Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, March 16

Buah naga | Sepang

Kelas Dania nak beli buah naga untuk Syoknya Agro Bazar. Nak kena menjual sebab kelas Dania plan nak buat buko. Salah satu buah yang mereka akan masukkan dalam buko tu ialah buah naga. Fikir punya fikir, ayah Dania kata takpelah kita belikan buah naga untuk kelas Dania. Mulanya ada juga kawan Dania cakap nak beli buah naga kat Sepang tapi memandangkan jauh la jugak dari UPM tu terus tak jadi. Buah naga ni pulak kalau kat supermarket bukannya murah. Saya tengok dekat MBG, dia kira ikut berat buah naga. RM10/kg. Boleh tahan harganya tu. 

Akhirnya kami belikan buah naga kat Sepang. Kat depan kebun buah naga di HL Dragon Fruit Eco Farm. Sepanjang perjalanan kat jalan ni ramai penjual buah naga tepi jalan sebab banyak ladang buah naga kat sini. 

HL Dragon Fruit Eco Farm 
Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor.


Terletak kat depan jalan menuju ke Sepang ikan bakar. 


Ha tengok la gerai ni terletak tepi jalan je haa....


Ada juga dijual kerepek buah naga tapi kami tak beli la. 


Kami beli 15 biji dapat 2 biji free. Thanks aunty. Aunty siap cakap cara penyimpanan juga. Bila tiba kat rumah kena keluarkan dari plastik. Kalau buah tak keluarkan dari plastik, buah akan lembik jadi bila 1 buah lembik yang lain pun akan lembik juga. 


Close up buah naga ni. Manis dan isinya berwarna pink / ungu pekat. Cantik betul warnanya. Selalu yang saya makan yang isinya warna putih. 


Aunty sibuk masukkan buah naga dalam plastik. 


Ikutkan buah naga ni bukan diantara buah kegemaran kami sekeluarga tapi bila dah pergi sini, beli sekali untuk family kami. Banyak khasiat buah naga ni. Tinggi antioksida. 

Anda suka buah naga?




XOXO,
Ezna





Tuesday, March 14

My Cats Expo dan Jalan jalan cari makan

Pada hari Sabtu weekend lepas 11 Mac 2023, kami ke My Cat Expo kat IOI City Mall sebab Dania nak pergi sangat sini. Ye lah pencinta kucing la katakan. Bayaran yang dikenakan RM5/pax. Bagi saya ok jugalah tu. 


Datang hari sabtu ni alahai punya la ramai orang. Rimas pun ada jugak. 


Kucing ni tengah syok tidur. Tak kisah la suasana bising ke apa. Hehe.


Selain daripada kucing ada juga haiwan lain. Dania bermain dengan hamster. Saya tak berani nak pegang sebab terbayang tikus tu je. 


Iguana. 


Burung kakaktua. 


Dania pegang sugar glider pulak. Ummi mampu ambik gambar je. Nak pegang geli. 


Ayah pulak pegang sugar glider. 


Alaaa comelnya burung-burung ni. RM100/seekor. 


Kucing-kucing untuk dibawa pulang kalau nak bela kucing la kan. 


Kucing ni halus je bunyi Meow.


Ada juga sumbangan unruk anak-anak bulus ni. Hopefully Dania akan membantu juga in future tak kisah la haiwan ke insan lain. 


Dania dengan arnab. Dania takut juga nak pegang arnab ni sebab dia aktif sikit. 


Comelnya la. 


Sejenis burung kakaktua. 


Dania reptilia yang ni ok lagi. Kalau ular memang geli sangat. Iguana ni tengah ada baby dalam perut. Seram nak pegang sebab muka nampak garang. 


Ni Iguana ye. Ada orang tertukar dengan sesumpah. Sesumpah boleh tukar warna. Kalau tengok movie tangled, sesumpah yang kawan Rapunzel tu. Kejap tukar warna. Iguana yang ni unik sebab warna biru. 


Dania geli yang ni. Saya ada pegang badan dia lembik. 


Kucing ni cool. Orang datang tak bergerak dan meow pun cuma ekor je bergerak. Dia tau dia jadi center of attention. Nama dia Birch. 


Kat luar expo ada kat kedai Astro. Dania punya takut la Zombi ni. Saya tanya Zombi belah kanan ni Zombi kampung pisang ke? Dia kata Zombi omputeh. Hehe. Saya cakap, ni la Zombi baik pernah saya jumpa sebab Zombi biasa tu kan ke jahat. 😆. Malu malu Zombi tu. 😆 Tengok la dalam Train to Busan tu haa....


Dania kemudian kata nak makan Madam Croffle. Madam Croffle ni sama company dengan Eid Restaurant tu . Croffle dengan 3 toppings. 


Dalam pukul 3 lebih, kami bertolak ke Kuala Selangor. Tiba Laman Tebu Aidil pukul 6.30 petang.  Nasib baik masih bukak. 


Air kat parit ni warna gelap eh?. 


Air tebu ni tak pure. Cair sikit. 


Laksa ni Dania dan saya share. Tak nak makan beria sebab nak makan mee udang nanti. Laksa ni kuah dia memang sedap. 


Tebu sana sini. 


Masa nak balik ni hujan rintik-rintik. 


Kemudian kami ke Masjid Ar Raudah, Tanjung Karang untuk solat maghrib. 


Kat luar ni kebetulan Dania nampak ada orang letak makanan kucing dalam bekas jadi Dania bunyikan je makanan kucing tu dan ada 2-3 ekor datang. Kucing ada yang bergaduh tu yang Dania letak seekor kucing sikit makanan dan kena asing. Boleh la kucing tu makan dengan aman. 


Kucing yang satu ni mengandung. Dari kami solat dalam masjid dia ada. Dania ummi suruh ambik Bacelor Sains Haiwan, dia takut sebab katanya biologi nak kena ingat banyak. Ummi nampak kecenderungan dengan haiwan-haiwan ni dan baik dengan haiwan. Sesuai la kan kalau ambik Sains Haiwan. Dulu namanya Bacelor Pertanian (Sains Ternakan). Kali ni namanya Bacelor Sains Haiwan. Course ni sangat luas skop pekerjaannya. Baru ummi tahu. 


Lepas solat, kami menuju ke Mee Udang Seaview yang terletak di tepi laut di Sekinchan. 


Kata je tepi laut tapi ada benteng tinggi tak nampak laut. Saya dan Dania saje la nak tengok laut. Senja nan merah. 


Order kami dah tiba. 3 seafood yang berbeza. 

Saya punya. Ketam ni manis la. Ketam baru rasanya. Kuah dia saya tak suka sangat sebab dia letak banyak lada hitam. Kalau letak sikit je ok je. 


Dania punya. Masa Dania hirup kuah terus kata lada hitam. Dania memang tak suka lada hitam. 😅. Dalam masakan saya selalu masukkan lada putih. Bagus juga la makan lada hitam ni sebab dapat panaskan badan sebab dalam perjalanan sejuk sebab hujan. 


Ayah Dania pilih sotong. Besar jugak sotongnya. 


Total dalam RM40++ termasuk air which saya rasa murah sikit dari tempat saya. Kuantiti mee agak sikit sebenarnya. Ketam, udang dan sotong tu besar. Berbaloi jugak la. 

Inilah kisah haiwan  dan Kuala Selangor kami...




XOXO,
Ezna

















 



Thursday, March 9

Bercuti di KL dan majlis perkahwinan terjumpa artis

Nak menginap di Kuala Lumpur ni sebab kami kena menghadiri 2 majlis perkahwinan kat sini. Memandangkan KL ni jam jadi saya pun booked la hotel dekat dengan KLCC. Masa pergi tu nak menghadiri majlis kat dewan di Jalan Bukit Bintang tapi terlalu sesak sebab polis tutup jalan. Kat traffic light pun ambil masa 45 minit nak lepas. Dari merah, hijau, merah, hijau kemudian kereta start menyelit jadinya stuck 45 minit walaupun nampak je jalan kat depan tu.   

Akhirnya decide tak jadi pergi kenduri yang tu. Kami ada berpatah balik tapi nampaknya tak ada rezeki nak pergi. Singgah la kami kat Lalaport nak makan kat Herman Ayam Kampung. Selesai lunch kami teruskan perjalanan nak check in hotel. Ikutkan plan lepas attend kenduri kat Bukit Bintang tu baru nak check in.
                                                                                                     

Dania bergambar kat bear MCM ni. 


Masuk tengok cat cafe kat Lalaport ni. 


Comelnya kucing ni. 


Dania pencinta kucing. 


Akhirnya kami ke Hotel Impiana. Oh ya masa kami pergi ni memang Hari Krismas pun. Tema Krismas kat Hotel Impiana. Pssttt kisah tahun lepas baru nak update. 😆


Dania dengan Teddy Bear yang besar. 


Dania ambikkan gambar ummi. 


Ayah Dania sibuk nak ambik kunci bilik. Masa ni ramai juga orang nak check in. 


Wefie dulu. 


Bilik yang kami dapat ni mengadap KLCC. Saje cari hotel yang dekat dengan KLCC sebab nanti senang je jalan kaki je. 


Rehat dulu sebelum kami ke dewan The Urban Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Ampang. 


Sempat la ummi suruh semua ni ambik gambar dengan Dania. Hehe. Saje je bila Dania jalan kat situ saya stop kan. Dania paling segan dengan kawan sebelah Dania tu. Namanya Ahmad Faris. Pernah satu sekolah sampai Darjah 3 kat Sri Pintar Al Amin sebelum Dania pindah kat SK Bukit Jalil dan jumpa Faris balik masa Darjah 4. Faris masuk SK Bukit Jalil. Sebelah Faris, Putera Aqil dan Ayhan . Nak dijadikan cerita yang hujung sekali tu satu universiti pulak dengan kawan Dania masa kat SMK Jalan Empat. Kecik je dunia ni ye. Ayhan ni ayahnya orang Turki. 

Oh ya Abang Faris la yang kahwin ni. Ummi dapat undangan sebab baik dengan ummi Faris. 😍. Dulu masa sekolah rendah kadang saya pick up Faris dari sekolah ke rumah. Dania pun pernah naik kereta ummi Faris jugak 

Handsome semuanya segak-segak. Dulu kecik-kecik tak pandai bergaya lagi. Boys ni semua satu sekolah masa sekolah menengah kat SMK Bukit Jalil. Dania je tercampak kat Bandar Baru Bangi. 


Gambar lagi satu dengan geng sekolah rendah. Tengok Dania senyum senget lagi. Hehe. Malu dengan kawan sebelah tu. 


Cantik sangat dewan ni. Kerusinya pun transparent macam kat Bora Ombak. Hubby terlupa bawak songkok la pulak. 


Ummi dan Dania. 


Dania cakap dengan ummi, masa nak masuk dewan....Iqie ni kat belakang kami. Saya sebenarnya tak kenal la Iqie ni siapa. 

Disebabkan nak ambik gambar, saya la tukang approach Iqie....saya tanya Iqie kumpulan Insomniacks ke?. Iqie kata ya. Saya cakap boleh ke ambik gambar dengan anak?. Saya pun ambilkan la gambar lepas tu tanya mana lagi ahli kumpulan? 


Iqie panggil semua ahli kumpulan Insomniacks. Mereka sibuk ambik ice cream. 
Haa siapa kenal?. 


Dania ambil gambar dengan kumpulan ni sebab kawan Dania, Amylia Natasha suka sangat dengan kumpulan ni. This is for you. 


Sebelum balik bergambar dengan CEO E-Idaman. E-Idaman ni yang memastikan sampah bersih kat Kedah nun. Dania kalau balik Kedah, tersengih tengok tong sampah lambang daun tu. Ye lah teringat kat kawan dia la tu. 😁. Ummi pun teringat kat kawan ummi jugak. Entah bila la boleh jumpa lagi. 


Dania dengan kakak Faris nama Nawrah. Lawanya kakak Faris ni. 


Ummi dengan kawan ummi yang baik. Naterah. Lama betul tak jumpa you Nat....semenjak lepas Dania naik sekolah menengah. 


Hubby dengan abang Faris, Zharfan. 


Cantik bunga kat belakang tu. 


Sebelum balik, ambik gambar lagi. Hehe. Sebelah Dania tu jaga depan sekali. Saya pesan ni hadiah pengantin, ummi Faris dan Faris. Arif Iskandar namanya. Menjalankan amanah dengan baik sekali. Sampai ke setiap yang diamanahkan dengan selamat. Terima kasih Arif. 

Moga semua kamu berjaya di dalam bidang masing-masing. 


Tiba hotel ambik gambar lagi. 


Ummi dan ayah. 


Esoknya lepas breakfast kat hotel....jalan kaki ke KLCC. KLCC pun baru bukak. Orang pun tak ramai lagi. First, Dania nak pergi Kinokuniya nak beli buku. Maklumlah masa ni Final exam dah selesai. 

 
Jalan-jalan kejap kat KLCC, check out je hotel terus ke Pavilion pulak. 

Ni on the way jalan kaki kat pekarangan hotel. Malam-malam lagi cantik ada lampu kat rusa ni. 


Ni lah hotel kami ni. Hotel ni banyak bilik tapi parking dia limited sangat. Berapa kali pusing nak cari parking tu. 😅


Ada pameran 100 tahun Disney la kat Pavillion.


Cantiknya train ni. Sparkle sungguh. 


Nak ambik gambar kat sini tapi terpaksa kuburkan hasrat. Ramai sangat. 


Ada la mainan Disney juga kat sini. 


Snow white and us. 


Kat luar pulak ada macam spaceship Chanel. 


Tak shopping pun kat Pavillion. Saje nak jalan-jalan je. Itu pun dah buat hati bahagia. Dah lama juga tak datang KL ni. 





XOXO,
Ezna