Ahad, Julai 7

Bertemu dengan blogger dari Indonesia

Pagi...selalunya saya dan hubby hantar Dania ke Fakulti. Kelas bermula jam 8 pagi -11 pagi. Ok fine la kita ada program ya Dania lepas Dania balik kelas. 


Saya kan kata suka datang awal dari jadual Dania habis kelas. Kelas Dania yang patut habis jam 11 pagi....saya datang dalam 10.35 pagi camtu standby. Nampak bas MRT lalu dengan bas UPM silih berganti tapi Dania tak keluar lagi walaupun jam melepasi waktu 11.15....11.30.....dekat jam 12 tengahari baru habis ya.....aduhhhh dekat 1 jam saya tunggu dalam kereta ya....dari hujan renyai2 kembali berhenti....kembali hujan dan kembali berhenti semula. Cuaca macam tak menentu pulak hari ni. Dania kata lecturer bagi tips menjawab final exam sebab dah last class dah jadi Dr pun drag la masa....


Ini jadual ERL. Plan dia naik ERL kat Putajaya Sentral kemudian bila tiba KL Sentral, naik LRT pulak ke KLCC. 


Ini dekat Putrajaya Sentral. Memang siap-siap sediakan 2 kad Touch and Go. Senang touch je kat machine tu. Nampak tak Dania bawa cabin bag tu?. Ada kegunaannya nanti. 😅


Stesyen Putrajaya Sentral ni memang direct ke KL Sentral tapi akan berhenti la beberapa station juga. 


Ibu dan anak ya....sebenarnya dari Dania duduk baby chair lagi bawa Dania jumpa kawan-kawan. Hehe. Sekarang pun dah nak masuk 20 tahun bulan 11 ni. 


Cari tempat duduk yang mengadap berdua dan tepi tingkap sebab Dania nak view Bukit Expo UPM dari sini. 


Mulanya nak berjumpa di O Brien KLCC tetapi beralih ke Two Sons Bistro KLCC. Rupanya Carneyz pun ada. Saya dapat tahu pun masa saya kat dalam ERL. Last minute katanya Carneyz nak join. Suzz aka Mama Zharfan pula last minute juga tak boleh join sebab kereta mengalami kerosakan. Moga yang terbaik buat Suzz ya. (Memang ada whatsapp pun kata2 doa untuk Suzz pun). 

Di depan mata saya.....Fanny Fristhika Nila.....blogger yang selalu datang komen di blog saya panjang-panjang ya. Selalunya banyak blog post yang Fanny komen sekali harung. Sangat happy ya dapat jumpa depan mata ya Fanny. Fanny ni dari Jakarta dan liburan di KL dan kemudian akan ke Pulau Pinang pula untuk perawatan ayah Fanny. 

Sebenarnya Jakarta dan saya terasa sangat dekat di hati sebab masa saya kecik-kecik dulu sekolah rendah sampai sekolah menengah, papa dan mama selalu juga bawa kami adik beradik bercuti ke Jakarta dan kami akan makan-makan di Sari Bundo (itulah pasal trip saya pergi makan ke Sari Bundo dengan Dania dan suami di Jakarta, airmata terus jatuh sebab ingat memori makan kat sini), kami ke Blok M dan mama akan beli kain batik banyak2 dan bagi adik beradik Mama yang ramai tu, kami juga ke Dufan (theme park) dan banyak lagi tempat la....


Dania join sekali la...lepas ni baru la nak Kinokuniya ke apa ke....kedai buku yang disebutnya dulu ya....


Ikutkan masa saya datang ni tidak la terlambat sangat sebab makanan Fanny baru ajer tiba ya.....
Ini adalah Laksam pilihan Fanny. Fanny jangan makan dulu ya...kakak nak ambik gambar....Haha ni memang gaya seorang blogger sebab nak bagi cantik je gambar tu. 😆


Ini pula butter clam agaknya.....rasanya memang sedap sebab Dania dok tanya boleh ambik ke ni?. Dania suka nampaknya tapi segan-segan nak ambik. 😅. Aunty Carneyz kata ambik la....


Makan clam tadi cicah roti mantao ni. Sedap la....


Saya order juga Pizza Margherita ni. Ada cheese, tomato dan daun basil. Ini je bahan dalam ni dan tak ada ayam ke daging ke. Dania pun kata sedap. 


Sebenarnya saya banyak tanya Fanny juga...ada benda yang kena tanya direct kepada WNI (Warga Negara Indonesia) seperti baju sekolah di Indonesia. Saya curious selalu kalau dalam filem Indonesia yang portray baju sekolah putih dengan seluar/skirt/kain warna kelabu itu rupanya SMA (Sekolah Menengah Atas macam kita ni Form 4 ke atas). Saya ingatkan itu sekolah swasta. Tanya pasal agama di Indonesia, pasal Islamicphobia masa Fanny travel ke luar negara.....eh macam2 pula perbualannya ya...

Saya suka sangat tanya untuk saya simpan sebagai panduan di masa depan....seronok kan tahu banyak budaya dan bangsa di dunia ni. Apatah lagi kalau serumpun cakap Bahasa Melayu aja....

Terima kasih Carneyz kerana belanja....dan seterusnya....kami nak makan dessert pulak jadi kami ke....


Gula Cakery ni baru buka di sini lah....tapi.....rasa warm la dalam ni. Tak terasa aircond pulak. Entah kenapa....


Sebenarnya kenyang juga baru ajer lepas makan tapi kalau nak makan pemanis mulut ni ok ajer kalau share kan.....Dania masa ni tengah berjalan seorang ke Kinokuniya. Saya suruh Dania jumpa kat sini ajer kalau dah selesai di situ. 

Ini adalah keylime tart. Actually yang duduk sebelah kami yang suggest keylime tart ni. 


Ada macam topi smurf ni saya tak sure apakah ini....cream ke..., marshmallow ke...rasanya macam ada citrus sebab lime dan manisnya tak keterlaluan. 


Ini pula Pavlova. Saya suka juga sesekali makan kan....tapi....tapi.....potongan slice Pavlova ni tak cantik la. Mungkin pavlova ni lembut sangat agaknya. Walaubagaimana pun kami tetap enjoy juga makan Pavlova ni. Makan share je ni....


Sebelum jam 4 petang kena make a move sebabnya saya dan Dania nak singgah solat dulu kat KLCC ni, Carneyz pula nak ambik anak-anak dari sekolah dan Fanny pula ada nak jumpa blogger lagi jam 5 petang pula. Memang full ni Fanny. Bagaikan idola blogger Malaysia. Seronok juga dapat kawan blogger negara lain kan?. 


Gambar ni semua Dania yang ambik. Apa sebabnya saya kena bawa cabin bag ni ya?. Sebenarnya...bila Fanny tanya tentang Grab yang perlu hantar hadiah Fanny untuk blogger-blogger yang tak dapat berjumpa dengan Fanny...., atau nak poskan perlu kotak kan....agak renyah baginya untuk poskan sebab kena bawa ke Pejabat Pos nak balut semua kan....jadi...saya suggest adik saya sahaja sebab memang beliau ada buat part time ni. Suaminya agak flexible juga jadi bila tanya ke adik saya....ok Fanny boleh deal dengan adik saya terus. 

Memandangkan kakaknya ni free....jadi kakaknya ni akan tolong bawakan hadiah-hadiah 3 blogger ni dan pass pula kat adik. Adik saya ni kerja jadi weekend ajer boleh hantarkan. Kakak yang baik ya tolong ambil ajer.....fikir2 kita tolong pula hari jumaat kan...moga urusan saya nanti dipermudah...harga ke apa saya takde kena mengena ya. Disclaimer dulu.  Fanny direct berurusan dengan adik saya....2 akan dihantar ke Seremban dan 1 akan dihantar ke Gombak. 


Lepas tu kakak dia ni la yang melompat kat adik....bila nak hantar? 😆. Masa adik saya dan suaminya hantar kat Seremban tu....paginya adik saya dan suaminya baru hantar anak mereka iaitu anak saudara saya mendaftar ke Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Baru dapat offer....Sofiah namanya.....moga bersungguh-sungguh kat sana ya (errr tak lama ya....😅. Dah berminat nak masuk.....??? Ok entry seterusnya la). Malam tu yang adik saya singgah Seremban hantar pula kat 2 rumah. 


Tengah menunggu LRT nak ke KL Sentral. Ramai juga orang ya. 


Tq Dania teman ummi. 


Nasib baik dapat tempat duduk ni LRT ke ERL ke....rasa macam ERL.


Tengok la ni.....masa kat surau dah kena tegur bawa beg tarik ni jadi saya angkat beg tarik ni. Tak terkata la dia....mana mungkin saya tinggalkan di luar sahaja.....satu beg hadiah terpaksa diletakkan di luar. Kotak tu pun bukan kepunyaan beg yang oren ni....cuma tumpang sahaja sebab kotak ni besar nak masukkan dalam cabin bag. Isi dalam saya dah simpan siap2 dalam cabin bag. 


Singgah station ERL ni nampak apam balik ni pulak. Dania punya favourite. 


Saya selalu nampak kalau majlis2 di kawasan rumah saya selalu panggil apam balik seri menanti ni. 


Ini pula hadiah-hadiah yang saya dapat ya....Mummy Ayu kirimkan hadiah untuk Fanny sebab tahu saya akan berjumpa dengan Fanny. Ya hadiah selamat dikirim buat Fanny dan saya pun dapat hadiah juga....2 ekor burung kait key chain (satu untuk Dania. Dania punya yang pink) dan satu tudung bawal yang saya pakai masa jumpa Fanny dan Carneyz. Thanks MA.....comel semuanya....


Ini pula set sejadah, telekung dan sejadah muka travel dari Fanny. Warna lilac. Senang nak bawa travel ni sebab size kecil je....


Fridge magnet dari Fanny, keychain dan hand cream Cath Kidston dari Carneyz. Terima kasih....macam tak jumpa hand cream Cath Kidston ni kat Malaysia. 


Hijab buttonscarves ni eksklusif kena buka kertas nipis tu.


Hijab pleated warna lilac......khas daripada Buttonscarves. Cantik hijab dan kotaknya....warnanya jangan cakap la memang warna kegemaran saya. Hehehe....


Ok...ada lagi rezeki hijab ni....buttonscarves juga....berwarna purple.....suka...suka....suka....


Dan hijab yang ini....warnanya pun sweet sangat. Tengok la kotak hijab ni....rasanya ini koleksi hijab bunga. Memang manis sangat. Pandai betul Fanny memilih ya....


Ini pula beg kait dibawakan khas oleh Dowa yang berpengkalan di Indonesia ya. Fanny kata semua produk Indonesia yang Fanny hadiahkan. Ini baru hadiah saya ya. Belum lagi hadiah blogger yang lain ya. Bag ni saya dah rasmikan dah. Cuba teka warna apa??? Lilac.....memang manis la warnanya. Dan ini pun secara kebetulan ya....saya ada tanya Fanny dan Carneyz pernah ke pergi ke Milan sebab di sana Islamicphobia nya sangat kuat. Ya belum pernah ke sana lagi....dan tup tup....beg Dowa saya ni kan range yang saya dapat ni nama dia 'Milan' dan ada beberapa bag juga nama tempat di Italy seperti Florence dan Venice. Siap ke IG Dowa ni lagi. Serius saya suka bag ni dan dalamnya attached sekali dengan pouch boleh muat beg duit, phone dan banyak lagi la. Love....Love....Love.....

Fanny kata ada belikan saya hadiah warna purple untuk belated birthday saya.....tapi ada juga kalau tak silap saya disebut hadiah-hadiah....tu yang saya pun prepare beberapa hadiah juga....


Apa pun terima kasih Fanny....hadiahkan beberapa barangan dari Indonesia, terima kasih Carneyz sebab belanja dan gift yang sangat best tu....dan terima kasih Mummy Ayu sebab bagi gift comel burung kait saya satu dan Dania satu juga tudung bawal (saya pakai masa jumpa Fanny dan Carneyz).

Alhamdulilah.....setakat hari ini semuanya telah selamat terima hadiah-hadiah dari Fanny. Kemain adik saya pun update saya. Padehal tak payah update pun takpe....sebab apa? Kakak dia bising bila nak hantar? 😜. 

Alhamdulilah....kawan2 blogger yang baik juga satu rahmat kan?. Moga saya dapat berjumpa Fanny lagi di Jakarta sebab Dania ni ada makanan dia nak makan lagi.....





XOXO,
Ezna

24 ulasan:

  1. Alahai Dania malu2 pulak padahal saya mmg order big pot clams tu sbb nak makan kongsi ramai2 🤭

    Jom kita pegi melawat Fanny kat Jakarta 😅 Bila la ada rezeki nak ke Jakarta ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom carneyz...i nak join laaa...i tak pernah lg sampai kat indonesia...kita buat gegirl trip nak? ezz...jom jommmmm

      Padam
  2. Dania terpaksa juga dengan kawan2 mama. Hihi. Meriah sesi perjumpaan tu. seronok dapat jumpa kawan blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ikut....tapi memang Dania dia nak ikut pun kali ni sebab nak pergi Kinokuniya. Meriah sesi perjumpaan ni dengan cerita macam-macam. Hehe.

      Padam
  3. Alhamdulillah.
    Bertuah sungguh dapat bertemu blogger Fanny yang manis menawan!
    Semoga ukhuwah di antara bloggers dua negara terus berpanjang. Rezeki dapat bertemu, bertambah lagi rezekinya dapat hadiah yang akan menjadi kenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kita seronok je berkenalan dengan blogger Fanny malahan mana-mana blogger pun sebab circle yang sama....

      Padam
  4. Alhamdulillah... Seronok dapat bertemu mata... Semoga ukhwah terjalin hingga bila2.. Aamin2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul...moga ukhuwwah kita sesama blogger pun terjalin ya Linda....

      Padam
  5. waahhh bestnya dpt ketemu sesama blogger! betul lah blogger fanny udah mcm artis blogger pojaan semalaya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya penuh diari Fanny dari siang sampai malam.....

      Padam
  6. Tertunggu2 posting dengan Fanny ni...

    Mulai hari ni uncle iystiharkan Fanny dan suaminya Raka adalah rakyat Indonesia yang pailng ramah dan baik hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudia perisytiharan Hari Raya...eh bukan perisytiharan UG buat kedua pasangan merpati dua sejoli Fanny dan Raka.

      Padam
  7. Alhamdulillah dapat mengeratkan lagi silaturrahim dari maya ke reality :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.....alhamdulilah.....ada rezeki dapat berjumpa....

      Padam
  8. alhamdulillah. best semua hadiah2 tu. tqvm to u and ur adik for the effort. really appreciate it. ..i baru tahu u ada byk kenangan kat jakarta...esp dgn ur family....kenangan abadi pastinya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz.....alhamdulilah.....banyak betul hadiah2 you juga kan yang Fanny bagi. I susun-susun nak bagi senang dibawa nanti....macam-macam i jumpa dalam beg you tu....lagi satu nak cari kertas nama sebab nak staple kat depan beg tu.

      Padam
  9. alhamdulillah.. meriah sungguh bila dpt gather2 kan...
    tq so much ezna tlg sampai kan gift from MA.. & tq to ur sis juga, tlg deliver kan gift dr Fanny. glad u love a simple gift from me.. :-) and cantiks je tudung tu dgn u... harap one day kita leh jumpa plak kan.. in sya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya moga ada rezeki nak jumpa MA satu hari nanti.....

      Padam
  10. makan sedap, hadiah best best, dpt jumpa kwn2 yg sblm ni knl kt blog je... mmg nikmat kan? kalau boleh nak lepak lama2😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak lepak lama2 tak boleh pulak sebab Fanny nak jumpa blogger lain sesi lepas sis jumpa....busy Fanny hari yang sama set date dengan ramai blogger.

      Padam
  11. mmg syok dpt jmpa ngan blogger...nk2 plak blogger jauh dr seberang tu kan....dpt plak mcm2 gift tu...best222...menu clams tu mmg tringin nk mkn sbb dlu2 pi frust dh sold out...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lar ya ke Amy...agaknya memang menu ni yang orang nak makan sangat. Tapi....paling suka Dania....dia kata sedap....

      Padam
  12. Seronoknya tengok ukhuwah fillah antara blogger.
    Semoga kekal selamanya.
    Masyallah.. semua hadiah cantik-cantik.

    BalasPadam
  13. Kak eznaaaa, padahal saya dah bilang ke kak erma tak usah buru2, santai saja karena tak urgent pun 🤣. Saya dah terimakasih sangaaat saat tahu kak erma memang bisa hantar barang2, memudahkan sangat buat saya, tak perlu bungkus segala macam. 👍. Next boleh lah saya pakai lagi jasanya kalo nak kirim2 barang area KL yaaa 😄.

    Memang happy bisa bertemu kak ezna dan dania pula. 😄😉. Saya sukaaa krn kakak pun ramaaah dan banyak mengobrol. Tak terasa waktu tuh dah lama juga kan. Macam baru sebentar 😄👍

    Nanti pastikan kalo ke Jakarta kakak contact saya yaaa. Saya ajak lah makan bakmi yg sedap2 di sini🤗😘

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...