Ni alkisahnya saya nak check barang kemas saya di Habib IOI City Mall. Jadi kebetulan masuk situ, ada seorang staff tengah menunggu. Saya kata kat dia boleh check tak ketulenan emas ni. Saya check kat kedai emas lain dia kata 950. Agaknya dia kurang berminat sebab bukan nak beli emas kat Habib tu terus dia tengok ajer gelang mama saya tu.
Tanpa menggunakan kanta pembesar dibeleknya dan terus kata ni emas paun ni. Bagi saya memang hebat la....kalau pejabat pos bahagian Ar Rahnu pun guna kanta pembesar, kat Jewels Cafe pun guna kanta pembesar, kat kedai emas Sri Tanah Merah pun guna kanta pembesar nak baca apa yang ditempa kat gelang tu....ni staff Habib IOI City Mall guna mata je 😆😆😆 (Maaf terpaksa smiley gelak ni sebab memang kelakar). Dia ingat saya ni tak buat homework ke apa???. Lepas tu bila saya mentioned emas 950 boleh dia kata dengan suara yang tinggi 'mana ada emas 950'. Cuba tengok papan tanda depan tu mana ada 950. Saya cakap ada la kat blog ada pasal emas 950. Idak la saya nak kata banyak artikel saya jumpa pasal emas 950 ni kan. 950 ni emas 23 karat. Bawah sikit pada emas 999 iaitu emas 24 karat. Cara dia cakap pun 'macam bagus' je. Lepas tu saya cakap kalau potong emas ni berapa harga? Dia kata RM80 sambil belek gelang saya (yang saya nak bagi kat Dania). Saya kata boleh tahan harganya ya? Terus tak jadi you alls. Saya rasa mahal kot dan cara staff ni melayan saya tak best.
Lepas tu saya buat urusan di Jewels Cafe....selesai di Jewels Cafe saya saje masuk Habib balik. Tengah fikir nak tukar ke gelang yang saya nak bagi kat Dania tu sebab nak potong sampai RM80, kalau tukar Dania akan dapat size dia dan dah tentu saya cari gelang saiz Dania. Tak payah dah potong.
Kemudian, datang la Vivian. Saya tak perasan Supervisor atau Store Manager. Terus la dia layan saya nak tengok gelang baru. Kemudian saya tanya harga potong gelang berapa....sepanjang layanan Vivian dia senyum je. Kemudian saya minta Vivian check kan gelang mama untuk tahu ketulenannya dan berat. Untuk pastikan berat jadi senang nak bahagikan nanti mengikut faraid. Kemudian Vivian cakap harga potong gelang Habib ni RM40. Eh boleh pulak ada harga yang berlainan pulak?. Ke staff tadi markup dan dia ambik RM40???. Vivian ni kiranya pangkat lagi tinggi dari staff tadi.
Saya pun mengadu la kat Vivian. Vivian tanya siapa yang layan saya tadi sebab nak perbaiki customer service kat Habib IOI City Mall. Bersyukur la saya terus lupa muka dia ya sebab kalau saya ingat memang saya akan adukan kat Vivian nama dia. Saya cakap dengan Vivian saya terlupa yang mana satu. Memang saya terlupa pun.
Vivian punya cheerful dan dengan bersemangat bagitau emas Mama ni tulen. Saya pun mengalirkan airmata sebab saya bagitau Vivian ni gelang mama dan mama pun dah takde. Tau apa dia offer?. Ok lah....I ambik gelang ni suruh orang cuci ya....nanti you pakai macam baru. Tak lama kemudian gelang saya nak bagi kat Dania pun siap potong. Vivian juga bagi saya satu box katanya suruh saya simpan gelang mama dalam tu kalau saya nak simpan.
Tengok cara layanan Vivian dan staff tadi.....bagai langit dengan bumi. Tadi tu dia target sale je. Vivian ni target sale untuk jangka panjang. Bukan sale dalam masa terdekat.
Gelang dah siap cuci. Terus berkilat gelang mama....cuci gelang ni kat sini Free pulak. Saya tak tahu la kalau kena bayar kan. Vivian tak kenakan pun caj cuci emas mama ni.
Front line ni kena bagus dalam melayan pelanggan kerana lapis pertama melayan pelanggan untuk jenama Habib Jewels ni. Saya cakap dengan Vivian....ada 10 orang macam you memang boom sales Habib kat sini ya. Dalam erti kata lain kalau ada 10 orang macam staff tadi...mau kurang sales kat Habib cawangan IOI City Mall. Mungkin orang lari ke cawangan Habib yang lain. Kalau you tak jaga pelanggan you dengan baik....akan ada company lain yang akan menjaga customer you pulak.....
Pernah ke you alls ke kedai emas kemudian layanan macam hmmmm sebab you bukan nak beli emas tapi nak tanya-tanya atau nak servis yang lain?.
XOXO,
Ezna
1st dgr ni..selalu pekerja kedai emas semua peramah2 belaka.. nasib dia baik la ezna ingat nam, teruk betul perangai kan..dah la tetiba harga mahal plak..ish ish
BalasPadamYa selalunya pekerja peramah, senyum....terkena pulak kat staff yang satu ni....pandai kemain telek emas mutu apa guna mata je. (sambil tepuk tangan).
Padamsakit hati pula layanan macam tu.dah la harga tak sama boleh pula rm80 dengan dia
BalasPadamYa. Siap tunjuk gelang yang mana.....ehhh....beza RM40 gak tu.....
Padambaru staf dah pangai cam tu kalu ada pangkat or jd bos ntah mcm mn laa... haihhh... org dtg membeli tu maknanya dia bw rezeki. layanlah molek sikit. bkn kn byr pn kalau berbudi bahasa kannn
BalasPadamYa Anies....kena sentiasa beri yang terbaik pada customer. Kalau bagus....dah lama naik pangkat....hmmmm....geram pulak bila ingat balik.
PadamAna blm pernah lg terkena layanan mcm tu kat kedai emas sbb sllunya pergi dpt layanan staff yg elok je hehe.. tp mmg sakit hati bila front liner layanan cmtu kat kita herghh~
BalasPadamUntung la Ana....ni first time jumpa yang hmmmm ni....ada hati nak keje bahagian sales gak tu. Cara layanan camtu memang customer lari.
PadamMujur tergerak hati nak masuk semula, dapat layanan mesra Vivian.
BalasPadamMacam mana laa boleh jauh beza RM40 tu ek?
Ya bersyukur juga sebenarnya....alhamdulilah di sebalik yang pahit tu ada juga manisnya....
PadamWahh RM40 beza harga tu. Alhamdulillah dapat jumpa Vivian.
BalasPadamItulah mula macam eh banyak gak beza tu....maybe harganya RM40 je tapi dia naikkan jadi RM40. Dapat cash kat dia.
Padamemas kalau 24 karat itu seperti apa ya
BalasPadamemas 24 karat jenis 999.
Padammemang ada jer staff habib yg perangai gitu...depend on individual la ezz...so far habib yg i pernah/biasa pergi ialah habib alpha angle, habib kl east mall, habib the curve dan habib kb mall...semua pun ok kecuali habib the curve tu sbb i pergi time bln puasa/nak raya, memang dorang tak terlayan la sbb sgt ramai org..habib kb mall sgt mesra alam, boleh mintak mcm2 free gift heheh i selalu mintak coin purse etc. habib kl east pun ok, ada sekali tu i singgah,dioaorg ada promo hi tea so i masuk2 jer dpt mkn mcm2 dan memang kebetulan nak beli something pun time tu (last year)..err panjang ezz i mengomen ni hahahah
BalasPadamYa Suzz ni first time I kena kat Habib IOI City Mall staff yang hmmm macam ni. Sebelum ni kat Habib HQ, Habib Midvalley, Habib Pavilion Bukit Jalil, Habib Alamanda ok je you...tiba2 terkena dengan Habib IOI City Mall ni. Nasib baik I masuk lagi situ terjumpa Vivian pulak. Layanan terbaik pulak I dapat.
PadamWahhhh dapat hi tea jugak. Langkah kanan la you. Kalau tak terlayan sebab ramai I faham tapi yang ni I tak faham....
anyway, cantik la gelang arwah ur mom tu ezz...abadi di hati pastinya...lps ni u bagi dani la plak...i tak de girl ezz...so rantai leher dan gelang yg my mom bagi ni..tak taulah nanti saper yg akan warisi (or may be i suruh my boys jual jer if i dh tak de nanti)--err i tambah komen ni ezz, alang2 komen taip guna lappy, senang dan laju jer menaip
BalasPadamYa ingat nak turunkan jugak gelang mama I ni. Tq Suzz...panjang you komen ni.
PadamBetul tu sis Ezna, customer service ni kena tiptop dalam business retail. Sekarang ni zaman viral-memviral, kalau customer tak puas hati & complain di medsos, boleh jatuh teruk sales kedai tu.
BalasPadamYa Carneyz....tapi nasib baik la staff yang tak ok tu dapat peluang kedua sebab sis lupa muka dia. Kalau adukan Vivian baru padan muka.
PadamGeram pulak kita baca.. Nseb baik kak ezna tak igt nama dan muka staf tu.. Selamat dia..
BalasPadamTu semua attitute... Naseb datang lagi sekali.. Jumpa vivian yg baik..
Kalau linda, tak masuk dah kedai tu dalam masa yang terdekat... Sebab geram.. Hihihi
Ya tiba-tiba blur dan tak ingat staf mana. Maknanya allah nak bagi dia berubah dan peluang kedua la tu. Lepas ni kalau tak insaf lagi akan ada pelanggan yang complain. Tak masuk kedai sebab geram pun pernah buat juga Linda tapi tergerak akak nak masuk kali kedua. Mungkin ada hikmahnya. Akak dilayan dengan baik. Keduanya akak rasa utk allah tunjuk kat staff tadi supaya dia insaf. Mungkin la kot.
PadamSetakat kedai emas yang saya pergi Alhamdulillah layanannya elok.. mungkin seperti Ezna tulis bila kita bertanya-tanya bukan nak beli itu yang diorang tak berapa nak layan. Mungkin diorang tak tau, asal dari bertanya-tanya tu mungkin terdetik untuk kita nak membeli pula bila dilayan dengan cara yang baik.
BalasPadamOh ya.. saya pernah pergi kedai emas untuk potong gelang yang emak bagi, balance emas tu bila ditimbang, saya boleh dapatkan sebentuk cincin dan tambah sedikit duit.
Iya....kalau dari bertanya tanya tu lah akan terjebak membeli. Bukan kali ni mungkin esok pulak. Datang cari dia jugak kan....dapat la dia % sebab menjual kat kita...tapi upah potong emas dia caj mahal la berbanding boss dia. Terkejut jugak beza tu....
PadamOh maknanya berat juga yang dipotong tu ya. Macam akak punya gelang nak bagi Dania ni berat dia dalam 0.4g-0.5g yang dipotong tu. Jadi akak jual kat STM untuk dapatkan duit buat modal beli gelang mama dan duit tu nanti akan dibahagi kepada adik beradik akak.
Setujuuuu sangat. Walo saya tak pernah beli emas perhiasan, hanya gold bar, tapi saya selalu suka dilayani dengan staff yg ramah dan paham produk yg dia jual. Saya sendiri pernah kerja di bidang jasa service. Jadi dah pasti service lah yg diutamakan agar customer betah .
BalasPadamAtasan saya dulu pernah cakap, customer yg pernah kecewa, tapi mendapat solusi dan pelayanan yg baik darikita, akan menjadi customer yg setia. Krn dia tahu kalopun ada masalah di tempat kita, dia kan mendapat jalan keluarnya juga.
Wahhh ayat Fanny ni betul. Kakak sangat setuju bab "pelayanan baik dari kita akan menjadi customer yang setia". Oh Fanny tak minat emas perhiasan.....
PadamSA minggu ni nak pi cuci gelang emas kat Wah Chan..lepas tu nak trade in barang2 kemas Dania masa kecik..
BalasPadamWahhh mesti banyak barang2 kemas Dania masa kecik2 ni SA. Dapat la nanti barang kemas baru.
Padam