Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 21

Menu lunch kami.....

Tak ingat pulak nak post cerita ni. Masa ni saya tak masak sebab plan nak makan kat Umai @ Serumpun, UPM je. Sebelum makan ambik gambar berdua dulu la. 


Dania order Mee. Nampak sedap ni. Orang tu dah siap-siap masukkan minyak bercili. 


Kat kedai yang sama jugak order dumpling goreng. 


Close up minyak bercili dan dumpling goreng. Dumpling goreng ni takde la sedap sangat sebab kami pernah makan yang sedap lagi. Banyak rempah pulak dalam dumpling ni. Next time tak order dah dumpling goreng ni. 


Saya rasa nak makan laksa jadi saya order laksa utara ni. 


Kat sini yang saya order laksa. Kalau nak cendol pun ada jugak tapi saya minum teh o ajer. 


Agak-agak teringin nak masakan orang lain boleh je pergi sini lagi. Masa ni rasanya makan lewat sikit sebab tunggu Dania habis kelas petang. 





XOXO,
Ezna

Lewat sikit hari ni…..

Biasalah manusia ni kan....ada masa terlambat pulak. Hari ni Dania terlambat ke kelas sampai je kelas tengah berehat lepas tu lecturer nampak Dania tiba-tiba kata eh.....mungkin maksudnya eh tadi takde....sekarang ada.....πŸ˜…. Lecturer ni lelaki tapi cepat kenal student dia dengan nama sekali. Hari ni kebetulan ada briefing aktiviti 'Sulam'. Aktiviti ni mereka kena ke sekolah di Jeram untuk mengajar student Tingkatan 5 Perakaunan. Dijadualkan mereka ke Jeram tu masa study week. Satu hari je la diantara 1 Julai 2024 - 7 Julai 2024. Kata Dania kelas Dania terpilih untuk aktiviti ni. Patut pergi awal lagi tapi sekolah tu ada exam pulak. Dania kata Dania bertugas sebagai kakak fasilitator. 

Dania nak menyimpan dulu alat-alat solek dia....bedak etc....haihhhh la...ni pun ambik masa jugak......Dania punya motto 'Better Late Than Never', kalau saya la terbalik....'Better Never Than Late'. (ni ditambah ya. Takde pun ayat ni. Kalau saya la dah lambat memang tak datang la kelas....kisah dulu ya sebab selalunya lecturer garangπŸ˜…  tak pun kena tutup pintu. Tak boleh masuk kelas dah). 


Sementara itu....hubby ajak minum pagi dulu. Saya tiba la kat rumah. Ingat kot hubby ada kat rumah....rupanya dah ada kat LC (Line Clear) Putrajaya. Lepas tu terus ke LC Putrajaya dan order siap2 air dan roti tampal. 

Saya tiba tu roti tampal dan air dah siap. Hari ni hubby pakai baju batik sebab hari khamis. 


Tunggu hubby gerak dulu sebelum saya pun balik. 


Saya dapat parking kat sini. Selalunya area Presint Diplomatik ni cukup payah dapat parking. Memanjang je penuh. 


Elok je kat rumah jap....dah nak kuar balik ambik Dania pulak. Begitulah rutin hari bekerja.....tapi....saya menyukainya....😊





XOXO,
Ezna

Thursday, June 20

Mencari paste gochujang

Bila teringin nak makan Korea. To be exact nak makan Tteokbokki (Rice Cake). Nak masak Tteokbokki ni perlu paste gochujang dalam resipinya. Nak mencari paste gochujang tu satu hal sebab saya ada cari kat satu pasaraya tu kat bahagian sos takde pulak. 


Sampai kena tengok internet sebab nak tengok packaging paste gochujang ni. Dah jumpa kat Tesco IOI City Mall. 


Boleh juga pilih sos yang ni. Akhirnya saya pilih yang paste bekas merah. Ada sijil halal dari Indonesia. 


Masa ni Dania ikut ke IOI City Mall lepas kelas. Rasanya petang tu dah takde kelas tu yang ummi ajak sekali ke IOI City Mall tu. Dania kalau bab berjalan memang dia suka. 😊.

Makan kat 4 Fingers sebab ada kupon 10% off. 


Dua beranak di 4 Fingers. 


Kimchi tu saya tak suka sangat jadi pass ke Dania je. Ayam dia sedap sebab tanpa tulang dan crunchy. 


Makan tengahari kat luar, makan malam ni saya masak la. Tteokbokki dah siap. 


Menu di bawah pulak terjadi hari yang lain pulak. 

Since ada lagi Tteokbokki tu saya masukkan dalam ketam bercili. Sedap juga. 


Hari lain pulak saya menggunakan paste Guchujang tu untuk ayam goreng Korea dengan paste Gochujang. Ayam ni saya goreng garing dulu dengan tepung. Dania kata sedap la ummi. Yayyyy kembang ummi dia....😁

 

Kalau tak masak paste Gochujang tu bila pulak nak habisnya kan. Jadi kena cari menu berasaskan paste Gochujang la. 

Teringin nak makan Tteokbokki dah ✅





XOXO,
Ezna

Udang Harimau dari Sabah

Adik saya yang kerja kerajaan seorang ni selalu travel. Jadinya kali ni travelnya kat Tawau, Sabah. Terus offer nak beli tak udang harimau?. Terus saya tanpa fikir panjang ok je. Beli pun 1kg ajer dan dalam tu ada 35 ekor saiz sederhana tapi ada campur juga dengan saiz kecik. 


Ni pun saya kirim jugak. Siapa pernah rasa Amplang?. Saya rasa buat pertama kali masa duduk kat satu booth ni masa pameran MAHA. Pegawai yang jaga booth tu bagi kami rasa amplang ni. Rasa dia agak tawar juga bagi saya. Keropok ikan tapi bentuk dia ala bulat-bulat gitu. Kalau kat Sabah memang ada keropok ni. Ralit makan sebenarnya. 


Lepas tu saya masakkan adik saya tu makaroni goreng la boleh la anak-anak saudara saya makan. 


Lepas singgah rumah adik kita minum malam dulu kat sini. Mamak ni baru first time pergi sebab nampak meriah je. 


Mug dia ada tulis nama air. 



Dania saje buat mata bulat camtu sebab tahu saya ambik gambar. Bukan terkejut ke apa saje je. 


Order la roti bakar 1 set tapi share bertiga. 


Disebabkan cahaya, gambar jadi agak blur. 


Dania dan saya mencicah roti dengan teh ni. 


Ramai juga makan kat sini tapi nampaknya nak bersantai dengan kawan-kawan atau family. 


Dekat condo ni kat bawah ni banyak tempat makan. 


Kami parking kat Valet Parking. Harganya RM2 sahaja. Kalau RM20 kami tak parking dah kat sini. 


Udang harimau Sabah dah selamat dah masak lemak cili api. 


Dan....ada juga masakkan nasi goreng pedas udang harimau. 


 Masih ada baki lagi udang harimau ni nak goreng ajer kot. 





XOXO,
Ezna

Wednesday, June 19

Aktiviti Aidiladha dan berdua naik motor kapcai

Solat Aidiladha di surau berdekatan rumah kami ni dijadualkan jam 8 pagi. Hubby pergi surau dulu. Saya dan Dania pergi kemudian. Mata Dania payah nak besar lagi tu πŸ˜…


Sementara menunggu nak solat sunat....


Selalunya ada makanan disediakan selepas solat tapi disebabkan korban nanti dijadualkan hari yang sama jadinya tak ada makanan ya. Balik rumah sendiri baru makan. 


Cuaca pagi ni sangat baik. 


Ambik gambar meow yang Dania suka ni la. Dia suka tidur kat atas kereta oren saya. Tak kat sini kat spoiler kereta pulak. 


Ni dah bertukar uniform ni. Moh la kita ke tempat lembu sebab nak tengok lembu kami tu. 


Perkara pertama nak kena tumbangkan lembu dulu. Part ni selalunya kena main tarik tali dengan lembu. Bukan senang ya...ada lembu kat sini dah jatuh bangun balik 2-3 kali. 


JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) pun ada. Apatah lagi memang HQ dia kat kawasan kami ni. 


Setelah lembu siap disembelih, kami pun nak balik. Tahun ni ada petugas yang dah ditentukan untuk setiap lembu. Hubby pula tak tulis nama sebab dok ingatkan macam tahun lepas. Boleh menolong untuk lembu bahagian kita. Tahun ni dah tukar t&c. Kena daftar nak jadi sukarelawan. Apa nak dibuat. Tahun ni tengok je la. 

Masa ni saya nak check balik semula nama saya kat Lembu nombor berapa. Ya betul lembu nombor 13. Kenal pula pakcik surau dengan saya.....dia kata isteri Hasbullah. Hehe. 


Sempat tu ambik gambar masa motor ni berjalan. Jalan pun lengang dengan kereta. Angin bertiup boleh tahan kuat juga. Kena pastikan tudung, baju elok semuanya ya. 


Tiba dah home sweet home. Dania tak ikut la sebab kalau nak ikut....hubby kena ambik la Dania pulak. 


Sarapan kami pagi ini. Rendang ayam yang adik saya bagi. 


Ketupat palas....


Dalam jam 11 pagi, hubby ke tempat collection daging lembu. Kami ambik bahagian lembu kami. Dapat 2kg daging dan 1kg tulang. 

Sebelum hubby balik, saya dan Dania dah sediakan bahan-bahan. Elok je hubby balik dengan daging dah boleh mulakan masak sup tulang. Ada campur juga daging sikit walau nak masak sup tulang. 


Masuk dalam Noxxa selama 45 minit. 


Memang lembut elok je daging lembu kat tulang ni. Senang je bercerai dari tulang. Nak makan pun senang. Alhamdulilah. 

Ada rezeki lagi insya allah tahun depan boleh buat lagi.....






XOXO,
Ezna



 

Tuesday, June 18

Malam seterusnya mengintai lembu lagi….

Tajuk mengintai lembu tapi ni nampak ikan siakap. Hehe. Hari Ahad tu kami bertiga berpuasa jadinya saya masak ikan siakap tiga rasa. Saiz ikan siakap ni besar. Hari tu saya nak beli yang kecil sikit sekali hubby pilih yang ni. Udah bercerai kepalanya sebab besar sangat. Ikan ni digoreng garing dahulu. Goreng garing ni saya letak serbuk kunyit, tepung jagung dan garam sahaja. 


Ini pula setelah dituang sos dan ditabur atas ikan dengan daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan potongan bulat bawang Holland dan buah tomato. 


Telur dadar dengan isinya buah tomato, bawang merah, daun sup, daun bawang, cili merah, cili api dan diperasakan dengan garam dan lada putih. 


Malam pula setelah hubby selesai bersolat jemaah di surau berdekatan, kami ke tempat lembu lagi sekali sebab nak tengok lagi lembu kami. Mana tahu tag telah ditukar pulak ke.....ini pun sebab dalam group surau ada bagitau sesiapa yang berhajat nak tengok lembu masing-masing. Kalau nak tengok masa Hari Raya Aidiladha dah agak susah sebab orang pasti ramai dan sibuk kan?. Sebelum pergi hubby kata kalau takde orang kita patah balik sebab lembu-lembu ni ditambat bersebelahan dengan kawasan perkuburan. 

Akhirnya....lembu yang sama juga rupanya. 


Lembu kat sini dalam 30 ekor. 


Ambik banyak sikit gambar lembu ni. Dania kata mata dia macam pakai celak. Ummi lembu tengok ummi la. Entah ya entah idak. 


Lagi lembu. Tiba-tiba saya panggil Momo. Hehe...


Ada juga lembu yang duduk berehat. Lembu No. 13 agak curious sebab mungkin ada orang yang lalu lalang depan ni. Ramai juga kat sini sebab tengah ada taklimat. Penuh motor kat sini. 


Ini tempat nak mengapak daging agaknya ni. 


Lepas tu hubby ajak minum malam pulak dekat mamak kat Putrajaya. To be exact dekat Q Bistro. Makanan ni kami share bertiga. Ada je yang tak habis. Kita tapau. 


Kat Q Bistro ni memanjang je ramai orang. Syok betul tokei dia kira duit ya....


Lepas tu balik rumah. Sempat pulak layan movie Madame Web dekat Netflix sekejap. Eh best la pulak tapi esoknya nak bangkit awal nak solat subuh dan solat sunat Aidiladha jam 8 pagi. Saya nak gi awal dengan Dania sebab kalau gi lambat kena solat kat bahagian atas tak ada carpet. Hehe. Kat bawah selalin bercarpet, ada aircond best sikit. Kat atas kawasan luas jadi agak panas juga...lantai kayu lamina jadi bila nak sujud keras sikit. 

Penyudahnya....selamat malam dunia.....Madame Web sambung nanti la...





XOXO,
Ezna