Khamis, Julai 18

Insert Jump Break?

Insert Jump Break?....ini bukan break semata-mata ya...ini break boleh melompat....😅

Macam mana nak bagi pembaca senang nak buka blog kita kat main page. Kalau kita sejenis yang letak banyak gambar. Macam saya ni haaa....

Mula-mula buka la blog kita dan select tajuk mana...



Click titik tiga kat atas blog post ni. 


Pilih yang ada tanda - (insert jump break). 


Kemudian letak la kat mana2 dalam post tu. Macam saya, selepas gambar yang pertama dalam blog post. Jadi main page tu hanya akan tunjuk post atas jump break tu sahaja. Jangan risau jika post yang selebihnya tak kelihatan di main page. Pembaca blog akan dapat membacanya selepas click 'read more' . Kat situ barulah keseluruhan blog post kita boleh dilihat. 


Bila pembaca lihat lepas gambar akan ada 'read more'. Jadi gambar kat blog post kita hanya ada 1 gambar je la. Kalau pembaca nak baca lebih lanjut mereka akan click 'read more'

Kemudian....kat dashboard blog pergi ke Layout, Blog Post dan click edit. 


Kat sini kita boleh edit number of posts on main page. Macam saya buat 5 post. Kemudian Post page link text memang tak tukar saya buat 'read more' boleh je tulis 'info selanjutnya' atau apa-apa yang you alls rasa sesuai. Jangan lupa click save ya. 


Maknanya setiap post saya lepas ni saya akan insert 'jump break' ni. Jadinya tak berat sangat la main page saya.

Semenjak dua menjak saya menggodek blog saya ni jumpa macam2 pulak. Yang tak tahu jadi tahu pulak. Baru-baru ni blog name saya ada blogspot jadi puas la saya call Exabytes tempat saya beli domain dan refer beberapa post di google sampai berpeluh la....cuba tak jadi cuba tak jadi akhirnya menjadi jugak....Alhamdulilah. Blog dah ke domain asal www.eznakhalili.com Fengsan la ini macam ya...

Dalam pada mencari macam mana nak buat tu saya came across dengan jump break ni pulak. Ok satu lagi ilmu saya belajar. 




XOXO,
Ezna

19 ulasan:

  1. nice sharing..

    ops pasal resepi asam pedas tu tq komen. LM lupa nak taip kesom dan kantan. dah edit dah, kesom tak letak sebab takda kantan je LM letak. kena ada keduanya kalau nak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke LM. Tau tak saya dah masak hari ni tanpa keduanya...kemudian memang rasa plain ajer...sekali saya teringat ada saya baca blog dia letak daun kari dalam asam pedas dia....sekali....baru ada rasa....apa pun thanks ya....saya dah pun masak asam pedas hari ni. Hehe. Kiranya asam pedas simple ikut resipi LM.

      Padam
  2. Wah... Alhamdulillah.. Linda pun baru belajar nie... Sebenarnya.. Malas nak godek2... Tak sempat nak nengok blog je... Nanti boleh la cuba buat jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 hari ni dok godek blog. Terjumpa pulak....baru belajar jugak kita.

      Padam
  3. Terima kasih berkongsi ilmu, siap tutorial 👍🏽
    Mungkin saya pun perlu buat jugak sebab entri saya biasanya banyak gambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sharing is Caring. Ilmu baru yang saya pun baru belajar. Moga bermanfaat. :)

      Padam
  4. Sharing Is Caring. Tq dear share tips ni. ;)

    BalasPadam
  5. dulu-dulu kak ana rajin sungguh buat editing ni ezna, laa nih jer macam dah tak godek2 sangat , tq for sharing ilmu bermanfaat, boleh juga cuba nanti nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke Kak Ana buat editing....ilmu ni saya baru tahu je Kak Ana...tiba2 terjumpa. Jadi boleh la dijadikan panduan. Moga bermanfaat...

      Padam
  6. wahh.. terima kasih berkongsi ilmunya kak... lepas ni sy try k

    BalasPadam
  7. oh camtu die punya tutorial utk insert jump break...tq for sharing..ptt arini dtg blog ezna ada "read more"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idak kalau selalu bukak mesti penuh dgn gambar2 yg meriah kan Amy?.

      Padam
  8. tq ezz! i nak tanya camner nak letak button reply utk comment ezz? nanti u share tau..sbb kat my blog tu..i tak leh nak reply komen2 wpun ciput jer komen2ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. You try tgk kat dashboard you. Click Settings, kemudian you cari comments. Kot you terclick apa2 ke....

      Padam
  9. Rasanya blog ammi mmg dah ada guna jump break ni. Lagi pun ammi guna responsibe template. Eh entahlah. Kita pun tak pandai sgt menggodek blog. Selalu tu buat2 pandai je

    BalasPadam
  10. sy sejak update gn hp ni mula daa mls nak godek2 blog. dulu guna.pc smpi HTML code tu pn sy belek. dah mcm nk amik paper programing 🤣🤣

    BalasPadam
  11. Saya tuh kalo dah urusan teknikal dan coding, langsung srahkan ke teman saya yg memang handle blog saya kak 🤣.. Kalo saya yg utak atik, ntar eror pula 😄.. Teman saya tuh Ada niat juga utk ganti template dan design, tapi saya bilang dec saja, saat saya traveling lama dengan kluarga 😄. Jd dia bisa puas utak atik blog saya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tudung Ruffle X Wardah

Kalau ikutkan lepas makan dan try kad ATM Dania tu saya nak terus balik je tapi Dania nak tengok je ummi katanya....ok tengok je tau.  Dania...