Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, December 13

Perjalanan Dania ke Sekolah Menengah

Since ada yang tanya pengalaman sekolah menengah ni, samada interview atau pengalaman memilih sekolah menengah saya terpanggil nak share pengalaman saya. Saya sebenarnya takdelah beria nak suruh Dania masuk asrama tapi saya mintak juga sekolah2 yang berasrama ni. Test market gitewww...hee hee Kebetulan Dania pun ada ambil peperiksaan PSRA sekolah rendah Darjah 6 jadi saya juga memohon SMKA, Kelas Aliran Agama, Sekolah Agama Menengah (bawah JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor) dan Sekolah Menengah Agama Nilai. Ada negeri di Malaysia hanya menggunakan Peperiksaan sekolah rendah agama UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti pengalaman anak kepada kawan saya di Pulau Pinang. 

1. Sekolah Harian yang Dania dapat ialah SMK Bukit Jalil since Dania bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Memang setiap sekolah rendah dah ditentukan kalau naik sekolah menengah ada feeder school. Kita wajib sahkan penempatan kat Sekolah yang kita dapat ni. Kalau lah tak dapat sekolah mana2, ni lah sekolah anak kita. Wajib sahkan penempatan ya. 

2. Masa buat pengesahan penempatan kat SMK Bukit Jalil, pada masa yang sama saya mohon pertukaran sekolah ke Putrajaya memandangkan saya dah berpindah rumah dan ayah Dania bekerja di Putrajaya. Kena bawa surat dari SMK Bukit Jalil mengatakan kita nak buat pertukaran. Since saya nak tukarkan Dania ke SMK di Putrajaya, saya bawa surat permohonan pertukaran selain dokumen tambahan seperti sijil2, pengesahan bapa kerja di Putrajaya, slip gaji, surat nikah etc ke Jabatan Pendidikan Putrajaya di Presint 16. Saya memohon samada SMK Putrajaya Presint 8 (1) (Sekolah Kluster Kecemerlangan) atau SMK Putrajaya Presint 18 (1). Dania akhirnya dapat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Kalau nak sekolah kat Putrajaya ni very strict tau. Kena ibu/ayah bekerja kat Putrajaya atau alamat kita kat Putrajaya. Kalau anda ada peluang, sekolahkan lah anak kat Putrajaya. Bangunan sangat bagus dengan fasiliti sekolah yang serba lengkap. Sungguh ni tak tipu. Saya memang kagum dengan sekolah Dania kat Putrajaya ni. Semua jenis bilik ada. Kawasan sekolah yang sangat luas siap dan ada stadium mini. 

3. Sekolah Kawalan, SMKA Kuala Lumpur saya ada mohon. Akhirnya Dania dipanggil interview. Biasanya masa Darjah 6, cikgu akan bagi borang untuk memohon sekolah menengah kebangsaan agama. 

4. Sekolah Kawalan Kelas Aliran Agama saya mohon di SMK Alam Damai, Cheras. Ada yang kata andai interview SMKA Kuala Lumpur tak berjaya....anak kita akan dapat Kelas Aliran Agama. Dania tak dapat SMKA Kuala Lumpur tapi dapat Kelas Aliran Agama di SMK Alam Damai. Walaupun saya dah berpindah ke Bandar Baru Bangi tapi senarai sekolah kawalan ni semua terletak di Kuala Lumpur. Mengikut sekolah rendah anak yang terakhir ya. Kalau Selangor maka senarai sekolah kawalan semua di selangor. Tak sanggup nak terima sebab kena travel 17km to and from rumah di Bandar Baru Bangi. 

5. Sekolah Kawalan di Putrajaya ada buka kuota juga untuk anak yang bersekolah di luar daerah Putrajaya jadi saya mohon SMKA Putrajaya. Boleh tengok di website di sini So far SMKA Putrajaya ni takde asrama jadi kena ulang alik. Asrama masih di dalam pembinaan. (Setakat 20 September 2019...pelajar SMKA Putrajaya kena tinggal kat asrama).

6. Sekali lagi saya cuba nak mohon SMK Putrajaya Presint 8 (1) Sekolah Kluster Kecemerlangan tapi kali ni saya mohon Kelas Aliran Agama di sekolah ini. Dania dapat tawaran Kelas Aliran Agama di SMK Putrajaya Presint 18 (1) iaitu sekolah harian yang memang Dania dapat tapi Dania tak nak pulak Kelas Aliran Agama since Dania dapat kelas DLP (Dual Language Programme) kat sini. Link seperti di No. 5 ya. 

7. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pun saya mohon tapi tak berjaya. Boleh mohon di sini Kena alert selalu takut terlepas tarikh nak mohon. 

8. Sekolah Menengah Agama Nilai Negeri Sembilan pun ada kuota untuk pelajar luar Negeri Sembilan. Saya terus hantar by hand ke Sekolah Menengah Agama Nilai. Ada asrama disediakan since tahun 2017 dah mula program tahfiz tapi sebelum itu boleh ajer nak ulang alik. Ni Dania tak dapat. Boleh click sini kalau berminat. Ada merit nak masuk sini. Keutamaan pada warga Negeri Sembilan. Kuota untuk pelajar luar ada tapi sedikit. 

9. MRSM Dania apply untuk MRSM IGCSE. Interview di MRSM Kuala Kubu Bharu. Dania dapat tawaran di MRSM Serting, Negeri Sembilan. Kena alert tarikh permohonan di sini

10. Sekolah Menengah Agama MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) pun apply tapi tak berjaya. Anyway, ni link sekolah ni kalau berminat sebab ada kuota kalau anak bersekolah di luar Wilayah Persekutuan. 

11. Kalau bersekolah agama di Selangor dan mengambil peperiksaan PSRA boleh mohon Sekolah Agama Menengah (SAM) yang terletak di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selalunya Sekolah Rendah Agama akan sediakan borang permohonan. Jikalau anak kita bersekolah rendah kebangsaan di luar Selangor, kena isi borang Permohonan SAM luar selangor kalau tak silap borangnya tapi boleh je minta Sekolah Rendah Agama sediakan. In my case, saya sendiri yang pegi mintak borang kat JAIS sebab dah lama saya mintak borang kat SRA (Sekolah Rendah Agama) tak dapat-dapat sampai ke sudah. Click di sini

12. Salah satu sekolah berprestasi tinggi yang terletak di Bandar Baru Bangi ialah SMK Jalan Empat. Kat Selangor ni ada beberapa sekolah berprestasi tinggi. Senarai sekolah berprestasi tinggi dan kluster kecemerlangan di sini Ni link kat Selangor je ye. Kalau negeri lain boleh rujuk Jabatan Pendidikan negeri masing-masing. Since senarai sekolah kawalan Dania semua KL, saya pun dah pindah kat Bandar Baru Bangi jadi saya terus ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan mohon rayuan untuk kemasukan ke SMK Jalan Empat. Kena attached segala sijil2 kokurikulum, UPSR etc. Saya bagi semua sijil yang siap disahkan Pegawai A. Dania dapat panggilan kedua sebab memang panggilan pertama untuk yang mohon online atau melalui sekolah di Selangor. Dania kan sekolah kebangsaan kat KL. Panggilan kedua masuk minggu ketiga pada bulan Januari. Masih tak terlalu lewat la kan. Kalau yang tak nak anaknya masuk asrama, sekolah harian berprestasi tinggi atau kluster kecemerlangan mungkin menjadi pilihan. Ikutkan ada je klausa mengatakan, SK luar hulu langat tidak layak memohon SMK Jalan Empat. Rezeki Dania dapat juga alhamdulilah. 

Lepas hantar borang by hand kat SMA Nilai, kita selfie dulu. Saje nak buat kenangan saya gigih menghantar borang permohonan. 


Interview kat SMKA Kuala Lumpur. Program tahfiz Ulul Albab. Kena hafaz 30 juzuk Al Quran. Masa interview mereka bagi masa untuk menghafaz sebab nak tengok berapa banyak yang anak kita boleh menghafaz dalam masa yang diperuntukkan.  


Interview kat MRSM IGCSE Kuala Kubu Bharu. 


Dapat tawaran kat sini, lepas seminggu masuk kat SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Sempat la survey MRSM Serting ni. 


Siap masuk sampai ke dalam dan bergambar dengan bas MRSM Serting. 


Dewan Gemilang MRSM Serting. Dapat call juga daripada MRSM Serting tanya kenapa tak datang daftar....kalau berminat masih boleh mendaftar. Sampai ke sudah Dania tak datang mendaftar. 



Interview di SMKA Putrajaya. Program tahfiz Ulul Albab juga sama macam SMKA Kuala Lumpur. Mereka akan beri anak kita masa untuk menghafaz. Jangan lupa bawa Al Quran ya. 


Bergambar selepas daftar Tingkatan 1 di SMK Bukit Jalil. Sekolah harian yang Dania dapat pada mulanya tapi mohon pertukaran. SMK Bukit Jalil ni kiranya feeder school. Setiap sekolah rendah kebangsaan ada feeder school masing-masing. Kalau nak tahu kena tanya la cikgu sekolah rendah ya. 


Kelas Aliran Agama (KAA) di SMK Alam Damai. Kalau nak mohon pertukaran KAA kat sekolah lain kena bersekolah kat sini 2 minggu dulu baru boleh mohon pertukaran. Tak sanggup pulak nak ulang alik. Masa saje-saje survey sekolah ni bila tengok deko sekolah ni berkenan pulak. Lawa betul ada payung warna-warni bergantungan. 


Sekolah harian ni Dania dapat mohon pertukaran. Kalau tak, Dania bersekolah kat SMK Bukit Jalil. Ni pula SMK Putrajaya Presint 18 (1). Ada 2 sekolah kluster kecemerlangan di Putrajaya iaitu SMK Putrajaya Presint 8 (1) dan SMK Putrajaya Presint 9 (1). Nak masuk sekolah kat Putrajaya ni as I said earlier kena Ibu/ayah bekerja di Putrajaya atau alamat rumah di Putrajaya. Agak strict nak bersekolah di Putrajaya. Kalau anda ada peluang bolehlah sekolahkan anak kat sini. 


Ni masa hari pertama persekolahan Tingkatan 1 tahun 2017. Luas kan dewan kat SMK Putrajaya Presint 18 (1) ni?. 


Ni kelas Dania ni. Siap ada locker kat belakang sorang satu tu. Guru kelas Dania pun best. Kat sekolah ni, guru disiplin saudara kepada ayah Dania. Kalau lama lagi kat sekolah ni Dania mungkin dikenali guru-guru sebab ada guru yang berkait saudara. Mungkin Dania ada kelebihan kat sini. Masa dah pindah, saudara kepada ayah Dania yang bernama Cikgu Zaid cakap guru besar dah tanya-tanya nak minta ayah Dania jadi AJK PIBG bahagian IT tapi dah pindah dah Dania. Hee hee...


2 minggu kat SMK Putrajaya Presint 18 (1), Dania dapat tawaran ke SMK Jalan Empat jadi pindah pula kat sini. Berat hati juga pada mulanya sebab Dania dah ada geng tapi akhirnya dengan izin Allah ke sini juga akhirnya. Elok2 sekolah pagi kat Putrajaya, kat Bandar Baru Bangi kena sekolah petang pulak. 


Moga Dania dapat mengukir kejayaan kat sekolah ni ya....jenuh ummi mohon sekolah sana sini. 


Ada yang minta pendapat, sekolah harian yang ada berprestasi tinggi dan kluster kecemerlangan ni ok ke kalau tak nak anak masuk asrama?. Actually tu atas kita. Apa yang kita nak. Kita sanggup tak nak berpisah dengan anak?. Tak boleh nak memerhati anak kat rumah. Dia kawan dengan siapa?. Macamana dia belajar?. Kalau anak belajar kat asrama, ada jadual waktu yang mereka kena patuhi. Ada anak yang tak nak pun masuk asrama tapi ibu ayah yang force. Kalau force ni takut nanti jadi apa2 siapa lak yang nak dipersalahkan?. Tapi berbalik kepada kita juga sebagai ibu bapa, persekitaran pembelajaran tu macamana. Saya sendiri survey sekolah asrama yang Dania dapat tapi bagi saya terlalu jauh. In case of emergency, saya tak dapat sampai secepat mungkin. Saya dan suami pun pernah sekolah berasrama tapi pilihan bagi Dania duduk rumah ni pilihan kami. Kami kenal sangat anak kami ni. 

Dania pada minggu2 pertama kat sekolah menengah harian tu rasa rendah diri sangat berbanding kawan2 SKBJ dia yang kebanyakkannya masuk sekolah berasrama. MRSM, SMKA dan SBP. Jadi kalau Dania tahu ada kawan2 yang baru terima permohonan kemasukan ke mana-mana sekolah berasrama mula la nak 'banjir'. La ni dah ok dah. Masa cuti sekolah lalu sebelah sekolah SMK Jalan Empat tu dah tersengih semacam. Ok la gitu kan. :) Dania kata dia rindu sekolah dia. 

Moga post ni dapat beri panduan untuk mereka yang nak mohon sekolah menengah. Not easy I know. Doa banyak2. Saya solat hajat, kirim doa kat jiran yang pergi haji dan cikgu Dania yang pergi umrah. Bagi saya doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu. Pasti Allah dengar. Moga anak2 kita dapat sekolah yang terbaik untuk dirinya. Bukan yang terbaik untuk diri kita ya....


****ada yang tahu saya mintak sekolah menengah sampai 12 ni, dia kata takkan takde yang kena kak, mesti ada rezeki Dania sebab ummi dia gigih mohon. Allah tengok usaha akak tu. Sweet sangat kata-kata dia....thank you.... :)

****kenangan untuk Dania bila dah dewasa nanti... :)


Moga perkongsian saya dapat memberi manfaat ya...





14 comments:

  1. wah.. dah selesai urusan pendaftaran ke sekolah menengah yea.. TB pun TB lebih suka anak dekat dengan TB, bukan kongkong, tapi TB nak dia depan mata kalau ada apa-apa hal.. kalau dapat asrama tapi jauh pun risau juga kan.. tambah-tambah macam-macam kes sekarang, buli dan pukul.. Allah.. TB tak kuat semua tu..

    ReplyDelete
  2. ya betul tu, anak dulu akak anto ke sekolah agama di KB.. setahun lebih aja, pastu pindah kan ke JB.. memang risau kalau berjauhan , tak tau siapa kawan2 yang pengerahui dorang nnt kan

    12 Tip Untuk Tingkatkan Trafik ke Blog Baru Anda

    ReplyDelete
  3. Thanks.. best baca pengalaman Puan.. moga kejayaan milik Dania

    ReplyDelete
  4. best pengalaman puan.. sy pun tgh usaha mcm2.. tggu result upsr psra

    ReplyDelete
  5. Posting yg sangat bermanfaat, sy sedang mencari2 info skolah agama berasrama utk anak sy.
    Tq for info :)

    ReplyDelete
  6. Tqsm for sharing sis. Gigih usaha mama utk anakanda tersayang, Allah has destined the best for Dania and the parent too. Smg I jg terus berusaha as U for my 1st doter Damia Form 1 schooling next year. Wish uz all the best ya. Much ❤️!

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing... this is my first experience cari the best school for my son too. Dpt jadikan panduan... and yg paling menyentuh hati " Doa seorang ibu dan solat hajat...." mudah2an anak saya Iman juga dpt belajar di sekolah yg dihajatinya... Aaminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best. Kita nak yang terbaik untuk anak kita...

      Delete
  8. thanks for sharing...selamat maju jaya utk anakanda puan..saya pun tgh mencari maklumat utk anak saya yg sulung..yg profile pic ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan anak saya. Moga Ummu Nuha pun dipermudahkan perjalanan mencari sekolah yang terbaik untuk anak :)

      Delete
  9. Pn..boleh saya tahu ..waktu bila utk mohon smk jln 4?selepas daftar di feeder school atau sblm tutup skolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SMK Jalan Empat ni sekarang dah jadi feeder school untuk SK Jalan Empat. Kalau anak Puan/Encik bukan dari sekolah SK Jalan Empat. Mula2 kena sahkan penempatan di sekolah menengah. Ni wajib sebab nanti kalau tak dapat mana2 sekolah yang dipohon....anak Puan/Encik dapat penempatan di feeder school.

      Lepas habis sekolah (cuti sekolah bulan 12) boleh terus ke PPD Hulu Langat dengan membawa bersama sijil berhenti sekolah, sijil2 kokurikulum, since UPSR takde boleh bawa keputusan peperiksaan akhir tahun darjah 6. Semua siap disahkan Pegawai A Kerajaan atau sekolah rendah anak. Kat PPD Hulu Langat nanti kena isi borang. Kepilkan dengan semua sijil. Kalau permohonan berjaya, pihak PPD akan telefon kita.

      Delete
  10. wuish menarik pengalaman you time sekolah...jadi rindu pulak kat sekolah menengah hehe

    ReplyDelete