania kata dia willing to let go doll house yang Dania punya. Ni doll house imported nih :-). All the way dari oversea. Ni sudut atas rumah ada katil beserta tilam dan bantal, meja solek dan kerusi meja solek, jamban dan tab mandi. :-) Jamban tu siap ada love lagi tu....


Tingkat bawah ada meja dan kerusi makan dan tempat masak. 


Sudut tepi tangga ada sofa. 


Luar rumah ada dua biji kereta sport....hehehehe dan pokok. 


Semua ni diperbuat daripada kayu yer :-) 

Tuesday, November 26

Little Prince and Princess Pageant 2011


Ni youtube yang me baru jumpa. Event ni dah 2 tahun pun berlalu. Masa ni umur Dania 7 tahun. Me pernah buat entry sebelum ni kat link Me rasa event yang paling best pernah me join kan untuk Dania. Matlamat event yang dianjurkan oleh Starz Studio Sogo ni untuk bagi kanak-kanak berkeyakinan di atas pentas. 

ni berita dalam Harian Metro di link


Photo taken from here

Kenangan terindah buat Dania :-)

Monday, November 25

Dumex Mamil lancarkan kempen Give Me 5

Me dapat invitation ini. Cepat-cepat balas nak pergi. Paginya sibuk anugerah cemerlang kat sekolah kebangsaan Dania. Petang tu dalam 3pm terus ke The Curve. Pergi awal takpe. Knowing that kawasan The Curve tu memang jam.

Me tiba awal kat lokasi dalam 3.45pm. Kol 4.30pm baru event start. 


Lepak dulu kat sini sementara tunggu kaunter pendaftaran dibuka. 


Ada photobooth la kat sini. 


Dania ambik gambar dengan Azura Zainal deejay RedFM. :-) 


Bergambar dulu kat stage ni. 


Yeah Hi-5 sedang perform on stage. 

Dumex Mamil All n One dan rakan jenamanya Hi-5 kumpulan muzik kanak-kanak Australia pememenang anugerah mengajak semua kanak-kanak Malaysia untuk Give Me 5! Kempen pendidikan baru ini memperkenalkan cara baru untuk mendidik si kecil tentang kepentingan 5 kumpulan utama makanan dan sekarang ianya lebih menyeronokkan untuk mengambil karbohidrat, protin, tenusu, buah-buhan, sayur-sayuran, lemak dan minyak dalam jumlah yang betul. 




Mr Christiaan Uittenbosch, Marketing Manager, Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd.  


Q&A bersama kumpulan Hi-5. I pun ada tanya umur Lauren Hi-5. Hehehehe....



Lauren dengan aksi push up.


Ada dance workshop juga. 




Bergambar ramai-ramai bersama kumpulan Hi-5. My Dania pun teruja. 




Hi-5, me and Dania


Our food dengan tema pemakanan sihat. :-)




Konsert Hi-5 yang dibawakan oleh Dumex Mamil All n One akan berlangsung pada Jumaat 27 Disember di KLPAC! 

Event yang sangat best ni membuatkan kanak-kanak teruja. Apatah lagi my Dania memang menonton Hi-5 ni kat Disney Junior walaupun dah 9 tahun, suka sangat menonton Disney Junior. Selain dapat beramah mesra bersama blogger :-) 

Ni gambar Stevie Hi-5. Dia pun join sekali sebab me panggil nak bye ajer tapi tetiba dia masuk lak. Hehehe. So photo ni dari Zety yer :-)


Dan....youtube juga dari Zety :-) ada la terselit Dania kat sini...... :-)

Sunday, November 24

Selebriti bersama Dania :-)

Masa nak gi satu event kat The Curve, me jumpa Iqram Dinzly. Minta izin la nak ambik gambar dengan Dania. Sebenarnya ummi dier yang teruja. Hehehehe....


Event apa? Esok yek.....

Wednesday, November 20

Hari kanak-kanak

Ni citer kat Sekolah Kebangsaan Dania. Ada sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. 


Kanak-kanak semua di entertain oleh Mr Clown. Me tengok budak ni kena buli je dengan Mr Clown ni. Ish ish. 


Makcik dok sebelah me berdekah -dekah ketawa. Errr how come me tak ketawa pun. Not funny mar....


Persembahan 3 sekawan ni pun ader. 


Dania khusyuk ler tengok persembahan. Hari ni ibu bapa pun dijemput datang. 


Tarian gelek pun ada. Budak belah kanan tu comel sungguh. 


Kebetulan me malas nak tengok persembahan me gi kantin. Cikgu bahagian agih makanan bagi kat me sebab ada lebih food. Rezeki me la. Burger tu sekejap je me settlekan.....Ngeee....


Tuesday, November 19

Makan Time : Nasi LemakTawaf Satu Malaysia Seri Petaling

Me pernah buat entry sini tentang tempat makan ni baru-baru ni. Me buat lagi entry ni since kali ni me dapat captured banyak photo kat sini. Ok....ni model cilik sedang ambik lauk pilihan hati berupa seketul ayam goreng bersama nasi lemak. 


Nak ambik lauk guna corong minyak ni sangat menyenangkan. 


Ni la nama nasi lemak ni. Nasi Lemak Tawaf Satu Malaysia. No telefon pun ada kat sini kalau nak tempah. Paling istimewa lauk rendang kambing. Hubby kata sangat sedap.  


Harga nasi lemak dipamerkan di sini ya. 


Ni la owner ni pakai apron warna hijau. :-) Makcik Zulmah dan Pakcik Zulkifli. Kemain makcik ni explain kat me :-) Wahhh kalau dah jodoh Zul dan Zul :-)


Lai lai lai.....meh meh tengok lauk-lauk kat sini. Selalunya kalau pukul 12 tengahari tu dah licin ler. Wajib datang pepagi yer. 


Pilihan me nasi lemak berlauk peparu bercili. Cuma RM4. 


Dania pilih nasi lemak ayam goreng. RM4.50 


Hubby pulak nasi lemak peparu bercili dan telur goreng. RM5.50 


Banyak juga portion nasi lemak ni. 


Nasi lemak ni terletak berhadapan dengan Hotel Seri Petaling, Pizza Hut Delivery. Cari je tempat makan yang ramai orang beratur :-) Itulah tempatnya.