Rabu, Julai 24

Daging resipi Pah dah level up

Nak dijadikan cerita, roti burger ni nak tamat tempoh dah lagi sehari jadi...


Cepat-cepat lah menjadikannya sebuah hidangan. Disebabkan tak nak makan nasi jadi saya masakkan daging pah ni sebagai inti dalam burger. Haaa daging masak Pah dah naik level up jadi burger ya. 😅. 

Sebelum tu panaskan burger ni sekejap supaya lembut. Sapukan burger ni dengan marjerin. Marjerin pun tinggal sikit je jadi sapu kat mana yang boleh je la. Kemudian saya akan letakkan buah tomato, keju, daun salad, mayonis, sos cili dan isinya itu daging Pah ni. 


Daging masak pah pun boleh dijadikan inti burger ya. Bukan hanya patty daging dan patty ayam ajer. 


Resipi daging masak Pah (Pah ni Opah saya la) : 

Bahan - bahan :
Daging
Kicap
Air Asam jawa

Bahan yang dikisar :
Bawang holland 
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai 
Halia
Cili kering (direbus dulu)

Cara - Cara :

Daging direbus dulu untuk bagi empuk. Selesai direbus diketepikan. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging, kicap pula jangan banyak sangat nanti termanis atau tergelap dagingnya dan air asam jawa. Masak sehingga agak kering. Macam saya suka ada kuahnya sedikit. 

Boleh dipelbagaikan dalam masakan. Makan dengan nasi ke....dan apa-apa yang kita suka....Teringat dulu Pah akan masak dan hidang masa Hari Raya dengan lemang. 😊. Saya pula jadikannya inti dalam burger. Eh....sedap jugak la....😋


***All the best Dania untuk final paper Introduction to Soil Science. Moga Allah beri ilham untuk menjawab dengan tepat dan mengikut skima pemarkahan. Alhamdulilah hari ni last paper untuk Semester 2. 




XOXO,
Ezna
 

7 ulasan:

  1. Bila letak nama OPAH nih, teringat masakan opah dah gelagat opah saya masa kat kampung. ohh tinggal kenangan

    BalasPadam
  2. linda igt daging segera...
    rupanya resepi opah....

    BalasPadam
  3. wahh.. boleh la saya tiru resepi ni nanti.. Good luck juga untuk exam Sem 2 Dania

    BalasPadam
  4. wahhh dania dh last paper yer ari ni!! all the best tau!! my ariff pun last day exam ari ni..total 6 hari dia exam, sejak last week lagi termasuk ari sabtu la dia exam

    BalasPadam
  5. mcm dendeng yer..nampak sedap..
    all the best to Dania!

    BalasPadam
  6. aisssh jd nak buaaat jugaaak :D. kliatan sedap tapi yg terpenting resep nya simple... saya sukaaa :D

    BalasPadam
  7. kenapa saya nampak macam daging dengdeng👍👍👍👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Moreh sampai dua tempat sebab apa?

Mulanya kami pergi kat food truck depan Kompleks PKNS, Bangi. Order la jus kat food truck ni.  Sementara tu saje jalan2 kat booth depan Komp...