My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Bath & Body Works

Baru-baru ini masa Dania pergi seminar PT3 dekat Heriot Watt, saya dan suami pergi ke Mid Valley. Saya ada bagitahu suami nak survey satu benda ni tapi akhirnya beli pula benda lain. Sebelum ni memang ada pakai perfume wallflowers ni untuk bilik. Memang best bau pun kuat. Memang buat lena je tidur. Sekarang nak beli untuk main hall pulak. Bila pergi Bath & Body Works dan ada pula beli 2 percuma 1. Ni lah barangan yang dibeli. 

2 pewangi dan 1 wallflowers plug. Wangian pilihan saya bau frutti atau bau bunga. Vanilla pun saya suka juga. Setelah bau beberapa wangian, ni lah pilihan saya. 


Beli juga perfume mist dan shower gel dan ambik free tu shower gel. Perfume mist ni selalu Dania pakai nak bagi fresh lagi pun bau dia tak la kuat sangat kalau pakai pergi sekolah. Best juga bau Velvet Sugar ni seakan bau Thousand Wishes yang menjadi favourite saya. 


Dah test dah pun wallflowers plug kat hall. Semerbak sungguh bau dia.....you alls suka Bath & Body Works?. Pantang lalu depan kedai mesti nak masuk sebab aroma wangian menusuk hidung. Ni nak cari wallflowers plug sebab nak letak bilik Dania pulak. Nak pergi outlet Bath & Body Works ni bukannya dekat dengan rumah. 😏😏😏

Comments

Post a Comment

Translate

Popular Posts