Rabu, Julai 3

Bangi Square 1 berdekatan UKM

Lepas ambik hubby kat Bangi Gateaway....saya siap-siap tukar tempat duduk. Tadi kat tempat pemandu, sekarang saya jadi Mam besar kat sebelah.....hehehe..kami menuju ke Bangi Square. Bangi Square ni ada 1 & 2. Kalau Bangi Square 1 ni berdekatan dengan UKM di Jalan Reko. Ada banyak gerai boleh dipilih ya. 



Saya order dari sini Nasi Goreng Cina.


Ada juga tiga budak gemuk. 


Luas tempatnya dan berbumbung tinggi. Kalau berbumbung tinggi ni kurang la panasnya. 


Pasta pilihan Dania. Mac & Cheese tapi Macaroni dia sedikit je. 


Gambar candid hubby yang baru lepas bowling. Masuk group Abang Pencen dan nama glam bowling Abang Bol 😆. Inilah dia Abang Bol nya....


Nasi goreng cina ni saya rasa ok je la. Pernah makan yang sedap lagi. 


Kuay Tiaw Goreng ni hubby punya. 


Hubby order jugak sate....ada daging dan ayam jugak. 


Muka penat cover hujung ke hujung IOI City Mall. 


Best jugak la kat sini, Banyak pilihan dan ruang duduk juga luas. Orang pun tak ramai masa ni.  
Lepas ni balik la kami....ada orang tu penat sangat main bowling sampai zzzz sudah.






XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Mac & Cheese tu nampak yummeh!
    Lama tak turun Bangi... Dulu² rajin juga ke sana

    BalasPadam
  2. byk pilihan makanan tu best & tmpt pn luas kn..so tk la sesak2 kalo rmi org

    BalasPadam
  3. hehe abang bol.. wahhhhh best menu banyak pilihan & tempat pon luas nampak selesa nak makan~

    BalasPadam
  4. Selalu memang begitu.. Kalau ada suami, tukar tempat duduk siap2... Hahaha..

    BalasPadam
  5. part jd MAM tu wajib laaaa hahah i pun kalau on weekend, memang mr hubby jer drive kalau weolls gi ronda2 mana..yelah, on weekday masing2 drive sendiri pun

    BalasPadam
  6. Dah lama tak buat Mac n cheese 😍. Sukaaaa , dari dulu saya selalu suka makanan yg ada hubungan dengan aneka keju 😄. Memanglah kalo Mac n cheese yg dijual, potongan sausage tipis dan tak banyak yaa. Kalo buat sendiri, tebal2 irisan 🤣.

    BalasPadam
  7. Semuanya nampak sedap...alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi sampai sini tapi nampak banyak gerai dan banyak pilihan...

    BalasPadam
  9. ruang luas dan selesa. pasti makanan pun sedap!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...