Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 30

Kematian yang tidak disangka

Masa i gi bayar maintenance fees dekat Apartment i tu, i sembang dengan staff di maintenance office tu. Dia bercerita yang ibunya baru meninggal dunia. Cara ibunya meninggal dunia tu bukan dengan sakit tua ke apa tetapi secara tiba2. Ibunya pergi di saat nak naik kereta untuk ke stesyen bas nak ke Johor. Ini kerana ibunya teringin nak melawat pusara sedaranya di Johor. 

Pada hari kejadian, ibunya memeluk adik staff tu di rumah. Adik staff tu pun sambil2 makan dan baca paper tak le mengesyaki apa apa. Lepas tu ibu mereka pergi le ke arah pintu dan siap bawak beg lagi. Adik staff tu dekat meja makan. Adik staff tu ada dengar beg ditarik kemudian tiba2 beg tu terlepas dan si ibu ni terkeluar perkataan Allah. Akhirnya bila dia pergi kat ibunya tu, si ibu dah tak bergerak lagi. Bila hantar kat Hospital Serdang, Dr dah isytiharkan meninggal. 

Staff ni beritahu i dia masa tu dia dalam perjalanan nak pergi ke rumah ibunya itu. Dia kata dia pada mulanya memang menyalahkan takdir. Akhirnya dia menerimanya juga. Alasannya sebab kalau dia tahu, dia akan habiskan banyak masa dengan ibunya itu. Ibunya pergi bukan dalam keadaan sakit. 

Moral of the story, kematian tu akan datang pada bila2 masa dan dimana sahaja. Kematian itu tak akan ditangguhkan walaupun seminit. Luangkan waktu bersama orang tersayang dan jangan lupa ucapkan perkataan sayang sebelum terlambat....

Adakah anda bersedia ???


****memanglah kita sebagai manusia biasa, akan lebih bersedia kalau orang tersayang tu sakit dan terus pergi mengadap ilahi. Kita payah nak menerima kalau kematian mengejut ni. Tapi, siapa tahu ajal kita bagaimana kan?....




Transformer : Dark of the moon best ke?

 Megan Fox

Rosie Huntington Whitely - pengganti Megan Fox dalam DOTM

Photos taken from : Google

I pergi tengok Transformer : Dark of The Moon. I tengok dengan Dania sebab kebetulan Dania punya sekolah cuti Isra' Mikraj. Kami pergi tengok kat TGV Sunway Pyramid. Queve punyerlah panjang. I bet sume nak gi tengok Transformer since Transformer first day di pawagam hari ini. I beli tiket 3D since tiket pukul 2.00pm movie biasa dah sold out. 3D pun 3D lah. I ambik pukul 2.15pm. So kena pakai specs 3D tu. 

Transformer ni i bagi 5 STAR!!!! Best you alls bagi yang suka tengok robot2 tu especially Bumblebee dan Camaro cuns tu. Pasangan Sam Witwicky pun dah lain. Minah ni pun boleh tahan juga. Mana taknya Supermodel untuk brand Victoria Secret. I tengok dia ni tak le pakai seksi cam Megan Fox. Megan Fox tu cam nak terkeluar sungguh!!!.

Berbalik pada movie ni, jalan cerita ni berkisar robot2. Banyak betul robot kali ni berbanding dulu. Robot tua pun ada bernama Sentinel Prime yang baik tapi berpaling tadah. Of course, ada juga geng Autobots yang bersaiz kecik. Elemen kelakar pun ada diselitkan. Especially Sam Witwicky ni yang macam nerd gitu. I rasa tak rugi i gi tengok. Sangat berbaloi okay. 


You alls dah menonton Transformer : Dark of the Moon ???


****rasanyer comel lagi Megan Fox

Wednesday, June 29

Memenyet di Ayam Penyet

Sate kat Ayam Penyet ni so so je rasanyer


Ayu Rafikah sibuk membelek cam yang habis bateri. Sangat tension ok buat blogger....

 Gambar me, suzz dan ayu. Happy sungguh gambar nih....I like!!!!

Gambar solo me siap pakai helmet nak gi main basikal lagi....huhuhu....

Hari Jumaat baru baru ni Ayu ajak me, suzz dan mira ngedet (pinjam jap ayat nih ye ayu...) kat Ayam Penyet Bandar Sunway. Mira tak dapat make it so kami ber-3 jer. . Sambal Ayam Penyet tu sedap bagi i tapi i makan siap berair lagi hidung tu....hehehe....pedas beb.  I order Udang Penyet, Suzz dan Ayu order Ayam Penyet. Lepas tu ada sesi bergambar kat Air Asia. Niat kami nak masuk contest Air Asia. I tak mengharap sangat pun sebab mesti ramaiiii yang creative pose tu.

Anyway, seronok juga bergossip bersama teman2 tersayang.


****next time jumpa + makan lagi jom....







Tuesday, June 28

Sticker pengganti cat dan wallpaper




Kalau nak ubah imej dinding rumah boleh juga letak sticker selain wallpaper dan cat. Compare dengan wallpaper, sticker lagi murah. Dinding kat rumah dan bawah tangga i letak sticker je. Kalau putih nampak kosong pulak. I makeover dengan meletakkan sticker Jundeco.

You alls bagaimana ???

Monday, June 27

Virus menyerang


Taken from : www.CartoonStock.com


Lappy i terkena virus. Tension!! Tension!!. i type ni guna desktop. Alah.....kalau guna lappy sendiri lagi comfortable kan?....Anyway, my hubby kata kali ni virus yang menyerang tersangat power sebab i langsung tak boleh nak bukak search engine mozilla atau google chrome tu. Sekarang my hubby tengah nak reformat my lappy. Hati2 kalau pergi website yang tak dikenali atau click mana2 icon yang appear secara tiba2. Mungkin virus.



****Dania kata virus ayah sebab ayah bersin kat lappy ummi. Hehehehe....

Sunday, June 26

I saw my papa in my dream

Papa tengah tengok kek....
7/11/2009, 8.08pm, Pizza Hut Taman Tun, celebrate birthday Dania ke 5 tahun

Dalam mimpi i tu i nampak papa i lepas tu i terkejut and terjerit.....papa.....Papa i senyum. Lepas tu papa i siap bagi pesanan lagi....selama ni i teringin nak mimpi papa. Kalau ada mimpi pun papa i tak pernah muncul....kali ni papa i masuk dalam mimpi i.



You alls pernah tak mimpi mereka yang pergi dulu dari kita?



****semoga arwah papa tenang di sana....i miss u papa....bila teringat mama cakap ingatkan papa sempat balik rumah, ni tak sempat rupanya. Sebak i...ya...papa i sakit di hospital dan terus 'pergi' di hospital dan terus kebumi tanpa sempat bawak balik rumah.....

Ya allah....sebaknya... :-(


Saturday, June 25

Kalaulah me dapat pergi Itali





I cilok gambar ni dari facebook my cousin Azzah yang sedang best ikut hubby training kat Itali. Azzah baru je kahwin and i rasa kira honeymoon juga buat couple ni....rezeki orang kawinlah namanya tu.


Cantik pulak i tengok Itali. Bangunannya macam bangunan ala ala kita belajar sejarah dunia dulu. Jom tengok gambar2 kat Itali kat blog my cousin ni di
SINI




****bestnyer pergi negara orang...

Kisah si pengalas kaki di rumah

Comel tak selipar i dan Dania ???

I jumpa pengalas kaki ni kat booth dalam IOI Mall. Sangat comel ok. I nak buat alas kaki kat dapur ler. Sebab kalau kaki kita basah, senang nak merekah. Kaki pun kena jaga elok2. Kesian kaki kadang2 tak dipedulikan berbanding penjagaan muka sebab kaki dok kat bawah. Hehehe. I rasa macam comel je kalau pakai pengalas kaki yang comel ini. Kasi chance le i pun nak merasa comel. Ngeh ngeh ngeh. I belikan satu untuk Dania. Suka si kenit itu sebab butterfly tu berwarna pink.


Jalan jalan lagi kat IOI Mall, i ternampak pulak kedai lukisan. Niat di hati nak window shopping je. Disebabkan nenek ni dah bagi harga diskaun yang berbaloi, i angkat satu lukisan permandangan yang berbunga bunga di tepi laut. Wahhh manyak munge oooo.....terasa macam kat Itali ooo....mementanglah my cousin sorang ni ikut hubby training kat Itali. Huhuhu...


Sekarang ni dah selamat hantar lukisan ni nak buat frame along with other lukisan yang my friend Jona bought in Bali.



Lukisan manyak munge sana munge sini

Friday, June 24

Wallpaper







I tengah dok survey2 wallpaper. Kengkonon nak letak kat dining area. Kecik je dinding situ. Tema warna pink lembut dan english style sebab i mungkin nak cat feature wall warna dark pink. Mr hubby la nanti tukang cat. Lama je i tengok dari satu album ke album yang lain dan repeat album 1-3 lagi. Tak termasuk lama lagi bila aci tu dok chatting ngan kawan dia over the phone tentang masalah dia ngan hubby aci tu. Err dengan orang ketiga? Lelaki pulak tu.... Cakap pulak tu mula2 bahasa tamil lepas tu tukar english pulak. I pun mananya tak dengar tambahan cakap kuat kuat. Grrr lama i tunggu.


Aci : You choose first aaa....i want to tell my friend my problem.

Me : Ok


Akhirnya i pilih la wallpaper idaman hati. Aci tu pun dah stop cakap over the phone sebab ada customer yang lain datang. Fuhhh selamat. Dania pulak dah tak senang duduk. Nasib sebelum tu pekena putu mayam.




You alls suka wallpaper tak?


Didik anak sedari kecil

Dania masa ni umur 5-6 tahun konon2 sujud lah tu tengok orang sujud


Wahh tajuk mendidik anak la pulak di pagi ini. Bukan apa, masa i pergi seminar Ustazah Siti Nor Bahyah, suami Ustazah Ustaz Wan Akasyah ada mentioned yang zaman sekarang ni pendekatan agama diambil ringan oleh para ibu bapa. Ini salah satu faktor anak2 tidak mendengar kata, dan terbabit dalam kegiatan sosial. Tambahan pula, ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan ajaran agama.

Adik ipar one of my friend, anak2 walaupun dah masuk sekolah rendah still tidak dihantar mengaji. Ibu sendiri pun tak mengambil berat nak mengajar anak2 mengaji. Ini salah satu contohnya. Ustaz Wan Akasyah kata kalau mengaji, senang nak masuk pelajaran anak2. Kalau kita nak mengajar biarlah dari kecil sebab melentur buluh biarlah dari rebungnya. Takut kalau dah besar baru nak ajar, takut anak tu susah nak mendengar kata.

Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mula dari kita sebagai ibu bapa tunjuk contoh yang baik kepada anak2.

Thursday, June 23

Jom masuk contest Air Asia ni

Tempat2 yang kita boleh snap photo untuk masuk contest nih...


Sea lion ni kat 1 Utama New Wings

I ada terjumpa 2 tempat untuk snap gambar untuk contest Snap and Win a trip to Perth. Pertama tu i jumpa sand boarding kat Sunway Pyramid. Ada berani duduk kat atas skate board??. I malu. Hehehehe. Kebetulan masa i pergi 1 Utama, i ternampak statue sea lion ni so i snap la gambar sea lion nih. Lepas tu datang 2 orang Indonesia.


Orang I : Saya pun mahu ambil gambar dengan penguin.

Me : (Terasa cam kelakar...u alls tak ke???). I pun cakap ni bukan penguin. Ini sea lion. Singa laut. (cam confuse je muka orang I itu...gamaknya dia kata penguin dikatanya sea lion...)



For more info tentang contest ini sila click di SINI



****AWAS bagi yang tak rajin nak vote tu....contest ini memerlukan anda memancing undi ya....

Wednesday, June 22

Kreatifkan masakan orang Indonesia?

Close up gulai ni

Gulai kikir

Keropok kulit lembu

I kalau makan kat Restoran Sari Ratu, i tak lepaskan peluang makan keropok kulit lembu dan hubby akan order Gulai kikir (gulai urat). Kulit lembu pun boleh jadi keropok. Sedap sebab krup krap krup krap. Ada berani try???. Gulai kikir pulak lembut je. Bayangkan urat pun boleh dijadikan masakan yang menarik. Boleh katakan satu anggota badan lembu boleh dijadikan masakan yang menarik kalau kena gayanya. Terima kasih la pada orang Indonesia.


Err ada ke orang Malaysia pandai buat keropok kulit lembu ???

Tuesday, June 21

Yeah me menang Sogo / Err.....sangat tak sangka ada kategori voters

Nama i dalam senarai pemenang pengundi bertuah

Hadiahnya set tuala dari Elle

Taken from : KL Sogo facebook page


I memang tak sangka dan tak ambik port pun bila Sogo announce winner untuk Contest Summer Holiday Fun. Contest Am I cool enough for you. Tetiba ada orang message me suruh check page KL Sogo and i macam blur sebab i antara pemenang pengundi bertuah. Tau kenapa i tak ambik port? Sebab i tak masuk la. Wakawaka hei hei. I cuma tolong undi untuk my friend jer. Tak sangka i salah seorang pemenang. Syukur !!!! Ada rezeki me untuk menang Sogo lagi selepas i menang contest Daily Dose of Fashion yang juga baru KL Sogo announce.

Father's Day di mana?

Taman herba pun ada tapi kami tak masuk pun....

Ayah dan anak on Father's Day makan ice cream perisa chocolate + corn...yummy...

Train pusing keliling Tasik Perdana sehingga Taman Burung

Playground kat sini yang boleh tahan besar jugak

Ayah jangan tolak kuat kuat sangat tau. Nanti Dania jatuh...

Yah yah......

Deretan gerai tudung dan shawl

Shawl yang dibeli...

Jus epal untuk ummi, jus tembikai untuk Dania dan jus lobak merah untuk ayah. Healthy eh???

Carpet sale sana sini

We all celebrate father's day dengan aktiviti shopping dan lepak2 di Taman Tasik Perdana sambil sight seeing naik train. Aktiviti dimulakan dengan lunch dari Sari Ratu Puchong Jaya then terus ke KL.

We alls ke kedai carpet (Ali Carpet) yang tengah ada sale. Dapat 1 carpet Turki dengan harga menawan. Hehehehe. Dah bagi murah, i mintak murah lagi. Puas hati lah. Sambil hubby escort mamat hantar carpet ke kereta, i dan dania melencong cuci mata tengok shawl yang cantik2. Terus ko...ambik 6 helai shawl terus. I dapat 4 helai, mama i sehelai dan Dania sehelai.


Lepas tu, aktiviti isi perut. Minum dulu. Dania dah mengomel kata haus. Lepas tu diteruskan dengan shopping lagi. Ayah ke Campbell nak cari boots kerja while ummi and dania cuci2 mata tengok shawl.
Lepas tu pergi masjid polis bukit aman solat dan terus ke Taman Tasik Perdana. Dania main2 permainan kat situ yang besar. Nampak train, we all berlari lari anak beranak naik train. Harga sangatlah murah iaitu 50 sen untuk dewasa dan 20 sen untuk kanak2. Lepas sight seeing naik train, we alls singgah beli ie cream dulu. Dania makan ice cream cone. Me and hubby makan ice cream roti. Lepas makan ice cream, Dania sambung main2 sebelum singgah Pasar Malam TTDI beli makanan untuk dinner. On the way back, singgah kedai perabot depan Apartment i dulu kat Bandar Puchong Jaya nak check it out things nak beli sebelum bertolak balik.

Monday, June 20

Snow Walk

Snowalk

Di pokok strawberry

Snow man yang berwarna warni

Ayah tarik Dania sebelum meluncur bersama...

Dania gayat nak naik titi gantung tapi ada hati nak naik jugak

Pose lagi di sini

Princess Dania nak naik carriage nak pegi castle


Snow Walk tarikan terbaru di ICity. I sebenarnya yang teringin nak pergi Snow Walk kat ICity ni. I yang bagitau Dania ada Snow Walk kat ICity. Teruja la si kenit itew. Hehehe. Pada malam minggu baru ni i pun ajak hubby pergi ICity. Kami dah siap2 makan kat Kayu Nasi Kandar sebelum ke Shah Alam.

Nak masuk kawasan ICity kena bayar parking RM10. Tiket Snow Walk berharga RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2 berumur 3-12 tahun. Disebabkan masuk parking ICity dah kena bayar RM10 maka tunjukkan parking tu dan akan ditolak RM10 untuk jumlah keseluruhan tiket.

Sebelum masuk tu kena ambik baju sejuk. Haizzzz berbau la itu baju. Kalaulah i bawak sendiri punya lagi puas hati. Dinasihatkan pakailah kasut yang sesuai ya. Glove dan stokin kalau tak bawak, kena beli. Boots boleh sewa. I kasut sendiri. Gloves dan stoking i tak pakai. Dania, i dah siap2 pakaikan stokin tapi i tak pakaikan gloves.

Ada slide yang me and Dania try main. Hubby main cam tayar tu. Dania dan hubby kongsi duduk satu tayar dan meluncur dari bukit kecil. Huhuhu hubby kata gayat jugak sebab ditolak dari arah belakang.

Lepas tu kami snap photo kat luar ICity tu. Ada jugak zoo kat sini. Bayaran masuk ada dikenakan tapi bila brader tu kata ada ular, langsung Dania tak nak masuk. Pepehal sangat best beraktiviti bersama keluarga.



You alls pergi mana ya???

Sunday, June 19

Membaca perlu dipupuk dari kecil

Membaca amalan mulia. Dania semenjak dua menjak ni kalau singgah shopping mall mesti ajak masuk kedai buku and end up mesti beli buku. Tak kisahlah apa jenis buku samada majalah atau buku latihan mahupun buku cerita. Pantang nampak MPH, mesti nak masuk punya. Kalau tak nampak MPH pun kedai buku lain pun sama jugak. Mesti ajak masuk.


You alls suka lepak-lepak kedai buku tak? Ada je i nampak anak beranak berkampung kat kedai buku sambil baca buku.


Khusyuknya anak ummi baca buku....

Buku pilihan Dania

Saturday, June 18

Kambing dan akikah

Gambar dicilok dari fb adik ipar i aka Papa Zharif

Entry kambing ni sempena akikah anak saudara i Zharif kat nun jauh di Sarawak. Actually nak buat lama dah tapi ditangguhkan kerana papa i sakit. Jadinya hari ni kenduri ni diadakan di Sarawak. Ada 3 ekor kambing yang akan diakikahkan. Dua ekor bat Zharif dan seekor buat sepupu Zharif. Zharif pun sekarang ni berumur 2 tahun.
I remember, akikah Dania masa umur 3 bulan. Ustaz yang dipanggil dulu, imam Masjid Kg Tunku. Masa tu kambing Dania kambing oversea sebab kalau kambing tempatan mahal you alls. Patutnya kambing tempatan yang murah. Ni dah terbalik.

Sekarang ni Dania i dah nak mencapai 7 tahun dah pun. Pandai dah nak memilih baju mana dia nak pakai. Kalau pakai tidur tu kalau boleh luar dalam tu warna yang sama. Suka sangat menonton Playhouse Disney Channel. So watak2 seperti Handy Manny, Pororo, Angelina Ballerina, Chloe Closet dan lain2 tu i memang tau ler.....Paling suka warna pink tapi sekarang ni macam suka kepada warna purple sebab i suka warna purple. Petah dah cakap itu ini. Tak boleh simpan rahsia kalau nak buat surprise untuk Ayah Dania. Kalau nak tidur malam, ummi kena ada kat tepi so Dania boleh main main dengan tangan ummi sebelum tertidur.





****Kejap je tengok Dania dah besar.....