Khamis, Julai 4

Peminat BTS boleh serbu Miniso

Ni yang masa saya berjalan berdua dengan Dania di IOI City Mall tu. Kami masuk Miniso kemudian....wahhhhhh

Kat dalam ni tengah ada promosi BT21. YTJT (Yang tahu je tahu)  ya....



Ada botol air comel ni juga. Geram tengok ya. 


Bantal nak travel pun ada. 


Dari atas sampai bawah raknya penuh dengan karakter BT21. 


Ballpoint pen pun ada. Comel la tapi idak la Dania nak pakai pen ni kan....beso betul kartun dia ni. 


Ini pengasah pensel kot....


Macam-macam la pulak....bagi saya semua comel-comel. 


Harga dia bagi saya range yang ok jugak la. 


Dania cakap troli kecik tu comel la tapi kalau beli nak buat apa?....


Peminat kumpulan KPop BTS boleh la terjah Miniso ya. Masa ni Dania tak beli tapi bila Dania pergi IOI City Mall dengan kawan-kawan (lepas balik bercuti)...Dania ada beli satu bekas kecil BT21 ni boleh letak liquid la. selalu Dania bawa micellar water tu ke mana2 dengan botol besar. Transfer Micellar Water ke bekas kecik tak berat la beg kan.....

Setiap satu karakter mewakili ahli kumpulan BTS. Macam Dania suka yang rabbit tu nama dia Cooky. Mewakili ahli bernama Jungkook. 





XOXO,
Ezna

 

12 ulasan:

  1. tk pernah masuk miniso tp pernh dpt birthday gift dr miniso...peminat BTS pasti suka ni

    BalasPadam
  2. cute2 belaka merchandize ni!! gegirl dan boboy minat berbeza kan..so my boys suka jugak beli2 brg gini tp biasanya beli toys la (mcm hot wheels), tshirt la, cap la, sweatshirt laa..gitu lerr hahahah

    BalasPadam
  3. Huhuhuu siapa yg minat mmg akan serang la tempat ni.... Jgn la anak anak ternampak tmpt ni ... Habis kena cukai nanti hahahahaaa..

    BalasPadam
  4. Dah lama tak masuk miniso yg di JKT. Tapi saya pun buka fans nya BTS lagi 😅. JD memang tak paham dengan segala souvenirs mereka.

    BalasPadam
  5. omg cutenya semua BT21! troli kecik tu blh je letak utk desk deco atau boleh je isi ape2 mcm stationaries or etc yg sesuai kat work station.. mesti cute gila aaaaaaaa cutenyaaaa! hahahaha gerammmm semua cute!

    BalasPadam
  6. Haha btul la klu yg tahu je tahu haha utk yg tak tau ni, kita pun pening tgk karaktor2 dia 😅

    BalasPadam
  7. Semuanya cute je... Byk pulak tu pilihan dan jenis, rambang mata ni peminat BTS

    BalasPadam
  8. Kedai-kedai macam ni comel-comel barang dia tapi harga hahaha
    nieyl ada masuk kedai ni, tapi pusing2 je..

    BalasPadam
  9. Kalau rajin tengahari kang boleh la terjah Miniso..eh..ada ke Miniso kat NuSentral, Yubiso ada la kalau x salah..eh lupa la...comel2 tu boleh belikan untuk Dida...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...